Tuesday, 22 April 2014

MALAYSIA NEGARA KE 3 PALING AKTIF GAY/ LESBIAN DI ASIA




Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertindak agresif membendung gejala homoseksual atau gay di kalangan lelaki Melayu termasuk golongan eksekutif diyakini berjumlah puluhan ribu orang. 

Malah, pegawai Jakim turun padang mengadakan pertemuan tertutup dengan beberapa persatuan gay baru-baru ini selain melakukan tugas dakwah di pusat hiburan yang menjadi sarang kumpulan seks songsang ini. 

Sumber berkata, melalui perbincangan khas itu, Jakim mendekati golongan gay dan berusaha memujuk mereka menyertai program mukhayyah yang diyakini mampu membawa golongan ini ke arah keinsafan.

“Pada pertemuan membabitkan lebih 20 ketua kumpulan gay Melayu, Jakim memujuk mereka menyertai program khas diatur. Walaupun majoriti tidak bersetuju, namun masih ada segelintir berminat menyertai program.

“Apa yang pasti kegiatan gay di Malaysia seolah-olah disokong gerakan khas yang berusaha menyebarkan ideologi menjadikan ia tidak ubah seperti di negara Barat,” katanya.

Difahamkan gerakan sulit kumpulan gay dikesan melanda bandar raya Kuala Lumpur selain Sarawak dan beberapa negeri lain.

Golongan ini termasuk pekerja profesional turut menjadi antara teramai menghidap HIV dan Aids yang mendapat rawatan di hospital kerajaan.

Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim, Saimah Mukhtar berkata kakitangan jabatannya serius menangani gejala gay seperti mendekati golongan mak nyah sejak awal tahun ini.

Menurutnya, program pemulihan khusus untuk golongan homoseksual sedang diatur dan pihaknya cuba memujuk mereka menyertai program itu. 

“Golongan gay bukan seperti mak nyah atau pondan yang mudah dikenali berdasarkan bentuk fizikal. Mereka mempunyai penampilan lelaki normal, namun kecenderungan seksual songsang. 

“Kami cuba mendekati golongan ini dengan memasuki beberapa kelab gay terkemuka di ibu kota dan beberapa bandar raya lain sebagai kerja dakwah,” katanya.

Menurutnya, tambah membimbangkan golongan gay tidak hanya membabitkan mereka yang berusia pertengahan tahun, malah disertai remaja dan berusia lebih 50-an.


“Jika dulu kegiatan gay dilakukan selindung, kini ramai berani mengisytiharkan diri sebagai gay melalui blog dan facebook selain menganjurkan pesta khas,” katanya.

Menurutnya, Jakim tidak pernah memandang hina golongan ini sebaliknya menganggap gay Melayu pesakit yang perlu rawatan.

“Saya difahamkan ramai bersetuju mengikuti program pemulihan bakal dikendalikan Jakim tidak lama lagi. Ia dianggap satu langkah awal positif,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman berkata gejala warisan kaum Nabi Lut itu kian serius dengan adanya kemudahan teknologi perhubungan yang semakin canggih.

Menurutnya, blog, laman web sosial seperti twitter dan facebook dijadikan pengantara oleh kumpulan gay Melayu ini untuk aktif dan mengumpulkan seramai mungkin ahli.

“Mungkin ramai pihak tidak menyedari bahaya kebangkitan golongan dilaknat ini namun ia sedang merebak dan boleh merosakkan generasi muda Islam,” katanya.

Menurutnya, tindakan drastik perlu dilakukan bagi memerangi golongan ini termasuk golongan lesbian dan mak nyah yang menggambarkan kelemahan umat Islam negara ini. 


Sumber DISINI


12 comments:

  1. Macam mana gay tak byk di msia..kalau baca surat khabar sejak tahun 97 sampailah skrg 2014 tak habis2 dgn isu liwat anwar ibrahim.

    Haruslah budak2 kat sekolah berminat nak tahu dan cuba. Patutnya JAKIM tulis teks khutbah jummat ckp kpd pengamal media arus perdana supaya tolong laa berhenti sensasikan isu liwat anwar ibrahim.

    Ini tak habis2 sejak tahun 1997. Bosannnnnnn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak lagi faktor2 lain yang menjadi penyebab, pengaruh internet yang semakin berkembang luas tanpa sempadan, pengaruh drama-drama, muzik dan film2 diTV mahu pun dipawagam yang berterusan memaparkan penerimaan golongan ini juga antara punca.

      Tidak ada pemantauan baik dari ibu bapa, kurangnya didikan agama, pergaulan sesama mereka di asrama. Nak tak nak kita sukar nak elak pengaruh gay ni yang semakin hari semakin berkembang bukan sahaja di Msia malah di serata dunia, penerimaan golongan ini semakin diterima oleh masyarakat. Malah sekarang jika kita kutuk golongan ini kita pula akan di hentam habis2an.

      Ikut pengalaman saya sebelum 1997 lagi kegiatan ini boleh tahan hebat di KL (mungkin hanya sesama gay sahaja yang tahu), ya kes itu mungkin antara penyebab dan oleh kerana kes ini juga kini golongan gay sudah mempunyai idola sehingga mereka semakin berani.

      Jika bukan sebab akhbar arus perdana orang masih boleh mencari di laman2 sosial, jika bukan dulu tetapi pada hari ini mereka masih tetap boleh mencari. Yang penting perlu ada kebijaksanaan, iman dan takwa, semua itu mungkin tanggung jawab ibu bapa, kebijaksanaan ibu bapa mendidik anak2 penting.

      Jika sudah ada kebijaksanaan, iman dan takwa, apa sahaja pengaruh termasuk kes tersebut kita boleh tepis dan tidak sesekali mudah terpengaruh. Cuba elak salahkan orang lain, kita perlu renung kelemahan diri sendiri dulu, muhasabah diri. Ingat satu jari kita tunjuk kepada orang lain, empat jari lagi menunjuk ke arah diri sendiri...Wallahuallam....:)

      Delete
    2. Setuju sangat abang najmi cakap tu.Kita jangan terlampau politik dan propa sangat!!!aku tampar panda baru tahu.Maaf terlebih pula satu benda ja aku mahu nasihat ingat kiamat sangat hampir dajjal pun dah muncul sekarang dia tengah kumpul pengikut dia dan tengah bangun kan negeri dia.Dajjal akan datang menfitnah setelah 3 tahun setelah kemarau teruk.Tengok kemarau sekarang ni tanda hampir munculnya dajjal terpulang kamu percaya atau tidak yang penting kiamat hampir sudah.

      Delete
  2. Hobi saya setiap minggu pergi sauna di KL. Saya suka oral seks dgn lelaki yg saya minat. Kalau saya hisap zakar mesti saya telan air mazi tetapi apabila dia pancut saya tak telan spermanya. Cepat2 saya pergi kumur mulut.

    Apa risiko seks oral ye?

    Bagaimana nak buang tabiat pergi ke sauna? Sebab saya kerja office hour, jarang berpeluh. At least pergi sauna dpt keluarkan peluh. Tapi phm2 je la bila masuk sana ni byk dugaan ke arah seks songsang, hrmmm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam

      Apa jua aktiviti seks tidak selamat termasuk oral seks adalah berisiko dijangkiti HIV TERUTAMA sekiranya terdapat pendarahan didalam mulut saudara atau terdapat ulser. Mungkin ada luka sebab tergigit lidah, luka sebab berus gigi dan sebagainya. Walau pun abg ada baca setengah pakar kata bahawa oral seks tidak boleh jangkitkan HIV tapi kita kena hati2 lah tak dapat HIV boleh dapat penyakit kelamin, sebaiknya elak dari melakukannya tetapi kalau nak juga oral lah apabila ianya telah disarungkan kondom.

      Dalam kes saudara apabila pasangan tu pancut (bermakna dah pancut dalam mulut saudara) walaupun saudara tidak telan air mani tu risiko dijangkiti adalah tinggi sekiranya pasangan itu pembawa HIV apatah lagi kalau dalam mulut saudara ada luka.

      Bagaimana nak buang tabiaat ke sauna? Pertama sekali saudara kena elak dari selalu melayari laman web gay, elak dari menonton video prono sebab apabila kita tengak benda2 macam ni nafsu kita akan bergelora, jalan senang nak dapat ialah pergi sauna.

      Sebenarnya abg faham apa yang saudara rasa tu sebab abg pernah alaminya dulu, abg pun selalu kata dalam hati nak ke sauna sebab nak keluarkan air peluh tapi biasanya air lain yang keluar.

      Kalau nak keluarkan peluh, pergi lah jogging atau buat excersice dalam rumah, laburkan sikit beli dumb bell yang sesuai dan excersice lah dalam rumah, itu pun kalau saudara bersungguh2 nak elak diri ke sauna lagi lah.

      Sebagai orang islam kita kena ingat lah buat apa yang Dia suruh jangan buat apa yang Dia larang, sebab kalau dah masuk sauna tu abang percaya solat waktu maghrib tentu akan terlepaskan. Kita kena jaga waktu solat dalam waktu tau....

      Kena ada kesungguhan untuk kawal diri.....:)

      Delete
    2. saya ni gay juga.Tapi saya tak pernah teringin buat sex oral atau mastubrate.Saya lebih suka shopping,masak saya gemar berbelanja.Kalau saya nampak lelaki hensem dan tegap saya hanya tengok saya cakap boleh tahan tapi hanya cuci mata tak lebih pun.Lagi satu saya mempunyai sifat penyangan tinggi budak-budak amat suka kepada aku.Aku memang suka budak-budak hati aku akan gembira sangat aku akan masak untuk dorang jaga kesihatan mereka macam-macam lagi.Aku lebih emosi entah kenapa bila tengok cerita sedih dah keluar mata penuh satu cawan.Aku lelaki mudah nagis mudah tersentuh emosi pandai berubah.Aku ada mimpi ada seorang lelaki jumpa aku disebuah taman sangat dia cakap aku tunggu kau di pintu syurga aku adalah suami kau aku akan setia kepada mu aku sayang sepenuh hati aku ,aku akan gembira kau.Aku adalah suami syurga aku adalah wildan.Terus aku terjaga aku check jam 4 pagi terus aku sembayang subuh.Aku ingat mainan mimpi keesokkan malam dia datang balik tempat yang sama aku amat rindukan sayang aku akan setiasa doakan untuk mu bukan saja aku rindu kamu tapi ada 39 wildan suami syurga kamu.Aku akan bantu sayang untuk berbuat amalan baik di dunia aku tak rela sayang masuk neraka aku terjaga jam 4 pagi lagi terus aku fikir apa maksud ni tapi aku buat tiada apa-apa.keesokkan hari sebab tak solat isyak sebab tengok tv terus tangan jadi panas gila teramat panas cepat-cepat rendam air .Aku mimpi dia datang dia cakap itu cara untuk aku seatiasa solat dia cakap aku mahu sayang bersama aku di syurga.Alhamdullilah aku bersyukur dapat begini cara elak ponteng sembayang.Tapi.......aku perumpuan ke lelaki??berapa akal aku dan nafsu aku dan wildan tu ape benda boleh abang najmi bagi pendapat sebab dah mati akal dah confuse.Tapi tu lelaki tu memang hensem gila tegap lagi tu dia pakai jubah putih kulit gebuh kalau dia suami aku,satu benda ja aku mahu aku mahu disayangi dan sentiasa ada sisi aku:-):-)

      Delete
    3. saya ni gay juga.Tapi saya tak pernah teringin buat sex oral atau mastubrate.Saya lebih suka shopping,masak saya gemar berbelanja.Kalau saya nampak lelaki hensem dan tegap saya hanya tengok saya cakap boleh tahan tapi hanya cuci mata tak lebih pun.Lagi satu saya mempunyai sifat penyangan tinggi budak-budak amat suka kepada aku.Aku memang suka budak-budak hati aku akan gembira sangat aku akan masak untuk dorang jaga kesihatan mereka macam-macam lagi.Aku lebih emosi entah kenapa bila tengok cerita sedih dah keluar mata penuh satu cawan.Aku lelaki mudah nagis mudah tersentuh emosi pandai berubah.Aku ada mimpi ada seorang lelaki jumpa aku disebuah taman sangat dia cakap aku tunggu kau di pintu syurga aku adalah suami kau aku akan setia kepada mu aku sayang sepenuh hati aku ,aku akan gembira kau.Aku adalah suami syurga aku adalah wildan.Terus aku terjaga aku check jam 4 pagi terus aku sembayang subuh.Aku ingat mainan mimpi keesokkan malam dia datang balik tempat yang sama aku amat rindukan sayang aku akan setiasa doakan untuk mu bukan saja aku rindu kamu tapi ada 39 wildan suami syurga kamu.Aku akan bantu sayang untuk berbuat amalan baik di dunia aku tak rela sayang masuk neraka aku terjaga jam 4 pagi lagi terus aku fikir apa maksud ni tapi aku buat tiada apa-apa.keesokkan hari sebab tak solat isyak sebab tengok tv terus tangan jadi panas gila teramat panas cepat-cepat rendam air .Aku mimpi dia datang dia cakap itu cara untuk aku seatiasa solat dia cakap aku mahu sayang bersama aku di syurga.Alhamdullilah aku bersyukur dapat begini cara elak ponteng sembayang.Tapi.......aku perumpuan ke lelaki??berapa akal aku dan nafsu aku dan wildan tu ape benda boleh abang najmi bagi pendapat sebab dah mati akal dah confuse.Tapi tu lelaki tu memang hensem gila tegap lagi tu dia pakai jubah putih kulit gebuh kalau dia suami aku,satu benda ja aku mahu aku mahu disayangi dan sentiasa ada sisi aku:-):-)

      Delete
    4. Salam anonymous,

      Anggap aje itu hanya mainan tidur, apabila fikiran kita asyik terlalu fikirkan sesuatu pekara, apabila kita asyik fikir soal lelaki misalannya, maka kaitan masaalah yang kita fikirkan tu boleh muncul dalam mimpi. Mungkin saudara berkeinginankan kasih sayang seorang lelaki yang beriman apabila terpengaruh menonton drama atau rancangan di TV yang menampilkan watak2 lelaki alim ini, maka yang datang dalam mimpi tu pun dah tentu lelaki yang berperwatakan alim juga.

      Usah fikirkannya sangat macam abang kata anggap ianya hanya mainan tidur, kalau ditakdirkan saudara masuk ke syurga kelak ketika itu Allah telah hapuskan naluri gay yang saudara ada semasa didunia ini, di sana nanti naluri saudara hanya pada bidadari syurga yang telah Allah sediakan. Tiada lagi nafsu songsang walaupun sekiranya didunia ini kita berperwatakan lembut sekali pun tapi disana Allah akan mengubah segala perwatakan kita nanti.

      Yang penting jaga amalan, buat apa yang Dia suruh dan tinggalkan apa yang dilarang ketika menjalani kehidupan didunia ini. Wallahuallam....:)

      Delete
    5. Aku tak nak bidadari hehehe.Kalau aku ditakdir masuk syurga aku lebih suka kanak-kanak di syurga boleh bermain-main di sana lebih seronok kedua aku suka membaca aku mahu sebuah library ketiga aku memang suka main games keempat aku mahu shopping sebab di syurga ada pasar raya sangat besar kelima aku buka restoran penuh makanan keenam aku mahu character game banyak lagi mahu^.^ kalau abang mahu saya tahu saya tak pernah menyesal jadi gay saya tak pernah terjerumus dalam sex oral ataupun tengok filem porn gay.Sex bukan segala-segalanya untuk saya.Lagi satu saya sendiri tak faham kenapa lelaki dan kuat kahwin.Saya tak lembut yang abang sangka aku sentiasa bergaya macam lelaki pergi gym tegap badan bukan untuk dilihat untuk gay susah betul kalau ada wajah tampan sebab ramai gay bayar beratus-ratus untuk tidur sama dorang.Dorang ingat aku ni murah sangat lah no way lah .Nafsu aku untuk lelaki straight ja bukan gay walaupun lelaki hensem kalau gay tiada selera hahaha.Tentang mimpi memang betul aku tanya ustaz aku yang sporting ni dia cakap mana tahu kau jadi wanita di sana sebab di syurga semua boleh jadi kan yang penting buat amalan baik di dunia yang pasal tangan kau panas sebab tangan kau di bakar kalau tak sembayang satu amaran buat kau.So kepada gay dikeluar sana jangan sedih bersyukur apa yang kamu hanya cacat nafsu tapi fizikal sempurna tengok kat luar sana ramai orang lebih susah bersyukur apa yang ada.Abang najmi coming soon buat tentang lesbian bantu kaum hawa kat luar sana insyaallah dapat kurang tekanan dorang:-)

      Delete
    6. Salam,

      Tak mengapa lembut atau tidak yang penting saudara mengaku seorang gay, dan abang tabik sebab saudara tidak pernah terlibat dalam sebarang seks oral dan menonton video porn. Alhamdulillah.

      Bila kita gagal mengelak diri dari menonton porn dan suka melayari apa jua laman mengenai gay, maka naluri kita akan terangsang, perasaan ingin mencuba itu akan muncul, sebab itu ramai yang tewas.

      Jika kita hindar dari menonton video lucah adan apa jua yang sewaktu dengannya insyaallah kita akan selamat, kita akan dilindungi Allah dan tidak terjebak dalam sebarang aktiviti sejenis.

      Alhamdulillah...:)

      Delete
    7. anonymous aku rasa kau memang bertuah kalau aku macam kau dah tentu aku bebas dari perbuatan keji aku ni.Huh nampak lelaki sudah aku teransang rasa mahu ja tidur sama dia susah betul lelaki ni.Aku tak suka budak apa lagi shopping aku sentiasa pergi gym bukan tegap badan tapi cuci mata tengok abang-abang tegap geram aku tengok rasa nak pegang.Tapi aku rasa kau lebih sesuai jadi wanita daripada lelaki sebab kau ada 9 nafsu 1 akal insyaallah aku rasa jadi wanita di syurga bersama wildan amin

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST