Friday, 11 April 2014

KHAIRIYAH EMAIL PERTAMA - BAGAIMANA NAK BANTU RAKAN SAYA SEORANG GAY DAN POSITIF HIV

Assalammualaikum Bro Najmi,

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas perkongsian yang sangat memberi manfaat melalui blog yang telah Bro sediakan.


Rakan lelaki saya HIV +ve 

Let me go straight to the point. Untuk makluman, saya mempunyai seorang teman yang HIV +ve yang saya namakan Barry. Barry berumur 37 tahun dan belum berkahwin atau mungkin tidak akan berkahwin? Entahlah.. Barry merupakan kawan sekerja saya. Barry seorang yang kacak atau boleh saya guna ‘Jambu’ 

Tempoh perkenalan kami hanyalah berusia 5 tahun. 5 tahun yang bergelombang dan beronak duri. Aduhai, lagaknya seolah-olah bercinta kan Bro? Pada hakikatnya kami hanyalah berkawan baik. 3 tahun yang lepas, entah datang dari mana ilhamnya, sedang kami berborak-borak kosong, Barry memaklumkan kepada saya bahawa umur beliau tidak panjang. Beliau ada sakit. Sakit yang boleh meragut nyawanya bila-bila masa. Pada masa itu, hanya kanser yang menerjah di kepala saya tetapi telahan saya salah rupanya. Saya catatkan di atas kertas dengan tulisan ini “HIV”? dan Barry mengangguk sambil tersenyum dengan mata berkaca. Saya tergamam dan terus menitiskan air mata. 

Pada waktu itu, saya tidak berminat untuk tahu dari mana? Bagaimana? Mengapa? Barry ada sakit begitu. Pada waktu itu, saya dimaklumkan bahawa CD4nya hanya 215 dan Barry masih belum mengambil sebarang jenis ubat biarpun dinasihatkan oleh doktor. Saya hanya tahu, saya perlu membantu teman saya yang bernama Barry ini meneruskan perjuangan kehidupannya kerana hanya ada 3 orang sahaja yang tahu tentang kesihatannya dan saya merupakan antara yang terpilih.

Selepas perbualan tersebut, persahabatan kami berjalan seperti biasa. Saya layan Barry seperti biasa, selayaknya macam seorang sahabat baik. Barry sangat manja dengan saya kerana seboleh mungkin dia perlu berjumpa dengan saya biarpun lima minit sahaja setiap hari. Pasti ada sahaja soalan yang nak ditanyakan dengan saya, pasti ada sahaja pandangan saya yang diperlukan. Kalau batuk atau selsema pun, pasti saya dicarinya. Maklumlah, orang tak sihat katanya. Namun demikian, satu kemusykilan yang wujud, Barry pasti akan marah sekiranya ternampak lelaki berbual mesra dengan saya. Akan berubahlah wajahnya dan akan keluarlah ayat-ayat kurang sopan dari mulut Barry.

Terdetik juga di hati saya “Aku ni isteri orang. Kenapa pulak si Barry ni nak cemburu dengan teman sekerja lilac aku, ni? Bukan ke kami sekadar teman biasa sahaja? Tak mungkinlah si Barry ni ada hati dengan aku, kot?” Saya biarkan sahaja kelakuannya dengan anggapan, orang kalau sakit ni memang possesive agaknya. Saya tetap layan karenah biolnya macam biasa. Namun semuanya tidak kekal lama sehinggalah sebulan selepas itu Barry menghubungi saya dan memaklumkan bahawa kami bukan lagi sahabat seperti dahulu. Dush!!! Out of nowhere, Barry macam buang tabiat. Saya tidak mahu bertanya lebih panjang dan saya redha.

Sebelum mengenali Barry, saya bukanlah seorang yang cekap menafsir keinginan seksual seorang individu. Bagi saya, seorang lelaki dijadikan untuk melengkapi seorang perempuan. Begitu juga kebodohan saya memahami naluri Barry sehinggalah seorang teman saya memaklumkan bahawa Barry mempunyai ciri-ciri seorang gay. Saya tak percaya dan cuba mencari maklumat lebih lengkap melalui seorang kawan (seorang gay tegar yang mengakuinya sendiri dan pernah juga cuba mendekati Barry) dan akhirnya persoalan saya terjawab.

Hubungan Barry dengan GG

Sememangnya Barry adalah seorang Gay. Saya terkejut tapi tidaklah sampai terkesima. Barry rupa-rupanya dah ada teman (saya namakan GG di sini). Rupa-rupanya, sejurus Barry memutuskan persahabatan dengan saya, GG datang ke ibu kota dan mereka tinggal serumah. Barry dan GG bekerja sepejabat and in fact dipisahkan hanya dengan sebuah meja. Mereka tidak menunjukkan sebarang tanda keakraban. Mungkin juga kerana saya tidak berminat nak melihat atau ambil tahu dan merasakan benci dengan GG kerana dialah yang menyebabkan kami berpisah.

Untuk makluman bro, GG merupakan salah seorang teman Barry yang tahu tentang penyakitnya. Sejujurnya, setelah Barry memutuskan ikatan persabahatan kami itu, saya agak sunyi dan keseorangan tetapi saya yakin bahawa what goes around comes around. Saya teruskan bekerja seperti biasa dan tidak bertegur dengan Barry selama 2 tahun. Kami pernah bertemu tapi tidak terluah rasa, kami pernah bertentang mata tapi hilang kata-kata terutamanya dalam event-event anjuran jabatan saya bertugas. Dalam erti kata lain, orang dah benci dengan kita kan? Tak perlulah terhegeh-hegeh mencari. Sehinggalah baru-baru ini saya dimaklumkan bahawa Barry dan GG telah berpisah!

Saya kurang pasti bilakah terjadinya perpisahan mereka itu tetapi “What goes around comes around” kan? Barry kembali mendekati saya. Barry kembali menagih perhatian dan simpati dari saya. Barry ceritakan bahawa berbulan-bulan dia menangis dalam hati kerana ditinggalkan GG yang dikategorikan sebagai kawan baiknya (seolah-olah saya tidak tahu bahawa mereka berpasangan). Macam-macam lagilah cerita-cerita bohong dan tidak logik yang dikeluarkan dari mulut Barry dengan niat untuk menyembunyikan rahsia beliau bersama dengan GG. Saya tidak berminat tapi saya dengarkan sahaja.   

Kali ini saya bukan lagi perempuan bodoh yang akan percaya semua ceritanya tapi saya dengar dan tafsirkan secara berhati-hati. Ibarat pepatah , ‘dengar boleh… tapi percaya? Nanti dulu’.  Kini, saya belajar dari pengalaman. Saya tidak terlalu serious dengan Barry. Saya malas nak layan sangat kemanjaan dia. Bila dia terasa nak dekat dengan saya, silakan. Saya elakkan untuk terlalu rapat dengan dia.

Hubungan Barry dengan teman baru DD

Rasa-rasanya Barry ni kategori hot market agaknya. Setelah Barry berpisah dengan GG, ada seorang lagi insan yang sedang menggoda dan memasang perangkap mendekati Barry iaitu DD. DD ni gayanya macam lelaki. Baru-baru ini saya lihat ada red mark di leher Barry setelah DD tidur di rumah Barry. Secara terang-terangan, DD pernah cuba menggoda Barry dengan meraba-raba bahu Barry, menggosok-gosok peha Barry malahan sehingga menunjukkan aksi-aksi menggelikan tekak saya. Adoyai… Kata saya di dalam hati, “Hindarkanlah dirimu dengan lelaki ini, Barry. Dia ada niat menggoda awak tu. Macamanalah aku nak jauhkan dirimu dengan si DD ni?” 

Untuk makluman Bro, DD dan Barry seringkali keluar bersama, baik untuk sarapan pagi ataupun makan tengahari. Seboleh mungkin saya nak elakkan Barry berjumpa dengan DD kerana saya boleh lihat keinginan DD meluap-luap untuk menerkam Barry tapi apalah sangat kudrat saya. Lagipun Barry tidak pernah mengaku dengan saya bahawa dia gay, mana mungkin saya boleh menasihati dia tanpa menyentuh mengenai kecelaruan itu. Saya serba salah.

Persoalan saya untuk Bro Najmi, saya perlukan pandangan dari mereka yang lebih tahu untuk membantu Barry:

1)  Adakah Barry kembali bersahabat dengan saya kerana dia telah berpisah dengan GG? Adakah kerana Barry sunyi atau kerana GG tiada lagi untuk mencemburui persabahatan kami?

2)  Adakah mungkin pasangan gay cemburu sekiranya salah seorang dari mereka ini bersahabat baik dengan perempuan?

3)  Adakah Barry kembali pada saya kerana dia memerlukan seorang sahabat untuk mendengar dan menasihati atau kerana dia ada perasaan kepada saya?

4)  Saya lihat, ada kesungguhan dalam diri Barry untuk berubah. Adakah mungkin Barry berubah sekiranya hidupnya masih dikelilingi si gay-gay tak guna?

5)  Mungkinkah seorang gay boleh meminati dan menyayangi seorang perempuan? Dalam isu ini, isteri orang?

6)  Apakah yang boleh saya bantu bagi mengelakkan Barry terjebak dengan si DD?

Saya berharap Bro Najmi boleh membantu saya memahami golongan gay ini dan nasihatilah saya untuk tindakan yang sewajarnya saya ambil. Terima kasih 


KHAIRIYAH 
(bukan nama sebenar) 




Salam KHAIRIYAH,

Saya terus cuba menjawab pertanyaan saudari mengikut pandangan peribadi saya;

1) Saya rasa GG tidak akan mencemburui perhubungan diantara saudari dengan Barry, cuma kemungkinan Barry sengaja menjauhkan diri dengan saudari sebab hendak mengelakkan perhubunganan diantara dia dengan GG dikesan saudari. Anggapan Barry mungkin saudari masih tidak tahu yang dirinya seorang gay. Jika dia masih rapat dengan saudari kemungkinan saudari akan lebih mudah mengesan atau mungkin akan bertanya kepadanya tentang hubungan rapat dia dengan GG. Dengan lain kata dia tidak mahu saudari menganggu kehidupan barunya itu.

2) Tidak, biasanya pasangan gay tidak akan mencemburui pasangan mereka yang rapat dengan seorang wanita, mereka akan lebih cemburu jika pasangan mereka rapat dengan seorang lelaki. Tapi tidak mustahillah kan kerana sedang kemaruk bercinta dan kerana inginkan masa lebih dengan Barry maka maybe GG telah meminta agar Barry putuskan hubungan persahabatan dengan saudari.

3) Mungkin sebab sikap saudari yang mesra alam, yang baik yang boleh mendengar keluhan rakan seorang yang bertimbang rasa dan seorang sahabat yang boleh dipercayai, membuatkan Barry kembali cuba merapatkan persahabatan. Kena ingat jika Barry tidak percayai saudari kemungkinan dia tidak akan beritahu status HIVnya kepada saudari. Biasalah bila sudah tidak ada kawan lain yang Barry boleh percayai, maka saudari lah yang akan dia cari. Saya tidak rasa Barry  menyukai saudari hanya sebagai seorang sahabat.

4) Berubah yang bagaimana? Pada saya seorang gay terutama yang sudah biasa hidup ber”kapel-kapel” ni sukar nak berubah. Dia perlu ada kesungguhan hendak berubah. Berubah bermakna tidak lagi terlibat dengan sebarang hal berkaitan gay, berubah mungkin pada pandangan mata saudari melihat cara kehidupan dia lebih ke arah kebaikan. Jika Barry seorang Islam, saudari boleh nampak kesungguhan dia menjaga waktu solat dan cuba menjadi seorang muslim yang baik. Selagi dia berkawan rapat dengan gay-gay (terutama rakan-rakan gay yang boleh menjurus kepada melakukan aktiviti tidak baik) selagi itu dia sukar berubah.

5) Dalam kes Barry saya rasa tidak mungkin dia boleh menyukai seorang wanita, tetapi jika Barry seorang biseksual ada kemungkinan dia ada hati kepada saudari sejak dulu lagi. Tetapi macam yang saya kata selepas membaca cerita saudari saya tidak rasa yang Barry ni seorang biseksual (pandangan saya lah)

6) Saudari kenalah kembali rapat dengan Barry, kena lebih banyak masa dengan Barry dalam masa yang sama beri lah nasihat- nasihat yang baik. Tetapi cara ini mungkin sukar kerana saudari sendiri sudah berumah tanggakan, jika hendak rapat pun hanya dalam waktu pejabatkan. 

Selagi Barry tidak ada rasa ingin hendak berubah (tidak terlibat lagi dalam aktiviti gay) selagi itu dia akan terus ber”kapel” dengan mana-mana lelaki yang dia suka. Hanya yang boleh saudari buat ialah berdoa kepada Allah agar Barry boleh berubah, setiap kali ternampak kelibat Barry dimana-mana, saudari berdoalah dalam hati memohon kebaikan buat Barry, kebaikan yang diredhai Allah) - NajMi 


sambungan ke KHAIRIYAH email ke dua.....



No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST