Wednesday, 16 April 2014

JOHN - BUAT SEKS DENGAN LELAKI BERUMUR 40 TAHUN TANPA PELINDUNGAN.

photo hanya hiasan

Assalamualaikum abang Najmi,

Disini saya ingin bertanya dan meluahkan sesuatu pada abang. Saya John (bukan nama sebenar). Berumur 20 tahun. Mungkin dengan meluahkan segalanya abang mungkin faham.

Saya mula terjebak dalam kegiatan gay ni sejak umur 17 tahun lagi. Ketika itu saya melakukan dengan junior di sekolah saya. Dan kami selalu melakukan benda tu tanpa perlindungan. Kemudiannya saya melakukan dengan 2 orang lain dari sekolah yang sama. Tanpa perlindungan juga. Sehinggalah saya keluar dari sekolah. Sejak tu saya tak berhubung dengan mereka dah. Oleh itu bagi melepaskan nafsu saya mencari lelaki gay ini di dalam laman sosial.
 
Sejak tu hingga ke hari terakhir apabila saya mula sedar dan khilaf hampir 4 atau 5 orang saya dah melakukan, 2 antaranya tanpa perlindungan. Tapi seorang tu saya percaya dia belum pernah melakukannya lagi dari apa yang saya kenal dia lah.

Sehinggalah pada 3 minggu lepas (awal Mac 2014) iaitu mungkin kali terakhir dalam hidup saya melakukan benda kutuk ini. Saya melakukan dengan lelaki bujang, berumur 39/40 macam tu. Tanpa perlindungan. Dan dialah orang yang kedua itu. Dari apa yang saya tahu dia sudah lama tidak melakukan benda tu. Dan sebelum ni dia pernah melakukan 3 some dan sebagainya.

Selepas dari itu saya mula takut. Dan tak tentu arah mungkin tuhan nak sedarkan saya. Saya takut akan dijangkiti oleh HIV. So saya mencari info-info dan terjumpa blog abang. 

Adakah saya mempunyai peluang yang besar dijangkiti? Setahu saya kita takkan dijangkiti oleh HIV jika pasangan kita sihat. Dan ketika di sekolah pasangan-pasangan saya adalah sihat dan merupakan atlit. Dan pasangan selepas sekolah itu dari ciri-ciri mereka tidak menunjukkan mereka pesakit HIV. 

Saya cuma takut.dan berharap tidak dijangkiti. 


 
~~~JOHN~~~

Sumber dari ruang komen DISINI




 



















Salam John, 

Sebenarnya kita sukar mengenali seseorang yang ada HIV, kerana kebiasaannya seseorang pembawa HIV ni kelihatan sihat dan boleh menjalani kehidupan seperti manusia lain. Kita tidak akan tahu melainkan diberitahu oleh mereka sendiri mengenai status mereka. Mereka juga datang dikalangan yang aktif bersukan, mereka juga kerap ke gym menjaga badan, pendek kata kita tidak akan tahu sekiranya mereka ada HIV. Mungkin ada dikalangan rakan kita juga ada HIV tetapi kita tidak tahu sebab mereka kelihatan sihat.

Abang sendiri mempunyai seorang rakan agak rapat dan selama lebih 5 tahun kami selalu jumpa berbual tetapi sampai sekarang dia tidak mengesyaki yang abang ni ada HIV, walaupun adakala abang selalu berbual mengenai HIV dengan dia.

Ramai juga yang ada HIV tetapi mereka tidak tahu diri mereka telah dijangkiti, ini lebih bahaya kerana mereka ini biasanya tidak ambil kisah sangat mengenai perlindungan sekiranya melakukan seks. Tapi biasanya seseorang yang tahu diri mereka ada HIV, kebiasaannya lah mereka ini akan mementingan perlindungan (seks selamat), kerana mereka faham dan tidak akan menjangkitkan kuman ini kepada orang lain. 

Dalam kes John; Kisah yang lalu tu kita ketepikan, mungkin ketika itu (umur 17 tahun) saudara tidak lagi dijangkiti HIV, tetapi kalau telah dijangkiti sekali pun jarak masa untuk saudara mendapat simptom AIDS akan berlaku sekitar selepas 4-5 tahun kemudian. Hari ini saudara berumur 20 tahun kisah lalu tu berlaku sekitar 3 tahun lalu, maka jika ada HIV pun abang rasa hari ini saudara masih dalam keadaan sihat dan kuat, cuma saudara yang tidak menyedari dalam diri telah ada HIV, harap-harap tidak adalah.

Ingat kebiasannya selepas beberapa minggu kita telah dijangkiti HIV, tubuh kita akan mengalami beberapa simptom seperti demam tidak kebah-kebah, mungkin naik bisul, muntah, loya dan naik ruam diseluruh badan (kesan berbeza diantara seorang dengan seseorang yang lain, malah ada juga yang telah dijangkiti HIV tetapi tidak mengalami sebarang simptom). Kebiasaanya simptom-simptom ini akan berakhir sembuh selepas beberapa minggu, mereka kemudian akan kembali sihat dan boleh menjalani kehidupan biasa. Tetapi jika meraka tidak melakukan ujian HIV mereka tidak akan tahu diri mereka telah dijangkiti HIV.

Ok kita bercakap mengenai aktiviti seks tanpa pelindungan yang terbaru (yang berlaku 3 minggu lalu). Adalah sangat berisiko diri saudara John dijangkiti HIV sekiranya John melakukan seks TANPA PELINDUNGAN dengan seorang pasangan yang kita tidak tahu tentang status mereka. Mereka mungkin nampak sihat diluar tetapi hakikatnya mungkin mereka ada HIV.

Adakala jika mereka beritahu diri mereka tidak ada HIV pun, bukan boleh dipercayai sangat kerana apabila nafsu menguasai diri, apatah lagi sekiranya pasangan itu 100% taste mereka, abang yakin mereka (yang ada HIV) ni sanggup menipu mengatakan diri mereka tidak ada HIV. Tapi macam abang kata biasanya seseorang pembawa HIV yang tahu diri mereka ada HIV ni akan melakukan seks dengan lebih selamat, mungkin ada segelintir sahaja yang sengaja menjangkitkan kuman HIV ini kepada orang lain.

Tidak ada cara lain untuk menentukan sama ada saudara telah dijangkiti HIV atau tidak, melainkan menjalani ujian darah HIV dimana-mana klinik luar hospital kerajaan. Ujian adalah percuma. Sekiranya saudara melakukan ujian dimana-mana klinik swasta seperti Gribble, atau BP Health bayaran dikenakan sekitar antara RM35-RM50 (berbeza antara satu klinik dengan klinik yang lain).

Buatlah ujian selepas dari 3-4 minggu dari tarikh berisiko, kemudian ulang sekali lagi ujian selepas 3 bulan seterusnya bagi mendapat keputusan yang dikatakan paling tepat. - NajMi




No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST