Saturday, 5 April 2014

EDDY LEE - SAYA AKAN BERKAHWIN, NAK BERUBAH DAN AKAUN FB GAY INI AKAN SAYA DELETE

Abang, saya akan kahwin pada pertengahan bulan April ini (2014). Lagi beberapa hari sahaja, gementar memang ada.

Saya Eddy Lee (bukan nama sebenar) umur 24 tahun, sepanjang usia saya, saya tidak pernah langsung sentuh perempuan. Nak cakap tidak ada perasaan pada perempuan tak jugak sebab kadang-kadang tu suka jugak tengak perempuan cantik ni. 
 
Photo Hanya Hiasan

Saya nak kongsikan cerita saya before and after saya nikah. Saya harap tulisan saya ni abang akan post lah nanti yer. Saya nak juga berbakti sikit untuk orang-orang kaum macam kita ni.

Sejujurnya saya belum lagi puas nak jadi gay ni, tapi saya nak tunggu sampai bila kan. Abang, saya dah jadi gay sejak umur saya 7 tahun lagi. Saya memang dah lama nak berubah, tapi sebab ramai yang 'nak' kan saya ada lah yang saya kenal melalui beberapa akaun gay, saya pun terjerumus lah dalam aktiviti songsang ni dengan aktif, sangat aktif.  

Akaun facebook saya ni pun fake sebab saya nak cari orang untuk fun ajer. Saya pernah "kapel" dengan 3 orang yang lebih muda dari saya, tapi serius saya masih sayang kapel saya yang pertama yang saya jumpa waktu diploma dulu. Setiap kali saya stalk facebook/twiter dia, rindu saya pada dia semakin mendalam. Tidak dapat saya bayangkan sedihnya saya ni apabila fikir dia sudah bersama orang lain.

Saya tak tahu la naluri saya ni timbul bila, tapi sebenarnya “kazen” saya yang 'rosakkan' saya. Ada dua orang waktu itu, sekarang satu dah kawin and satu lagi tu dah bertunang. Lepas tu masa kecik-keck lagi saya dah biasa tengok VCD lucah, stok saya dapat dari “kazen-kazen” saya. Dari saya kecik sampai besar saya dapat anggarkan saya dah main dengan lebih 50 orang (lebih ertinya mungkin 60-70 orang saya tak pasti). Tapi saya masih belum ingat and cam muka-muka orang-orang ni. 

Saya bergiat aktif dalam aktiviti tu sewaktu saya diploma di Sabah and sambung degree di Shah Alam. And alhamdulillah Allah Maha Besar, gemuruh darah saya sewaktu nak check HIV tu bang, terkenang saat-saat saya mula melakukan aktiviti saya tu. Alhamdulillah nasib menyebelahi saya kerana saya tak kena sebarang jangkitan penyakit.
BTW saya Top dan saya memang gay tegar.

Tapi saya betul-betul ingin berubah, abang nanti akaun facebook saya ni akan saya deactivate, akaun gay yang saya ada semuanya akan saya delete dalam masa beberapa hari ini.  

Saya tidak ada permpuan lain dalam hidup, cuma bakal isteri saya seorang ni aje. Saya dah “kapel” dengan dia dah masuk 4 tahun. Dia baik, solat, keluarga pun baik sangat, tak sanggup saya nak duakan dia atau kecewakan hati dia (saya harap apa yang saya cakap ni akan saya kotakan and Allah kuatkan hati saya) Tapi itu yang saya rasa lebih-lebih lagi mak ayah and adik-adik tidak langsung tahu kegiatan saya selama ini.Saya rasa saya boleh berubah and boleh bagi nafkah batin sebab bakal isteri saya ni boleh tahan juga. Doakan untuk saya bang.


EDDY LEE




Salam EDDY LEE,

Alhamdulillah, seperti yang selalu abang nasihatkan kepada gay yang hendak berkahwin, berkahwin lah apabila diri kita itu sudah ada keyakinan dan mampu memberi nafkah buakan sahaja zahir malah batin. Jangan berkahwin hanya semata-mata hendak menutup aib diri, yang akhirnya kita akan mendera perasaan isteri kita itu nanti. Mungkin semangat keyakinan Eddy boleh dicontohi oleh rakan-rakan gay yang lain termasuk saudara Aiman Ahmad.

Pada abang semua gay suka melihat wanita cantik, malah mereka boleh juga berangan-angan untuk bersama wanita cantik tersebut. Berangan-angan tidur dan melakukan hubungan bersama dengan wanita sangat berbeza apabila kita berada dalam realiti keadaan bersama mereka di katil. Tidak mustahil hari ini kita kata kita mampu bersama, nanti bila tiba masanya kita akan melarikan diri pulak.

Alhamdulillah sekiranya Eddy Lee benar-benar mempunyai keyakinan mendirikan rumah tangga, abang memang galakkan kerana itu yang terbaik dan berkahwin sememangnya digalakkan buat  kita semua. Yang abang harap sangat agar Eddy Lee boleh memberi kasih sayang kebahagian kepada isteri kelak, apabila sudah berkahwin jangan sesekali lagi terlibat dengan apa jua aktiviti kaitan dengan gay lagi, aktiviti yang boleh mendorong kehendak naluri untuk melakukannya lagi.

Eddy seperti yang abang nampak seorang yang mempunyai keyakinan dan abang harap majlis pernikahan Eddy Lee nanti akan berjalan dengan baik dan terus bahagia sehingga akhir hayat....:) Ya ceritalah, kongsilah lagi pengalaman Eddy selepas berkahwin kelak, mungkin apa yang diceritakan nanti boleh beri panduan yang baik buat para gay
yang lain diluar sana yang ada keinginan hendak mendirikan rumahtangga tetapi tidak mempunyai keyakinan. - Naj Mi


SAMBUNGAN KISAH EDDY LEE - PENGALAMAN GAY SEMASA DAN SELEPAS MELANGSUNGKANPERKAHWINAN
 


20 comments:

  1. Saudara Eddy tahniah! Gembira saya mendengarnya malah saya doakan agar semuanya berjalan baik dan lancar. Tetapkan keteguhan dan keyakinan hati anda sampai ke anak cucu...insyaallah.

    Haikal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haikal bila lagi, kalau jadi jemput abang ok heeeee

      Delete
    2. Sedih dengan soalan abg tu..(tetiba je) kalaulah saya ada jawapannya.. :-(

      Haikal

      Delete
  2. Alhamdulillah. Saya doakan semoga anda bahagia sampai ke anak cucu.

    ReplyDelete
  3. Najmi, saya nak tanya kat kl ada tak club khusus utk gay?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Club? rasanya abg tahu dan sauna pun ada beberapa. Tapi abg tak leh nak bagi tahu sebab nanti galakkan awak pi sana huhu.....

      Delete
    2. Alah abg Najmi ckp laaa...plssss

      Delete
    3. tak payah la pegi sane.....
      terutamenye sauna....
      bukan pe...sekali dah terjebak....
      susah nak keluar.....
      aku pon dulu slalu pergi sane dulu....
      tapi kene ingat penyakit mrrbahaye memang sangat senang dijangkiti kat situ....
      tambah pulak ramai suke project tanpe condom....
      harap difikirkan..... kesihatan diri seendiri....

      Delete
    4. tak payah la pegi sane.....
      terutamenye sauna....
      bukan pe...sekali dah terjebak....
      susah nak keluar.....
      aku pon dulu slalu pergi sane dulu....
      tapi kene ingat penyakit mrrbahaye memang sangat senang dijangkiti kat situ....
      tambah pulak ramai suke project tanpe condom....
      harap difikirkan..... kesihatan diri seendiri....

      Delete
  4. Eddy...nanti boleh share pengalaman bro kat sini...insyaAllah..ada rezeki saya juga akan mengikut langkah anda...

    ReplyDelete
  5. i m not lucky as he is.... i'm used to it.. :(

    ReplyDelete
  6. congrat,,, bla tiba masanya nanti aku jugak akan ikut langkah ko dan kengkawan gay aku yg lain, tinggalkan sgalanya dan mulakan hidup baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jazlee pun nak kawin tahun ni juga ke? Alhamdulillah. Bertuah betul saudara. Ada lelaki dan perempuan yang sayangkan saudara dan akhirnya saudara buat pilihan yang terbaik. Moga kebahagian kekal disisi saudara. :-)

      Saya ni cuma boleh tumpang gembira orang lain je.

      Haikal

      Delete
  7. insyaalah nikah gantung awal bulan June, majlis sambut menantu bulan nov or dec, masa berbaki yg ada harap dpt "tarbiyah" cik Rizal kita.. thanks, doakan yg terbaik utk saya.. saya sentiasa doakan yg terbaik utk awak juga,

    ReplyDelete
    Replies
    1. JAZZLEE

      Betul lah nak kahwin ni...:) Alhamdulillah harap2 segala urusan kearah itu dipermudahkan....:)

      Delete
    2. Jazlee kalau dah kawin nanti jangan lupa share pengalaman dengan kami semua. Kalau Jazlee boleh insyaallah orang lain pun boleh ikut jejak Jazlee. Rizal camne? Dia ok k? Harap Jazlee x buang dia terus tapi jadilah pembimbing yang baik untuk dia plak.

      Haikal.

      Delete
    3. Jazlee kalau dah kawin nanti jangan lupa share pengalaman dengan kami semua. Kalau Jazlee boleh insyaallah orang lain pun boleh ikut jejak Jazlee. Rizal camne? Dia ok k? Harap Jazlee x buang dia terus tapi jadilah pembimbing yang baik untuk dia plak.

      Haikal.

      Delete
  8. alhamdulillah...
    tahniah eddy...
    sila nikmati dan layari indahnye sebuah perkahwinan tu...
    saya nak say congrats & wish u selamat pengantin baru in advance...

    tchr shida

    ReplyDelete
  9. Saya gay dah sudah berkahwin. Adakala sy menderita dgn perasaan sendiri . Tapi anak sy penyeri hidup. Sukar nk buang kisah silam . Tapi sy kene kuatkn iman. Kesian isteri sy . Tapi apakn daya sy masih dlm menguatkn diri . Tapi isteri tk tau sy ni gay .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Semoga Allah membantu saudara, dan tidak lagi terjebak dalam aktiviti2 yang tidak baik..Insyaallah Allah akan bantu saudara nanti, yang penting ada niat dalam hati mengawal diri kan...Semoga terus bahagia bersama isteri dan anak...:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST