Monday, 7 April 2014

NORLINA - SEJAK LAHIR VIRUS HIV INI ADA DIDALAM BADAN SAYA

Melihat susuk tubuh dan penampilannya penulis tidak menyangka remaja ini adalah penghidap HIV sejak lahir. Ibu dan ayah Norlina, 18, (bukan nama sebenar) adalah penagih dadah dan sudah meninggal dunia 10 tahun lalu.
 
photo hanya hiasan

Sejak dilahirkan Norlina dibesarkan oleh ibu angkat dan diletakkan di bawah jagaan Persatuan Pengasih Malaysia sehingga dia berusia 15 tahun. Selepas itu dia diambil Persatuan Wahidayah Malaysia untuk menjadi sukarelawan serta ditugaskan menjaga bayi dan memantau pengambilan ubat-ubatan penghidap HIV di situ.

Ketika ditanya sejak bila memahami mengenai HIV, ujar Norlina dia baru saja mengetahuinya selepas membaca dan mendapatkan penjelasan lanjut daripada doktor. Sebelum ini walaupun menerima rawatan namun dia masih samar-samar mengenai virus ini serta kesannya terhadap tubuh kerana masih kecil.

"Sekarang pemahaman saya mengenai HIV lebih jelas kerana saya sering mengikuti program anjuran Majlis Aids Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Saya tidak rasa rendah diri kerana saya langsung tidak merasakan saya sedang sakit. Lagi pun sejak lahir virus ini sudah ada dalam badan jadi tiada bezanya dulu dan kini.

"Saya juga menjalani kehidupan normal seperti remaja lain. Saya keluar bersama kawan, membeli-belah dan menonton wayang jika ada masa lapang. Namun ramai kawan tidak mengetahui saya ada HIV. Untuk apa dihebahkan kerana mereka mungkin belum mengerti mengenainya," katanya.

Bagi Norlina penghidap HIV ada masa depan dan mampu menjalani kehidupan sama seperti orang lain. Apa yang membuatkan keadaan menjadi lebih teruk adalah individu itu sendiri tidak ingin berubah disebabkan malu atau takut berhadapan orang ramai.

"Sepanjang 18 tahun bergelar penghidap HIV saya rasakan saya sama seperti orang lain. Apa yang saya lakukan adalah menganggap virus ini hanya singgah seketika di dalam badan. Saya juga tidak mahu terlalu memikirkannya. Lebih baik saya berfikiran positif serta memberi sesuatu yang lebih bermakna kepada masyarakat.

"Pada masa sekarang jumlah penghidap HIV remaja lebih ramai berbanding dewasa jadi saya berazam mahu menjadi suara remaja bagi memberikan penjelasan mengenainya. Masa depan golongan ini masih jauh dan banyak yang perlu dilakukan untuk diri dan keluarga. Seandainya mereka tertekan dan sedih ia pasti mengganggu pelajaran, kerjaya dan keluarga," katanya yang sering mengikuti bengkel anjuran Majlis Aids Malaysia bagi meningkatkan jati diri dan latihan menjadi suara belia bagi HIV remaja.

Ditanya perancangan masa depan, Norlina yang tidak mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lalu, berazam ingin menyambung pelajaran dan memiliki sekurang-kurangnya diploma dalam bidang tertentu. Ini kerana dengan pendidikan saja mampu merubah kehidupan serta menjadi inspirasi kepada remaja lain yang senasib dengannya.


Sumber Disini


No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST