Monday, 14 April 2014

LA SALI – HINA KE? JIJIK KE SAYA NI? HANYA KERANA SONGSANG DAN LEMBUT…

Seorang rakan di facebook meluahkan rasa sedihnya kerana terpaksa menempuhi kehidupan yang sukar kerana mempunyai naluri songsang, lebih sukar apabila keadaan dirinya yang berperwatakan lembut. Walaupun lembut dia masih tetap cuba “cover” dirinya agar orang disekelilingnya boleh memandangnya sama seperti lelaki normal yang lain. 

Walaupun bernaluri songsang dia masih mampu mengawal diri dari terikut-ikut gaya hidup rakan sealiran yang lain. Pendek kata dia cuba menjadi se"normal" yang boleh, walaupun pada hakikatnya begitu sukar untuk dia menutup perwatakan lembutnya, dan sangat sukar menutup mulut-mulut orang disekeliling dari terus mengeluarkan kata-kata sindiran kepada dirinya.

Saya namakan dirinya LA Sali (bukan nama sebenar) 



Assalamualaikum abang Najmi, 

Saya tertarik dengan blog abang. Ada cerita pasal songsang sebab saya juga songsang. Apabila baca cerita-cerita yang dikongsi dengan senasib macam saya alami, saya rasa tersentuh hati, menangis juga la hehe. Semua ini buat saya terfikir balik kisah lalu saya. Betul la sejak kecil saya memang teransang dekat laki-laki. 

Ingat lagi saya rasa ketika umur 6-7 tahun masa pergi KL saya duduk dalam bas kat belakang, ada lelaki hensem dalam hati saya terus berkata, “hensemnya laki tuh”. Entahlah dari mana atau macam mana naluri ini bermula (ada) dalam diri saya. 

Bila sekolah menengah mula tertanya-tanya siapa aku ni, kenapa aku macam lain. Aku suka laki-laki ke!!!. Tapi masa tuh memang saya buat macam-macam alasan, ya lah nak juga macam normal. Saya memang pendiam, pemalu, penakut semasa sekolah. Semua orang cakap saya budak baik. Tapi dalam hati saya bertanya, “baik ke aku nih?”. Gelora dalam jiwa saya hanya Allah saja tahu. 

Alhamdulillah selepas SPM saya dapat sambung belajar. Happy sangat-sangat memang nak sangat masuk U. Dan Allah perkenankan juga impian saya ini. Semasa di universiti baru saya rasa semacam kena tamparan, entah lah baru saya nampak dunia. Saya baru tahu ada laki pakai pakaian perempuan, dan nampak pulak ada perempuan pakai macam laki. Saya mula jadi tak tentu arah. Ya la saya tak banyak bergaul dulu masa di sekolah dunia saya hanya dirumah sahaja dengan family. Mak ayah kawal ketat la pergaulan semua, nak pergi mana, dengan siapa, buat apa pendek kata A to Z semua mereka nak ambil tahu. 

Saya takut sangat-sangat time tuh, hati tak tentu arah macam-macam persoalan timbul. Tak tahu nak tanya dan nak mengadu kat siapa. Saya memang terus cakap dekat mak ayah lah tentang diri saya. Tapi ayah cakap saya kena kejutan budaya saja tak ada apa. Mak pula cakap saya kena jumpa psikitrik atau kaunselor. Pendek kata mak ayah tak terima la siapa saya. 

Tapi keadaan bertambah teruk disebabkan saya tidak bergaul dengan geng-geng gay and maknyah, dia orang macam tak suka dan cuba dedahkan dan sebar pasal saya. Peritnya hidup ketika itu, kawan-kawan siap pulau saya. Pastu memang sindir-sindir tu banyak la. 

Yang paling tak boleh lupa time pergi gerai makan ada perempuan jerit kuat "PONDAN" kat saya depan orang ramai. 

Entahlah saya memang fikir nak belajar sebab family dan saya pun tak jadi gay ke mak nyah sebab saya buat, kerana ingatkan mak ayah dan family, saya tak nak mereka malu. Memang sakit sangat-sangat hadapi semua. Memang saya hidup dalam sakit hati sahaja. Tapi alhamdulillah dengan izin Allah saya grad juga dari universiti. 

Tapi jiwa naluri memang tetap sama sahaja. Tak tahu lah, memang tak ada tarikan langsung dekat perempuan. Cuma ada tambahan fobia dan sakit sangat-sangat hati sampai sekarang tak hilang. Saya ingat lepas keluar universiti, bila dah kerja semua jadi ok. Entahlah kenapa saya kena lalui semua ini. 

Adik saya pulak selalu sindir saya, sampai saya tak tahan la. Memang sampai satu tahap saya gaduh dengan dia. Mak saya macam pujuk adik saya saja. Saya terasa hati sangatlah. Saya keluar rumah pelahan-pelahan ambik baju dan tinggal dengan kawan. Saya takut nak cakap dekat mak ayah, sebab pasti mereka tak akan benarkan saya keluar. Tapi saya tak tahu lah apa yang saya fikir masa tu mungkin ikut hati yang sakit dan nak cari jalan keluar. Tapi tak ada lah apa-apa pun, saya hanya sewa rumah dengan kawan dan mereka semuanya straight. Kawan-kawan lelaki yang masing-masing dah ada girlfriend. 

Tapi keadaan ni tak berterusan, mak kerap suruh saya balik rumah juga. Saya memang nak balik sebab masa tu adik saya sudah sambung belajar dan dia tak ada kat rumah. Tapi ya la kena la tunggu masa sesuai sebab kawan saya kena cari housemate baru. 

Tapi entah la family saya ambik keputusan untuk beritahu kebanyakan orang pasal saya. Sekali lagi hidup saya porak peranda. Saya memang balik lah kerumah mungkin dengan cara ni masalah boleh reda. Saya juga berhenti kerja sebab berita pasal saya macam jadi bahan sindir. Boleh kata dekat mana saya pergi kalau ada yang kenal mula la macam sindir-sindir walaupun semasa saya berada di masjid. 

Famili saya pun sama la semua suka sindir-sindir saya. 

Ya Allah apa semua ni saya tak tahu la. Hati saya memang sakit sangat-sangat. Saya banyak habis masa duduk kat dalam bilik saja. Saya dah 2 tahun kat bilik tak kerja dan tak pergi mana. Tapi masalah tetap tak selesai juga. Saya tersekat la. 

Apa patut saya buat? Saya dah bincang dengan family menangis-nangis merayu. Tapi masaalah tak leh selesai. 

Apa salah yang saya buat sebenarnya adakah sebab saya gay? Tak ada pun saya berzina atau jalin hubungan dengan laki-laki. Saya tak faham la. Saya dah tak tahu nak buat apa sekarang ni. Rasa sia-sia saya jaga diri saya dan rasa sia-sia cuba cover, walaupun pernah kantoi kat university dulu semata-mata nak jaga maruah famili. Sakit la kenapa hidup saya macam ni. 

Baru-baru ni pun saya ada cakap dekat ibu lagi, ibu macam lari saja dari topic yang nak saya bincangkan. Beberapa hari lepas tu ibu macam tergelak tengok saya. Saya terasa lah. Entah lah saya pegang satu ayat yang buat hati macam tenang,  

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), 

Sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" "Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat" (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). (Al-Baqarah:214) 

Tapi tak tahu la berapa kuat lagi kah saya ni. Hinanya saya, jijiknya saya sebab saya gay (lembut) kat mata family dan dimata semua orang. Sorry la abang Najmi saya pun tak tahu kenapa saya luah semua. 

Maaf yek 

LA SALI





Salam, 

Pertama sekali abang minta maaf kerana message yang ditinggalkan saudara baru sahaja abang baca, baru sedar yang message LA Sali telah lama ditinggalkan didalam peti message facebook abang. 

Sali kena ingat, setiap manusia ni berbeza diantara satu sama lain, ada yang normal ada yang songsang, ada yang keras dan ada yang berperwatakan lembut. Dalam kelompok lembut tu pulak ada yang kurang lembutnya dan ada yang tersangat lembut. Setiap orang ada kelebihan dan ada kekurangan dalam diri masing-masing. 

Walau bagaimana pun abang kagum dengan saudara kerana masih mampu mengawal diri dari tidak terikut-ikut cara hidup rakan-rakan yang sealiran, abang juga kagum kerana saudara masih mampu mengawal diri dari tidak terlanjur melakukan perbuatan bersama kaum sejenis. 

Paling penting disini saudara hendaklah terus cuba mengawal diri dalam masa sama berdoa kepadaNya selalu. 

Saudara sebenarnya tidak jijik hanya kerana mempunyai naluri songsang dan saudara tidak hina hanya kerana bersifat lembut. Yang hina dan jijik ialah mereka yang kerap menyindir saudara, walaupun mungkin mereka itu seorang yang normal tapi sikap mereka yang suka menyindir itu lah yang menyebabkan mereka lebih jijik dan lebih hina. Selagi saudara tidak mengikut hawa nafsu kejalan maksiat selagi itu saudara lebih mulia disisiNya.

Macam abang kata setiap orang pasti ada kekurangan dan ada kelebihan dalam diri masing-masing. Kekurangan saudara mungkin bersifat lembut dan bernaluri songsang, tapi abang yakin terdapat kelebihan dalam diri saudara, antara kelebihan yang abang nampak ialah saudara seorang yang bijak dan seorang yang mampu menjaga diri, tidak cuba merosakkan tubuh badan saudara. 

Tahukah saudara begitu ramai orang diluar sana yang tidak mampu mengawal diri dari terlajak melakukan aktiviti tidak baik seperti seks bebas, tidak kira lelaki ataupun perempuan. Bermakna Allah sayangkan saudara, Dia beri kekuatan iman dalam diri saudara, saudara sebenarnya kuat dalam mempertahankan diri dari terlanjur melakukan pekara yang tidak baik.

Sabar dan teruskanlah kehidupan seperti biasa dan penting jangan ambil kisah pandangan orang lain terhadap diri saudara, yang penting saudara tidak menganggu mereka. Dan penting juga saudara terus perbaiki hubungan denganNya, insyaallah Allah akan terus membantu mempermudahkan kehidupan saudara - Najmi



7 comments:

  1. Ya Allah.. Sedihnya.. Sy bkn nk ajar yg bkn2.. Kalau sy jd awk, sy kan tulis spucuk Surat dan tggalkan rmh tu.. X guna kalau Ada kluarga yg x myokong kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro.. Kdg2 naluri tu dia org fhm.. Hanya kita je yg fhm perasaan mcm ni.. Tkpe .. Sabor je. Abg pun mcm tu jugak.. Kt tmpt kje pun kne pulau.. Tpi abg buat hal sendiri je.. Kite bkwn jom..������

      Delete
  2. Tabah ye sali.. saya perempuan.. dan sy ada ramai kawan gay.. tapi sy hormat mereka sbb sy paham situasi mereka. Bukan semua org pandang serong pada kes macam sali.. ramai lgi yg memahami dan cuba nk bantu. Jgn dilihat pd yg org2 yg negative tu.. yg positive masah ramai.. be strong.. kerana. Janji Allah itu pasti..

    SANDRA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thnkz Sandra. SBB memahami..

      Delete
  3. Kagum dgn pendirian sali,sy bg 5 bintang :) ..bukan calang2 mamat ni, member aku yg lasak dl pun bleh tejebak jd pondan ...harap sali terus bejuang melawan nafsu songsang tu.Kolo ade rezeki g la bt umrah or haji.

    ReplyDelete
  4. Wahai mereka yang berkuasa, berilmu dan berpengaruh, jom sama2 kita fikirkan nasib 2 insan tang terpinggir seperti ini. Sebak dada, kerana itu kita beri mereka semangat, kita beri mereka kasih sayang, kita beri mereka sokongan, terapkan nilai2 agama kerana dalam diri mereka byk sgt nilai2 positif yang boleh kita teladani. Bantu mereka memerangi naluri iru dgn sokongan, perhatian dan persahabatan, tapi jom kita berjemaah bersama dalam membantu mereka. Tqvm Najmi kerana tak jemu memberi contoh dan teladan

    ReplyDelete
  5. Sangat sedih membaca story kamu ni. Melalui penulisan kamu ni, saya boleh tahu kamu ni seorang lelaki yang sangat baik dan suci. Saya juga macam kamu. Tapi sy tidak terlalu lembut. Biasa2 saja. tapi saya jenis mempertahankan diri saya dan saya takkan biarkan orang menghina saya sewenang2nya. Dlam kehidupan arus moden ni, kita kena kuat. Kalau kita lemah kita akan terus ditindas. Kena sedikit tegas. kamu ni terlalu baik. Saya dulu pun seorang yang jenis memendam dan baik..tak banyak ckp. orang cakap or perli kat saya, saya diam je. pastu hati jadi sgt sakit. pastu saya jadi benci dengan semua orang. rsa nak lari dari dunia nie. tapi sampai bila sy harus jadi macam nie. Sebab tu sekrang ni xde sape berani perli2 saya. Saya akan balas balas. Nak cakap buruk2..perli2 org ni, kamu tu dah dijamin masuk syurga Allah ke? banyak sgt ke amalan kamu tu. Amalan kamu tu diterima oleh Allah ke? Ingat ye, kesalahan dengan Allah, Allah boleh maafkan sbb DIA maha pemaaf. Kalau kesalahan dengan manusia, kenalah mintak maaf dengan manusia. Manusia tak semua kuat iman nak maafkan semua org. ia berganntung kepada besar mana kesalahan dia dan mengambil masa yang la. Kalau tak jumpa la di akhirat nanti tuntut. Kadang2 saya geram la sali dengan org2 macam ni. Saya harap kamu terus kuat dan tabah ye dalam menghadapi semua ini. Jangan sesekali terpesong dan melakukan perkara2 yang boleh membinasakan kamu. Ingat Allah dan selalu beristigfar. Sometimes, we need times to let go this kind of things. I pray for you. jgn jadi terlalu baik sgt ye sali. Boleh jadi baik..jangan sampai ditindas. Saya sedih sgt2.. maaf kalau ayat saya ni agak menggung kamu sali.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST