Monday, 7 April 2014

RAMAI REMAJA YANG TIDAK TAHU CARA VIRUS HIV MEREBAK

"Berdasarkan sesi kaunseling yang dijalankan kepada remaja hampir 99 peratus (remaja) mengakui tidak mengetahui seks oral boleh menyebabkan jangkitan virus HIV.

Kebanyakannya menganggap virus boleh merebak menerusi hubungan seksual dan bukannya seks oral. Ini menyebabkan ramai pasangan sejenis melakukan seks oral untuk mengelak dijangkiti HIV sedangkan mereka tidak tahu seks oral kini menjadi penyebab utama HIV," demikian menurut Ketua Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Felda Wellness Corporation, Redza Benjamin yang turut menjalankan sesi kaunseling kepada remaja HIV menerusi kaedah pemakanan.

REDZA banyak menyampaikan sesi kaunseling kepada penghidap HIV remaja.

Dia yang juga Juruterapi Senaman Kementerian Kesihatan Malaysia mengakui pernah menerima kes seorang remaja berusia 17 tahun yang dijangkiti HIV akibat melakukan seks oral dengan pasangan sejenis. Dia mengakui langsung tidak melakukan hubungan seks luar tabii sebaliknya hanya melakukan seks oral saja.

"Apa yang saya lakukan adalah memberi penjelasan mengenai HIV yang boleh tersebar menerusi air mazi. Apabila terdapat pendarahan atau ulser mulut, virus ini berpindah kepada pasangan. Hal ini tidak diketahui remaja yang mengamalkan seks bebas dan songsang sehingga menyebabkan penularan HIV semakin meningkat. Ia menjadi lebih serius apabila pasangan tidak mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh dan terus memindahkan kepada orang lain apabila bertukar pasangan" jelasnya.

Daripada sesi kaunseling yang dijalankan kebanyakan remaja tidak sanggup menerima kenyataan mereka berisiko dijangkiti HIV jika mengamalkan gaya hidup songsang. Walaupun kebarangkalian atau peratusan golongan ini sangat tinggi tetapi mereka mengabaikan kerana malu berhadapan masyarakat andai disahkan mendapat HIV.

"Tanggapan ini harus diubah. Remaja harus diberi penekanan supaya sayangkan diri dengan membuat pemeriksaan secara menyeluruh seandainya mereka berisiko tinggi. Dengan cara ini sekiranya disahkan positif langkah pencegahan awal harus dilakukan. Daripada membiarkan virus merebak kepada orang lain lebih baik ia dikurangkan dengan rawatan serta pencegahan awal," katanya.

Redza turut melahirkan kebimbangan dengan senario sekarang apabila remaja sanggup `menjual' diri untuk mendapatkan kemewahan sementara. Ada di antara remaja sanggup bertukar pasangan hanya kerana inginkan gajet serta barangan berjenama.

"Ini berlaku kepada seorang remaja berusia 17 tahun yang masih bersekolah. Dia bertemu saya selepas dijangkiti HIV daripada pasangan sejenis. Dia mengakui sanggup melakukan perhubungan sejenis hanya semata-mata ingin mendapat duit segera bagi membeli telefon serta tablet mahal.

"Saya sangat terkejut dengan penjelasan remaja ini kerana dia dibesarkan dalam keluarga berkemampuan tetapi masih mencari keseronokan di luar semata-mata inginkan kemewahan sementara. Jelas mereka hanya inginkan keseronokan yang sebenarnya mendatangkan kesan seumur hidup," ujarnya.

Selain itu aplikasi menerusi telefon bimbit kumpulan tertentu yang menggelarkan diri mereka sebagai gay bertujuan mencari pasangan juga memperhebatkan penularan jangkitan virus HIV. Ini kerana menerusi aplikasi ini remaja mudah mencari pasangan, berbual seterusnya mengatur pertemuan. Sedangkan mereka tidak mengenali pasangan dengan lebih dekat adakah mereka penghidap HIV atau sebaliknya.

"Pertemuan yang menjurus kepada hubungan seksual secara bebas dan bertukar pasangan akan menyebabkan jangkitan HIV di kalangan remaja semakin meningkat. Seharusnya keadaan ini dipantau oleh keluarga dan pihak tertentu seperti badan bukan kerajaan bagi memberi pendedahan mengenai penularan HIV menerusi seksual," katanya.

Walaupun setakat ini HIV tidak mempunyai penawar namun jangka hayat penghidap HIV mampu dipanjangkan sekiranya ada kesedaran daripada penghidap HIV itu sendiri untuk mengubah gaya hidup ke arah lebih positif. Tidak semua penyakit harus dikongsi dengan masyarakat, HIV misalnya, yang hanya perlu diketahui oleh keluarga terdekat saja. Banyak hospital kerajaan menyediakan rawatan khusus untuk pesakit HIV serta sesi kaunseling bagi memantapkan emosi mereka.

"Penghidap HIV seharusnya tampil berkongsi masalah dengan mereka yang senasib seperti Majlis Aids Malaysia untuk mendapatkan penjelasan tepat mengenai HIV dan bukannya daripada sumber yang tidak sepatutnya," katanya yang memberikan penekanan menerusi pemakanan bagi meningkatkan vitamin dalam badan pesakit," katanya.


HIV dan AIDS: 

Secara ringkas, apabila sistem pertahanan tubuh dilumpuhkan oleh virus AIDS/HIV, tanda-tandanya termasuk:

* Terlalu lemah dan lesu
* Penurunan mendadak berat badan
* Demam panas yang kerap
* Peluh malam
* Kelenjar limfa membengkak
* Ruam kulit dan ulser pada permukaan mukosa, contoh lapisan dalam mulut.
* Cirit-birit yang kronik
* Hilang ingatan
* Jangkitan teruk yang tidak dapat dirawat

 
Cara sebaran: HIV/AIDS dapat disebarkan melalui cecair badan iaitu:

* Perhubungan seks tanpa kondom 
* Penerimaan darah yang tercemar
* Perkongsian jarum suntikan dadah
* Dari ibu ke anak semasa mengandung atau pelahiran atau menyusu


Penyiasatan saringan yang boleh dijalankan atau boleh diminta kepada doktor:

* Ujian Rapid Test untuk HIV antibodi
* Ujian ELISA


Golongan berisiko tinggi:
 
* Golongan yang mengamalkan seks bebas
* Golongan pekerja seks komersial
* Gay
* Penagih dadah terutama suntikan dadah
* Penerima darah
* Isteri kepada suami yang ada HIV


Oleh Siti Zarinah Sahib
Sumber DISINI


7 comments:

  1. Mohon maklumat, adakah jika seseorang pesakit HIV mengigit makanan (seperti buah-buahan, kismis) dengan gigi nya kemudian menyuapkan cebisan makanan yang digigit itu kepada anaknya yang masih kecil, maka akan menyebabkan virus tersebut tersebar kepada anak kecil??

    ReplyDelete
  2. Salam Anonymous,

    Tak berjangkit. Tetapi sebaiknya elakkan lah, Jika ada luka berdarah kat gigi saudara dan darah tu kena pada cebisan buah2an tersebut dan terus disuap kepada anak, risiko masih rendah (tak ada kut) selagi dalam mulut anak tersebut tidak ada seberang luka berdarah. Risiko tinggi jika dalam mulut anak ada luka. Kalau kedua2nya bebas dari sebarang luka tak berjangkit. Macam yang saya katakan sebaiknya elakkan lah dari melakukannya lagi...:)

    ReplyDelete
  3. Kalau mulakan rawatan haart dan viral load undetectable ia tak akn berjangkit kpd anak kalau gigit buah dan suapkan kpd anak sbb virus sudah tidak ada dlm darahnya. Virus hanya bersembunyi di dalam sel dna darah putih di mana setakat ini ubat haart yg dimakan tidak mampu utk menembusi sampai ke situ. So virus ini bersembunyi dlm tu. Bila berhenti mkn ubat maka ia akn aktif semula.

    Kajian yg dibuat oleh saintis mendapati jangkitan hampir tidak berlaku kepada pasangan apabila pembawa virus hiv mula makan ubat.

    ReplyDelete
  4. Kalau berkongsi straw minuman atau cawan adakah blh dijangkiti hiv?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sygabah,

      TIDAK BERJANGKIT. Tetapi kalau kita dah tahu seseorang tu ada HIV sebaiknya jangan lah suka2 nak kongsi straw, bertukar2 lepas satu mulut ke satu mulut....:)

      Delete
  5. Kalau berkongsi straw minuman atau cawan adakah blh dijangkiti hiv?

    ReplyDelete
  6. Kalau puting dihisap oleh seorang penghidap hiv/aids adakah orang yang menghisap puting seterusnya dijangkiti hiv/aids ?

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST