Monday, 14 April 2014

JAMIEE - SAYA TAK NAK JADI UMAT NABI LUT, SAYA NAK JADI UMAT NABI MUHAMMAD.

Assalamualakum... Abang Najmi ini bukanlah kali pertama saya lawat ke blog abang dan bukanlah kali pertama saya menulis email, dah banyak kali cuma belum mendapat keberanian untuk menghantarnya.
photo hanya hiasan

So ini kisah saya, 

Panggil saya JAMIEE (bukan nama sebenar) saya dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat-sangat complicated, dari sejarah keluarga saya kahwin dua, cerai berai dan sebagainya memang semuanya sudah ada. Dan ibu saya merupakan isteri kedua dan peliknya, ibu saya tidak seperti isteri kedua yang lain, sebabnya ayah saya hanya datang kerumaah tiga kali seminggu sahaja dan hanya datang dalam pukul 5/6 pagi, dan pulang dalam pukul 11.30 /12 tengah hari. Sangat menyedihkan sebabnya saya dan adik beradik yang lain kurang mendapat didikan dan kasih sayang dari seorang ayah.

Saya ni nak kata bersifat lemah lembut, tak lah juga hanya kadang kala, itu pendapat saya, tapi orang lain mengganggap saya ni bersifat lembut sentiasa. Saya tidak tahu kenapa saya bersifat sebgini sedangkan saya cuba mengawal tingkah laku diri. Adalah kawan saya merakam video kami bergelak dan bila saya tengok video tersebut saya seperti kelihatan seperti orang lain. Adakah saya kekurangan kasih sayang dari ayah saya sehingga menjadikan saya berbeza sebegini? 

Mak saya pernah cerita yang ketika mengandungkan saya dia rasa merasakan mengandungkan anak perempuan dan maklumlah telahan orang kampung dan dia juga nak snagat-sangat anak perempuan ketika tu tapi bila keluar lelaki. 

Muka saya adalah orang kata macam perempuan mungkin sebab mewarisi mata mak saya dan bibir. Saya juga pernah bertanya pada diri saya adakah aku gadis terperangkap menjadi lelaki?? Kenapa aku mesti jadi lelaki...?? Benda ni selalu bermain dalam fikiran saya

Ketika di kecil semasa disekolah rendah saya ada juga meminati lelaki tapi hanya pada guru sekolah saya saja, tapi selepas tu perasaan tu hilang selepas saya jatuh cinta pada seorang gadis namun dia kemudian dimiliki orang lain. Perasaan suka pada permpuan tu masih ada cuma hanya pada dia sahaja, lagipun sekolah rendah saya tak terfikir tentang seks apa pun sekalipun. Cuma pada umur 11 tahun saya tahu tentang onani dan cuba melakukannya, so ketika tu saya tak tahu apa tu kepuasan dan sebagainya. Kadang-kadang perasaan minat pada guru lelaki menyebabkan saya menjadi pendiam dalam kelas dan kurang mesra sehinggalah cikgu tu keluar. 

Disekolah asrama penuh

Tapi setelah saya masuk ke sekolah berasrama penuh, cabaran pertama saya apabila saya ada berkawan baik dengan kawan laki ni, dia ni dan boleh dikatakan jambu dan lemah lembut juga, dan ramai yang abang senior suka pada dia dan ada yang mencemuh dia. Dan ketika tu saya masih dapat mengawal kelembutan diri saya ni sebab saya aktif bersukan berat ketika tu, so saya kuranglah dengan abang-abang senior disamping mungkin sebab sifat pendiam saya.

So...maklumlah duduk asramakan, abang-abang senior ada yang sangap dan mereka sanggup buat apa saja untuk melepaskan nafsu so kawan saya ni la tempat mereka buang. Benda tu berlarutan sehingga mereka ditangkap dan kawan lelaki saya keluar asrama dan abang tu pindah sekolah lain.

Ada kawan-kawan saya menegur saya menjadi lembut sebab berkawan dengan dia, tapi saya tak salah kan dia sebab saya cuba tahan kelembutan tu dan dia saja dapat terima, so sikap tu sudah ada cuma disimpan.

Ketika di sekolah menengah, ramai gadis yang  minat pada saya tapi saya cuba menolak secara baik sebab saya takut mereka tidak dapat menerima saya sehinggalah saya-saya cuba-cuba ber"kapel", tapi perasaan saya kosong pada dia (gadis) sehingga lah gadis tu putus dan "kapel" dengan orang lain. 

Hubungan dengan adik angkat

Dalam beberapa tahun saya mendapat cabaran yang amat teruk sekali dan itu lah kali pertama saya melakukan seks, saya ada mengambil adik angkat lelaki, tapi bukan atas seks atau sebagainya, saya ambil atas keikhlasan saya, dan ilmu yang saya ada saya boleh bimbingnya sehinggalah kami mula tidur sekatil. Dah lama kami tidur bersama, sehinggala dia mngambil langkah pertama dia dengan kiss saya dan dah lama tu kami buat bemda yang dilarang ketika saya tidur. 

Dia bukanlah gay sebab dia bukan seperti itu  luaran dalaman dia straight mungkin kerana kasih sayang yang diberikan oleh saya disalah fahamkan, dan dia bukan saja orang yang saya penah buat sebab ada diantara kawan-kawan saya dan senior yang minat pada saya kami pernah buat tapi bukan selalu, tapi bila bersama "adik" saya tu saya seperti isteri dia, sehinggalah perasaan cinta saya tu lekat pada dia. Pernah sekali tu saya luahkan tapi kami lebih suka jalinkan perhubungan sebagai adik angkat abang angkat.

Perbuatan kami tak pernah kantoi dan berlanjutan selama 2 tahun sehingga saya tinggalkan sekolah dan diakhir tahun sekolah tu kami putus kerana saling mempunyai perasaaan cemburu dan tak sehaluan.

Mungkin nampak awkward bila baca.

Setelah saya keluar sekolah saya cuba mengawal nafsu saya tapi tidak dapat, ada lah di Universiti saya cuba melakukan seks dengan 3 dan 4 orang yang dikenali melalui facebook tapi safe seks. Tapi sekarang saya cuba kurangkan nafsu saya dengan cara melancap, bila saya melancap saya akan kembali pada diri saya.

Saya ada juga kadang-kadang mendapat mimpi basah melakukan seks dengan lelaki tapi dalam mimpi tu saya sebagai perempuan, dan kadang-kadang selepas onani saya menjadi diri saya sebagai "seorang gadis". 

Saya takut macam mana saya nak hadapi masa depan saya, saya nak sangat berkahwin tetapi bukaan sebagai seorang lelaki tapi sebagai seorang gadis. Saya tak ada perasaan cinta kepada perempuan langsung, tapi saya juga tak suka menjadi gay, sebab saya memang tak suka dan geli, tapi apabila sangap baru saya jadi gay. Saya celaru, adakah saya ni kecelaruan jantina? Saya tak pernah terfikir nak ubah jantina. Macam mana saya nak timbulkan perasaan sayang pada perempuan sedangkan saya tak mampu. Hanya pada Tuhan dan abang saja dapat saya mengadu dan berkongsi harap.

Cuma setiap doa dan sujud saya pada Tuhan saya minta dijadikan sebagai perempuan, adakah saya layak untuk kahwin? Saya tak nak menjadi umat Nabi Lut dan saya sangat nak jadi umat Nabi Muhammad sollallah alai wassalam....

Saya nak bertanya selama saya bersama adik angkat saya tu kami melakukan seks tanpa memakai kondom dan dia akan pancut air mani dia kedalam saya, dan saya tak membasuhnya sehingga lah keesokannya. Dan ketika di asrama juga ade 2 dan 3 orang juga kami melakukan unsafe seks dan seorang saja pancut luar yang lain dalam. Sedangkan mereka sentiasa sihat kerana mereka sentiasa bersukan dan tidak terdedah kepada seks bebas dan dadah cuma rokok (*bawah umur ketika itu). Adakah saya akan dapat HIV ?? 

Bukankah HIV hanya boleh dijangkiti oleh pesakit/pembawa virus tersebut?

Satu soalan lagi, tak pe ke dari segi agama jika saya beronani bagi melepaskan nafsu gay saya dari melakukan seks sodom?? Saya cuba berpuasa tetapi tidak mampu bertahan, dengan hanya onani sahaja saya dapat bertahan mungkin dalam 2 hingga 7 hari, tapi setiap kali saya sangap pada a*u tu pasti saya akan onani, dengan cara tu saya dapat menghindarkan diri dari perbuatan sodom.


JAMIEE~~




Salam JAMIEE,

Hukum onani cuba klik pada entri tentang ONANI disini
 

Aktiviti itu (pancut luar pancut dalam) sudah lama berlalu (ketika bawah umur lagi kan) jika Jamiee telah dijangkiti HIV rasanya sudah lama Jamie alami AIDS, dan mungkin telah pernah terlantar dihospital. Pandangan abang Jamiee tidak dijangkiti HIV lagi TETAPI tidak salah jika Jamiee buat ujian darah HIV sekadar nak tentukan status diri Jamiee hari ini...:) - NajMi




1 comment:

  1. Faham, boleh merasai perasaan Jamiee dan hanya berdoa yang terbaik. Allah Maha Besar...sebak!!

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST