Saturday, 12 April 2014

MEGAT ALI - SAYA DAPAT KUMAN HIV DARI ABANG ANGKAT SAYA

MEGAT ALI (bukan nama sebenar) telah tinggalkan komen didalam ruang komen disini.
photo hanya hiasan

Memang susah bagi kita yang mempunyai naluri sebegini, saya dari umur 12 tahun sudah menyukai mereka yang berumur dari saya yang nampak jantan tapi time tu bodoh lagi, tapi bila makin membesar. Dari start sekolah menengah form 1, perasaan itu tidak hilang sampai form 5 malah semakin membuak-buak.

Saya still ingat nama-nama cikgu yang saya suka tengok walaupun saya ni bukan yang suka bertegur and sembang dengan cikgu-cikgu berkenaan. Sepanjang study saya berkawan dengan mereka yang normal walaupun hati kecil tetap pandang pakcik-pakcik hensem tapi member tak penah syak.

Saya bukan type yang lembut walaupun ada yang panggil saya "jambu" tapi saya buat tak tahu (dalam hati bangga jugak hehehehe ). Saya telanjur setelah habis study 2003. Selama setahun kami bersama and dia sudah kawin. After that saya berteman lagi tapi hanya setahun jugak bertahan kerana tertipu dengan ex tu. Dalam tempoh itu, saya just sex with my partner. Setelah itu, saya kembali ke kampung, tapi naluri tu tak dapat saya nak lunturkan and tidak boleh berhenti menyukai lelaki.

Pada tahun 2010 saya mula semula apa yang saya tinggal and tahun 2012 adalah tahun kegelapan masa depan saya, apabila saya kenal dengan "abang angkat". Dia baik and berbudi tetapi dari dialah saya disahkan HIV POSITIF, ini juga mybe kerana silap saya yang tidak guna kondom time bersama dia, katanya dia tak syok bila partner guna kondom.

UNTUK SESIAPA YANG NAK BUAT SEX, PAKAILAH KONDOM UNTUK ORANG TERSAYANG and DIRI SENDIRI, TEGASLAH DALAM BAB INI. Jangan dah terjadi macam saya, sudah tidak boleh nak buat apa-apa. Sudah dijangkiti HIV, walaupun selama ini saya guna kondom, tetapi dengan hanya beberapa kali main (tanpa kondom) saya disahkan HIV POSITIF.

Tapi now, saya still bersama abang angkat saya tu, dia tinggal bersama BF dia tetapi kami tiada sex, just caring each other, sama-sama menjaga kesihatan sesama kita. Sekarang kesihatan saya sudah terganggu dengan deman yang sudah berapa bulan entah, batuk (makin sembuh) berkahak, selsema, perit rasanya tengkok, yang mana ia adalah tanda-tanda HIV yang sahih walaupun gejala tidak sama untuk setiap seorang.

Walau bagaimana pun saya tetap bersyukur kenal mereka berdua (abang angkat dengan BF dia) tapi dalam masa yang sama saya menyesal kerana tidak tegas ketika mula kenal mereka dulu. Sekarang saya tidak tahu siapa yang akan pergi dulu. Tahun depan adalah tahun kedua saya hidup sebagai PLHIV, dan saya bakal balik kampung kerana urusan perniagaan keluarga.

Saya mengharapkan ALLAH sentiasa akan tutup aib saya dimata masyarakat and keluarga saya. Dan kerana HIV juga telah membuatkan saya terlalu takut untuk kembali ke pangkuan keluarga, kerana bila sampai tahap AIDS nanti semua tanda-tanda itu akan terbongkaar and aib saay tu akan terselak.

Tapi tanpa keluarga, siapa yang boleh saya harapakan, saya still bujang and tidak akan berkahwin setelah disahkan HIV POSITIF ni, walaupun sebelum ni tetapkan age saya 40 untuk membina sebuah keluarga.

Saya berharap mereka yang lain, jangan sampai jadi macam saya, yang akhirnya disahkan ada HIV POSITIF. Dan saya rasa tidak salah dengan siapa kita nak berkawan yang penting kita kena pandai jaga diri.


MEGAT ALI

















 

Assalamualaikum,

Jangan menyesali perkara yang telah berlaku. Usah kesal juga kerana mengenali orang yang menyebabkan saudara menghidap HIV. InsyaAllah dengan mengamalkan gaya hidup sihat, berfikiran positif, memakan ubatan HAART dan mengelakkan stress dalam kehidupan, saudara boleh mengelakkan AIDS.

Sentiasa berdoa agar Yang Maha Kuasa mengambil nyawa saudara dalam keadaan yang baik - bukan disebabkan AIDS dan saudara meninggal dunia dalam keadaan bebas tanda-tanda AIDS.

Saya juga seperti anda, sudah masuk tahun kedua hidup sebagai pembawa HIV. Malah saya sudah maklumkan kepada beberapa ahli keluarga, sahabat rapat dan majikan saya sebagai langkah untuk menghadapi kemungkinan di luar jangkaan.

Saya masih lagi dalam proses memperbaiki kehidupan saya baik dari segi duniawi mahupun ukhrawi. InsyaAllah jika kita selalu berniat baik dan berusaha, Dia akan bantu kita. :) Alhamdulillah. Sepanjang didiagnos HIV positive, saya sihat seperti sedia kala tanpa apa-apa penyakit datang. Harap Allah bagi kesihatan yang berpanjangan... InsyaAllah... Amin.

Apa yang penting sekarang adalah teruskan hidup kita. Alhamdulillah, Allah memberikan peluang untuk kita memperbaiki apa yang tersilap di masa lalu. Cuba sedaya upaya agar masa itu digunakan dengan sebaiknya. Mendapat tahu bahawa kita menghidapi HIV pada peringkat awal sebenarnya adalah rahmat daripada Allah. Menghidap HIV juga rahmat daripadaNya sebagai kafarah penghapus dosa yang telah dilakukan.

Teruskan hidup kita sebagaimana insan yang lain. Ajal kita Allah tentukan. Sentiasa berusaha yang terbaik untuk keperluan dunia mahupun bekalan di alam sana.- MFZ


Pesanan Mesra,
MFZ









3 comments:

  1. MFZ always positive & I admired him. May u two always in the finest condition.

    ReplyDelete
  2. Sabar ni semua dugaan dri nya kerna.kita ingkar dgn nya lalu dia bgi penyakit kaum sejenis. Cinta plu.. bnyakkan berbuat amal ibadat. Mohon pd nya di amponkan dosa....

    ReplyDelete
  3. Needful vs lawful.. perintah Tuhan amat jelas... kalaulah jarum jam boleh diputarkan kembali sudah tentu ramai yg memilih utk tdk melakukan perkara perkara yg ditegah. Walau apapun jgn terus menyesal dgn perkara yg sudah Lepas. Bersyukurlah dgn peluang yg ada sekarang n seterusnya.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST