Monday, 28 April 2014

LATIPAH - DOKTOR KATA WALAU DIGORENG SEKALIPUN KUMAN HIV TIDAK AKAN MATI

LATIPAH (bukan nama sebenar) menghantar message melalui facebook kepada saya.

photo hiasan www.dailymail.co.uk

LATIPAH - As salam, saya nak tanya beberapa soalan, bila saya baca blog saudara saya jadi takut, saya terfikir 3 tahun lepas saya ada penyakit gastrik, doktor ambil darah saya, bila saya baca HIV boleh berjangkit melalui jaum saya jadi takut. Tapi masa gastrik tu doktor bagi ubat gastrik and saya balik.

Saya ni selalu berfikiran bukan-bukan dan apabila saya baca blog saudara saya terfikir pasal jarum tu. Saya tak ada demam or cirit birit, kalau demam pun sehari Sakit perut tu hari-hari selepas makan ketika mula start kerja, sebab saya jarang makan pagi. Bila saya makan saya set akan sakit perut tiap kali makan. Kebetulan saya ada jangkitan kulat gatal-gatal kat paha, macam kulat. Saya makan ubat kat farmasi ok sekejap. Dua bulan lagi gatal balik, macam kurap ada kaitan (dengan HIV) ke?

Saya berdebar sangat sebelum ni saya pernah baca blog saudara, sebenarnya tindakan saya baca bersebab, sebab saya amat takut baru-baru ni pada jumaat lepas, saya pergi beli kuih keria macam donut, tapi diadun dengan keledek. Saya beli and saya makan, masa saya kunyah saya rasa ada sesuatu didalam mulut, saya terjumpa handyplus (Hansaplast - pembalut luka). Saya kunyah lama, saya jadi takut la handyplus kut-kut  ada darah kotor (ada HIV) siapa-siapa. Lagi satu saya jadi confuse handyplus tu ada dalam keledek or dalam plastik makanan tu. Handyplus tu dalam bentuk bergulung and bersih, nampak ubi keledek. Saya makan bersama-bersama ubi keledek. Saya takut la sebab kebetulan kawasan gusi saya selalu berdarah. Saya stress tak lalu makan tiga hari.

Saya jumpa doktor semalam, doktor hanya cakap gitu-gitu aje (sambil lewa), “Awak tak telan kan handyplus tak bahaya". Dia cakap lagi,  "kalau awak nak check pun boleh tapi kena tunggu 3 bulan". 

Saya rasa tetap confius, bila saya baca blog saudara, saya tertengok jarum saya teringat pulak jarum tiga tahun setengah yang lepas. Mulalah saya nak ingat hari tu saya demam ke tak, setahu saya, saya  demam sehari je kot tahun lepas, tapi sakit perut memang hari-hari sampai tahun ke empat. Saya ada gastrik and suka makan pedas, tapi yang jangkitan kulit tu menghantui saya, ada kat paha aje. Saya risau la sebab banyak impian saya nak buat.

Untuk maklumam tuan seumur hidup saya hanya dua kali saya amik darah, itu pun masa umur 25 tahun dihujung jari and umur 25 tahun yang gastrik tu. Saya ni mabuk darah, nak tunggu 3 bulan tu lama. Saya nak tanya kalau orang tu perempuan and dia terkena (HIV) masa jarum tu, dan sekarang masa tahun ke 4 adakah dia akan sihat macam orang normal, sebab masa 4 tahun ni berat saya dari 63kg menjadi 70kg.

Saya takut dah 4 hari saya menangis, sebab saya rasa saya terasa nak berkeluarga, saya tidak pernah bersosial dengan mana-mana lelaki, cuma saya takut pasal jarum dan handyplus tu sangat-sangat. Saya takut.  

NAJMI - Latipah semua jarum suntikan yang digunakan di hospital hanya digunakan sekali sahaja, sekali untuk seorang pesakit aje, kemudian akan dibuang. Kuman HIV akan mati apabila terdedah pada ruang udara, so kalau ada kuman kat handyplus tu pun semua kuman dah lama mati. Jangan risau Tipah tidak akan dijangkit HIV dengan cara yang Tipah katakan tu.



LATIPAH -  Wsalam, saya baru jumpa doktor,  dia cakap virus tu tetap ada. Dua orang doktor cakap macam tu. Dia cakap darah tu ambil masa 4 hari untuk mati. Dan semalam saya buat test rapid tu,  masih lagi negative. Doktor cakap buat 3 bulan lagi,  dia cakap virus tu tetap aktif walaupun digoreng ke or terkunyah handyplus tu. Saya jumpa seorang  doktor dan seorang pegawai perubatan di klinik  di Cheras. Kadang-kadang saya susah hati and berharap semua keadaan selamat. Doakan saya. 

NAJMI - Laaaaa doktor apa yang Tipah jumpa tu atau Tipa yang silap dengar. Kuman akan mati bila terdedah pada ruang udara, itu yang abang tahu. Tetapi kalau Tipah nak percaya doktor tu terus lah buat ujian HIV sebaiknya selepas 3-4 minggu selepas risiko telah dijangkiti. Kemudian ulang pada 3 bulan selepas itu. Bila dah dapat result selepas 3 bulan tu STOP jangan fikir dah kerana result tu ada dikatakan sudah tepat. Pandangan abang Tipah tidak ada HIV, HIV tidak boleh jangkit melalui cara seperti mana yang Tipah cerita itu, jangan penatkan hati, jangan stress bukan-bukan ya. 



LATIPAH - Terimkasih abang Najmi. Saya nak tanya satu lagi, kalau adik saya ada kudis-kudis dekat tangan dia dan kadang-kadang ada luka, adakah dia berisiko dijangkiti kalau dia mengendalikan darah di mana-mana LAB? Untuk pengetahuan adik saya student di Lab jurusan biomedic. Apakah nasihat abang Najmi? 

NAJMI - Biasanya kalau kerja di LAB terpaksa patuhi prosedur keselamatan yang telah ditetapkan. Mereka akan jaga keselamatan diri, akan guna cecair pembunuh kuman akan pakai sarung tangan dan sebagainya, usah risau tentang tu. 



LATIPAH - Terimakasih abang Najmi atas nasihat and pandangan, saya pun confius dengan pndangan dua orang doktor tu, seorang doktor senior di klinik Bandar Tun Razak Cheras, dia orang ketawa apabila saya tanya ada potensi tak kuman HIV akan mati diudara. Dia cakap kuman tu lain, tak da mati-mati bila kena goreng ke ape, ambil masa 4 hari, sebab itu dia syor saya buat rapid test.

Berlainan pulak doktor di HUKM Cheras pandangan dia (doktor) sama dengan abang Najmi dia nasihat jangan fikir bukan-bukan takut nanti saya lagi stress. Boleh saya tahu abang Najmi umur berapa? Saya doakan abang sentiasa diberkati Allah dan dikelilingi orang-orang yang disayangi. 

NAJMI - Nak aje abang share apa yang Tipah beritahu ni kat blog abang ok tak??? mesti ramai yang ketawa doktor tu.. Mungkin abang nak share apa yang Tipah kata buat pengetahuan pembaca lain sebab masih ada orang yang tidak faham tentang HIV ni, Tipah boleh google cari maklumat berapa lama kuman ni boleh berada dalam udara, apa tah lagi kalau kuman tu ada kat handy plus tu huhu, abang share tapi tidak letak nama sebenar ok. 



LATIPAH - Boleh, tapi confirm ke pandangan doktor tu salah? sebab dia kan belajar (berpendidikan) hihihi

NAJMI - Salah, lain lah kalau kuman tu ada dalam tabung uji kedap udara, kalau yang dah terdedah tu kuman akan mati dengan cepat. 



LATIPAH - Mungkin kebetulan saya kena tekanan darah yang agak tinggi, so saya mengalami kebas-kebas, sakit kepala seminggu lebih. Apabila doktor syor kena buat rapid test saya memang mengigil. bila -ve saya beranggapan maybe tak dapat kasan kuman tu lagi, sebab doktor tu bersungguh menerang pasal kuman tu masih aktif.

Seorang doktor dan seorang pegawai perubatan umur 29 tahun (kut). Mula-mula saya ingat pegawai perubatan tu tersilap dan saya tanya senior didepannya. Kebetulan patient dia baru beredar, saya agak dia doktor (berumur) dalam 45 tahun. Bila dia terang and nasihat buat rapid test dia terus nak buat. Kebetulan saya mabuk darah, saya tidak boleh tengok darah, sebab tu bila nak buat rapid tu saya jadi stress, sebab simptom kebas and sakit kepala tu ada. 

Doktor perempuan di HUKM ok la, dia cakap, “Awak nak buat test sekarang pun kalau tak nak pun boleh sebab baru lagi. Ambil masa 3 bulan tapi peluang awak nak kena tu tipis, kuman tak aktif, jangan fikir-fikir nanti awak lagi lesu”.

Sebab saya tak perasan masa kunyah handyplus tu, kebetulan saya ni selalu gusi berdarah, tu yang saya risau yang teramat. Kadang-kadang saya anggap itu merupakan satu peringatan Allah nak bagi kat saya, dari situ saya terbaca blog and saya baca banyak cerita cara-cara dijangkiti, memang saya terfikir pun ramai yang terdedah dengan HIV terutama kepada remaja-remaja. 

NAJMI - Tu lah jangan risau lagi, kalau tanya abang Tipah tidak ada risiko dijangkiti HIV  



LATIPAH - Dan dari situ saya baca banyak perasaan takut kita sebagai seorang manusia, ni maybe peringatan untuk saya, mungkin untuk saya dekatkan diri lebih lagi dengan Allah. Blog abang Najmi banyak mnginsafkan saya, agar saya tidak tersilap langkah. Sekarang-sekarang saya dapat selami perasaan takut atas dosa-dosa saya yang lain juga. Alhamdulillah setakat ini saya tidak bersosial dengan mana-mana lelaki. Sekarang saya dapat belajar banyak pekara blog abg Najmi. Thanks abang Najmi, as salam. 

NAJMI - Alhamdulillah, sekarang jangan risau-risau lagi k.

 

17 comments:

  1. Bagaimana seorang doktor boleh beri informasi sebegini. Pelik bin ajaib la...

    ReplyDelete
  2. Latipah awak paranoid!!!!

    ReplyDelete
  3. Abang najmi..saya rasa pitamsss ,pengsan pastu sedar balik baca entri.Apalah punya doktor ni..saya tak gelakan latipah,sebab dia sendiri pun tidak tahu apa itu HIV kan..tapi doktor tu ya rabbi..sangat-sangat senget otaknya..kesian latipah.nasib baik dia baca blog abg najmi.

    takleh tahan..punya kebal..goreng pun tak mati..pengsann abag najmi..kesian latipah.Tak patut betul doktor tu..apapun latipah tetap saya kagum sebab dia berusaha mencari maklumat dan tempat yang betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Capt Lalok

      Tu lah Latipah tak tahu, alhamdulillah dia bertanya pandangan lain, yang kesiannya doktor tu lah...nak aje pi skodeng2 siapa doktor tu...:)

      Delete
  4. Senyum sorang-sorang apabila terbaca artikel nih...

    ReplyDelete
  5. SLM. ALAHAIII

    DR YG BG STATEMENT PON. CMNE STUDY? DH TNTU VIRUS TU KNE HIDUP DLM DARAH. KLU SLAIN PD DARAH, DIA X BLH HIDUP SBB DIA XLEH NK ROMPAK NUTRIENTS DRI DARAH TU. VIRUS TU AMAT LEMAH JIKA TDEDAH KPD UDARA.

    POINT KEDUA, KALAU LH DARAH YG ADE DI PLASTER TU DIGORENG, DH TENTU DARAH TU HILANG SIFAT DIA SBB DARAH TGOLONG DLM PROTEIN. PROTEIN BILA DIKENAKN HABA YG TGGI, DIA DENATURED. SO DARAH TU BERUBAH SAMA SKLI. SO VIRUS TU XLEH HIDUP SBB NUTRIENTS YG DIA PERLUKAN DH PON HILANG @ ROSAK.

    SETAHU SY, FOOD PROCESSING WHICH IS FRYING TEMPERATURE IS ABOUT 200 DEGREE C.. CMNE DARAH BLH BERTAHAN DGN SUHU SEDEMIKIAN. SDGKN ENZYME² YG DLM DARAH TU MGKIN BTAHAN DLM 37 DEGREE C HINGGA 39 DEGREE C. SAMA LH DGN BDN KITA KLU KNE HEAT STROKE BLH MATI. HEAT STROKE TU PON SUHU HANYA MCECAH MGKIN 100 DEGREE C.

    KPD DR BERKENAAN, TLG REPEAT BLK BIOKEM AWK. FAILED!

    ReplyDelete
  6. Kesian Tipah Tertipu!!!

    Apa2pun semoga doktor2 yg membaca blog ni ambik pengajaran dr pengalaman Tipah dengan doktor2 beliau. Setengah patient ni hypochondriac, macam akak. Tengok dark spot kat kaki rasa mcm pernah tgk dalam gambar simptom2 siflis, padahal rupa2nya, orang berumur semua ada liver spot kat tapak kaki.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum abang naj mi

    Saya pernah melakukan aktiviti berisiko 3 tahun yang lepas dan kalau tak silap saya pernah membuat oral seks iaitu dengan menghisap zakar tapi saya tak pasti sama ada saya tertelan air mani ker tidak.saya cuba untuk tidak menelan air mani tersebut dengan membuang balik air mani yg ada di dalam mulut tp xtahula klu ada yg tertelan. perkara tu berlaku antara setahun 5 bulan ataupun setahun 11 bulan..yang pasti perkara 2 mmg terjadi setahun lebih. Saya risau takut2 mulut saya luka sebab kalau saya gosok gigi gusi selalu berdarah. Baru2 ini saya ada membuat ujian darah di klinik nur sejahtera dan keputusannya adalah not detected. Pada pendapat abg adakah keputusan itu sudah memadai atau saya perlu mengulanginya lagi? Sebab menurut blog abang kalau dah lama buat aktiviti berisiko tu dah tak payah ulangi test lagi. Tapi pada masa yang sama saya seolah2 dihantui penyakit ini. Walaupun saya cuba meyakinkan diri tapi hati kecil masih lagi meragui.. bantu saya abg najmi. Adakah keputusan itu betul? Saya tidak tahu mereka menggunakan teknologi apa utk mengesan darah saya. Mereka cuma memberi saya sekeping kertas iaitu keputusan blood test dan dalam kertas itu tertera ditulis not detected dan mereka pun kata saya negatif hiv

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous,

      Setahu abang lah result HIV selepas 3 bulan dari tarikh berisiko tu dah tepat, tapi jika was2 lagi ulang lagi selepas 6 bulan kemudian. Dalam kes saudara aktiviti tu dah berlalu lebih setahun, dan dah pasti ujian yang dilakukan baru-baru itu sudah TEPAT. Jangan lah risau sangat.

      HIV ni susah nak jangkit, kecuali ada pendarahan dan sekiranya pasangan kita tu seorang PLHIV. Usah risau pandangan abang saudara tidak ada HIV bermakna tiada pendarahan dalam mulut saudara ketika terkena air mani pasangan itu dan mungkin pasangan saudara tu TIDAK ADA HIV.

      So sebaiknya elak dari melakukan aktiviti ini lagi dimasa depan, buat pengetahunan saudara hari ini ramai pembawa HIV yang tidak tahu diri mereka ada HIV, so kena berhati2 dimasa depan ok. Jangan risau jangan stress nanti dapat sakit lain pulak....

      Delete
    2. Ya bang waktu saya buat benda tu saya jahil lagi. Hukum agama pun saya xkisah. Bila jadi macam ni barulah rasa menyesal baru ingat Allah swt. Untuk detail lagi aktiviti berisiko 3tahun lalu tu pasangan saya pancut dalam dubur saya dan untuk oral seks tu saya xtelan air mani tapi tak tahulah andai tertelan.

      Pada pendapat abang adakah keputusan darah hiv not detected yang saya buat di klinik nur sejahtera itu adalah konkrit? Saya risau kalau buat test d klinik dan bukan d hospital result mungkin tidak accurate.

      Untuk pengetahuan abg saya memabg dah bertaubat dan nekad xkan mengulangi kesilapan yang sama ini lagi. Mengetahui lebih banyak mengenai penyakit ini membuatkan saya mula ingat Allah dan cuba menghindar dr melakukan seks..mungkin ini hikmah yang Allah beri pada saya

      Delete
    3. Salam semua, utk masa yg terhad ini saya ingin
      Mengucapkan terima kasih x terhingga buat En Nadzmi,
      Akak wardah, serta semua, saya juga
      Memohon maaf dunia akhirat kiranya ada komen2 saya
      Menyinggong perasaan sesiapa tanpa saya sedari. Insyaalah
      Jika diizinkan tuhan kita jumpa lagi. Saya sentiasa berdoa
      Semoga disuatu masa nanti saya dpt bertentang mata ngan
      En. Nadzmi, saya ingin pelok en Nadzmi kuat2. Anda semua
      Tetap dalam ingatan. Kita hanya merancang tuhan tentukan.
      Wassalam.

      Delete
    4. Anonymous

      Aktiviti tu dah berlaku lebih 3 tahun sekiranya saudara ada HIV sudah tentu sudah dapat dikesan ketika buat ujian HIV baru-baru lalu, kalau tak percaya buat lah lagi ujian dan abang yakin saudara tidak ada HIV (itu pun sekiranya sepanjang 3 tahun itu saudara tidak buat sebarang aktiviti berisiko seperti air mani pasangan dipancut kedalam dubur saudara) Abang rasa pasangan saudara yang pancut dalam dubur saudara itu tidak ada HIV jangan risau.


      JAZZLEE,

      Salam, alahhh jangan sebab nak kahwin sampai tak jenguk lagi blog ni, sesekali jenguklah ya..Sama-sama lah kita, saya juga minta maaf kalau ada salah silap semasa membalas komen Jazzlee, dan insyaallah tiada siapa boleh halang jika ditakdirkan satu hari nanti kita boleh bertemu, insyaallah. Semoga kehidupan Jazzlee dipermudahkan bahagia ceria sihat selamanya....Amin3

      Delete
    5. Seperti yang sy ceritakan sebelum ni saya ada lakukan oral seks bang dalm setahun lebih mcm tu. Kiranya saya hanya pernah melakukan seks berat 3 tahun yang lepas dan seks ringan setahun lebih yang lepas. Terima kasih atas nasihat bang. Mungkin saya terlalu tertekan dan takut dengan virus ini hinggakan anak saudara saya yg sgt rapat dengan saya mendapat ruam panas dan mind set saya terus terfikir adakah saya pembawa virus hiv hingga terjangkit kepada anak sedare saya. Pada pendapat abg adakah suda lebih setahun melakukan oral seks dan 3 tahun yg lalu melakukan aktvt berisiko dan apabila membuat blood test hiv kemudian keputusannya not detected adalah keputusan yang sahih? Kiranya saya tidak mahu lagi mengulangi pemeriksaan ini kerana bukan mudah utk menempuhi hari2 yg berlalu dengan menunggu keputusan ujian tersebut.. saya risau perkara ini akan membuatkan saya trauma dan fobia dlm mengharungi hari2 yg mendatang sekiranya saya kena melakukannya sekali lagi.
      Maafkan saya andai banyak bertanya abg najmi.. perasaan saya tidak stabil pd ketika ini... -insan yg lemah-

      Delete
    6. Abang najmi secara kesimpulannya setelah tidak melakukan seks berat selama 3 tahun dan perna melakukan oral seks dengan memasukkan zakar kemulut dalam lebih kurang setahun setengah dan kemudiannya saya menjalani blood test keputusannya adalah not detecetd. Adakah keputusan itu benar dan saya tak perlu risaukan lagi? Sekiranya saya ingin membuat test sekali lagi adakah peluang utk negatif hiv itu 100percent atau peluang utk positif lebih cerah? Sekiranya saya tidak mahu melakukan blood test hiv lagi adakah ianya sesuatu yg xperlu dirisaukan? Sebab mengikut apa yg saya tahu lepas 6bln hiv dh dpt dikesan. itu dah tempoh maksima tp yg hairan kenapa ada yg ckp wlupn dh lebi 6bulan kena repeat test? Saya menyangkakan apabilah saya telah melakukan blood test hiv dan keputusannya not detected kerisauan saya akan berakhir. Namun entah mengapa diri ini selalu resah dan asyik terbayang2 andai keputusan itu tidak sahih.. masa mcm ni barula ingat Allah.. astagfirullahalazim-insan yang lemah-

      Delete
    7. Salam,

      Saudara ni terlalu risau, saudara tak ada HIV usah risau, kalau buat ujian HIV lagi abang yakin masih negatif. Jangan lah risau sampai menjejaskan kehidupan saudara, stress kebimbangan yang melampau boleh mendatanngakan penyakit lain pulak nanti. Terpulang lah sama ada saudara nak buat ujian lagi atau tidak, tapi abang rasa ianya tetap negatif.

      Wallahuallam.

      Delete
  8. Anon, untuk lebih kepastian awak cuba buat ujian western blot. Ujian tersebut lebih tepat dlm mengenal pasti antibodi kita yg react kpd hiv.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST