Friday, 11 April 2014

ENAKMEN JENAYAH SYARIAH - BUAT PARA ISTERI YANG DIAINAYA SUAMI GAY

Seorang rakan telah share maklumat ini buat renungan kita semua terutama buat para isteri yang bermasaalah punya suami songsang....

Assalammualaikum Abang Naj Mi, 

Diharap abang dalam keadaan yang tenang dibawah rahmat Allah. Saya tak pasti samada abang masih lagi ingat pada saya atau tidak tapi saya pernah menghantar email pada abang sebelum ini berkenaan dengan suami saya seorang gay yang membawa BF nya tidur di rumah saya. (kisah suami bawa BF tidur dirumah telah saya padamkan) 

Tujuan saya menulis kali ini cuma ingin berkongsi maklumat yang saya temui dalam Enakmen Jenayah Syariah. Saya mohon abang kongsikan maklumat ini di blog abang. Moga ia memberi manfaat kepada semua terutamanya kepada:


1. Para isteri yang dianiaya oleh suami yang masih melakukan dan menjalin hubungan sesama jenis i.e. atas apa-apa nama yang digunakan iaitu Gay/Biseksual/PLU. Enakmen-enakmen ini membolehkan mereka menegakkan keadilan pada diri sendiri jika sekiranya mereka diceraikan dengan alasan "rekaan" ciptaan suami bagi menutup perlakuan sumbang mereka. Para isteri hanya perlu mengumpulkan bukti dan membuat tuntutan balas bahawa suami tersebut sebenarnya melakukan seks luar tabii dan bila perkara telah diketahui oleh isteri, mereka diceraikan. Apabila perbicaraan berlangsung, para isteri boleh mengemukakan bantahan dan secara tidak langsung suami akan mengakui perbuatannya. Dengan mengakui perbuatan tersebut, suami akan didakwa atas pertuduhan dalam enakmen yang berkaitan.

2. Saudara-saudara kita terutamanya lelaki yang masih fikir mereka bebas melakukan hubungan jenis tanpa dikawal oleh sebarang undang-undang. Enakmen ini juga boleh diguna pakai apabila pihak isteri menyaman pasangan gay kepada suami mereka. Harap ini boleh menimbulkan rasa takut, walaupun jumlah hukuman sebatan atau penjara atau denda yang dikenakan masih terlalu ringan berbanding akibatnya, tapi sekurang-kurangnya tindakan mereka ini dihukum didunia. 

Oh ya, saya pernah terbaca bahawa di Iran, pelaku homoseks di hukum gantung dan dihukum dibaling dari tempat yang tinggi. Saya cuba cari artikelnya di internet tadi tapi tak jumpa pulak. (cuba klik diSINI)


Terima kasih

________________________________________________________________________


ENAKMEN 9 TAHUN 1995
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (SELANGOR) 1995
BAHAGIAN IV - KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUSILAAN



Seksyen 27. Hubungan jenis antara orang yang sama jantina.

Mana-mana orang yang melakukan hubungan jenis dengan orang yang sama jantina dengannya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.




ENAKMEN 9 TAHUN 1995
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (SELANGOR) 1995
BAHAGIAN IV - KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUSILAAN



Seksyen 28. Persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii.

Mana-mana orang yang melakukan persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii dengan mana-mana lelaki, perempuan atau binatang adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.




ENAKMEN 9 TAHUN 1995
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (SELANGOR) 1995
BAHAGIAN V - KESALAHAN PELBAGAI



Seksyen 34. Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.

Mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan atau tanggungjawabnya kepada isteri atau suami atau keluarganya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
 



Ini laman web rujukan saya http://www.esyariah.gov.my/

 

 

 

 

 

 

1 comment:

  1. Puan, saya rasa dalam Islam puan kena kemukakan 4 orang saksi jika menuduh seseorang itu melalukan zina/liwat. Jika tidak ada Islam tidak layan. Tetapi kalau ada saksi yang nyata..yang perkara tersebut berlaku (zina/liwat itu berlaku) maka hukumannya adalah sangat berat. Bagi liwat Islam tetapkan hukuman bunuh walaupun belum berkahwin.Memang nampak kejam kan tetapi sesungguhnya Allah tahu apa akibatnya daripada perbuatan liwat ini. Sebenarnya kita ni bernasib baik kerana tidak terbalikkan bumi ini disebabkan Allah makbulkan permintaan Nabi Muhammah saw untuk tidak menghukum umatnya seperti umat2 sebelum ini. Kalau tidak dah lama ditebalikkan bumi ini.

    Bila Puan sebut soal pengakuan yang puan tuntut daripada suami2 yang curang di mahkamah, rasanya Rasullulah pernah sebutkan jika dosa yang kita lakukan seperti zina/liwat kalau tidak ada 4 orang saksi yang melihatnya jangan kita mengaku yang kita buat. Tetapi Rasullulah minta umatnya yang melakukan dosa ini supaya bertaubat. Mintalah ampun daripada Allah. Sesungguhnya pengampunan Allah itu sangat besar. Walau sebanyak mana sekalipun dosa yang kita lakukan dan jika kita bertaubah nasuha insya allah akan diampunkan. Kalau kita mengaku yang kita lakukan liwat misalnya hukuman bunuh boleh dilaksanakan.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST