Friday, 18 April 2014

SHIDI - SAYA SANGAT SAYANGKAN AZRUL TAPI TAKUT DENGAN ALLAH


photo hanya hiasan



Assalamualaikum Saudara Najmi, 


Terima kasih sudi membaca email saya ini. Saya juga silent reader kepada blog saudara, Selalu membaca Masalah kawan-kawan seangkatan di ruangan blog saudara. Hari ini saya terpanggil hendak menulis email kepada saudara Najmi. 

Saya Shidi (bukan nama sebenar), berusia 29 berasal dari utara tanah air. Sejak kecil, saya dipelihara oleh ibu saudara saya kerana Ibubapa masing-masing lepas tangan selepas bercerai. Walaupun dipelihara oleh ibu saudara, bagi saya semua cukup dari segi pakai, pendidikan dan didikan.

Saya mula menyedari perubahan diri tentang kekeliruan identiti pada usia 16 tahun, Saya seorang yang berbadan agak XXXL dan perwatakkan sama macam lelaki lain, tetapi saya kurang bersosial kerana fizikal saya. Di sekolah pula, saya lebih selesa berkawan dengan perempuan berbanding lelaki.

Pada usia saya 24, saya telah mengenali seorang abang angkat di laman sosial dan saya namakan dia Azrul (bukan nama sebenar) yang berusia 34.

Azrul seorang lelaki yang baik, penyayang selalu tel dan seorang yang nakal. Pada masa tu, saya rasa seronok sebab diri ini di sayangi. Untuk pengetahuan saudara Najmi, saya pernah dua kali di kecewakan oleh PEREMPUAN, cinta saya di tolak tanpa alasan yang munasabah. Saya rasa dah tak nak bercinta, sebab takut kecewa. 

Selama 5 tahun Azrul menanti saya, berkali-kali Azrul ingin "pinang" saya untuk dijadikan pasangannya. Selama 5 tahun tu lah, kita orang sekejap baik sekejap gaduh, kalau gaduh pun, saya yang sengaja mencari punca. Selama 5 tahun tu juga, kami tak pernah berjumpa sehinggalah satu hari kami berjumpa, dalam kata lain 1st date. 

Pertemuan kali pertama itu telah menjadikan saya makin rapat dengan A. Hari-hari Azrul akan Call atau SMS saya. Bila Azrul tak SMS or call saya, saya jadi rindu sangat, rasa macam hati ni sudah terpaut pada Azrul.

Azrul cuba menarik hati saya dengan tawaran yang agak mewah seperti tidak perlu bekerja dan Azrul akan tanggung semua keperluan dan kehendak saya. Untuk pengetahuan saudara Najmi, Azrul seorang Jurutera di sebuah syarikat terkenal di Malaysia, bertempat di Kuala Lumpur.

Azrul memang pandai menjaga hati saya, saya rasa seronok sebab di layan kerenah saya yang tah apa-apa. Azrul bersabar je dengan peraangai saya yang suka marah-marah. Saya sayang dia sangat sangat, dia merupakan orang yang serius sayangkan saya. Saya pula sangat sayang Azrul. Azrul memang nakal, kadang-kadang suka cakap benda yang bukan-bukan walaupun dalam SMS, ada satu benda yang saya tak dapat tunaikan hasrat Azrul. Hasrat Azrul ialah ingin F**k saya. 

Saudara Najmi,

Walaupun saya jahat, saya tetap dengan pendirian saya yang saya mengeras dan menentang habis-habisan apabila Azrul meminta benda yang sedemikian. Saya tahu, apa yang saya buat ini dosa dan saya tak nak buat perkara yang lagi dosa besar dengan membenarkan Azrul meliwat saya. 

Saya selalu ingat Allah, tapi hati dan naluri saya sangat kuat kearah kehidupan PLU. Saya juga kadang-kadang menangis dan tertanya-tanya kenapa saya tidak seperti lelaki yang normal. Bila saya mendengar tazkirah tentang kematian, saya takut sangat, tapi sekejap je lepas tu saya lupa. Kadang-kadang bila Azrul cakap 2nd date nak F**k saya, saya mula marah, rasa nak putus pun ada, pernah saya bagi ceramah pasal agama. Banyak kali saya cuba putus dengan Azrul tapi saya tak mampu, dalam kepala otak saya akan fikir, kalau putus dengan Azrul, HP tak ada guna dah, sebab tak ada siapa lepas ni wish Morning, dah makan belum? selamat tengahari? Buat apa? dah makan belum dan macam-macam ayat-ayat cinta. 

Saudara Najmi,

Saya sayangkan Azrul. Sayang sangat sangat Azrul. tapi saya juga takut dengan azab neraka, saya takut siksa kubur dan saya takut dosa saya. Keadaan saya adalah di tengah-tengah. saya sayang Azrul dengan takut dengan Allah.

Bantulah saya, saya sayang-sangat sayang dengan Azrul. Saya tak sampai hati nak tinggalkan dia. Jiwa saya akan siksa. Baru-baru ni Azrul telah membelikan saya tiket ke Singapore, perasaan happy dan takut menyelubungi saya. Saya sayang Azrul, saya takut dosa. 

Bantulah saya Najmi, saya nak sangat ikut Azrul berjalan-jalan, tapi dalam masa sama saya takut dosa takut terlajak. Tolonglah, saya sayang Azrul, kalau lah saya perempuan saya sanggup berkahwin dengan Azrul. Saya sayang Azrul tapi saya takut dosa. 

Saya ingin batalkan percutian ini sebab saya takut sangat, tapi bila fikir kos flight dengan hotel mencecah 2K saya jadi tak sampai hati, tolong lah Najmi. Apa harus saya buat.


SHIDI~~~~





Salam Shidi,

Kalau tanya abang, abang memang tidak percaya kepada hubungan "kapel-kapel" sesama gay ni, apa tah lagi sampai nak hidup semati seolah-olah kita ni berkahwin dengan pasangan gay kita. Pandangan abang hubungan gay ni tidak akan sampai kemana, kejap aje lepas tu gaduh dan berpisah. Kalau yang boleh bertahan tu pun tak ramai. Kalau ada kata yang setia padapasangan, pada abang memang tak boleh percaya, biasanya gay ni suka nak test "daging" lain yang lebih segar huhuhu.

Kalau abang nasihatkan agar Shidi agar cuba lupakan Azrul tentu tak boleh kan. Tapi itu lah nasihat yang abang nak beri, sebaiknya lupakan Azrul. Mungkin sehingga hari ini Azrul masih tidak dapat apa yang dia hendak dari Shidi, tapi kalau dia dah dapat dan melakukannya beberapa kali tidak mustahil dia akan cari lain.

Sekarang ni pun Shidi tidak boleh percaya sangat yang Azrul tu boleh sayang pada Shidi sebagaimana Shidi sayang sangat kepada dia. Mungkin dibelakang Shidi entah-entah Azrul menduakan Shidi, mungkin mentiga dan mengempatkan Shidi. Pada abang tak perlulah nak ikut Azrul kemana-mana sebab kemungkinan besar boleh terbabas apatah lagi kalau dah tinggal tidur berdua dalam bilik hotel yang sama. Pasti ada orang ke tiga yang akan mempengaruhi menghasut Shidi dan Azrul untuk melakukan aktiviti itu nanti.
Orang kuat iman pun boleh terlajak  tau.

Pada abang Shidi boleh lupakan Azrul, Shidi boleh putus dengan dia tetapi Shidi kena berusaha kuat untuk cuba lupakan dia. Jangan berhubung dengan lagi dengan dia walau dengan apa cara sekali pun. Permulaan memang susah sangat nak lupakan Azrul, tiap saat pasti teringatkan dia, itu memang abang tidak boleh nafikan sebab abang sendri pernah alami situasi masaalah yang hampir seperti yang Shidi alami itu. Mungkin akan mengambil masa bertahun untuk Shidi lupa kan dia. Jika ada kemahuan, kesungguhan abang yakin Shidi boleh lupakan dia.  

Takut dengan azab Allah tu pun bagus sebab kerana takut tu juga lah yang menyebabkan Shidi boleh kawal diri dari terlanjur. Tanpa rasa takut pasti Shidi dah lama bergelumang dan pastinya sudah tentu abang tidak akan menerima email dari Shidi ni kan. Dalam masa sama terus minta pertolongan dari Allah, insyaallah Allah akan bantu Shidi dalam menghadapi masaaalah in, yakin lah pada Dia.- NajMi


7 comments:

  1. Knp gay/biseksual semakin ramai kat Malaysia? Mcm mana nak kenal kalau seseorang itu gay/biseksual? Kalau mak nyah senang kita kenal. Adakah semua gay lembut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa ramai? Entah lah tentu ada banyak faktor penyebab, kalau nak diselidik tentu boleh dapat jawapannya. Tapi pada saya antara penyebab utama ialah pengaruh internet. Dan dah tentu ada penyebab2 lain tu kita kena kaji selidik lah dulu huhu

      Delete
    2. Salam Abg Najmi. Lama x mnjengah blog abg krn masalah kesihtan sy. Skrg dah ok dah. Rindu kt abg..he..he..
      Sy hrp sgt agar saudara Shidi ambil masa utk bc balik semua nasihat abg Najmi dlm blog2 yg lpas. Saudara Shidi prlukn kkuatan yg luarbiasa utk mlupkn bfnya...bg sy klu x dpt mlupkn terus (mustahil utk mlupkn org yg kite syg bgitu sjkn) skurg2nya jarakkn diri dr brjmpa.. Jgn mulakn lgkah yg boleh buatkn saudara myesal... Moga Allah berikn kkuatan itu utk saudara.

      Haikal

      Delete
    3. Salam Haikal,

      Sekarang dah sihat lah ni..alhamdulillah....:)

      Delete
  2. Assalamualaikum..sayaa setuju dengan abg najmi..sekarang ramai gay dan bisex disebabkan pengaruh internet,bkawan, budaya dan sebagai nya. Ade juga faktor sosial dan juga dari keluarga yang tak kukuh.kebanyakan gay akan lahir dari keluarga yg rapuh hubungan dgn ibu bapa nya..mengikut kajian ade juga faktor dari genetik nya..dan gay pula ade 3 peringkat komplikasi..mcm mane nk kenal dorang ni..x mudah..hanya beberapa org yg tggu gaydar nya saja boleh kenal pasti..ade juga melalui pengalaman..untk pengetahuan saudara trend dari jenama pakaian topman adalh khusus untuk golongaan tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Khairul Nazrim Khairul Nizam...:)

      Delete
  3. Tula...betul kata abg najmi, dlm dunia gay ni mmg tk ke mana. Masa blum dpt..mengayat bgai nak rak..once dh dpt, lyn tk nk lyn je..alasan ONS la bgai..tpi kt luar kau cri jantan lain gak. Rasa susah nk lupakn org yg kita syg yg pernh bgi kita harap. Bila terlalu mghrap, kita yg akhirny merasa amat kecewa. Geram. Sedih. Dunia ni mcm..once u enter, there's no way out.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST