Wednesday, 21 May 2014

7 - TEMUJANJI SAYA DENGAN DOKTOR PADA 21 MEI 2014

Hari ini adalah temujanji saya dengan doktor dihospital, setelah lebih 4 tahun saya berulang alik ambil darah, jumpa doktor malah mengambil ubatan setiap bulan semuanya saya lakukan sendirian mengayuh kehospital sejauh hampir 10km. 

Sejak awal tahun lalu saya mengalami "gangguan kebimbangan" sehingga menganggu kehidupan saya, jarang lagi keluar rumah kerana kebimbangan boleh membuatkan saya menjadi tidak tentu arah sehingga boleh menyebabkan kesukaran bernafas. Adakala bimbang ketika berada dikawasan orang ramai, bimbang masuk lif, bimbang menaiki bas mahupun kereta, malah bimbang hendak berjalan jauh dari rumah.

Pagi ini saya terpaksa tumpang adik saya yang dalam perjalanan ketempat kerjanya. Semalam saya tidak berhenti-henti berdoa agar perjalanan temujanji saya kali ini dipermudahkan. Bukan bimbang mengenai keputusan ujian darah yang diambil dua minggu lalu, tetapi paling saya bimbang diserang "gangguan kebimbangan" ini. Saya mula mengalami masaalah ini sejak..........(klik DISINI)
 

Saya tiba dihospital hampir pukul 7.30 pagi. Terus ke bangunan hospital yang menempatkan klinik-klinik pakar. Saya ke KPP (Klinik Pakar Perubatan), letakkan kad temujanji dan menunggu. Allhamdulillah saya dapat giliran ke 5. Ada 4 orang PLHIV yang lebih dulu daripada saya, dua wanita (cina), seorang lelaki cina dan seorang lagi lelaki india.

Seperti biasa selepas berat badan (65 kg) dan tekanan darah diambil saya menuju ke bilik  menunggu. Jumpa Kak Ton, saya bertanya kepadanya beberapa pekara, yang selama ini saya tidak ambil kisah.

Saya minta Kak Ton periksa rekod kesihatan saya yang lalu sama ada saya pernah mengalami TiBi atau tidak kerana saya pernah terlantar selama 10 hari dihospital, hampir 4 tahun yang lalu. Jawapannya saya tidak alami TiBi, saya mengalami Pneumonia.

Saya tanya, sama ada saya ada menghidap Hep A, Hep B atau tidak, melalui rekod mengesahkan saya tidak mengalami Hep B mahupun Hep C. Kak Ton kata mereka tidak buat ujian bagi Hep A. 

Saya tanya bolehkah saya dapatkan suntikan vaksin bagi mencegah jangkitan Hep A dan Hep B (maksud saya percumalah heee), jawab Kak Ton boleh buat diklinik luar, bermakna kita kena bayar kos suntikan vaksin tersebut.


Kemudian dia beritahu result CD4 saya, turun dari 218 kepada 186. Tidak pulak saya rasa tertekan dengan bacaan itu, yang pasti % CD4 saya meningkat kepada 20. Mungkin CD4 turun sebab ada kaitan dengan "gangguan kebimbangan" yang saya alami kut. Wallahuallam.

Tidak ada ujian Virol Load, dan seingat saya sudah lama saya tidak buat ujian Virol Load, tetapi agak menghairankan jugak apabila dalam rekod ada menunjukkan ujian Virol Load saya pada 5 Disember 2013 not detected. Hmmm seingat saya sudah setahun saya tidak ada buat ujian Virol Load. ????

Lebih kurang pukul 10 pagi, saya diarah masuk kedalam bilik untuk bertemu doktor. Pertama sekali saya beritahunya mengenai masaalah "gangguan kebimbangan" yang saya alami sejak hampir 7 bulan yang lalu, dan saya tidak ragu-ragu meminta agar doktor rujukkan saya ke klinik "psikiatri". Setelah saya terangkan bagaimana kemungkinan saya mengalaminya, doktor berkenaan setuju untuk rujukkan saya ke klinik berkenaan. Bukan apa, saya hanya hendak minta pandangan dari doktor yang lebih pakar mengenai "gangguan" yang saya alami ini.

Alhamdulillah doktor diklinik ID beritahu keadaan kesihatan saya baik, buah pinggang, liver dan kesemuanya dalam keadaan baik walaupun bacaan CD4 turun tapi yang penting katanya Virol Load not detected. 

Tidak sampai 10 minit, temujanji saya dengan doktor berakhir. Selepas mengambil bekalan ubatan HAART untuk bulan ini, saya kemudian pergi ke klinik "psikiatri" untuk buat temujanji dengan doktor diklinik berkenaan pula. Hmmmm temujanji!!!! Kena tunggu beberapa minggu lagi.


Selesai urusan di hospital pada pukul 11.30 pagi, saya sepatutnya call adik perempuan untuk jemput saya balik kerumah tetapi saya paksa diri untuk berjalan kaki dalam keadaan cuaca panas menuju ke Parkson Parade, sudah lama tak kesini. 

Kemudian saya paksa diri berjalan ke Maybank untuk selesaikan masalah berhubung dengan akaun bank (walaupun hanya ada baki RM20 pun masih boleh hilang huhu). Dan ketika berada di dalam bangunan Maybank inilah saya mula rasai didatangi simptom awal "gangguan kebimbangan". Berdebar, badan rasa lemah, mula rasa bimbang dan mula fikir "bagaimana kalau saya tidak boleh bernafas nanti disini siapa hendak tolong" 

Tapi saya cuba lawan, nasib tidak ada alami rasa kesukaran bernafas. Sebenarnya beberapa bulan lalu saya kerap mengalami masaalah ini sama ada ketika bersendirian jauh dari rumah, mahu pun ketika bersendirian berada didalam rumah. Adakala rasa hendak duduk 24 jam sahaja berdekatan dengan hospital.

Seperti kata doktor diklinik ID tadi, "gangguan kebimbangan" tidak ada ubat mujarab yang boleh menyembuhkannya, kita sendiri yang kena cuba lawan dan cuba atasi masaalah ini. Ya saya cuba lawan "gangguan" ini, sebab itu saya memaksa diri untuk berjalan berbatu-batu hari ini dan mengambil keputusan balik kerumah dengan menaiki bas awam, semata-mata hendak menguji diri sendiri.

Sebab itu juga pada hari ini saya kembali mula memaksa diri untuk rajin bangun setiap malam melakukan solat tahajud dan solat sunat lain, walaupun sekadar dua rakaat sebelum masuknya waktu suboh. Dan kalau boleh setiap hari sekurang-kurangnya sekali mesti membaca surah Yassin (terutama sebelum atau selepas suboh) dan ayat-ayat suci yang lain yang mana terhafal didalam otak ini. Tidak lupa juga solat sunat dhuha pada setiap hari. 

Entahlah mungkin ini juga ujian dariNya kerana sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terutama sejak selepas saya memulakan rawatan HAART amalan sunat semakin kurang saya lakukan. Tidak berterusan, hanya buat sekali sekala sahaja dan ikut mood. 

Manusia ni mudah lupa,

Bila sihat kita lupa sewaktu ketika kita sakit dulu. Bila kaya kita lupa sewaktu ketika kita susah dulu. Masa sakit, masa susah, rajin pulak kita melakukan amal ibadat berdoa tidak putus-putus, tetapi apabila sihat apabila kaya kita lupa dan semakin kurang mengucap rasa syukur kepadaNya.

Dulu sewaktu senang tempat membeli belah saya ialah disekitar Orchard Road, setiap minggu sewaktu cuti saya ke situ, mesti ada sahaja barang yang dibeli. Bila datang waktu cuti panjang, semasa cuti perayaan pasti saya akan terbang ke destinasi jauh untuk holiday sendirian, selain menghabiskan masa melepak dari satu sauna kesatu sauna menambah dosa. Bila fikir kembali betullah yang Allah itu Maha Berkuasa, Dia boleh menarik dalam sekelip mata segala nikmat kesihatan dan kesenangan yang kita ada. 


Jika dulu Takashimaya diOrchard Road tempat saya, pada hari ini nak berlegar-legar kekedai-kedai "bundle" pun kena fikir dua tiga kali. Ya saya kembali lupa, semakin saya sihat semakin itu saya lupa. Mudah-mudahan dimasa hadapan ini saya tidak akan lagi mudah lupa. Jika dulu HIV telah menyedarkan diri saya sewaktu saya menjalani kehidupan yang gelap tetapi kali ini "gangguan kebimbangan" pula datang menyedarkan saya, memperbetulkan  langkah kaki ini agar berjalan kembali kearah jalan yang lurus. Alhamdulillah.

Saya kemudian berjalan menuju ke UTC, menaiki bas untuk balik kekawasan perumahan saya. Tiba dikawasan perumahan sekali lagi saya terpaksa berjalan sejauh lebih 3 km lagi ditengah panas untuk sampai dirumah.

Cuma hari ini saya terkilan sebab terlupa hendak bercakap dengan doktor mengenai masaalah kulit kering yang baru sahaja saya alami disekitar kiri kanan hidung. Mungkin ianya radang kulit "Seborrheic Dermatitis". Keadaan yang sama pernah saya alami suatu ketika dulu, yang saya percaya mungkin ada kaitan dengan masaalah CD4 yang mungkin rendah. - NajMi


* "gangguan kebimbangan" saya tidak tulis maksudnya dalam english bagi mengelak adik beradik terdekat saya mengoogle perkataan tersebut dan secara tidak sengaja mereka masuk baca blog ini huhuhu...sebab mereka tahu saya mengalami masaalah ini.
 



Untuk rekod bacaan CD4 saya yang lalu pada : 

Sebelum makan ubatan HAART 

02-11-2005 - CD4 351  di GH Johor Baharu 

08-12-2006 - CD4 248  di GH Kuala Lumpur 

08-03-2007 - CD4 329  di GH Kuala Lumpur meningkat 81 

12-07-2007 - CD4 280  di GH Kuala Lumpur menurun    49 

27-11-2007 - CD4 183  di GH Kuala Lumpur menurun    97 

Darah diambil lagi pada 19-12-2007 untuk pastikan bacaan CD4 tersebut sebelum memulakan HAART tetapi saya tidak ambil keputusan tersebut dan berhenti terus dari menerima rawatan di GH Kuala Lumpur lagi. STOP kerana takut dan tidak mahu menelan ubatan HAART, sehingga jatuh sakit dan terlantar di GH Ipoh pada November 2009. 

Dibawah ini bacaan CD4 dan kolesterol saya yang diambil di GH Ipoh. 

Mula makan ubat SLN30 dan Bectrim: 

16-12-2009 - CD4 12 

26-05-2010 - CD4 80    meningkat 68 - (CD4 - 05%) - kolesterol 5.6 mmol/L

13-10-2010 - CD4 106  meningkat 26 - (CD4 - 07%)  - kolesterol 5.4 mmol/L

13-04-2011 - CD4 126  meningkat 20 - (CD4 - 08%) - kolesterol 6.1 mmol/L

28-09-2011 - CD4 174  meningkat 48 - (CD4 - 12%) - kolesterol 5.8 mmol/L

08-01-2012 - CD4 202  meningkat 28 - (CD4 - 14%) - kolesterol 5.1 mmol/L 

25-07-2012 - CD4 229  meningkat 27 - (CD4 - 17%) - kolesterol 6.3 mmol/L

Tukar ubat kepada Tenvir EM dan Stocrin: 

11-11-2012 - CD4 - ( tidak diuji )  -  kolesterol 5.8 mmol/L (Viral Load Not Detected) 

03-04-2013 - CD4 166 - menurun   63 - (CD4 - 15%) - kolesterol 6.0 mmol/L (Viral Load Not Detected) 

18-07-2013 - CD4  218 - meningkat 52 - (CD4 - 12%) kolesterol 5.9 mmol/L

05-12-2013 - CD4 - ( tiada result sebab mesin dikatakan mengalami kerosakan ) 

21-05-2014 - CD4 186 - menurun 32 - (CD4 - 20%) - kolesterol 5.1 mmol/L



8 comments:

  1. Yang penting peratus cd4 tu Najmi dan viral load undetected. Kalau tiba2 viral load naik mungkin kita agak risau sbb virus hiv mungkin resistance kpd ubat yg dimakan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah tu lah pasal, sebab tu saya tak beberapa nak kisah sangat.....:)

      Delete
  2. hai naj mi?
    anxiety ker?
    kwn sekolah saya ade sorng camni..
    klu dia kena anxiety langsung dia xleh mengajar..
    ade fb grup rasenye yg ade sakit anxiety ni..cer check..kwn pon join juga...

    -tchr shida-

    ReplyDelete
    Replies
    1. -tchr shida-

      Ha ah..kadang-kadang susah kita nak terangkan pada orang yang tak pernah alami masaalah ini, mereka mungkin rasa pelik, kalau orang melayu ni pulak akan kata kena gangguan huhu...Kesian kawan shida yang sampai tak leh mengajar, kalau dia ada rakan yang faham alhamdulillah, kalau ada rakan yang tak faham masaalah ni mungkin susah dia nak hadapinya kan. Ya insyaallah nanti saya skodeng FB berkenaan....

      Harap shida sentiasa sihat..:)

      Delete
  3. Sy rasa yg bimbang2 tu 'panic attack'.. Sy pun pernah kena.. Tiba2 ssh nk nafas sbb trlalu mmikirkan ssuatu prkara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Ha ah adik beradik lah tu, dua-dua masaalah ni lebih kurang sama huhu...:(

      Delete
  4. anxiety disorder ke namenye...
    'kebimbangan yg terlampau'...
    kwn2 disekolah semua phm...
    tp kdng mengganggu juga la keje sekolah yg berkaitan & bila ade sangkut paut ngn cikgu lain..
    dia sdng atasi anxiety dia tu....anxiety ni kdng sbb kite rase kkurngn dlm diri kite rase rndh diri mybe...maafkn sy klu slh info ni..
    sy xsangka kwn sy tu anxiety sbb orgnye cun melecun lawa so sy rase self esteem self confidence msti tinggi..rupenye ade juga rase rndh diri & leads her to anxiety tu...
    itu yg dia citer ngn saya la...

    tchr shida

    ReplyDelete
    Replies
    1. tchr shida

      Tak tahu pulak sebab rasa rendah diri, yang saya tahu lah ianya berkaitan dengan rasa bimbang pada sesuatu masaalah, entah lah maybe lain orang lain punca penyebabnya...:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST