Saturday, 26 April 2014

POSITIF HIV - KEBIMBANGAN DUA WANITA MENJELANG PERNIKAHAN

Salam, 

Saya nak minta sedikit pendapat. Saya baru sahaja disahkan HIV positif masa ujian pengantin hari tu. Adakah saya harus meneruskan perkahwinan kerana pasangn saya bebas dari jangkitan? Harap membantu. 

ANONYMOUS
(seorang wanita)
Fri, April 18, 2014
at 12:13 PM
 



Salam Anonymous,

Terus atau tidak bergantung kepada saudari, sebaiknya beritahu kepada bakal suami. Sekiranya bakal suami tu boleh menerima saudari alhamdulillah. Apabila sudah berkahwin saudari perlu dan kena faham bagaimana cara hendak elakkan HIV berjangkit, agar sisuami tidak dijangkiti HIV nanti.

Jika suami telah tahu dan boleh menerima saudari sudah tentu saudari boleh berkahwin, tiada masaalah. Kalau nak rahsiakan dari pengetahuan ibu bapa, mak mertua pun bergantung kepada perbincangan antara saudari dengan bakal suami.

Perlu dapatkan rawatan, pemantauan di hospital. Doktor akan menerangkan segalanya nanti kepada saudari.

Usah bimbang, sekiranya bakal suami tidak dapat terima saudari, jangan risau teruskan kehidupan seperti biasa anggap sudah tiada jodoh, insyaallah akan ada lelaki lain yang sudi mernerima saudari dimasa depan. Abang ada tengok beberapa PLHIV yang hidup bahagian berkahwin dengan pasangan mereka yang positif HIV.

Berbincang dengan bakal suami, jangan rahsiakan daripadanya. Kemudian pergi lah buat rawatan di hospital berdekatan...:) - NajMi

Check kat sini - Baby Free


Salam bro Najmi,

Saya terbaca blog awak pasal HIV. Saya nak tanya pendapat awak, saya baru sahaja bertunang dengan tunang saya atas pilihan keluarga saya, tidak sampai sebulan kami bertunang dia disahkan HIV positif. HIV stage 1 and 2. Tapi saya sebenarnya kurang pasti pasal HIV positif ni.

Rasa-rasa di hospital ada tak mendedahan pasal HIV ni? Hospital kerajaan ada sediakan tak kaunseling?

Saya dan tunang saya akan tetap nak teruskan perkahwinan ni. Family saya tak tahu lagi pasal benda ni, saya takut benda ni diaorang tak boleh terima. Saya dah nekad untuk teruskan hubungan pertunangan ni kerana apa yang Allah tulis terbaik untuk setiap hambanya. Tapi saya redha jugak jikalau saya tiada jodoh dengan tunang saya. 

Saya nak tanya, dan nak research jugak pasal HIV ni. Sampai stage berapa HIV sehingga boleh jadi AIDS.

ANONYMOUS 



Teruskan alhamdulillah.

Tidak pasti pulak adanya stage dalam HIV ni, seingat saya cuma ada 2 peringkat iaitu HIV dan AIDS. Kalau kita buat ujian CD4 bagi menentukan jumlah Sel T, kalau CD4 lebih 200 seseorang tu didalam golongan pembawa HIV. Pembawa HIV ni kira sistem imun badan masih kuat, biasanya tidak perlu makan ubatan HAART lagi.

Jika CD4 dah kurang daripada 200 maka dia dipanggil pesakit AIDS, sebab bila CD4 dah rendah dia mudah mendapat jangkitan penyakit oportunis (yang menyebabkan berlakunya AIDS) seperti jangkitan kuman pada otak, kaposi sarcoma (kanser) pneumonia, TB dan sebagainya.

Kalau tunang saudari mempunyai jumlah CD4nya sekitar 300 pun sekarang doktor akan sarankan untuk start makan ubat HAART. Lebih awal makan lebih baik sebab CD4 akan kembali cepat meningkat.

Buat rawatan di hospital kerajaan semuanya FREE, ujian CD4 ujian Virol Load (yang kira jumlah kuman) serta semua ujian kesihatan dan lain-lain juga semuanya FREE. Kalau ke hospital swasta ujian CD4 kosnya sekitar RM180 dan ujian Virol Load RM330.

Bekalan ubatan untuk sebulan kalau di hospital swasta pun mahal bayangkan bekalan ubat sebulan boleh mencecah sehingga lebih RM500 sebulan bagi seorang pesakit. Tapi kita dapat Free di hospital kerajaan. 

Berkenaan dengan ubatan HAART setahu saya ada beberapa peringkat; 

Peringkat pertama ubatan diberi FREE

Peringkat ke dua kos ubatan kena share 50-50 diantara pesakit dengan hospital, sebulan sekitar RM300 kita kena bayar, hospital bayar RM300

Peringkat ke tiga pula semua kos ubatan, pesakit kena bayar 100%, jumlah kos sekitar RM1000 sebulan.

Tiada peringkat ke 4,

Bermakna kita kena jaga makan ubatan peringkat pertama betul-betul jika peringkat pertama tidak berkesan baru ditukar ke ubatan peringkat ke 2 dan seterusnya ke 3. Kalau ke 3 tidak berkesan bermakna berserahlah nasih pada Allah sebab setahu saya tiada ubatan lain lagi selepas itu.

Ya boleh berbincang dengan doktor tentang masaalah saudari, mereka boleh bantu, ada setengah tempat memang disediakan kauseling, mungkin saudari boleh check didalam entri di SINI 

Teruskan perkahwinan itu baik, yang penting saudari dan bakal suami kena faham tentang HIV/AIDS agar pasangan tidak dijangkit apabila perhubungan dilakukan nanti selepas berkahwin. - NajMi




9 comments:

  1. Ada...dtg ja hosp sg buloh klinik id...tak da appt pon tak pa...sini terima ja pt tak da appt pon

    ReplyDelete
  2. Sekadar berkongsi. Ya hiv memang ada 4 peringkat sebelum menjadi aids. Boleh rujuk di laman web who

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Terima kasih dengan maklumat itu...:)

      Delete
  3. Salam abg najmi. Ada nasihat dengan siapa kami bokeh berhubung sekadar nak meluahkan perasaan. Saya baru disahkan postif 2 minggu lalu. Juga sudah buat western blot test di hsb minggu lalu. Cuma saya masih dalam fasa penerimaan dan susah fokus buay kerja... walaupun cuba positif.. tetap terbayang mcm keadaan termasuk masa depan dan kematian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous,

      Boleh add abg kat FB abg, atau boleh hubungi saudara LUKA RAFIQA diFB beliau, Luka ada ramai kenalan yang mungkin boleh membantu saudara. KLIK "HUBUNGI NUMBER INI SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG MASAALAH" disebelah kanan blog ini, dan hubungi Luka Rafieqa

      Delete
    2. salam abg najmi dan anonymous,
      saya sedia menjadi pendengar jika anonymous ingin meluahkan perasaan.

      Delete
    3. mie man,

      Alhamdulillah terima kasih kerana sudi membantu...:)

      Delete
  4. Assalamualaikum abg najmi..
    Sy juga mengalami situasi yg sama mcm wanita yg ke-2 ni..
    Sy jg gadis yg bakal berkahwin dgn tunang yg hiv+
    Majlis perkahwinan akan blangsung bbrapa minggu je lg.. Cuma sy n tunang shj yg tau. Sy hiv-. Sy sgt tenang n redha ujian ni. Tapi bila memikirkan zuriat, sy jd sgt resah n buntu. Sy sgt menginginkn zuriat. Tiada harapan kah bg kami utk memperoleh zuriat yg bebas hiv n sy juga tidak dijangkiti oleh pasangan sy nanti?
    Wallahuaklam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,

      Tunang dapat HIV sebab apa? Kalau sebab aktiviti seks dengan perempuan lain atau dg pekerja seks dan dia insaf nak berubah..alhamdulillah. Tapi agak sukar perkahwinan jika tunang tu dpat HIV melalui aktiviti seks sejenis, sebab akan timbul berbagai masaalah terutama berkaitan dg nafkah batin selepas berkahwin kelak. Tapi jika dia benar nak berubah...alhamdulillah.

      Saudari masih boleh dpt anak bebas HIV, malah saudari juga boleh elak dr kena HIV TETAPI proses nak daptkan zuriat bebas HIV perlu dptkan pemantauan dar doktor. Saudari perlu makan ubatan tertentu, dan hubungan hanya boleh dilakukan ketika CD4 tunang yang ada HIV tu tinggi dan Virol Load beliau tidak dikesan. Semua maklumat ini boleh dibincangkan bersama doktor.

      Malah ada pasangan PLHIV suami isteri kedua2nya positif HIV boleh dapat anak bebas HIV, tapi macam saya kata perlu dapatkan nasihat pemantauan dr doktor pakar.

      Ada seorang suami di Msia yang saya kenal melalui fb mempunyai beberapa anak yang semuanya bebas HIV. Wallahuallam..

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST