Tuesday, 8 April 2014

LISA - SETAHUN SUDAH BERLALU KAMI MASIH TETAP SUAMI ISTERI

Masih ingat kisah entri LISA - MASIH SABAR DAN SAYANG WALAU SUAMI HIV POSITIF

Entri kisah Lisa

Salam abang najmi 

Masih ingat saya? Lisa ;) Setahun yang lepas saya meroyan dengan abang hahaha and tetiba malam ni tak boleh nak tido pulak bila terpikir dah setahun masa berlalu selepas apa dah jadi. Rasa bersalah jugak x update abg apa-apa sedangkan ramai mungkin nak tau apa jadi kat kami.. Hahaha.. 

Untuk pengetahuan abang, alhamdulillah berkat doa semua kami masih lagi suami isteri. Saya dah pun redha dengan apa yang sudah terjadi. Tapi ya lah manusia biasa kan, kadang-kadang tu meroyan la jugak bila pikirkan pasal anak. hahah. Sejak suami saya disahkan HIV setahun yang lalu, kami tidak pernah melakukan 'bersama' pun. Dia takut saya dijangkiti. Saya laaagiiii lah takut!! Hahaha.. Maka.. Pendamkan je la.. Hahaha.. 

Dah jadi isteri, buruk baik suami kita telan lah sebab bila dah kahwin ni kita bukan kahwin dengan suami aje tapi kahwin dengan seluruh keluarga terlibat. Biar saya je la menangis dari saya membiarkan ramai insan-insan sekeliling saya nangis. Pilihan berkahwin dengannya saya yang buat dan saya yakin percaturan Allah tu tepat. Andai ini jodoh saya hingga akhir hayat saya redha bang..;) yang penting, dia tak ulangi perbuatan dia tu saya dah syukur sangat-sangat. Saya anggap dugaan kami ni sebagai kifarah untuk dosa-dosa kami sebelum ni.

Apa saya buat dalam setahun ni??

1) Kami slow talk n bagi ruang pada diri terima baik buruk memasing. Saya kena kuatkan diri sendiri untuk terima dia seadanya n betul-betul redha supaya tak ada apa-apa ayat tunding jari n ungkit kisah hitam dia. Saya 'ugut' dia supaya betul-betul buang semuaaaaa contact-contact kawan-kawan senaluri dia. Memang sangat susah. Saya yakin ramai isteri-isteri yang alami nasib yang sama faham apa saya lalui.. Haha.. Memang jadi stalker la. Check HP, facebook , email segala. Perubahan memang slow lah but at least it works! Nak kata percaya 100% tu tidak lah lagi memandangkan dah banyak kali ditipu tapi saya letakkan Allah didepan. And saya yakin kalau dia ada tipu saya, Allah akan tunjuk.. ;) 

2) Saya belikan dia kapsul habbatusauda, Jus delima and sekarng kami berdua amalkan makan Shaklee. Saya tak nak dia jatuh sakit and sangat risau kalau dia start demam. Alhamdulillah, so far kehidupan kami berjalan seperti biasa malah dia semakin menunjukkan rasa sayang dia pada saya (Oh mula-mula saya rasa dia just rasa bersalah, tapi lama-lama nampak dah ikhlas dia untuk berubah. Senang je nak ambik hati isteri kan? Haha)
Oh untuk pengetahuan abang. Suami saya tak pernah jumpa mana-mana doktor pun lagi pasal HIV ni. Liat sungguh and bila saya ajak, dia diamkan diri. Apa risikonya kalau dia masih xnk dapatkan khidmat nasihat doktor?
 

3) Saya ketepikan soal lain. Pada saya kalau pun saya tak dapat jadi isteri solehah. Saya sedaya upaya akan jaga aib dia. (Tapi cerita pada abang and blog tak apa lah kot kan, sebab nak panduan and nasihat.. Hahaha) Alhamdulillah, rahsia ini hanya kami berdua yang tahu. Ketepikan soal nak anak sebab saya tahu tak akan berpeluang untuk ada anak sendiri. Nak anak angkat melalui JKM pun kena buat test hiv maka menumpang kasih anak buah je la. Cuma kadang-kadang jadi lemah apabila orang bertanya since tahun ni perkahwinan kami dah masuk 4 tahun. Bertambah pilu kalau sepupu sepapat pregnant and mertua dok update orang tu pregnant orang ni pregnant. Tu memang tak leh nk elak.. Haha 

4) Bapa mertua saya meninggal last June. Maka suami adalah anak sulung and harapan bagi mak mertua and adik-adik. Itu lagi menguatkan kasih saya and redha saya untuk sama-sama harung kehidupan ni dengan dia. 

5) Saya mengalami batuk berpanjangan, disebabkan takut. Dari april 2013 sehingga la Feb 2014. Saya pun tak ada pergi mana-mana doktor or klinik untuk test if saya dijangkiti. Sehingga la saya dimasukan ke wad sebab bronchitis and doktor ambil darah sebab takut denggi. Maka saya suruh suami beli RAPID TEST EASY KIT tu and alhamdulillah, syukur yang amat, menangis saya apabila tengok keputusan tu. Bergenang air mata suami tanda syukur sebab saya Negative dari HIV. Soalan; perlu ke saya buat follow up test?? Atau memang 100% saya bebas dijangkiti? 

Now apa yang kami mampu buat adalah berdoa and terus berdoa akan terjaga aib ini dari sesiapa pun. Ngeri bila fikir pasal kematian. Bagaimana situasinya andai malaikat tarik nyawa and urusan jenazah tidak seperti orang lain. Apa yang saya perlu jawab pada sanak saudara. Maka saya berdoa agar dipermudahkan segalanya and semoga aib ini tertutup selamanya. Kami sekarng sama-sama perbaiki diri and hargai diri masing-masing selagi diizinkanNya untuk bersama. 

Satu kisah lain yang menusuk hati saya ialah kisah Puan Bella Bubu (klik disini). Saya ikut perkembangan blog beliau (klik Disini) and rasa sakittttt sangat melihat dia diperlakukan sebegitu dek suaminya. Berharap dia buat pilihan yang tepat kalau masih mahu bersama suami. Saya doakan yang terbaik buat Puan Bella Bubu. 

Buat Din (klik Disini), Saya harap Din masih ikut perkembangan blog abang Najmi jugak. Berharap Din berupaya menahan nafsu dan kuatkan iman di dada ye. Pada saya naluri mereka-mereka sebegini memang susah untuk dibuang. Tetapi insyaallah sekiranya nekad itu datang dari diri sendiri, ianya boleh dikawal. Of cox dengan sokongan and kawalan orang tersayang, hanya diri mereka yang mampu mengubah segalanya. Sumua yang terjadi adalah dengan izin Allah. Banyakkan berdoa. 

Saya harap and berdoa suami terbuka hati untuk buat check up kat hospital. Atleast dari pembacaan bahan di blog abang, kalau konsisten follow up and dengar cakap doktor serta ambil HAART tu, posibility rendah untuk HIV bertukar kepada AIDS kan? Harapnya kalau nyawa ditarik biarlah bukan disebabkan sakit ini. Huhuhu 

Thanks abang! Doakan saya dpt pujuk suami ke hospital!! Doakan kami kuat and doakan supaya suami saya betul-betul taubat and dapat menahan bisikan syaitan nafsu songsangnya. (Oh saya masih Turn on mode hati-hati Hehe) 

P/s : sampaikan salam saya pada Mak Wardah (klik disini) and MFZ (klik disini)  and lain-lain yang turut beri komen and nasihat diruangan blog abang. Saya doakan yang terbaik untuk semua juga. Teringin betul nak berkongsi pengalaman and mohon panduan dari Helmy Rose (klik disini). Masih sihatkan?



Salam dari LISA
email ni : mawarberduri285@gmail.com

KISAH LISA KLIK DISINI


15 comments:

  1. wow cantiknyeee tangan tuhhh, timbul urat2 plak, cam nak pegang jeeee, sisi gelap dah dtg,, maaf

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sentuh aje lah kat screen tu....:)

      Delete
    2. Bawa2 laa bertaubat Jazz..awak tu dah nak kahwin bln june nanti.

      Delete
    3. hahaha pegang screen jazz jgan x pegang. Ingat janji ngan akk.

      Delete
  2. Tak bleh biar hiv tu...dtg la walk in check up kat id clinic hospital sg buloh....lg biar takut mudah kena opportunistic infection..kalau da kene cerebral toxo pastu nnt bedridden kan susah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syaz Wani

      Saya dah jawab pertanyaan Puan Lisa melalui email, cuma email tu saya tak siarkan kat sini..ada masa nanti saya akan masukan balasan email saya kepada puan Lisa dalam entri ni nanti insyaallah, buat masa ni susah sebab line slow huhu...

      Delete
  3. Utk suami Lisa jika tidak dapatkan rawatan secepat myngkin akn menyebabkan dormant tempat virus hiv bersembunyi akn menjadi bertambah besar dan ia akn melumpukan sistem pertahanan badan sedikit demi sedikit. Kesannya nanti cd4 akn jatuh dgn teruk dan apabila mulakan rawatan ia akn ambil masa yg sangat lama utk cd4 naik disebabkan reservoir virus begitu besar.

    Rawatan awal sgt penting. Hiv ini seperti kanser. Jika ia dikesan pada peringkat awal insya allah peluang utk kembali kpd kehidupan yg normal adalah tinggi.

    Jgn lupa juga yg virus hiv akan masuk ke dalam bone marrow dan otak.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak lisa,

    patut la bella tergerak hati nak tgk blog abang najmi..rupanya nama bella disebut sebut... eh, suami saya pun mengamalkan meminum pati delima.... alhamdulillah, last month nye result darah..cd4 makin meningkat....banyak jugak la naik.... wallahuallam adakah sebab pati ini atau lain-lain...tetapi, saya memang suruh dia amalkan.... semuanya disebabkan saya sendiri mengamalkan pati delima nih....

    kita yang merasa semua nih, hanya kita yang tahu rasa itu.... walau saya kerap kali di tanya, kenapa meneruskan hubungan ini.... biarlah saya simpan sebab itu untuk diri saya..orang hanya mampu berkata kata.orang hanya boleh cakap..."KALAU AKU LA, dah lama aku bercerai".cuba anda mengalami, apa anda rasa??belum tentu anda boleh berfikir secara waras buat seketika..hehehe..kan kak?

    saya sendiri akan menjalani ujian HIV tak lama lagi...doktor didi sudah beberapa kali bising.... keputusan nya? saya redha apa jua keputusan.... sebagaimana saya redha di atas ujian Allah bagi pada saya dan didi....

    akak pujuk la abg zali gi hospital...penting kak untuk monitor tahap kesihatan... tahu cara mengendalikan dan dengar kaunseling doktor.... bukan untuk suami sahaja, untuk kita jugak..... saya alhamdulilah, didi walau selalu ngelat, tapi dia pergi jugak sekali sekala..... selepas puas berleter la kan.... saya tahu..dia risau sebenarnya dan susah nk terima hakikat kalau dah start kena amik ubat.... (tahu lak risau kan...heheh)

    doakan bella ye kak..... semoga terus kuat dan berjaya membuat keputusan yang tepat ....... jangan risau kak,, bella masih mampu senyum dan bergelak ketawa..... hehehe.... hidup mesti diteruskan walau apa yang terjadi.... hikmah ujian Allah ini, insya Allah kita akan menikmatinya kemudian... Tuhan maha adil...

    -bella-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Bella, terima kasih atas petua untuk Oli tu...Akak nak tahu pati delima tu brand apa? Waalaikumsalam Si Lisa Bidadari Syurga, Banyak rahmat @ rezeki lain yang menanti Lisa

      Delete
    2. mak wardah,

      alhamdulilah...oli dh sihat... pati delima tu saya guna brand gulsan... botol kaca.ada sesetengah kedai jual rm15..ada jual rm20...saya pernah dapat serendah rm11 ... hehehehe.....

      Delete
    3. Tkasih. Hari2 Wardah bukak blog akak nak baca petua bg Oli sihat sebab susu ibu kucing x dpt. Oli tu mcm2 wardah belikan. Suka tgk comel jer. Bella dia ada buaian kucing and kat rumah wardah buat dia mcm org. Mlm pakai baju, ada buaian bagai2.

      Delete
    4. Heheheh.... seronok ada kucing ni..kucing saya tu pun sedang membesar... sekrg minum guna botol...owh.bestnya.... mak wardah beli la cat tree...takpun..cat tunnel...mesti kecoh rumah

      Delete
  5. Buat Lisa
    Nasihatkan suami untuk jumpa doktor. Kerana doktor ada jawapan yang lebih selamat dan terjamin. Jangan di biarkan lama-lama kerana ia akan berlarutan dan timbul pula penyakit sampingan lain.

    Amram Musa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam saudara Amran. Bru tergerak hati nk email saudara nk bertanya khabar..
      Camne dgn ulser mulut aritu ok dah ke? Harap2 kesihatan saudara bertambah baik.

      Haikal :-)

      Delete
  6. H.N:

    Membaca cerita puan lisa dan puan bella bubu, beruntungnya suami mereka mendapat seorang isteri yang redha dan boleh terima mereka seadanya..


    saya sendiri masih bujang, masih takut untuk buat test walaupun telah lama meninggalkan kehidupan gay dan x pernah melakukan seks tidak selamat.

    sekarang ini hanya berdoa mengharapkan supaya Allah kurniakan seorang isteri yang solehah, baik, dan menerima saya seadanya sehingga akhir hayat kami.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST