Thursday, 3 April 2014

4 - SAYA POSITIF - HEMAGLOBIN AKU TURUN SELEPAS SEBULAN LEBIH MENELAN HAART

Agak lama juga tak berkongsi info di sini. Beberapa hari lepas, aku hadir berjumpa dengan doktor setelah temujanji sebulan diatur. Ini bererti sudah sebulan lebih aku mengamalkan pengambilan ubat HAART ini.


Ujian darah untuk semakan Hemaglobin (sel Darah Merah) di ambil dan nampaknya berlaku penurunan dari paras Normal dengan bacaan melebihi 14 kepada 13 dan kini 12.

"Hemoglobin adalah molekul protein pada sel darah merah yang berfungsi sebagai media transport oksigen dari paru paru ke seluruh jaringan tubuh dan membawa karbondioksida dari jaringan tubuh ke paru paru. Kandungan zat besi yang terdapat dalam hemoglobin membuat darah berwarna merah"

Aku rasa amat kecewa kerana kesan ubat HAART telah menyebabkan penurunan ini. Doktor masih memberi peluang terakhir kepada aku untuk teruskan ubat HAART ini bagi tempoh sebulan dan jika turun ke paras bacaan 11, maka terpaksa tukar ubat HAART yang lain.

Kira nasib badan aku lah nampaknya kerana ada pesakit HIV tidak mengalami penurunan ini. Rasa sedih dan marah pun ada (dalam hati), mengapa begini pula. Sudah sinton im-balance untuk sejam masih aku rasai (ubat HAART yang aku ambil pada sebelah malam). Aku sudah beli Pil Iberet Folic untuk menambah kandungan Zink pada darah merah aku, tapi seakan tidak berjaya.

Jika tukar ubat HAART yang lain, simptom lain pula mungkin akan aku rasai iaitu cengkung di bahagian pipi (lemak di bahagian muka berkurangan) atau ubat HAART yang terpaksa aku bayar sendiri (lebih kurang RM300 untuk setiap bulan) tetapi mungkin akan mengalami side effect kat buah pinggang la pulak..aduhaiii :_( (tak pasal-pasal nak kena dialysis pula). Tak sanggup!!!

Sekiranya paras bacaan hemaglobin aku turun lagi, aku akan memilih ubat HAART yang ke-2 (cengkung pun cengkunglah pipi muka...janji buah pinggang aku selamat).

Awal bulan Mei depan, darah aku akan diambil lagi untuk ujian yang sama dan ujian CD4 yang dulu sekitar bacaan: 190 sahaja :-( Aku amat-amat berharap bacaan paras Hemaglobin aku akan naik (tak perlu tukar ubat HAART) dan CD4 aku meningkat (keluar dari kategori pesakit AIDS) dan bulan 6 nanti ujian darah akan dilakukan bagi melihat kandungan jumlah Viraload aku, yang ni dulu lebih kurang 200,000 sel (mudahan turun la banyak, jangan ratusan ribu...aminnn)

Setakat hari ini, aku masih kelihatan cergas tetapi ada waktu aku kepenatan (mungkin kandungan oksigen pada sel darah merah aku berkurangan akibat kesan ubat HAART tu). Jadi aktiviti malam memang aku kurangkan sebab nak tidur awal, berehat agar awal pagi sehingga petang aku kelihatan cergas dan sihat di tempat kerja (cover line) :-p

Hai... YA ALLAH, aku redha dengan ujian MU ini atas pilihan cara hidupku ini sendiri dan aku terima hukuman mu di dunia ini, namu aku merayu dan menyembah kepada MU, ringankan ujian MU ini, berjayakanlah proses rawatan ku ini dan semoga jasad ku ini dapat menerimanya.

Maafkanlah aku YA ALLAH, kasihanilah aku dan berilah aku peluang untuk sihat dan teruskan kehidupanku sehingga ke usia yang lebih panjang lagi (paling tidak biarlah umurku boleh mencecah 80 tahun ke atas) :_(



SAYA POSITIF

Sumber Dari Ruang Komen DISINI












Lain-lain entri tentang SAYA POSITIF;

9 - SAYA POSITIF - LIFE MUST GO ON
8 - SAYA POSITIF - CD4 AKU MENINGKAT DARI 400 LEBIH KEPADA 500 LEBIH
7 - SAYA POSITIF SYAWAL YANG PERTAMA, AKU SEBAGAI PLHIV
1 - SAYA POSITIF – LEMAH BADAN, HANCUR HATI APABILA DISAHKAN +VE HIV



23 comments:

  1. Saudara, saya doakan saudara diberikan kesihatan yg baik oleh Allah. Saya nak tanya adakah doktor telah membuat ujian Erythropoietin utk tentukan punca kpd anemia saudara?

    Ujian ini memang agak menyakitkan kerana ia melibatkan proses mengambil air tulang belakang tetapi sangat penting utk tentukan punca kpd anemia yg saudara alami. Sebabnya mengikut kajian pesakit buat pingang kronik, kanser dan hiv boleh menyebabkan kerosakan kpd bone marrow. Bone marrow merupakan tempat di mana sel2 darah merah yg sihat dihasilkan. Jadi saya tidak pasti samada anemia yg saudara alami disebabkan oleh kesan sampingan yg saudara mkn atau virus hiv. Utk tentukan ini ujian perlu dibuat.

    Sekiranya ubat yg saudara mkn tidak berkesan menurunkan viral load mungkin saudara perlu tukar ubat kpd combination yg lain pula. Perlu diingatkan ubat perlu dimkn secara teratur dan konsisten. Mmg akn berlaku virus resistant kalau ubat dimkn tanpa mengikut aturan yg betul. Sbbnya ubat yg ada skrg mmg berkesan dlm mengawal virus hiv even terhadap jenis hiv paling powerful yg baru dijumpai di Afrika baru2 ni.

    Saya harap saudara dpt berbincang dgn doktor yg merawat anda. Mohon tanya soalan yg betul dan kalau boleh buat laa bacaan dlm jurnal2 perubatan yg berkaitan dgn hiv utk dpt maklumat apabila berbincang dgn doktor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Anonymous harap Saudara SAYA POSITIF akan baca komen ini dan akan balas pertanyaan saudara tentang anemia itu...

      Delete
  2. muka cengkung nampak ensem apa. macam model2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. RYAN,

      Cengkung kalau kulit tenang ok tapi kalau cengkung kulit lendut jatuh memang tak elok biasanya kulit jatuh ni mereka yang dah berusia huhu

      Delete
    2. Alaa jgnlah sedih abg Najmi, yg penting bdn masih sihat dn kuat..

      Dimata six sense sy ni abg Najmi msih hensem. :-D

      haikal

      Delete
    3. Tapi boleh buat plastic surgery kan?

      Delete
    4. Mmg laa hensem Haikal..abg najmi masa kat singapore dulu dialah DIVA..hihihi..kalau dia jln jer semua mata memandang..dlm imaginasi saya abg najmi muka mcm ariel zafriel penyanyi baru yg ada kontroversi kawin dgn girl dr sabah.

      Delete
    5. Klu camtu imaginasi sy ttg abg Najmi lagi tinggilah dr tu...so pasni abg Najmi jgn risau... Kehenseman dan kata2 nasihat dari abg tetap sy dambakan..
      (adoii melalut le plak, saje nk bg abg senyum balik.....)

      Haikal

      Delete
    6. Macam Ariel Zafirel, jauh panggang dari api tu huhu....Bayangkan lah wajah abg seperti artist yang dah tua bukan bayangkan yang muda2 tu ya....:)

      Delete
  3. salam naj mi ingat lagi ke kt saya?
    -tchr shida-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam -tchr shida-

      Ingat mesti lah ingat, sejak balik ke semenajung ni diam terus ye...dah kahwin kut heeeee..

      Delete
    2. rinduuuu kt naj mi...hihi
      takla tak kawen pon lagi ha..
      xde org nk kt saya la...haha...
      naj mi sihat ke...
      lame x jenguk blog naj mi...
      sibuk btol skola kt smmnnjung ni...

      Delete
    3. Saya sihat Shida alhamdulillah, sibuk2 pun kena bijak ambil masa untuk rest ya, kesihatan kena jaga, kalau boleh cepat2 lah temu jodoh tu heeeee

      Delete
    4. insyallah...tq amin....iye ok...
      naj mi pon same juga dan yang lain2 juga hope sihat2 ngn ubat haart tu

      Delete
    5. Tchr shida =abg Najmi? Ehh nape ni, nape tiba2 saya rasa cemburu plak?

      Haikal

      Delete
    6. haikal nak cemburu sebab pe?
      saya kenal lame da pon naj mi ni ha...mase awal2 naj mi tulis blog ni lagi..jumpe jer xpenah..haha..
      jgn jeles la haikal..takde pape pon la..aiyaa..

      Delete
    7. Ha ha..saya terlupa seketika yg abg Najmi ni hakmilik setiap insan...entahlah mungkin sy pun nk perhatian macam tu jugak kut..tnya khabar tentang saya, lebih kurang macam tulah...maaf ye..saya pun x bermaksud ape2.

      Haikal. :-D

      Delete
    8. Seswatuh sgt Haikal...

      Delete
  4. SAYA POSITIF:

    Salam semua... sudah lama aku tidak berkongsi cerita (pengalaman) aku dalam blog ini. Maklumlah, sibuk dengan kerja dan aktiviti harian di samping menjaga pemakanan,menjalani rawatan HAART, menjaga tahap kesihatan dll. Semalam, 28 Jun 2014, aku bertemu dengan doktor aku (temujanji bulanan) dan bagi ketahui bacaan CD4, Hemoglobin aku dan lain-lain perkongsian maklumat.

    Syukur Alhamdulillah, berkat usaha makan ubat HAART (walau ada waktu terlewat sikit tapi tak pernah miss) beserta doa…bacaan CD4 aku yang dahulunya dikesan hanya 192 (sebelum rawatan HAART) meningkat naik ke 400 lebih (walau aku target 500 lebih) dengan peratusan melebihi 16%. Bacaan Hemoglobin aku yang dahulu (asal) 14 lebih turun ke 13 & 12..kini naik semula ke 14 (makan pil supplement (zink) yang disyorkan oleh doktor).

    Gembiranya tak terkata  Rasa amat terharu pun ada kerana rawatan HAART (2 jenis pil yang diberikan) ini menampakkan hasilnya. Rasa “Im-Balance” (ting tong macam orang mabuk), tidak lagi aku rasai sejak kebelakangan ini. Doktor aku pun rasa gembira dan berharap aku sentiasa jaga pemakanan ubat, bersenam dll. Rasa berbaloi jua dengan rasa sakit dan “side-effect” ubatan HAART yang pernah aku rasai 

    Sebelum aku pulang, doktor berkongsi pengalaman dia dengan pesakit-pesakit lain. Ada pesakit beliau telah meninggal dunia kerana penyakit AIDS dan kegagalan mematuhi rawatan HAART serta tak buat follow-up. Banyak punca dan yang paling aku sedih adalah seorang Jurutera (lelaki Melayu) meninggal dunia (kerana penyakit AIDS) kesan dari rasa malu dengan rakan pejabat yang telah syak dia pesakit HIV (sebab kerap mohon cuti untuk ke hospital). Tekanan yang arwah lalui menyebabkan arwah tidak mahu bertemu dengan doctor untuk follow-up dan mendapatkan bekalan ubat HAART. Ada pula kes, seorang Gay Melayu lewat mendapatkan rawatan (makan ubat HAART) – AIDS yang mana Ibu arwah berkongsi cerita pada Hari Memorial AIDS. Sedihnya...

    Namun, airmata aku tertitis juga setelah aku memberitahu pada doktor bahawa majlis pertunangan aku pada akhir tahun ini tidak menjadi nampaknya setelah aku berterus terang dengannya. Sudah nasib aku, mungkin aku akan membujang sehingga ke akhir hayat. Wallahualam...

    Aku sudah tidak mahu lagi memikirkan hal perkahwinan. Kesibukan diri menjaga kesihatan, menjalani rawatan HAART dan kerjaya aku di samping keluarga yang tersayang (yang tidak mengetahui status aku dari Pesakit AIDS kepada Pesakit HIV) telah membuatkan aku bahagia, ceria sama seperti dahulu. Biarlah orang berkata kenapa tak kahwin-kahwin lagi. Malaslah nak fikir.

    Target aku, aku tidak mahu lagi dikategorikan sebagai Pesakit HIV, cukuplah sekadar “Pembawa HIV” (yang mana CD4 aku akan berada di paras Normal (500 dan ke atas) dan Viral Load (virus HIV) TIDAK DAPAT DIKESAN lagi (single digit)...Mudahan aku akan terus cekal, tabah dan bersemangat dalam menjalani kehidupan aku sehingga ke akhir hayat. Kepada mereka yang senasib dengan aku (PLHIV), jangan putus asa dan teruskan kehidupan seperti biasa dan berusaha ke arah kebaikan.

    GOOD LUCK semua :-)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum... saya nak tanya, kawan saya baru dpt keputusan screen test dpti ada Hiv positif tp ada note mention kena buat skli lg test bg pengesahan, so dia baru buat test skali lg n skrang tgh tunggu keputusan. Kesian tgk dia terlalu stress dah cuba nasihat agar jgn terlalu stres takut nanti akan bg kesan lg buruk. Jadi apa pendapat tuan/puan, apa yg boleh saya bantu dia sbg seorg sahabat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, beri sokongan kepada dia, dalam masa sama saudara juga kena dan perlu faham mengenai hiv aids supaya saudara tidak ada rasa takut atau ragu2 berkawan dg dia. Buat masa ni tunggu keputusan ke dua tu, jika sah positif dia perlu di rujuk dg doktor pakar diklinik penyakit berjangkit. Perlu dingat ada hiv bukan penamat bg kehidupan tp ianya mungkin sebagai permulaan baru kepada kehidupan yg lebih baik. Dia perlu berfikiran positif dalam masa sama saudara perlu sentiasa memberi nasihat positif2 pada dia, sebab itu saudara juga perlu tahu dan faham mengenai hiv dan aids ni...

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST