Tuesday, 22 April 2014

PAKISTAN TERBANYAK CARIAN INFORMASI GAY DI GOOGLE

Sebuah lembaga penyelidikan yang berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat, Pew Research Center, mencari fakta menarik tentang trend pencarian di enjin carian Google mengenai penerimaan hubungan sesama jenis. 
 
photo hanya hiasan

Hasilnya, beberapa negara muslim seperti Pakistan, Nigeria, Tunisia, Indonesia, Mesir, dan Jordan menunjukkan hanya sedikit warganya yang menerima hubungan homoseksual. 

Namun, kajian yang dijalankan di dunia alam maya (internet), Pakistan diketahui merupakan negara terbanyak yang mengakses Google untuk mencari pelbagai istilah pornografi dalam hubungan gay itu. 

Sumber dari laman Dailymail, pada 16 Jun 2013, bahkan tahap pencarian warga Pakistan  mencapai rating 100 peratus. 

Dailymail yang mengutip maklumat dari laman web Mother Jones, mengungkap beberapa istilah yang dicari warga Pakistan antara lain hubungan seksual antara transgender atau shemale, hubungan seks dengan lelaki, dan seks yang dilakukan remaja. 

Selain itu, Pakistan juga menduduki peringkat kedua di dunia untuk pencarian dengan kata kunci gambar hubungan seks kaum gay. 

Semua maklumat yang diperolehi laman web Mother Jones dan organisasi penyelidikan itu, diambil dari Google Trend. Fakta lain yang terungkap iaitu pencarian terhadap istilah itu muncul dari bandar Peshawar di mana warganya berasal dari kalangan konservatif.

Menurut analisa Google Trend, warga kota Peshawar lebih banyak melakukan pencarian maklumat istilah itu berbanding bandar besar lain yang jauh lebih permisif terhadap hubungan gay seperti Lahore dan Karachi. 

Padahal, daripada kajian yang dilakukan Pew Research Center, dari 39 negara yang ditanyakan apakah mereka menerima hubungan homoseksual, hanya dua peratus warga Pakistan yang setuju. 

Sementara itu, di Indonesia, terdapat tiga peratus warganya yang dapat menerima adanya hubungan homoseksual. Jumlah sama juga didapati di negara muslim yang lain, seperti Mesir, Jordan, Ghana, dan Senegal. 

Sepanyol berada di kedudukan teratas, di mana warganya menerima secara positif adanya hubungan homoseksual. Jumlahnya mencapai 88 peratus. 

Organisasi penyelidikan tersebut, juga mendapati Jerman dan Repulik Czech mengekor di bawah Sepanyol. Jumlahnya penerimaan awam terhadap hubungan homoseksual mencapai 87 dan 80 peratus. 
 
photo hanya hiasan

Hasil kajian ini tak dapat tidak telah menimbulkan tanda tanya bagi masyarakat awam. Menurut Farahnaz Ispahani, seorang ahli dalam hal minoriti Pakistan di Pusat Antarabangsa Woodrow Wilson bagi saintis, mengatakan bahawa homoseksual merupakan subjek yang tabu dibicarakan di hadapan awam di Pakistan. 

Pelaku hubungan sesama jenis di Pakistan apabila terbukti, dapat dikenakan hukuman penjara antara dua hingga 10 tahun. Namun, pelaku hubungan sesama jenis di Pakistan tetap ada, khususnya di bandar besar seperti Lahore dan Karachi. 

Kaum homo di sana dapat membina sebuah jejaring kerabat di luar suku atau keluarga mereka. Sedangkan di bandar konservatif seperti Peshawar, pelaku hubungan sesama jenis terhad dan sangat sukar. Sebab terhad itulah, maka mereka melampiaskannya melalui dunia maya. 

"Tingkat ekstremisme agama di Pakistan sangat tinggi saat ini. Sangat kecil tahap keselamatan bagi mereka yang kelihatan berbeza dari kaum muslim. Jadi, apa yang dilakukan oleh kaum homo Pakistan? Mereka kemudian beralih ke pornografi, kerana tidak dapat membicarakannya secara terbuka," ujar Ispahani.

Bahkan, Ispahani berani menyebut bahawa sebagaian besar kaum gay Pakistan berakar dari para penganut muslim yang taat. Mereka kerap mempunyai hubungan fizikal dengan lelaki, tetapi tidak menganggap diri mereka sebagai seorang homo. 

"Cinta sesungguhnya yang ingin mereka miliki dan pada umumnya hanya boleh dijumpai pada pasangan, kerana itu mereka cenderung mencari itu pada sosok lelaki," ungkap Ispahani. 

Sementara itu, apabila mereka sudah mempunyai isteri, maka isterinya hanya dianggap ibu dari anak-anak yang dilahirkannya. Pandangan yang sama juga dikatakan oleh penulis buku "Seks dan Benteng: perubahan kehidupan intim" ("Sex and the Citadel: Intimate life change"), El feki. 

Dia menyebut, jauh sebelum kejayaan konservatif Islam, negara-negara di Timur Tengah dan India mempunyai tradisi untuk memperingati hubungan kasih sesama jenis. Namun, dalam beberapa tahun terakhir, keterbukaan itu mulai dilupakan dan hilang. 

"Sering kali usaha apa pun untuk membuka dialog mengenai subjek tersebut di negara-negara Arab, maka akan dicap sebagai konspirasi negara barat untuk merendahkan tradisi dan nilai kaum muslim," ujar El feki. 

Namun, fakta sesungguhnya, menurut El feki, jauh sebelum negara barat membicarakan secara terbuka soal homoseksual, negara-negara Arab secara khusus sudah menuliskan mengenai hubungan tersebut secara samar-samar.


Sumber DISINI




Sekadar nak bercerita,

Alhamdulillah pernah jejaki negara Pakistan suatu ketika dulu (ketika zaman kegemilangan saya dulu lah huhu), sendirian ke Peshawar, Islamabad, Lahore sehingga ke utara sekitar Lembah Hunza dan Gilgit. Berdiri mengadap beberapa puncak gunung tinggi melebihi 7000 meter didepan mata antaranya
Rakaposhi (7788m), Golden Peak and Diran Peaks (7327m). Menaiki bas dilereng gunung yang sangat tinggi sehingga kecut perut.

Seorang pekerja remaja lelaki (hensem pulak tu heeee) dalam keretapi ketika saya menuju ke Lahore dari Peshawar, dia beritahu saya gajinya hanya lebih kurang RM50 sebulan. Melihat kehidupan mereka membuatkan diri ini rasa bersyukur tinggal di Malaysia.

Apa yang menarik ketika berada diluar bandar, ditempat-tempat terpencil memang sukar untuk melihat kelibat kaum wanita. Kalau nampak pun wajah mereka ditutup dengan "burqa" dan pasti akan ditemani dengan saudara lelaki. Pernah ketika saya meredah disebuah perkampungan, jauh ternampak kelibat wanita sedang mengangkat pakaian, dia meluru tergesa-gesa masuk kedalam rumah apabila nampak saya, malah ketika diajak minum petang didalam salah sebuah rumah disatu kawasan pergunungan, yang saya nampak hanya huluran tangan siisteri disebalik pintu dapur sahaja. Begitulah sukarnya untuk melihat wajah kaum wanita (terutama mereka yang datang dari suku kaum Pashtun) dikawasan terpencil. Jika anda melihat wanita di Pakisatan yang keluar bebas (sangat kurang) mereka dikatakan bukan datang dari kaum Pashtun.


Biasanya yang kelihatan hanya lelaki sahaja, menarik apabila saya berbual dengan sekumpulan remaja disebuah kedai makan di Peshawar. Mereka kelihatan mesra diantara satu sama lain. Mereka beritahu kebanyakan lelaki yang baru berkahwin akan melakukan hubungan dengan isteri berkali-kali pada malam pertama, sehingga saya sendiri sukar percaya dengan apa yang mereka katakan. Woww... ada yang lebih 10 kali satu malam susah nak percaya kan. Dikenalkan saya juga pada seorang lelaki yang baru berkahwin yang duduk bersama didalam kedai makan itu, lelaki itu mengangguk senyum pada saya tanda setuju dengan apa yang diperkatakan oleh rakannya yang lain itu.

Remaja lelaki hanya berkumpul berkawan sesama mereka sahaja, ini antara punca hubungan sesama mereka menjadi rapat, apa yang mereka buat tiada siapa yang tahu. Kelibat gadis-gadis pun memang susah nak nampak.  Jika dulu-dulu sebelum zaman internet ok lah sikit tetapi pada hari ini apabila mereka dengan mudah melayari berbagai laman web gay, pasti akan wujud rasa keinginan untuk mencuba dengan rakan sejenis. Itu yang saya rasa lah menjadi punca semakin ramai rakyat Pakistan terdorong untuk menjadi gay atau bisekual.

Sukar untuk mengawal diri, rasa ingin tahu terutama dikalangan remaja lelaki tentang hubungan seks pasti sukar dikawal, jalan terbaik ialah dengan melayari laman-laman gay di alam maya. Selagi tiada iman dan takwa selagi itu diri mereka dan kita semua akan terus hanyut. - NajMi





2 comments:

  1. Bestnyer Naj mi mcm dlm departure tu...sukanya dpt mengembara tapi tak mungkin boleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah

      Kisah lama, bila baca artikel mengenai Pakistan teringat lah kisah2 lalu tu. Saya pun walaupun berkeinginan, tapi rasanya sudah tiada peluang untuk melakukannya lagi...:(

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST