Thursday, 29 May 2014

5 - SAYA POSITIF - TARGET AKU TERUS CEKAL, TABAH DAN BERSEMANGAT HINGGA AKHIR HAYAT.

Salam semua, sudah lama aku tidak berkongsi cerita (pengalaman) aku dalam blog ini. Maklumlah, sibuk dengan kerja dan aktiviti harian di samping menjaga pemakanan,menjalani rawatan HAART, menjaga tahap kesihatan dan lain-lain. 

photo hanya hiasan

Semalam, 28 Mei 2014, aku bertemu dengan doktor aku (temujanji bulanan) dan bagi ketahui bacaan CD4, Hemoglobin aku dan lain-lain perkongsian maklumat.

Syukur Alhamdulillah, berkat usaha makan ubat HAART (walau ada waktu terlewat sikit tapi tak pernah miss) beserta doa, bacaan CD4 aku yang dahulunya dikesan hanya 192 (sebelum rawatan HAART) meningkat naik ke 400 lebih (walau aku target 500 lebih) dengan peratusan melebihi 16%. Bacaan Hemoglobin aku yang dahulu (asal) 14 lebih turun ke 13 & 12, kini naik semula ke 14 (makan pil supplement (zink) yang disyorkan oleh doktor).

Gembiranya tak terkata, rasa amat terharu pun ada kerana rawatan HAART (2 jenis pil yang diberikan) ini menampakkan hasilnya. Rasa “Im-Balance” (ting tong macam orang mabuk), tidak lagi aku rasai sejak kebelakangan ini. Doktor aku pun rasa gembira dan berharap aku sentiasa jaga pemakanan ubat, bersenam dan lain-lain. Rasa berbaloi jua dengan rasa sakit dan “side-effect” ubatan HAART yang pernah aku rasai.

Sebelum aku pulang, doktor berkongsi pengalaman dia dengan pesakit-pesakit lain. Ada pesakit beliau telah meninggal dunia kerana penyakit AIDS dan kegagalan mematuhi rawatan HAART serta yang tidak buat follow-up. 

Banyak punca dan yang paling aku sedih bila dengar kisah seorang Jurutera (lelaki Melayu) meninggal dunia (kerana penyakit AIDS) kesan dari rasa malu dengan rakan pejabat yang telah syak dia pesakit HIV (sebab kerap mohon cuti untuk ke hospital). Tekanan yang arwah lalui menyebabkan arwah tidak mahu bertemu dengan doctor untuk follow-up dan mendapatkan bekalan ubat HAART. 

Ada pula kes, seorang Gay Melayu lewat mendapatkan rawatan (makan ubat HAART) dan mendapat AIDS yang mana ibu arwah telah berkongsi cerita pada Hari Memorial AIDS. Sedihnya.

Namun, airmata aku tertitis juga setelah aku memberitahu pada doktor bahawa majlis pertunangan aku pada akhir tahun ini tidak menjadi nampaknya setelah aku berterus terang dengannya. Sudah nasib aku, mungkin aku akan membujang sehingga ke akhir hayat. Wallahualam...

Aku sudah tidak mahu lagi memikirkan hal perkahwinan. Kesibukan diri menjaga kesihatan, menjalani rawatan HAART dan kerjaya aku di samping keluarga yang tersayang (yang tidak mengetahui status aku dari Pesakit AIDS kepada Pesakit HIV) telah membuatkan aku bahagia, ceria sama seperti dahulu. Biarlah orang berkata kenapa tak kahwin-kahwin lagi. Malaslah nak fikir.

Target aku, aku tidak mahu lagi dikategorikan sebagai Pesakit HIV, cukuplah sekadar “Pembawa HIV” (yang mana CD4 aku akan sentiasa berada di paras Normal (500 dan ke atas) dan Viral Load (virus HIV) TIDAK DAPAT DIKESAN lagi (single digit). Mudahan aku akan terus cekal, tabah dan bersemangat dalam menjalani kehidupan aku sehingga ke akhir hayat. 

Kepada mereka yang senasib dengan aku (PLHIV), jangan putus asa dan teruskan kehidupan seperti biasa dan berusaha ke arah kebaikan. GOOD LUCK semua :-)


SAYA POSITIF
Sumber Dari Ruang Komen DISINI

Wednesday, 28 May 2014

MR. E - TUNANG SAYA DAPAT HIDU YANG SAYA INI SEORANG GAY

photo hanya hiasan

As salam, nama saya MR.E,

Saya tengah tercari-cari blog yang berkaitan dengan gay dan saya terjumpa dan terbaca blog ini. Untuk pengetahuan abang Najmi, sudah hampir setahun saya menjadi tunangan orang dan bakal berkahwin hujung may tahun ini (2014). 

Tetapi hati dan perasaan saya tidak menentu sekarang ini. Persiapan semua telah dibuat oleh ibu bapa kedua-dua belah pihak. Baru-baru ini tunang saya dapat hidu yang saya ni adalah seorang gay. Dulu saya akui saya sangat sosial dan sejak bertunang dengannya, saya mula kembali kearah kehidupan normal dan saya akui perasaan saya pada lelaki masih ada. 

Hari pernikahan semakin dekat dan kami sering bergaduh, dia kadangkala memerli saya. Saya sering stress dengan masalah peribadi bercampur dengan masalah tempat kerja lagi. Dia tidak pernah bagi dorongan kepada saya supaya menjadi insan yang lebih baik dan beriman, disebabkan itu, saya mula kembali mencari dan berkawan dengan lelaki gay. 

Selepas solat saya selalu berdoa agar kuatkan semangat dan keimanan saya kepadaNya. Harap kawan-kawan dalam blog ni boleh mendoakan saya yang terbaik untuk diri ini..:'(


MR E




Salam MR E,

Pandangan abang naluri gay tu tak akan hilang selama-lamanya cuma ianya dapat dikawal sahaja. Hanya saudara yang boleh kawal naluri itu dan tidak terus melakukannya lagi, nak kawal kena ada kekuatan iman dan takwa. Dalam kes saudara, kenapa saudara nak berkahwin? Adakah hanya nak tutup kelemahan diri? Tanya diri sendiri adakah saudara berkeyakinan nak berkahwin? Mampukah saudara beri nafkah batin kepada si isteri itu nanti?

Jika rasa masih tidak mampu nak melayan isteri, apa tah lagi bakal isteri macam perli-perli saudara dan tidak menunjukkan minat mahu membantu saudara berubah, baik saudara batalkan perkahwinan tersebut. Kahwin apabila saudara telah benar-benar ada berkeyakinan mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri.

Dalam blog abang ada kes sama seperti saudara (lupa tajuk entri tersebut) tarikh perkahwinan lelaki gay itu sudah hampir, akhirnya dia batalkan perkahwinannya walaupun segala persiapan sudah disediakan kerana dia tak ada yakin pada diri menempuh alam perkahwinan.

 Ada juga gay yang memaksa diri berkahwin tapi tak mampu nak memberi nafkah batin, beberapa minggu kemudian mereka bercerai.

Tapi abang ada seorang rakan wanita yang tahu bakal suaminya gay malah tahu bakal suaminya itu ada HIV lagi, mereka berkahwin dan berkekalan sehingga hari ini.

Semuanya bergantung kepada diri saudara, berdoa kepada Allah supaya Allah beri petunjuk, dan akhirnya ikut gerak hati sama ada mahu teruskan perkahwinan atau tidak. Perhatikan sikap bakal isteri, jika dia menerima keadaan saudara dan bersedia membantu saudara berubah alhamdulillah teruskan tetapi kalau sebaliknya pada abang pasti lepas berkahwin nanti berbagai masaalah lebih rumit (bergaduh, cemburu, syak wasangka) pasti akan berlaku.

Tanya pada diri sendiri, jika yakin teruskan jika tidak batalkan. Perkahwinan buka bahan uji kaji, hahwin apabila saudara telah benar-benar bersedia. - NajMi



Sumber dari ruang komen
pembaca didalam entri, 



Tuesday, 27 May 2014

AMRAN MUSA - JANGAN TAKUT UNTUK MEMULAKAN RAWATAN HAART

Mengikut kiraan hari, sudah 6 bulan saya mengambil HAART. Pelbagai dugaan yang saya pernah hadapi termasuk mengalami penyakit kulit seperti gatal-gatal dan kurap yang luar biasa tebalnya sehingga kepala hampir botak kerana rambut gugur. 
 
photo hanya hiasan

Sekarang alhamdulillah, tidak ada lagi situasi sebegitu dan saya harap ianya tidak akan berulang lagi. Tiada lagi gatal-gatal, kurap dan kepala saya kembali di tutupi rambut hitam yang lebat dan berkilat. Kulit muka juga kembali licin, tidak ada lagi kulit menggelupas, gatal-gatal dan luka. Syukur ke hadrat Allah atas kurniaan yang di berikan. Satu anugerah yang tidak mungkin dapat di ungkap dengan kata-kata.

Tanggal 25 Mei (2014), satu pertemuan antara saya dengan doktor pakar untuk review result ujian CD4/CD8 dan Viral Load. Hampir setahun tidak mengetahui status jumlah CD4/CD8. Kali terakhir kiraan CD4 saya ialah pada Ogos tahun lepas - kiraan 345. 

Hati saya berdebar-debar apabila melangkah masuk ke klinik kesihatan. Teruja? Gementar? Takut? Bermacam-macam yang bermain dalam benak fikiran. Namun saya sedaya upaya cuba menutup perasan yang bercampur baur dengan bertegur sapa dengan pesakit-pesakit lain yang memenuhi ruang menunggu pada hari ini. 

No 3001 mula di paparkan pada skrin. Itulah nombor giliran saya. Pintu di ketuk, saya memberi salam. Doktor  wanita menjawab salam saya penuh dengan senyuman lebar yang terukir pada wajahnya. Fail sudah sedia di buka diatas meja. Dalam fikiran saya, pasti result yang baik.

Doktor: "Well Amran Musa. Result untuk ujian CD4/CD8 menunjukkan keputusan yang agak mengejutkan. Regim untuk 6 bulan memberikan awak keputusan CD4 pada kiraan 480.

"Apa! 480!!!!!!!", jerit saya dalam hati.

"Ujian lain dalam LFT juga tidak berganjak. Fungsi hati juga menunjukkan tidak ada perubahan. Ini bermaksud tubuh awak menerima dengan baik untuk rawatan HAART dan di teruskan untuk rawatan 1st line. Ini juga menggambarkan bahawa awak begitu komited dalam timing pengambilan ubat, menjaga emosi dan stress, dan mengamalkan gaya hidup sihat. Tubuh awak berada dalam kondisi yang tip-top!!! Jadi awak tidak perlu risau dan tidak perlu lagi fikir yang bukan-bukan. Tahniah saya ucapkan. Kalau ini adalah ujian kecerdasan, saya boleh bagi Gred A buat awak", kata doktor kepada saya.

Mendengar penjelasan doktor, saya sememangnya hampir-hampir hendak menjerit, meloncat kerana gembira sangat. Jika doktor itu lelaki, ingin juga saya memeluk doktor itu erat-erat. Dia seorang doktor yang baik. Sanggup melayan setiap keresahan pertanyaan saya walaupun melalui telefon jika saya ada menghadapi sesuatu masalah. 

"Saya juga bagi Gred A buat doktor. Sebabnya doktor seolah-olah sudah menjadi doktor peribadi saya yang sudi mendengar setiap permasalahan saya melalui telefon yang saya kira tidak mungkin ada doktor lain yang sanggup melakukannya. Terima kasih saya ucapkan," balas saya. 

Doktor: "Cuma, result bagi Virol Load sahaja yang belum keluar. Kerana ujian ini memangnya mengambil masa yang lama untuk di proses. Ujian kena di sahkan oleh 2 hospital pakar yang berdekatan. Sekarang ujian itu berada di hospital kedua. Tetapi saya percaya, dengan result LFT yang ada di sini, kalau sudah jelas. Virol Load awak pasti rendah. Saya juga melihat luaran awak sangat ketara berbanding dahulu. Untuk result Virol Load, kita jumpa lagi dalam tempoh 2 bulan dari sekarang. Saya doakan awak semoga baik-baik sahaja dan mampu mencapai result Virol Load kurang dari 20 copy atau lagi bagus jika di dapat di kesan terus".

Tak mengapalah. Gambaran yang diberikan sudah banyak menggembirakan hati saya. Walaupun tidak mencapai kiraan CD4 495 (ketika pertama kali ujian di buat pada Oktober 2011), namun saya tetap bersyukur sebab kiraan 480 sekarang ini sudah cukup tinggi dan sudah menghampiri paras normal iaitu 500. Itu pun setelah 6 bulan mengambil HAART. 

Saya juga memberitahu doktor bahawa saya juga berhubung dengan seseorang di alam maya, dan beliau banyak memberikan pencerahan apa yang tidak jelas dan juga motivasi. Orangnya tak lain tak bukan, Abang Najmi sendiri lah.Terima kasih banyak kepada abang yang banyak juga memberikan semangat pada saya yang naif mengenai kes sebegini.

Tapi apa yang ingin saya tekankan di sini terutama dikalangan PLHIV yang sudah layak untuk memulakan rawatan HAART ialah, kita perlu berani untuk memulakan rawatan jika telah tiba masanya. Kita kena hadapilah semua permasalahan dengan tenang, elak dari tekanan ataupun stress dengan sebaik mungkin. 

Kehidupan yang saya lalui sekarang ini sebenarnya banyak dugaannya termasuklah permasalahan dalam keluarga saya, dimana saya perlu hadapi setiap hari setiap saat, semua ini boleh menganggung fikiran saya tetapi saya cuba hadapi dengan tenang. Alhamdulillah, saya berjaya mengawal emosi dari terus menanggung stress. Saya tidak tahu nak cakap apa lagi. Banyak yang ada dalam kepala ini ketika ini tetapi susah hendak saya ceritakan satu persatu, mungkin sebab saya terlalu gembira. Alhamdulillah.


AMRAN MUSA
akumahkota@gmail.com

Bagaimana Amran Musa mendapat jangkitan HIV, baca kisah beliau didalam entri disini, "AMRAN MUSA – SAYA DILIWAT TANPA DISEDARI SEHINGGA MENDAPAT JANGKITAN HIV"



 

LAVENDER DISEMBER - I DO LOVE HIM NOT BECAUSE OF HIS SEX ORIENTATION

Lavender Disember telah tinggalkan komen dalam ruang komen didalam entri bertajuk "HANA – "TOLONGLAH SAYA, SAYA JATUH HATI DENGAN KAWAN BAIK SAYA SEORANG GAY"

photo hanya hiasan

Lerrr.. Aku ingat aku seorang kena masalah macam ni hehehe 

Hana, 

You are not alone. Apa yang Hana dah cerita tuh sama. 

Yang lebih BESAR lagi bila my man (or infront of him). My bestfriend has become PLHIV and I am the first person who knows about it. Two years he has become my bestfriend, then dia suka untuk cerita pasal lelaki-lelaki yang dia suka. Sehingga dia ajar saya macam mana nak tengok orang tu sama ada dia gay, top or bottom. Saya sudah terlalu peka sehingga saya sudah tahu lelaki itu gay cuma apabila mendengar suara dan melihat cara jalan! 

Hana, 

I've been in love with this man more than 2 years. I suspected he was a gay at first, then he confessed to me as a bisex in the middle of our friendship. Of course I am disappointed because my expectation is real, but I dont know I do have a strength to accept. But I just accept as the way he is because I do love him not because of his sex orientation, but HE IS. Sebab dia. 

Hana,

Izinkan untuk saya bagitahu, we are special, because we can accept the truth meanwhile the others not. Then he ever asked me, 

'Why u still want to be friend with me since u know who I am?" 

I said,

"Friendship has no aim. Kita nak berkawan bukan kerana ada tujuan atau apa-apa kita berkawan kerana keikhlasan." 

But I never thought the keikhlasan I gave also with love and feelings. 

Hana,

Nasihat saya, to be in love with this kind of guy needs a strong mentality. He is not perfect guy, he is not like a Prince Charm that we dreamt for. To be with this kind of guy, u have to LOVE MORE than him can give to you. Selepas itu barulah dia boleh memberi perasaan pada Hana. At least pun, rasa sayang. 

Hana,

Tidak dapat dinafikan, tipulah saya jika tidak ada AIR MATA YANG MENGALIR.  Mengalir pun air mata kerana rasa cinta dan perasaan sebagai seorang perempuan biasa. Hati kita kena lebih kuat dari dia. Baru dia boleh kuat untuk kita. Women is a mirror of her man. If her man are not strong, means his woman are not strong enough. 

Maaflah jika ada yang mengira saya sebagai seorang yang BODOH. Tetapi percayalah, ada juga perempuan seperti saya dan Hana di dunia ini. 

Satu sahaja yang saya kejar. Jika jodoh itu milik saya dan dia, anggaplah apa yang saya lakukan ini seperti mengejar destinasi syurga saya yang seterusnya. Walau tersembunyi, walau terhijab, tetap akan ada syurga didalamnya. Be Strong Hana. Semoga sama-sama kita kuat. Amin. 


-lavenderdisember-

Sumber Dari Ruang Komen DISINI


 











LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST