Monday, 7 April 2014

REMAJA BANYAK DIJANGKITI HIV MENERUSI SEKS BEBAS

Pertambahan bilangan HIV di kalangan remaja semakin membimbangkan dengan peningkatan jumlah golongan muda berusia di antara 13 hingga 29 tahun pada setiap tahun. 

Statistik setakat 2012 daripada Kementerian Kesihatan menunjukkan hampir 33,732 penghidap HIV berumur 13 hingga 29 tahun dan kemungkinan mereka yang dijangkiti virus ini bermula sebelum usia dua puluhan atau awal remaja. Malah terdapat peningkatan sekali ganda sebab jangkitan yang berpunca daripada tingkah laku dan cara hidup individu iaitu amalan seks bebas serta homoseksual pada 2011 dan 2012.

Menurut Pengerusi Persatuan Wahidayah Malaysia, Norlela Mokhtar yang juga kaunselor untuk Majlis Aids Malaysia, jika dulu terdapat kebimbangan ketara mengenai jangkitan HIV iaitu melalui perkongsian jarum tetapi kini penularan gejala seks bebas menjadi ancaman terbesar terhadap peningkatan HIV membabitkan remaja. Walaupun ada usaha untuk mengekang gejala ini dengan memberi penekanan kepada langkah pencegahan menerusi penggunaan kondom namun hakikatnya gejala sosial semakin sukar dibendung.

"Remaja kini membangun bersama ancaman sosial membabitkan persekitaran yang sukar dikawal. Keruntuhan institusi kekeluargaan menjadi penyebab terbesar remaja mula beralih kepada rakan sebaya yang banyak mempengaruhi mereka. Berbanding ibu bapa, remaja lebih mudah percaya kepada rakan yang dianggap sebagai idola.

"Selain itu pengaruh media masa, ancaman Internet seperti laman sosial Facebook memberi ruang remaja mendapatkan informasi tanpa bertanya kepada individu yang lebih berpengalaman seperti ibu bapa atau guru. Hasilnya mereka meniru, mencuba menjadi lebih dewasa dan matang sebelum usia dengan hanya mempelajari di Internet dan media massa," katanya.

Bimbang dengan gejala ini, Norlela merasakan perlu ada pencegahan awal di sekolah membabitkan kerjasama semua pihak. Jika diperhatikan remaja mudah dipengaruhi oleh material. Mereka gemar bergaya dengan pakaian berjenama, gajet terkini dan mahal serta makan di restoran mewah. Ini menyebabkan apabila golongan ini `bersedia' didekati lelaki berusia dan memiliki kemewahan tanpa berfikir panjang.

"Keinginan mendapatkan kemewahan sementara remaja sama ada lelaki dan perempuan membuatkan mereka sanggup memperdagangkan tubuh tanpa memikirkan kesannya. Sebab itu seks bebas termasuk homoseksual semakin meningkat terutama di universiti. Malah ada penghidap HIV remaja dan muda terdiri daripada pelajar pusat pengajian tinggi," katanya.

Ibu bapa moden yang sibuk bekerja memberi kebebasan tanpa batas kepada anak dan tidak mengambil tahu latar belakang rakan mereka. Ini menyebabkan remaja mudah terjebak dengan seks bebas. Apa yang harus dilakukan penjaga adalah memberikan kepercayaan pada masa sama memantau pergerakan serta mengenali rakan anak-anak.

"Ini amat penting supaya anak tahu ibu bapa mengambil berat hal mereka. Konsepnya sama seperti bermain layang-layang, tali dilepaskan sedikit demi sedikit, dan sekiranya layang-layang menuju arah berbeza talinya ditarik perlahan-lahan. Begitu juga dengan anak-anak, kebebasan diberi tetapi dengan cara memantau pergerakan mereka," katanya.

Penghidap HIV remaja biasanya sukar menerima kenyataan dan sanggup menyembunyikan status mereka lantaran tidak sanggup diketahui keluarga. Oleh itu ada yang tidak mendapatkan rawatan sehingga keadaan mereka menjadi lebih teruk akibat dijangkiti penyakit berbahaya.

Disebabkan emosi golongan ini terjejas teruk, mereka memerlukan sokongan dan perhatian keluarga. Menyedari pentingnya kumpulan sokongan bagi penghidap HIV, Norlela menubuhkan Persatuan Wahidayah Malaysia (Pewahim) bagi membantu golongan wanita termasuk remaja, ibu tunggal dan anak-anak dalam usaha menyediakan penempatan asas dan selamat bagi wanita dan kanak-kanak yang terjejas akibat HIV. Setakat ini Pewahim menjaga tujuh orang penghidap HIV berusia 18 hingga 46 tahun juga seorang kanakkanak normal berusia setahun yang dilahirkan ibu HIV.

Rumah Wahidayah adalah lokasi strategik bagi pesakit HIV untuk datang mendapatkan bantuan atau menginap sementara selepas mendapatkan rawatan di hospital. Beroperasi 24 jam, tujuh hari seminggu di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor, rumah ini memberikan perkhidmatan kepada penghuni secara percuma melalui perkhidmatan kesihatan, keperluan asas dan sokongan berterusan.

"Selain menjadi pusat penempatan sementara bagi penghuni HIV, ia juga menjadi pusat sokongan rakan, kumpulan sokongan dan bantuan seterusnya bertindak sebagai pusat kemahiran buat penghuni dengan memberikan latihan berbentuk kemahiran seperti menjahit, memasak dan membuat kraf tangan pada masa akan datang," katanya.

NORLELA sedang memberikan kaunseling kepada penghidap HIV.

Pendekatan berbeza 

Pada peringkat awal setiap penghuni akan diselidik latar belakang mereka sama ada terdedah dengan dadah, seks bebas, menjadi mangsa suami atau teraniaya sebelum pendekatan sesuai digunakan. Sebagai contoh jika mangsa adalah penagih dadah, masalah ketagihan itu perlu diatasi terlebih dulu. Begitu juga sekiranya terbabit dengan seks bebas mereka seharusnya menghentikan amalan itu dan mendekatkan diri dengan Allah.

"Ada juga yang datang kerana inginkan sokongan emosi. Sokongan emosi sangat penting bagi penghidap HIV kerana ini yang akan menentukan ketahanan badan seseorang. Emosi positif akan menguatkan sistem imunisasi serta mendorong penghidap HIV mendapatkan rawatan secara konsisten," jelasnya yang juga adalah seorang penghidap HIV sejak 10 tahun lalu.

Mahu kisahnya menjadi sumber inspirasi kepada penghidap HIV lain, Norlela berkata, dulu dia pernah terlantar teruk di hospital sehingga berat badan menurun daripada 50 kepada 30 kilogram. Tetapi disebabkan keinginan yang kuat untuk hidup demi anak-anak Norlela bangkit mendapatkan rawatan secara konsisten.

Dia juga bertuah kerana dikelilingi individu yang sentiasa memberikan sokongan termasuk doktor, keluarga dan rakan-rakan. Semangat yang kuat serta emosi positif menyebabkan dia dipilih menyertai Majlis Aids Malaysia sebagai kaunselor pada 2006.

"Saya terpilih bersama-sama 30 wanita lain bagi mendapatkan gambaran mengenai HIV sekali gus menjadi aspirasi kepada wanita lain. Saya rasa perlu memberi sumbangan kepada penghidap HIV wanita kerana kami sama-sama memahami apa yang diperlukan," katanya yang kini menguruskan Pewahim sepenuhnya.

Penghidap HIV perlu mendapatkan pemahaman jelas mengenai pentingnya mendapatkan rawatan secara konsisten. Ini kerana menerusi rawatan saja mampu memulihkan sistem ketahanan badan sekali gus meningkatkan CD4. Selain itu sokongan keluarga juga adalah amat penting bagi memulihkan emosi mereka. Dengan rawatan, menjalani gaya hidup sihat serta sentiasa berfikiran positif sekurang-kurangnya penghidap HIV tidak menyusahkan keluarga dan mampu berdikari.

"Dalam hal ini penghidap HIV mempunyai dua dunia berbeza iaitu bergaul dengan orang normal serta dunia HIV supaya mereka saling memberikan sokongan di antara satu sama lain," katanya yang membuktikan HIV bukan penghalang untuk menjalani kehidupan normal bersama suami dan anakanak serta hidup bahagia seperti insan lain.

Bersempena Hari AIDS Sedunia 2013 pada 1 Disember ini, Majlis AIDS Malaysia dan Yayasan AIDS Malaysia akan mengadakan pelbagai aktiviti bermula 30 November sehingga 2 Disember ini. Antaranya Pelancaran Rasmi Sambutan Hari AIDS Sedunia peringkat Kebangsaan pada 1 Disember di Stadium Tertutup Terengganu, Gong Badak Kuala Terengganu. Orang ramai dijemput hadir kerana pelbagai aktiviti menarik akan diadakan pada hari itu. 


HIV dan AIDS: 

Secara ringkas, apabila sistem pertahanan tubuh dilumpuhkan oleh virus AIDS/HIV, tanda-tandanya termasuk:

* Terlalu lemah dan lesu
* Penurunan mendadak berat badan
* Demam panas yang kerap
* Peluh malam
* Kelenjar limfa membengkak
* Ruam kulit dan ulser pada permukaan mukosa, contoh lapisan dalam mulut.
* Cirit-birit yang kronik
* Hilang ingatan
* Jangkitan teruk yang tidak dapat dirawat

 
Cara sebaran: HIV/AIDS dapat disebarkan melalui cecair badan iaitu:

* Perhubungan seks tanpa kondom 
* Penerimaan darah yang tercemar
* Perkongsian jarum suntikan dadah
* Dari ibu ke anak semasa mengandung atau pelahiran atau menyusu


Penyiasatan saringan yang boleh dijalankan atau boleh diminta kepada doktor:

* Ujian Rapid Test untuk HIV antibodi
* Ujian ELISA


Golongan berisiko tinggi:
 
* Golongan yang mengamalkan seks bebas
* Golongan pekerja seks komersial
* Gay
* Penagih dadah terutama suntikan dadah
* Penerima darah
* Isteri kepada suami yang ada HIV


Oleh Siti Zarinah Sahib
Sumber DISINI


No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST