Friday, 18 April 2014

RIDZ WAN - DOKTOR BERITAHU AKU HIDAP HIV PADA TAHAP SERIUS.

Kehidupan aku; Aku bukan datang dari keluarga yang bahagia, keluarga aku mementingkan maruah yang tinggi untuk dicapai.

photo hanya hiasan

Kisah aku bermula dengan kejadian di mana aku telah diliwat sendiri oleh saudara aku yang mengamal kehidupan songsang gay. Apabila umurku semakin dewasa aku makin ketagih untuk menjalani kehidupan songsang. Sejarah kehidupan dosa aku bermula apabila aku semakin dewasa mencapai umur 25 keatas. Semakin rancak untuk aku melakukan dosa-dosa yang terlaknat itu.

Berkenalan dengan Man

Kisah aku semakin menjadi apabila aku bekerja di Kuala Lumpur pada tahun 2011 dimana aku menjadikan diri aku money boy. Selama 4 tahun aku menetap di Kuala Lumpur aku semakin taksub melakukan benda terlarang tersebut. Aku merasa puas dalam kehidupan aku yang songsang itu. Apabila aku bercampur dengan kawan yang sejenis dan berfikiran terbuka untuk menerima berkawan dengan kehidupan seorang gay aku semakin menjadi-jadi.

Pada tahun 2012 diawal bulan, aku mengenali seorang yang bernama MAN. Man memang seorang yang kacak baik peramah orangnya kebetulan berkerja bersama-sama di tempat yang sama. Setiap hari aku bertemu Man sewaktu masuk kerja. Agak lama juga untuk kami kenal sebab di tempat kerja walau pun Man duduk berdepan, aku memang aku nak bertegur dia tapi segan. Cukup untuk aku senyum dan bertanyakan apa yang  ia capai untuk hari seharian.

Kami mula kenal melalui chat melalui sebuah laman web gay. Apabila aku meletakkan gambar yang memberangsangkan dengan status FUN iaitu dimana perkenalan semata-mata hanya untuk hubungan sex sahaja. Seseorang telah PM kan aku untuk berkenalan. Apabila tindak balas baik yang aku berikan kepadanya, kami mula sering chat dan bertanya kabar. 

Pada waktu yang sama jugak, aku ingin sekali bertemu dengan kenalan baru itu dan dia bersetuju untuk berjumpa aku. Pada saat itu aku hanya sekadar hendakkan hiburan semata-mata selain untuk kepuasan diri. 

Masa dan waktu telah ditetapkan untuk kami berjumpa, aku semakin ilusi bayangkan bagaimana rupa orang yang akan aku jumpa itu nanti. Ketika aku menunggu dan nampak kelibat seseorang yang datang ke arah aku, aku merasakan yang aku mengenalinya. Ya dia ialah Man iaitu pemuda yang aku minat selama ini. Apabila bertentang mata kami berdua memang agak terkejut. Man beritahu aku dia juga seorang gay. Yer masa tu aku rasa nak minta agar Man melahap sahaja tubuh aku. Kami kemudian berborak di sebuah cafe.

Apabila selesai berborak Man hendak hantar aku pulang kerumah tapi aku cuba menolak sebab aku rasakan aku perlu berlakon untuk cuba tidak menyusahkan dia. Man terus berdegil mahu menghantar aku pulang. Akhirnya aku setuju, aku pulang dengan dia dan dalam perjalanan balik Man bertanyakan aku sama ada aku duduk seorang atau berkawan. Aku jawab tinggal dengan kawan dan ia ketawa dan dia beritahu tak dapatlah nak manja-manja dengan aku. Aku pulak tersenyum untuk point seterusnya.

Man memberitahu malam ni kawan dia adakan party harijadi so dia beri cadangan untuk menjemput aku join sekali kerana kebetulan pulak tempat tinggal Man tidak jauh iaitu di Tasik Permaisuri (tempat gay-gay berkumpul) dan rumah aku pulak di Cheras (memang kat situ gay-gay banyak). Aku mengiyakan dan setuju untuk bermalam dirumah Man.

Pada malam itu juga aku rasakan banyak gayboy berkumpul iaitu kawan-kawan Man yang lain. Aku hanya duduk bersama Man. Kejadian berlaku sewaktu aku tidur bersama Man dan kawan Man masuk ke bilik dan berbisik dengan Man. Aku sekadar melihat Man bersama kawan dia bercium dan Man menarik aku agar rela bersama-sama dengan meraka berdua. Sampai esok harinya pun aku masih lagi melakukan hubungan durjana itu. 

Selesai selepas itu aku menjalani kehidupan harian yang biasa. 

Suatu hari aku rasa kelainan apabila aku nak kencing rasa lain pada alat sulit aku. Aku meneruskan harian aku. Apabila satu hari alat sulit aku mengeluarkan rasa nyilu yang amat sangat lain nya sampai mengeluarkan cecair putih yang amat bau dan diikuti nyilu yg amat sangat. Aku merasakan aku ingin berjumpa doctor di hospital kerajaan. Apabila aku diuji segalanya akhirnya doktor mengesahkan aku menghidap gonoherea dan lebih mengejutkan aku juga disahkan HIV positive.

Aku merasa takut dan mengigil apabila dikatakan ada HIV. Aku melangkah keluar dengan rasa takut amat sangat dan aku terus memikirkan apa akan berlaku kepada nasib aku selepas ini. 

Apabila menjelang tahun 2013 

Aku semakin berani menjalani kehidupan songsang aku balik, apabila aku berkawan dan tinggal bersama-sama dengan rakan-rakan songsang yang lain menyebabkan aku semakin berani untuk aku membuat benda yang dujana itu lagi. Kehidupan aku teruskan dengan keadaan biasa. Satu hari aku mengalami simptom demam yang teruk diikuti dengan pening kepala aku yang amat sakit.

Aku membiarkan, sakit kepala tu aku anggap sakit biasa aje. Semakin hari semakin sakit akhirnya aku dibawa ke hospital dan dimasukan ke wad dan akhirnya aku disahkan menghidap TOXOPLAMOSIS iaitu jangkitan kuman pada saraf otak. Dan doctor memberitahu aku menghidap HIV positve yang tahap serius.


"Toksoplasmosis merupakan penyakit parasitik yang berpunca dari protozoa Toxoplasma gondii. Parasit ini menjangkiti hidupan berdarah panas, termasuklah manusia. Punca jangkitan (hospes definitive) dari kucing, burung, tikus, lembu dan babi.

Apakah simptom biasa untuk pesakit toksoplasmosis? - Walaupun orang yang dijangkiti dengan toksoplasmosis seringkali tidak menyedari memiliki penyakit ini, gejala biasa bagi pesakit toxo adalah simptom flulike yang mana akan menyebabkan pembengkakan kelenjar dan kesakitan otot dan kesakitan yang berterusan dari beberapa hari kepada beberapa minggu. Jika sistem kekebalan tubuh anda normal, anda tidak boleh mendapatkan jangkitan lagi.

Kesan jangkitan pada ibu hamil adalah keguguran berulang dan kecacatan sebelum lahir (Hidrosefalus, Mikrosefalus), kelainan Retinokorioditis dan Hepatosplenomegali. Kajian yang dilakukan di Indonesia mendapati 27.9 % contoh darah manusia dan 19.2 % haiwan lain menunjukkan Toksoplasmosis positif." - sumber wikipedia


Nak aku menangis pun dah tak berguna sebab benda dah terjadi. Aku tak dapat lagi membuat apa-apa selain mula timbul rasa menyesal seumur hidup. Setelah itu aku balik ke tempat aku di Sarawak, apabila aku balik aku terus memeluk ibu aku dan ayah aku dengan harapan aku boleh berbuat baik kepada orang yang aku sayang ni. 

Pengajaran dari kisah aku; jangan memilih kawan yang boleh merosakkan kehidupan kita sebalik nya pilihla jalan hidup untuk ALLAH swt. Disini aku merasakan diri aku bagai orang yang jijik lebih keji dari seorang perosak dunia sendiri. Aku  merasakan diri aku hina dan inilah balasan yang aku dapat dari dosa yang telah aku buat. Nak menyesal pun tak berguna nak berpatah balik kepada kehidupan asal pun tak boleh kita bukan ada time machine.

Sekarang aku peghidap HIV positive, dengan kehidupan yang ingin menjalani kehidupan, wahai sahabat diluar sana jalanilah hidup dengan baik, janganlah kerana nafsu yang rancak akan merosak kan kehidupan masa depan. Sahabat semua sebaik nya rapatkan diri kepada ALLAH SWT kerana Nya kita wujud dimuka bumi ini


RIDZ WAN




Salam Ridz Wan,
 

Hidup mesti diteruskan

Semua kisah yang Wan alami tu sudah lama berlalu, semua itu pengajaran yang sangat berguna buat diri Wan. Abang yakin segala yang berlaku itu menunjukkan Allah masih sayang kepada Wan, sebab itu Dia duga Wan Jika Dia tak sayang Wan pasti Dia biarkan Wan terus alpa dengan nikmat dunia songsang tu dan abang pasti sekiranya Wan masih sihat pada hari ini dan tidak ada HIV tentu Wan masih lagi terus bergelumang dengan aktiviti songsang.

Bersangka baik dengan segala dugaan yang Allah beri kepada kita, semoga kehidupan Wan seterusnya sentiasa diberkati. Sihat selalu. Amin - Naj Mi




 

8 comments:

  1. Salam ukhwah..salam perkenalan.. 1st Blogwalking time sampai sini.. salam dari MyCherita..perkongsian yg menarik.. pengajaran melalui tauladan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. My Cherita

      Alhamdulillah terima kasih kerana singgah....:)

      Delete
  2. Terima kasih di atas nasihat yg diberikan ridzuan. Byk2 bersabar lalui ujian ini. Allah kasihkan awak sebenarnya sebab tu dia bg awak sakit. Dia nak awak sentiasa ingatkan dia. Kalau awak takder apa2 mungkin awak masih lalai dgn kehidupan dunia yg sementara ni. Byk2 buat solat taubat yer. Mohon keampunan Allah. Awak patut bersyukur kerana Allah tidak ambil nyawa awak ketika awak tgh buat maksiat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar tu anonymous...Allah hanya "poke" Ridz Wan agar dia kembali sedar dah boleh cuba berubah kejalan yang lebih lurus...:)

      Delete
  3. Salam.. Semoga cerita sebegini selalu diwarkan agar beri ksedaran pd org lain agar jauhi seks songsang..zina..Dan salah gune dadah..
    Apepon..sakit ITU penghapus dosa BG yg sabar.. Allah syg kalian..dekatkan diri pd Allah.. Pintu taubat sentiasa terbuka :)

    ReplyDelete
  4. Salam. Najmi selalu singgah rumah tapi tak pernahpun hidangkan air, air bujangpun tak pe. Najmi, looking forward for your kisah kembara. Please

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Aktif atau tak...semua nya ikut mood, tapi tak lah se aktif dulu lagi sebab abg juga perlu ada masa agar tidak terlalu stress fikir yang macam2....:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST