Thursday, 29 May 2014

5 - SAYA POSITIF - TARGET AKU TERUS CEKAL, TABAH DAN BERSEMANGAT HINGGA AKHIR HAYAT.

Salam semua, sudah lama aku tidak berkongsi cerita (pengalaman) aku dalam blog ini. Maklumlah, sibuk dengan kerja dan aktiviti harian di samping menjaga pemakanan,menjalani rawatan HAART, menjaga tahap kesihatan dan lain-lain. 

photo hanya hiasan

Semalam, 28 Mei 2014, aku bertemu dengan doktor aku (temujanji bulanan) dan bagi ketahui bacaan CD4, Hemoglobin aku dan lain-lain perkongsian maklumat.

Syukur Alhamdulillah, berkat usaha makan ubat HAART (walau ada waktu terlewat sikit tapi tak pernah miss) beserta doa, bacaan CD4 aku yang dahulunya dikesan hanya 192 (sebelum rawatan HAART) meningkat naik ke 400 lebih (walau aku target 500 lebih) dengan peratusan melebihi 16%. Bacaan Hemoglobin aku yang dahulu (asal) 14 lebih turun ke 13 & 12, kini naik semula ke 14 (makan pil supplement (zink) yang disyorkan oleh doktor).

Gembiranya tak terkata, rasa amat terharu pun ada kerana rawatan HAART (2 jenis pil yang diberikan) ini menampakkan hasilnya. Rasa “Im-Balance” (ting tong macam orang mabuk), tidak lagi aku rasai sejak kebelakangan ini. Doktor aku pun rasa gembira dan berharap aku sentiasa jaga pemakanan ubat, bersenam dan lain-lain. Rasa berbaloi jua dengan rasa sakit dan “side-effect” ubatan HAART yang pernah aku rasai.

Sebelum aku pulang, doktor berkongsi pengalaman dia dengan pesakit-pesakit lain. Ada pesakit beliau telah meninggal dunia kerana penyakit AIDS dan kegagalan mematuhi rawatan HAART serta yang tidak buat follow-up. 

Banyak punca dan yang paling aku sedih bila dengar kisah seorang Jurutera (lelaki Melayu) meninggal dunia (kerana penyakit AIDS) kesan dari rasa malu dengan rakan pejabat yang telah syak dia pesakit HIV (sebab kerap mohon cuti untuk ke hospital). Tekanan yang arwah lalui menyebabkan arwah tidak mahu bertemu dengan doctor untuk follow-up dan mendapatkan bekalan ubat HAART. 

Ada pula kes, seorang Gay Melayu lewat mendapatkan rawatan (makan ubat HAART) dan mendapat AIDS yang mana ibu arwah telah berkongsi cerita pada Hari Memorial AIDS. Sedihnya.

Namun, airmata aku tertitis juga setelah aku memberitahu pada doktor bahawa majlis pertunangan aku pada akhir tahun ini tidak menjadi nampaknya setelah aku berterus terang dengannya. Sudah nasib aku, mungkin aku akan membujang sehingga ke akhir hayat. Wallahualam...

Aku sudah tidak mahu lagi memikirkan hal perkahwinan. Kesibukan diri menjaga kesihatan, menjalani rawatan HAART dan kerjaya aku di samping keluarga yang tersayang (yang tidak mengetahui status aku dari Pesakit AIDS kepada Pesakit HIV) telah membuatkan aku bahagia, ceria sama seperti dahulu. Biarlah orang berkata kenapa tak kahwin-kahwin lagi. Malaslah nak fikir.

Target aku, aku tidak mahu lagi dikategorikan sebagai Pesakit HIV, cukuplah sekadar “Pembawa HIV” (yang mana CD4 aku akan sentiasa berada di paras Normal (500 dan ke atas) dan Viral Load (virus HIV) TIDAK DAPAT DIKESAN lagi (single digit). Mudahan aku akan terus cekal, tabah dan bersemangat dalam menjalani kehidupan aku sehingga ke akhir hayat. 

Kepada mereka yang senasib dengan aku (PLHIV), jangan putus asa dan teruskan kehidupan seperti biasa dan berusaha ke arah kebaikan. GOOD LUCK semua :-)


SAYA POSITIF
Sumber Dari Ruang Komen DISINI

4 comments:

  1. Apa beza pesakit HIV +, ngn AIDS.. Mohon pencerahan. Mekasih
    (nenektua)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nenek tua,

      Antara ujian darah yang perlu dilakukan oleh pembawa HIV (setiap 6 bulan sekali) ialah ujian CD4, ujian ini boleh membezakan diantara seorang pembawa HIV dengan pesakit AIDS.

      Ujian CD4 ialah mengira jumlah sel T dalam darah, sel T ni bertugas melawan jangkitan penyakit. Bilangan sel T yang banyak itu lebih baik.

      Sesorang itu disebut pembawa HIV jika CD4 mereka berada diatas 200
      Seseorang itu disebut pesakit AIDS jika CD4 mereka berada di bawah 200.

      Orang sihat biasanya mempunyai jumlah CD4 antara 500-1000.

      Seorang pembawa HIV ni kira masih banyak bilangan CD4 dalam badan, so tubuh mereka masih kuat dan boleh melawan sebarang jangkitan penyakit.

      Seorang pesakit AIDS, kira dah semakin kurang bilangan CD4 dalam badan, so tubuh mereka semakin lemah dan susah nak lawan serangan jangkitan penyakit. Ada kala selesema pun boleh jadi sangat bahaya kepada seorang pesakit AIDS sebab CD4 dah rendah, bila rendah CD4 (sel T) dah kurang dan susah nak lawan sebarang jangkitan penyakit.

      Wallahuallam.

      Delete
  2. 6 - SAYA POSITIF

    Hari ini...1 Ramadan (Ahad) dan semua umat Islam yang sihat dan berupaya baik lelaki atau perempuan WAJIB menjalani ibadah Puasa. Bagi diriku, walaupun telah dinasihatkan oleh Dokter yang merawat aku untuk TIDAK BERPUASA PADA TAHUN INI..aku tetap bertekad untuk berpuasa. Antara takut, bimbang dan risau bercampur aduk dengan keyakinan dan kekuatan dalaman di samping DOA dipohon agar rawatan HAART aku ini akan terus berjaya.

    CD4 aku sebelum rawatan HAART di bawah 200 telah meningkat drastik ke paras 400 lebih dengan amalan pemakanan dan ubatan yang aku jaga walau ada waktu lari sikit samada tercepat atau terlambat. Fikiran dan emosi aku begitu sedih dan sebak kerana rasa hilang kenikmatan Ramadan dan tiada ertinya Syawal jika aku tidak berpuasa. Pada malam tadi aku pasangkan niat berpuasa sebulan dan esok hari pada tahun ini untuk kuteruskan puasa aku juga.

    Insyallah, ALLAH Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..aku yakin jika ada niat baik, pasti ALLAH akan bantu (dengan lain perkataan, berjaya jua rawatan HAART ku ini yang mana waktu pemakanan ubat HAART 8.00 pagi & 8-00 malam terpaksa aku awalkan sebelum Azan Subuh dan ku segerakan selepas Azan Magrib)

    YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM.. bantulah hambamu ini, berilah kekuatan tenaga, emosi dan lain-lain yang berkaitan agar aku dapat berpuasa sebulan dan yang penting rawatan HAART aku ini berjaya. Ini adalah keputusan yang aku ambil dan berisiko Ya ALLAH.. Kepada MU aku pohon pertolongan...AMINNN :_(

    ReplyDelete
  3. bersama2lah kita berdoa dan berusaha untuk kekal sihat.. saudara lebih beruntung dari saya sebab saya di klasifikasikan sebagai pesakit AIDS sebab virus di kesan dalam tubuh sewaktu mengidap TIBI (salah 1 penyebab AIDS).. walaupun CD4 saya 480 (apr 2014) dan VL kurang dari 20 salinan, tetapi status AIDS itu kekal memandangkan sistem imun lain dalam badan saya jauh lebih lemah dan mudah di hinggapi penyakit lain (penyakit kulit misalnya-sudah kena dan 90% sembuh) .. pendek kata, askar dalam badan sudah lumpuh, xde senapang, xde pistol, xde kereta kebal dah hehehe..

    harap kita sama2 kuatkan semangat dan berdoa utk satu sama lain

    Amran Musa
    aku_mahkota@gmail.com

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST