Monday, 14 April 2014

CEKFIDAH - ADIK LELAKI SAYA JADI GAY SEJAK BUDAK-BUDAK LAGI.

Salam,

Terima kasih atas tips di atas (klik disini). Semoga ianya bermanfaat kepada semua orang insyaallah. 

photo hanya hiasan
 
Adik lelaki ku seorang gay umur 18 tahun. Kami baru menyedarinya setahun yang lalu (tapi dari pengakuan adikku sendiri sudah lama dia terlibat dengan gay sejak dia budak-budak lagi). Dah banyak kali kami tegur tapi tak berubah-ubah juga. Apabila semua usaha kami membawanya ke jalan kembali tidak berkesan.

Di mana silapnya? 

Apabila di imbas kembali, kadang-kadang aku menyalahkan keluargaku kerana semasa dia bersekolah rendah lagi keadaan keluarga kami kacau bilau (ibu dan bapa asyik bertengkar selama bertahun-bertahun - bercerai tanpa surat hitam putih). 

Pada masa itu, saya dan adik perempuan pula sudah menyambung pelajaran ke luar negeri dan jarang balik ke kampung. Bila cuti semester je baru dapat balik, itu pun kadang-kadang tak balik kampung sebab buat kerja part time untuk mencari duit perbelanjaan (duit yang di kirim tidak cukup menampung kos kami dua beradik di bandar - maklumlah hanya ibu ku seorang menanggung keluarga). 

Semasa ibuku keluar bekerja, maka setiap hari adik lelaki aku tinggal seorang diri di rumah (ayahku lari dari rumah semasa krisis rumahtangga ini- agak lama juga). Apa yang adik lelaki ku tengok, apa yang dia buat, dengan siapa dia bergaul, siapa kawan-kawan nya semuanya bebas tiada orang yang pantau.

Tiada orang yang sampaikan ilmu agama kepadanya kecuali di sekolah saja (itu pun dia selalu tidak pergi sekolah tanpa pengetahuan ibuku), dan lebih parah lagi ibuku yang dalam stress dan kekusutan @ kesediahan dengan krisis rumahtangga, secara tidak langsung telah mengajar adikku benci dengan ayahku dan benci dengan lelaki. 

Patutlah tiap kali saya balik cuti semester, perangai adik ku berubah jadi perempuan, suka pada kelembutan, kecantikan, jalan lenggang lenggok, cakap lembut-lembut, buat kerja-kerja perempuan contoh memasak, membasuh, mengemas dan semuanya kerja dalam rumah (masa itu aku sangat bersyukur kerana adik ku boleh di harap membantu ringankan beban ibuku). 

Kini setelah aku dan adik perempuan tamat belajar dan sudah punya kerjaya sendiri, serta keluarga kami juga telah kembali bersatu (ayah dah rujuk dengan ibu) alhamdulillah, tapi adik ku pula yang telah rosak menjadi gay.

Semoga suatu hari nanti Allah beri petunjuk kepada adik ku dan orang-orang yang seperti dia, amin.


 
CEKFIDAH

















Salam CEKFIDAH,

Saya bayangkan yang adik saudari itu seorang yang lemah lembut dan perwatakannya seperti perempuan, kenapa dia berubah menjadi begitu? Pada sayalah ya, semuanya disebabkan faktor persekitaran kehidupannya ketika membesar.

Dia tidak mempunyai abang tetapi hanya mempunyai saudara perempuan, biasanya lah lelaki yang lahir (sebagai adik bongsu) hidup disamping saudara-saudaranya yang semuanya perempuan, kemungkinan untuk dia mengikut gerak laku saudara perempuannya sangat besar. Jika tidak di pantau dia akan membesar menjadi lembut. Jika tidak menjadi lembut pun mungkin dia membesar menjadi seorang gay walaupun berperwatakan luarannya sama seperti lelaki strg8.

Lebih teruk apabila dia tidak mendapat kasih sayang tunjuk ajar dari seorang bapa ketika menjalani kehidupan sebagai kanak-kanak dan hanya tinggal bersama ibu. Maka tidak mustahil dia akan mengikut tingkah laku ibunya. Ketika membesar dia mula bergaul dengan rakan-rakan sealiran, sama ada dia jumpa disekolah atau diluar sekolah, ini yang menyebabkan keadaan tingkah lakunya semakin menjadi-jadi. Tidak lupa juga pengaruh dari internet dan rancangan-rancangan di TV seperti rancangan “GLEE”, sehingga mereka merasakan kelompok dikalangan mereka seolah-olah diterima ramai, tiada rasa segan dan tiada rasa malu lagi menonjolkan diri.

Memaksa adik untuk berubah adalah agak mustahil, perubahan diri hanya dia sahaja yang boleh lakukan. Dengan iman dan takwa, kesungguhan, serta doa ikhlas dari saudari serta ibu bapa insyaallah dia mungkin boleh berubah. Jika tidak boleh berubah menukar gerak geri tingkah laku lembutnya sekalipun, insyaallah dia boleh berubah mengawal diri, mengawal nafsu.

Menjadi seorang yang lemah lembut, tidak bermakna dia tidak boleh berjaya dalam hidup. Dia boleh mengunakan kepakaran dalam aktiviti kewanitaan yang digemarinya seperti memasak atau menjahit untuk menjalani kehidupan. Yang penting dia berusaha menjadi seorang lelaki (walaupun lembut) dan berusaha untuk tidak terlibat dalam aktiviti tidak baik.

Jangan pinggir adik lelaki itu, malah sokongan dari saudari dan adik perempuan serta ibu bapa kepadanya sangat penting, insyaallah ianya boleh membantu adik lelaki itu untuk meneruskan kehidupan dengan baik dan tidak tersasar. Wallahuallam. – NajMi


1 comment:

  1. Jangan pinggirkan, beri sokongan dan jadilah sahabat terbaik kepadanya, InsyaAllah dia boleh bertahan.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST