Tuesday, 8 April 2014

INSYIRAH - ADAKAH SAYA KEJAM MENYEKAT NALURI GAY SUAMI SAYA?


Kisah Insyirah pernah disiarkan dalam blog ini, KLIK DISINI


Najmi masih ingat saya Insyirah? 

Alhamdulillah setakat yang saya perhatikan suami saya takde hubungan dengan mana-mana lelaki seperti yang saya pernah cerita dulu. Memang dia banyak menghabiskan masa di rumah selain ke tempat kerja dan menyertai program kemsyarakatan. 

Selain tu, takde tanda-tanda dia menjalinkan hubungan sulit. Handfon dia letak merata, itu yang menyebabkan saya yakin yang suami saya tidak terlibat dengan kegiatan gay. Namun sampai sekarang suami saya tidak pernah lagi menyentuh saya dan saya pulak taklah terlalu tekankan sangat tentang tu. Kami hidup macam suami isteri lain cumanya dari segi hubungan batin memang jarang berlaku. Suami saya memang bertanggungjawab mencukupkan keperluan zahir saya dan anak. Saya juga taidk merasa stress sangat tentang hal tu.

Oh ye saya terlupa nak cerita macam mana suami saya boleh terkantoi yang dia sukakan lelaki. Satu hari tu saya tengok history laman web yang dia pergi, kebanyakkannya laman web gay dan banyak browse gambar lelaki. 


Bila saya soal dia sungguh-sungguh, akhirnya dia mengaku yang dia mempunyai nafsu kepada lelaki. Saya paksa suami saya berjanji untuk mengubah perangainya hingga dia memadam akaun facebook. Dan dia cakap pada saya percayalah pada dia yang dia takkan melayan lagi perasaan tersebut.

Soalan saya, kejamkah saya jika tak mengizinkan dan tak meredhakan andainya suami saya ada menyimpan perasaan pada mana-mana lelaki? Saya kata padanya saya takkan redha kalau suami saya lihat gambar lelaki sm ada bernafsu atau untuk cuci-cuci mata. Dahlah suami saya jarang menyentuh saya dalam masa yang sama saya idtak membenarkan langsung dia melayan perasaannya suka pada lelaki hatta melihat-lihat gambar lelaki. Untuk berkawan biasa bolehlah. 

Saya rasa seperti menyekat nalurinya pulak.
INSYIRAH






Salam Insyirah, 

Kisah Insyirah sama seperti rakan pembaca LISA, kisah Lisa ada abang siarkan dulu. Dan terbaru Lisa ada up-dated kisah kehidupannya selepas setahun berlalu klik DISINI) Sebagaimana yang kita tahu Lisa bukan sahaja bersuami gay tetapi suaminya juga seorang PLHIV, Lisa juga tidak mendapat nafkah batin lagi, malah kata Lisa dia redha tentang itu.

Pada abang Insyirah tidak kejam, jika tak buat begitu mungkin suami tidak akan sedar, pada abang mungkin itu cara terbaik yang Insyirah boleh lakukan, kena tegas, kena ambil tahu apa yang dia buat, kena periksa fon bukan semata-mata untuk kebaikan Insyirah sahaja tetapi untuk kebaikan suami juga. Mungkin pada permulaan si suami akan rasa sedikit terkongkong, tetapi jika dia benar-benar nak berubah kawal diri pasti dia tidak kisah apa yang Insyirah lakukan kepadanya. 

Salah satu langkah bagi mengelakkan suami gay dari terus berkhayal dalam dunia songsang ialah dengan cara meninggalkan segala hal yang berkaitan dengan songsang. Jika hatinya masih rapuh, dia perlu memutuskan hubungan dengan semua rakanrakan gaynya yang lain (terutama rakan gay yang jelas boleh menghasut mendorongnya untuk kembali kepada kegiatan songsang). Selain mengelak diri dari melihat photo lelaki lucah atau melayan porn.

Akan tiba pada satu hari nanti suami Insyirah akan berterima kasih kepada Insyirah, jika bukan didunia insyaallah dia akan berterima kasih di akhirat kelak kerana Insyirah telah membantunya meninggalkan dunia gay, walaupun mungkin tidak 100% tapi sekurang-kurangnya dia berjaya mengawal diri dari tidak terlajak lagi, itu pun sudah cukup baik. 

Abang harap suami Insyirah benar-benar boleh tinggalkan sepenuhnya kegiatan lamanya itu (tidak melakukannya lagi hatta dibelakang tanpa pengetahuan Insyirah). Cuma yang abang sedih apabila dia gagal menunaikan tanggung jawabnya untuk memberi nafkah batin. 

Semoga Insyirah diberi kekuatan oleh Allah dalam meneruskan kehidupan ini. - Naj Mi


2 comments:

  1. terima kasih Najmi sebab siarkan post tentang saya.blog Najmi nilah satu-satunya tempat yang saya boleh meluah rasa, saya pernah share prob saya di satu forum dan dijawab oleh para isteri tapi jawapan mereka bukan jawapan empati. mereka takkan faham sebab suami mereka normal.. siap salahkan lagi suami saya. dan jangan pulak cakap saya mendedahkan aib suami. tang mana yang saya dedahkan aib suami? isteri2 yang bersuami gay yang berkongsi masalah pun tak pernah mendedahkan identiti diri suami mereka. lainlah kalau terang2 mereka bgtau nama suami mereka, itu barulah mendedahkan aib suami dan rumahtangga.

    untuk kes suami saya yang bernafsu songsang, saya tak salahkan suami saya, saya faham itu naluri dia yang dah lama ada dalam diri. saya pulak tak jemu2 ingatkan dia, gertak dia dengan macam2 peringatan. saya kata pada suami, saya tak marah naluri tu ada pada dia, yang saya marah sangat dia melayan naluri tu, pergi tengok gambar lelakilah, pergi web gay.. pergi tengok page komuniti PLU. bila dah selalu tengok mana taknya terasa teringin.. daripada teringin nafsu semakin membuak2.. dan ape lagi, masa tu setan menghasut supaya pergi melampiaskan nafsu. kerana itulah saya menentang habis-habisan keinginan dia untuk menatap gambar lelaki (wpun lengkap berbaju).

    saya nak menyeru pada para lelaki yang ada keinginan untuk melakukan aktiviti tersebut. beringatlah selalu. hidup di dunia ni tak lama. jika anda semua mendambakan lelaki, ingat-ingatlah cinta, nafsu,sayang anda pada golongan sesama jenis ni takkan bawa ke mana-mana. ia hanya di dunia, jika anda mendapat kenikmatan melakukan hubungan songsang di dunia, ia hanya terhad di dunia saja... dunia ini sementara. akhirat tu kekal abadi... di alam akhirat nanti takkan ada pengakhirannya. nikmat di dunia hanya sementara, tapi sengsara di akhirat kekal selama-lamanya. mati kemudian dihidupkan semula, mati kemudian dihidupkan semula, mati kemudian dihidupkan semula... tanpa henti! dapat bayangkan tak macamana kehidupan tanpa pengakhiran tu? kalau di dunia, mati dan kiamat itu pengakhirannya tapi di akhirat, tiada lansung penamat!

    jadi mana satu yang anda semua mahu? nikmat sementara atau nikmat kekal abadi? mahu nikmat kekal abadi tahanlah diri dari berbuat dosa. sayangilah isteri dan anak-anak. doa isteri dan doa anak-anak itu akan membawa anda ke syurga. tapi kasih cinta nafsu pada golongan sejenis apa yang anda akan dapat nanti?fikirlah sendiri.

    satu petua saya nak kongsikan kepada semua golongan bernafsu songsang.. perbanyakkan selawat. selawat ni terlalu banyak khasiatnya. antaranya anda akan dapat mengekang nafsu yang membara. dan cinta pada Rasulullah akan terbit dalam hati.. dan lama kelamaan cinta pada Rasulullah akan mengatasi cinta kita pada makhluk dan harta benda. jangan kata tak mampu nak menahan nafsu. anda mampu kalau anda set minda yang anda mampu. kalau anda kata tak mampu, maka tak mampulah jawapannya. dan berdoalah kehadrat Allah. Dia Maha Berkuasa. Yakin dengan Kekuasaan Dia. Tiada yang mustahil jika anda percaya. Peringatan untuk diri sendiri jugak supaya saya tak mengalah dengan masalah ini. Allah sentiasa ada. amin3 -Insyirah

    ReplyDelete
  2. Salam Insyirah,

    Alhamdulillah, abg pun setuju tang dedah aib suami atau dedah aib sendiri. Kalau Insyirah pi duk canang aib suami pada jiran2, pada rakan2 sepejabat, pada adik beradik terutama bila kita burukkan suami dikalangan orang yang sememangnya kenal akan suami kita, haaa itu memang sudah dedah aib suami TETAPI pendedahan pengakuan didalam blog ni siapa yang kenal suami Insyirah, abang sendiri pun tak kenal Insyirah, tinggal mana, duk mana dan sebagainya. Pengakuan sebegini pada pandangan abang bagus untuk kita yang lain ni jadikan pengajaran, bagus untuk kita semua belajar dan tahu apa yang Insyirah alami tu sememangnya ada berlaku dikalangan masyarakat kita.

    Apa pun terima kasih, abang pasti kisah Insyiarah dan beberapa yang lain ni boleh dijadikan pengajaran buat pembaca diluar sana...:)

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST