Friday, 11 April 2014

KHAIRYIAH EMAIL KE DUA - SAYA CUBA BANTU BARRY JALANI KEHIDUPAN MENGIKUT LUNAS-LUNAS ISLAM


Dear Bro Najmi, 

Sesungguhnya amat sukar mengenali dan memahami golongan gay ini sebenarnya. Lebih mudah berhadapan dengan golongan straight berbanding dengan golongan gay (pada hemat saya). Saya merupakan seorang yang sangat terbuka.


Bagi saya, satu jalinan persahabatan perlulah diikat dengan kejujuran dan keikhlasan. Samada teman saya itu gay, lesbian atau straight sekalipun, saya akan cuba memastikan ikatan itu kekal selama-lamanya.

Untuk makluman Bro Najmi, sebelum Barry mengambil Haart, dia selalu berpuasa isnin dan khamis tetapi sejak mengambil ubat ni memang jarang sekali berpuasa. Suatu ketika dahulu, saya merasakan Barry cuba untuk taubat Nasuha iaitu sebelum kehadiran GG. Barry sentiasa memastikan solat 5 waktu tepat pada masanya dan berpuasa, tetapi, setelah kehadiran GG, puasa entah ke mana dan solat 5 waktu pun adakalanya berlubang-lubang. Aktiviti harian lebih kepada berkaraoke sehingga lewat malam malahan sampai ke pagi. Namun setelah perpisahannya dengan GG, Barry cuba mendekatkan diri kembali dengan Ilahi.

Persoalan saya, 

Bagaimanakah perasaan golongan gay ini apabila berhadapan dengan Allah di tikar sembahyang? Adakah gay yang masih solat 5 waktu tetapi pada waktu yang sama mengamalkan cara hidup yang songsang ini? Nauzubillah. Tak pernah wujud ker perasaan malu atau hina di kalangan mereka ini tatkala sujud kepada Allah. (Maaf, soalan ini lebih kepada perasaan ingin tahu dan tidak bermaksud untuk menjatuhkan hukuman kepada golongan gay ini).

Baru semalam saya sempat berwhatsapp dengan Barry dan antara banyak-banyak soalan yang ditanyakan ialah DD (bakal teman barunya). Saya cuba menerjah tingkahnya itu dengan bertanyakan samada dia merindui DD ke? ;-)

Seperti biasa, soalan saya tergantung tidak berjawab. Seringkali saya ketandusan idea untuk mengorek rahsia Barry. Seboleh mungkin saya mahu dia bersedia bercerita dengan saya tentang keinginannya kepada kaum sejenis tetapi Barry sangat perahsia tentang itu. Bagi saya, kesudian Barry menceritakan perjalanan hidupnya itu boleh membantu saya merangka tindakan yang wajar untuk membantunya menjalani kehidupan mengikut lunas-lunas Islam.

Saya sedar bahawa saya perlu banyak bersabar dengan kehidupan pesakit HIV ini kerana mood mereka sentiasa turun dan naik. Seandainya saya tersilap langkah, Barry berkemungkinan terus 'jauh' dari saya. Andai itu takdirnya, saya serahkan semuanya kepada Allah Yang Maha Berkuasa.

Mohon bantuan untuk Bro Najmi menjawab persoalan-persoalan makcik baru belajar ini yer...

1) Bagaimana mengenali keinginan seorang bisexual? Adakah sebarang ciri-ciri luar biasa pada mereka? 

2) Adakah benar wujud 'gaydar' bagi mengesan identiti golongan gay 

3) Adakah benar ramai lelaki metrosexual yang gay? 

4) Melihat kepada GG (ex-bg si Barry), saya melihat Barry ni seperti boboynya. Normally boboy ni top or bottom? 

5) Bagi gay yang HIV+, is there a possibility that they are still sexually active? 

6) Adakah khidmat nasihat kaunseling hospital-hospital di Malaysia boleh membantu kehidupan gay-gay ini? 

Terima kasih sekali lagi kepada Bro Najmi atas kesudian membalas dan membantu saya berhadapan dengan situasi yang complicated ini. Sama-samalah kita berdoa agar mereka yang tergolong dalam kategori ini diberikan hidayah untuk kembali ke jalan yang benar. Amin. 


KHAIRIYAH
(bukan nama sebenar)




Salam Khairiyah, 

Pertanyaan saudari ; Bagaimanakah perasaan golongan gay ini apabila berhadapan dengan Allah di tikar sembahyang? Adakah gay yang masih solat 5 waktu tetapi pada waktu yang sama mengamalkan cara hidup yang songsang ini. Nauzubillah. Tak pernah wujud ker perasaan malu atau hina di kalangan mereka ini tatkala sujud kepada Allah

Sudah semestinya seorang gay itu sama juga seperti manusia lain, semua orang akan diduga. Gay mungkin lebih diduga dengan hawa nafsu yang adakala sukar sikit nak dikawal. Walaupun ada dikalangan mereka ada yang terus melaksanakan tanggung jawab solat 5 waktu tetapi adakala mereka ni masih gagal menahan nafsu.  

Ada juga yang saya dengar gay yang berkata, kalau sudah selalu melakukan aktiviti gay tak gunalah nak sembahyang kerana Allah pasti tidak akan terima solat kita. Kalau malu nak sujud, macam ni lah jadinya, langsung tak nak solat. Pada saya itu salah. 

Kita kena ada usaha untuk mengubah diri menjadi baik, itu pun kalau kita nak berubah. Pada saya lebih baik seorang gay itu dapat menjaga waktu solat 5 waktu walaupun dalam masa yang sama sesekali mereka gagal mengawal diri dan terus terjebak, kerana ini adalah lebih baik daripada seorang gay yang langsung tidak mendirikan solat, langsung tidak ada perasaan takut kepada Allah.

Benar solat 5 waktu itu boleh mencegah kita dari kemungkaran, tapi pada saya selagi seorang gay itu terus menjaga solat dan terus berdoa kepada Allah, insyaallah keinginan nalurinya kearah melakukan aktiviti songsang, lama kelamaan akan semakin berkurangan, dan insyaallah akan tiba satu masa dia mampu mengawal diri dari tidak melakukannya lagi, semunya dengan izin Allah SWT.

Sudah tentu yang terbaik adalah seorang gay yang tidak lagi terjebak melakukan sebarang aktiviti ini lagi. Kita pun kena fikir-fikirlah sebab ajal kita boleh tiba pada bila-bila masa tidak mengira umur, tempat dan waktu.

Masih terdapat ramai gay diluar sana yang berterusan ketika solat, menangis memohon keampunan dari Allah, mohon minta berubah, mohon agar dapat mengawal diri, mohon untuk diberi keyakinan berkahwin malah ada yang rajin melakukan solat malam. Sama ada solat kita diterima atau tidak itu kita berserah kepada Allah bagi menentukannya, yang penting kita perlu berusaha mendirikannya.

Dugaan nafsu ini bukan hanya kepada gay sahaja, dugaan nafsu ini juga berlaku kepada mereka yang normal, dugaan nafsu ini boleh berlaku juga kepada golongan ilmuan agama, dugaan nafsu ini boleh berlaku kepada golongan wanita, kanak-kanak malah semua orang.

Ada kalangan kita walaupun melakukan solat tetapi dalam masa yang sama mereka ini pengamal rasuah, ada yang suka mengadu domba, kata mengata dan mengaibkan orang lain. Ada yang gagal mengawal diri daripada perasaan riak, ada yang menganggap diri mereka lah yang paling sempurna, hebat dan paling alim daripada orang lain, ada yang suka menindas orang lain, menipu dan sebagainya. Pertanyaan saya juga sama, Tak pernah wujud ker perasaan malu atau hina di kalangan mereka ini tatkala sujud kepada Allah?

Berbalik kepada pertanyaan saudari, mengikut pandangan peribadi saya; 

1) Sukar rasanya kalau nak kenal sama ada seseorang itu bersifat biseksual, malah adakala sukar nak kenal sama ada lelaki itu seorang gay. Contoh seperti saudara Aiman seorang peguam yang pernah saya siarkan kisahnya dalam entri yang lalu. Kerana sukar mengenali seorang bisekual lah menyebabkan ramai isteri-isteri diluar sana yang telah mendirikan rumah tangan bertahun-tahun lamanya sehingga beranak pinak masih tidak dapat mengesan yang suami mereka seorang bisekual. Kita hanya boleh tahu sekiranya mereka yang memberitahu kita tentang naluri mereka.

2) Adakah wujudnya "gaydar" - Mungkin, kerana pandangan saya kebanyakan gay ni mudah mengesan spesis mereka dan ramai yang berkemampuan mengenali rakan gay yang lain, walaupun dikalangan lelaki yang mereka tidak kenal atau yang baru berjumpa. Tapi tidak selalunya gaydar itu tepat.

3) Mungkin benar ramai lelaki metroseksual itu gay dan bisekual, tetapi tidak semua lah. Sebab kebanyankan lelaki gay ni sangat suka kepada kecantikan. Mereka memang mementingkan penjagaan tubuh badan, mementingkan jenama pakaian yang dipakai.

4) Boboy ni top ker bottom? Kita tidak tahu sama ada seseorang itu top atau bottom sehinggalah kita telah berada dikatil bersama mereka. Jangan tidak tahu yang tegap berotot itu boleh jadi posisinya bottom. Yang lemah lembut tu mungkin seorang yang top tegar.  Kita hanya tahu posisi seorang gay itu sekiranya mereka yang beritahu. 

5) Sekiranya kedua-dua mereka faham tentang HIV AIDS, dan mereka tahu bagaimana hendak mengelakkan dari dijangkiti HIV tidak mustahil mereka masih boleh aktif terus melakukan seks sejenis ni terutama dikalangan mereka yang masih belum benar-benar insaf (dikalangan yang beragama Islam lah) bagi mereka yang bukan Islam sudah tentu aktiviti seks akan terus dilakukan.

6) Rasanya tidak ada khidmat kaunseling khas bagi membantu gay-gay ini untuk berubah, tetapi kalau khidmat membantu gay yang positif HIV (dan semua peringkat jantina, umur dan agama yang positif HIV) untuk menghadapi masa depan mungkin ada di hospital-hospital. Berubahnya seorang gay itu bergantung kepada diri mereka sendiri, mereka perlu ada kekuatan keinginan benar-benar mahu berubah. Orang lain mungkin hanya boleh beri nasihat, itu pun kalau  mereka nak dengar yang penting perlu ada usaha dalam diri sendiri untuk berubah mengawal diri. Berubah perlu ada niat dan kesungguhan, kekuatan iman dan dan takwa. - NajMi

 



3 comments:

  1. Khairiyah, berdoalah semoga Allah swt memberi petunjuk & hidayah kepada rakan anda Barry. Sebabnya hidayah itu adalah hak Allah. Dia berikan kepada sesiapa yang dia kehendaki. Jika Khairiyah rasakan yang nasihat yang Khairiyah berikan beliau tidak ikut bersabarlah. Ingatlah jika kita tanam pokok Apple hari ini jangan fikir esok kita akan dapat hasilnya. Jangan sekali2 rasa jemu untuk membantu rakan anda untuk mengikut jalan yang diredhai oleh Allah. Anggaplah ini sebagai jihad.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas nasihat yang diberikan. Sememangnya adakala terasa jemu dengan mood si barry yang turun naik. Sekejap dia boleh menerima nasihat, sekejap nanti dia menolak semua nasihat. Apa2 pun, saya redha dipertemukan dengan seorang insan yang seistimewa Barry. Macam Bro Najmi nasihatkan, banyakkan bersabar. Andainya nasihat saya tidak diterima, saya hanya mampu berdoa dari jauh. Doa itu lebih baik dari memutuskan ikatan silaturrahim kan? Mudah-mudahan Barry akan diberi kekuatan menghindari diri dari cara hidup yang lama....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khairiyah juga boleh baca komen2 rakan dalam entri lain yang mengalami pengalaman yang sama seperti Khairiah, seperti KISAH MARIAH..:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST