Thursday, 1 May 2014

4 PERINGKAT HIV SEBELUM MENJADI AIDS


Apakah HIV ?
"Virus Immunodefiency Manusia" (HIV). Jenis virus yang melemahkan kemampuan sistem kekebalan tubuh untuk melawan penyakit. HIV menyebabkan AIDS.

Bagaimana Anda Boleh Mengidap HIV ?
Hubungan seks tanpa perlindungan dengan orang dijangkiti HIV
Berkongsi sarum suntikan tercemar (penagihan dadah / ubat)
Pemindahan darah, jika tidak diperiksa dengan teliti
(pastikan darah yang akan diterima, telah diuji dan disahkan bebas HIV)

Keadaan Yang Tidak Berisiko Dijangkiti HIV
Bekerja / berada di sekitar individu yang dijangkiti HIV
Melakukan kegiatan harian, spt berkongsi makanan
Duduk di kerusi tandas
Digigit oleh nyamuk

Apa Perbezaan Antara HIV dan Aids ?
HIV adalah virus penyebab AIDS. Walaupun HIV penyebab AIDS, seseorang boleh dijangkiti HIV selama bertahun-tahun sebelum AIDS berkembang.

Tahap-Tahap Umum Infeksi HIV Sebelum Mendapat AIDS 

Peringkat 1 HIV : Jangkitan
Peringkat terawal selepas anda dijangkiti. HIV boleh menjangkiti sel badan dan berganda, sebelum sistem pertahanan badan mula bertindak. Anda mungkin merasa seperti menghidapi selsema pada peringkat ini. 


Peringkat 2 HIV : Respon
Sistem pertahanan badan akan mula bertindak balas terhadap virus HIV. Walaupun anda tidak merasa sebarang perbezaan, sistem badan anda akan menghasilkan antibodi untuk menentang virus HIV. Di tahap ini, HIV Negatif bertukar ke HIV Positif.
 

Peringkat 3 HIV : Tiada Simptom
Anda akan memasuki tahap di mana tidak ada sebarang tanda-tanda daripada HIV. Ini disebut jangkitan asimtomatik. Anda masih mempunyai HIV dan mungkin berlaku kerosakan yang anda tidak dirasai dalam sistem badan.
 

Peringkat 4 HIV : Ada Simptom
Anda akan mengalami gejala-gejala tertentu seperti jangkitan penyakit, termasuk Pneumonia carinii Pneumonia (PCP).
 

AIDS
Virus HIV akan menyebabkan Aids. Ini boleh dibuktikan melalui diagnosis setelah anda mempunyai pelbagai simptom yang berkaitan Aids.



Jangkamasa Daripada Jangkitan HIV Kepada Aids ?
Tiada tempoh yang tertentu dan tahap jangkitan akan berbeza antara individu. Berbagai faktor, termasuk genetik boleh mempengaruhi masa antara jangkitan HIV dan perkembangan AIDS.

Waktu Antara Jangkitan HIV kepada Aids

Lebih Singkat
Pesakit yang telah berusia
Dijangkiti lebih daripada satu jenis HIV
Kekurangan gizi
Sering Tertekan

Lebih Lama
Mematuhi nasihat doktor anda
Makan makanan sihat
Menjaga kesihatan diri



15 comments:

  1. Salam, Nazmi nak tanya.
    adakah dengan HAART akan menhindarkan pesakit HIV dari AIDS selama-lamanya?
    atau HAART hanya akan memperlahankan HIV ke peringkat AIDS..dan bila tiba masanya maka pesakit HIV yang menerima HAART akan dapat AIDS juga akhirnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Setahu saya lah bilangan PLHIV yang meninggal dunia bukan disebabkan AIDS, tetapi disebabkan sakit lain. Dengan pengambilan HAART tepat waktu dan tidak abaikan pemakanannya, ikut nasihat doktor berdisplin seorang PLHIV itu boleh hidup dalam keadaan baik sama taraf seperti mana NON PLHIV yang sihat diluar sana.

      Selagi PLHIV itu jaga waktu makan ubat, tepat waktu, jaga kesihatan ikut nasihat doktor dia boleh hindarkan diri daripada mendapat AIDS. Adalah tidak betul kalau kata seorang PLHIV itu mesti dapat AIDS.

      Biasanya yang PLHIV yang mendapat AIDS itu adalah kerana mereka tidak buat rawatan dihospital, tidak berdispilin waktu makan ubat, suka2 makan suka2 tak nak makan sehingga menyebabkan HAART tak berkesan pada tubuh mereka ini yang menyebabkan mereka mendapat AIDS.

      Dinegara kita ada PLHIV yang hampir 30 tahun mendapat HIV masih hidup sihat sehingga hari ini, malah saya dengar ada seorang PLHIV berusia 75 tahun meninggal dunia bukan disebabkan kerana HIV apatah lagi bukan disebabkan AIDS tetapi meninggal sebab menghidap penyakit lain.

      Delete
    2. Betul najmi. Kemajuan dlm sains skrg menjadikan hampir 0 peratus kpd mrk yg ada hiv utk sampai ke tahap aids.

      Di negara maju kematian akibat aids hampir tidak ada lg skrg ni kecuali di negara2 mundur spt afrika. Di afrika jgn kata nak dpt ubat/rawatan haart, nak dpt air bersih utk minum pun takder.

      Smlm saya tgk documentary pasal liberia. Ngr yg baru lepas perang saudara dan penghidap aids antara tertinghi di dunia. Kat liberia..rata2 rumah penduduk takder toilet. Buang air besar merata tempat. Air bersih takder. Mmg kotor giler. Kalau takder hiv pun boleh dpt penyakit lain sbb kotor.

      Delete
    3. Anonymous

      Betul tu, apa yang saya tahu bila dah start HAART kesihatan kita dah sama seperti mereka yang tidak ada HIV.....:) Terima kasih kerana tinggalkan komen disini...:)

      Delete
  2. Salam,
    Saya nk tanya apekah side effect yg saye boleh dapat apabila dh mula treatment HAART? Thank you :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam DD,

      Boleh dapatkan maklumat di entri "BUKU KEHIDUPAN POSITIF" dalam blog ini. Secara ringkas, kesan adalah berbeza diantara seorang dg seorang yang lain, kebiasannya kesan bergantung pada jenis ubatan yang kita makan. Seperti ubat Stocrin akan membuatkan kepala mengalami ting tong atau terhoyong hayang selepas beberapa jam menelan, ada juga akan mengalami mimpi ngeri, tak boleh bangun pagi, pening, mungkin ada yang muntah. Walau bagaimana pun kesan2 ni biasanya akan semakin berkurangan. Lain2 kesan ubatan HAART mungkin akan mempengaruhi liver dan buah pinggang kita, sebab itu pemantaunan ujian darah menguji tahap kesihatan kita perlu dilakukan berterusan sepanjang hayat

      Delete
  3. Abg sya nk tnya kn bdn naik ruam an dy ruam mcm mne ce bg ktrangan lg sbb syg prnah ad ruam ari 2 tp dy jd pdih bla sntuh tp dlm 2 3 hri je...adkah itu tnda sy djnkiti hiv?tp sya xprnah lkukn ap2 hbgan....cma sya jd rsau je ble bca blog abg ni...
    #Mat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam MAT

      Setahu abang ruam yang kita alami ruam yang banyak memenuhi seluruh badan (seperti yang abg alami dulu) gatal, bengkak. Ada juga mereka yang dijangkiti HIV tidak mengalami sebarang simptom, tak jugak alami ruam.

      Naik ruam dibadan mungkin juga sebab masaalah lain, so jalan terbaik ialah buat ujian HIV bagi memastikan status saudara, hanya dg buat ujian sahaja boleh mengesahkan sama ada kita positif atau tak..

      Delete
    2. Satu lagi, kalau tak buat sebarang hubungan seks atau apa2 aktiviti berisiko, kemnapa Mat nak risau, pastinya ruam yang naik tu sebab masaalah lain..Abang masa kecil dulu pun sebelum dijangkiti HIV lah pun selalu juga alami ruam dibadan. Ketika itu alami ruam sebab masaalah lain, mungkin ada kaitan dg pakaian kita yang kotor atau tilam bantal yang tak bersih juga mungkin sebab kita stress

      Cuma jika ada buat aktiviti berisiko seperti seks bebas, cucuk jarum (berkongsi ) dadah dan kalau ada alami ruam maka baru lah boleh nak rasa risau, dan pada ketika itu kena lah buat ujian HIV.

      Delete
  4. hi, sy menghidapi hiv tahap 3. dimana sy selalu demam, diarrhea, luka2 dlm mulut dan skrg ni sy positif tb. sy sepatutnya mula pengambilan haart mei lalu namun atas sebab peribadi, sy terpaksa tangguh. skrg cd4 sy 156 dimana sebelumnya almost 300. masih ad harapan lg ke utk sy hdp? badan sy makin hari makin lemah. sy da x kuat utk lawan lg. terasa seolah2 masanya makin hampir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ANONYMOUS,

      Jangan putus asa, nasihat abg mulakan lah rawatan HAART secepat mungkin insyaallah kesihatan saudara akan kembali baik. Abang dulu pun mula rawatan ketia telah terlantar dihospital, ketika CD4 abg hanya 12, ketika abg mengalami masaalah Pneumonia.

      Jangan putus asa..abang yakin saudara boleh kembali sihat, buang segala masaalah peribadi jangan tangguhkan lagi mulakan lah rawatan HAART ya..

      Hubungi abg di fn abg jika ada masaalah lain insyaallah abg akan bantu..atau mungkin rakan abg yang lain boleh bantu. Think positif ya...:)

      Delete
  5. Salam. Saya 1st time detect positif bacaan cd 4 hanya 9. Tp dengan rawatan haart dan disiplin yv betul alhamdulillah cd4 telah melebihi 200 dan 3 kali berturut buat viral load... Undetectable... Jadi jaga waktu makan ubat. Berdisiplin dan berdoa

    ReplyDelete
  6. Saya didapati positif HIV. Boleh brader share cmne life seorang PLHIV.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ayie

      Hidup mesti diteruskan. Ayie boleh klik pada label NAJMI dan NAJMI JUMPA DOKTOR dalam blog ni untuk baca kisah abang...Pada abang life macam biasa aje..yang penting kena positif selalu...:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST