Thursday, 17 April 2014

ZAHARIAH - TIDAK TERLINTAS DIFIKIRAN SUAMI YANG TINGGI AKHLAK KUAT AGAMA RUPANYA GAY

Mohon komentar Bro Najmi, saya ZAHARIAH (bukan nama sebenar)
 
photo hanya hiasan

Bro Najmi,

Saya mendoakan segala kebaikan untuk saudara, semoga pengakhiran hidup saudara mendapat keredhaan Allah, semoga nanti, Allah memanggilmu "wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Ku", kerana pasti, kita akan mati dan biarlah matlamat akhir kita iaitu mencapai redha Allah dapat digapai, Ameen Ya Rabb.

Syukur Allah mengurniakan ketabahan kepadamu. Bro Najmi insan terpilih, Allah memilih hambaNya untuk melalui ujian itu kerana tanda kasih sayangNya yang maha Agung. Bersyukurlah saat diuji, pasti hikmahnya ada, yakin itu.

Bro Najmi,

Seperti mereka yang menulis di blog bro Najmi, saya juga dipilih oleh Allah untuk mempelajari sesuatu dalam 3 tahun lebih menjalani kehidupan bersama seorang "gay". Allahuakbar, pasti takdir Allah ini, ada sesuatu yang ingin Allah sampaikan dan saya bersyukur kerana Allah memilih saya, walaupun seketika cuma.

Dia berulang kali melakukan kesilapan, saya tidak tahu berapa ramai lelaki yang telah bersamanya. Banyak kali juga saya menemui bukti-bukti dia melakukan oral seks dengan lelaki-lelaki, yang dipanggil adik, dan ada juga abang.

Bro Najmi,

Awal perkahwinan kami, sangatlah hambar, dia sering bersendirian, tidur lewat malam dan kadang-kadang langsung tidak tidur bersama. Saya sudah rasa curiga. Dan kecurigaan itu berasas apabila saya menemui SMS berbaur lucah dan yang paling menyedihkan, saya menemui kondom dan beberapa botol ubat kuat. Allahuakbar, menggigil saya menahan rasa kecewa. Tidak pernah terlintas di fikiran, lelaki yang saya kahwini kerana ketinggian akhlak dan latar belakang keluarga yang kuat beragama ini, rupanya tersasar jauh menurut nafsu.

Kami hampir bercerai selepas 3 bulan berkahwin, apabila keluarga saya mengetahui dia bernafsu songsang dan tidak mampu menunaikan nafkah batin. Tapi saya tidak pernah menceritakan  kepada keluarga yang suami pernah melakukan hubungan dengan lelaki lain. Keluarga suami merayu supaya bagi peluang untuk bantu suami berubah. Saya hampir dibuang keluarga kerana mempertahankan suami.

Namun, pengorbanan saya cuma sia-sia. Malah pengorbanan keluarga suami juga sia-sia. Berapa banyak tempat kami bawa dia untuk berubat. Berapa banyak duit dihabiskan. Namun, suami masih lagi kalah melawan godaan nafsu. Membiarkan isteri tanpa nafkah batin. Setiap kali di bawa berubat, saya dipersalahkan kerana tidak mampu melayannya dengan baik.

Sehingga hari ini, saya tidak jelas apa layanan yang diinginkan.

Dalam tempoh itu juga, saya terpaksa membohongi keluarga dengan mengatakan suami sudah berubah dan mampu melayani saya selayaknya sebagai seorang isteri kerana ingin menutup aib suami dan saya juga tidak ingin dipaksa bercerai. Sekiranya saya bersedia untuk berpisah, biarlah waktu itu dengan kehendak saya sendiri.

Namun takdir Allah mengatasi segalanya. 

Keluarga saya akhirnya mengetahui segalanya. Saya tidak mampu lagi mempertahankan dirinya. Ibu bapa mana yang sanggup melihat anaknya menderita. Keluarga saya tidak lagi dapat menerima dia, dan akhirnya kami memilih untuk berpisah. Saya memaafkan dia, tetapi untuk melupakan tidak semudah itu. Perpisahan ini memang menyakitkan juga, tetapi untuk meneruskan perkahwinan dan membiarkan diri saya dikhianati lagi mungkin lebih menyakitkan. Perpisahan ini ibarat membuang duri yang mencucuk, selagi tidak dibuang, pasti berdenyut-denyut menahan sakit, sesudah dibuang, sakit akan sembuh, tetapi parut tidak hilang.

Bro Najmi,

Semoga pilihan yang dibuat untuk berpisah ini adalah baik, saya dikatakan mementingkan diri, tidak membantu suami untuk berubah tetapi saya tidak tahu sampai bila dia harus dipeluang. Saya dikatakan gagal sebagai seorang isteri, keluarga dia menyalahkan saya kerana saya dianggap tidak pandai mengambil hati suami, tidak pandai memasak. Perit dan sakit ini saya tanggung seorang, tidak pernah saya membuka aib suami, menceritakan apa yang telah saya jalani. Doakan saya menemui bahagia jua...Wassalam. 

Hidup Kerana Allah.


ZAHARIAH




Salam ZAHARIAH,

Tidak ada jodoh. Walau bagaimana cara sekalipun Zahariah cuba mempertahankan perkahwinan tersebut, jika hanya setakat itu sahaja jodoh Zahariah bersama suami bermakna setakat itu sahaja. Ya pada awal perpisahan mungkin rasa sedikit perit. Yang pastinya sudah tentu ada hikmah disebalik apa yang berlaku, jika Zahariah berfikiran positif, Zahariah akan nampak kebaikan dari perpisahan itu.

Pada abang Zahariah tidak gagal sebaliknya Zahariah telah berjaya. Berjaya keluar dari kehidupan seorang suami gay yang masih gagal mengawal nafsu. Jika suami Zahariah dapat kawal nafsu dan tidak terlibat lagi dalam aktiviti tersebut, atau dengan lain kata dia berjaya kawal nafsu dan tidak melakukan sebarang aktiviti songsang dibelakang Zahariah selepas berkahwin, mungkin rahsia suami akan terus menjadi rahsia.

Jodoh pertemuan ditangan Allah, perpisahan itu mungkin akan menjadikan kehidupan Zahariah dan bekas suami menjadi lebih baik dari sebelum ini. Sekarang Zahariah kena pandang ke hadapan, teruskan kehidupan dengan tenang, cuba lupakan semua yang telah lalu, lupakan kata-kata yang dilemparkan oleh keluarga suami pada Zahariah. Yang penting Zahariah tahu dan Allah pastinya tahu apa yang telah Zahariah buat selama ini.

Insyaallah tentu ada jodoh lain yang lebih baik sedang menanti Zahariah diluar sana, abang doakan juga agar Zahariah kuat bersemangat untuk teruskan kehidupan ini. - Najmi





6 comments:

  1. Semoga sabar slalu, jika ditadirkan suami tdk mampu menunaikan nafkah batin, cerai adalah jalan terbaik, seandainya si suami mampu menunaikan semua tanggungjawab termasuk nafkah batin, terpulang kepada diri sendiri. Tapi saya amat berharap para isteri akan membantu dan memberi pluang utk suami kembali kepangkal jalan dan meninggalkan sifat buruk tersebut. bunyinya spt saya mementingkan diri sendiri. tapi yelah sape tak sayang isteri. En Nadzmi, entry kali ini buat saya berdebar semacam ajeeee. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. JAZZLEE

      Yakinkan diri...jika Jazzlee mampu beri nafkah zahir dan batin alhamdulillah, cuma tang naluri tu sahaja yang perlu dikawal, abang rasa Jazzlee boleh...:) Kalau sudah selamat nanti beritahu abang....

      Delete
  2. walaupun seseorang itu gay..... tapi itu tak bermakna dia seorang yang bersosial seperti tanggapan orang orang ramai terhadap gay...... walau kuat mana pun iman seseorang, dia tetap gay walaupun dia berlagak lelaki normal sekalipun..... naluri ni sukar untuk dibuang tetapi boleh dikawal sebenarnya...... itu bergantung pada seseorang itu sendiri macam mane dia mengawalnya...... bukan mudah untuk menerima perkara nie sebenarnya...... tapi terima lar seadanya....... yang penting dalam sesuatu hubungan itu adalah kepercayaan......

    ReplyDelete
  3. Pandangan bella.... betol...di awal ketika mendapat tahu siapa sebenarnya suami...sgt terluka.... kenapa tidak melepaskan diri? Selagi boleh dibantu ...kami cuba bantu...betul... naluri itu hny anda sendiri yg boleh ubah...kami sekadar bantu....

    Apabila melibatkan keluarga...ini lah akibatnya..tiada ibu bapa sanggup melihat anaknya disia sia kan....anaknya terus menerus menderita....

    Tpi bgi bella... cuba la berubah....kesian isteri2 yg sedaya upaya membantu....bukan setakat janji di bibir shj... tetapi kena buat...kalau dengan menutup akaun fb itu slh satu cara... why not ..buat...

    Wallahuallam. ..

    ReplyDelete
  4. Apabila suami gagal menunaikan tggjwb ia menanggung dosa.bila ia tidak berubah yg terbaik berpisah ja.perkahwinan itu amanah.klu abaikan ia menjadi masalah besar nanti.setidaknya istri tak menderita,suami tak bertambah lagi dosa.perkahwinan amanah buat para suami.bukan perkara main2.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST