Tuesday, 8 April 2014

BOLEHKAH "POST EXPOSURE TREATMENT" DIBUAT DI HOSPITAL DI NEGARA KITA?



















Saya ter "tonton" video klip berdurasi selama 1 minit 37 saat ini, jika tidak silap dalam bahasa french. Mengenai hubungan seks pasangan gay yang berakhir dengan perasaan "mengelabah" apabila kondom yang digunakan telah pecah. Dalam masa yang sama mereka mempunyai rasa was-was (ragu-ragu) mengenai status diri pasangan masing-masing. 

Dan seperti yang anda lihat diakhir photo diatas tertulis nasihat agar sekiranya berlaku kejadian seperti ini (tidak semestinya dikalangan gay sahaja) maka sebaiknya segera mendapatkan rawatan selepas kemungkinan telah berlaku pendedahan kepada jangkitan HIV. 

POST EXPOSURE TREATMENT mungkin juga saya samakan dengan POST EXPOSURE PROPHYLAXIS (boleh klik disini untuk maklumat lanjut) atau dalam bahasa melayunya profilaksisi selepas pendedahan atau nama singkatannya PEP. 


"Post - exposure prophylaxis (PEP) adalah rawatan profilaksis yang dimulakan dengan segera selepas pendedahan terhadap sesuatu penyakit (seperti penyakit yang diakibatkan oleh virus) untuk mencegah penyakit semakin parah. PEP umumnya digunakan dan sangat berkesan untuk mencegah perkembangan penyakit anjing gila selepas gigitan binatang yang terkena penyakit anjing gila. Rawatan termasuk penyuntikan semula vaksin rabies dan imunoglobin. Pada kes jangkitan HIV (pendedahan berlaku dalam 72 jam), profilaksis ini merupakan sebahagian rawatan pengambilan ubat antiretroviral untuk mengurangkan risiko jangkitan selepas berlakunya sesuatu kejadian tinggi terhadap pendedahan HIV." - Sumber Wikipedia. 


Tahap keberkesanan rawatan PEP dikatakan antara 80 sehingga 90% 

Saya sebenarnya tidak pasti samaada bolehkah kita dapatkan rawatan PEP ini dihospital-hospital kerajaan? Bukan apa saya sendiri pernah ditanya oleh seorang pembaca yang "desperate" sangat hendak mendapatkan rawatan ini selepas merasai dirinya mungkin telah dijangkiti HIV. Jawab saya kita ni orang biasa, bukan kakitangan kesihatan atau pun polis yang berisiko mendapat jangkitan HIV tanpa sengaja ketika bekerja. 

Mungkin sukar bagi kita hendak meyakinkan pihak hospital yang diri kita ni berkemungkinan telah dijangkiti HIV, sebab kita perlu ada bukti menunjukkan bahawa pasangan kita itu benar-benar seorang pembawa HIV. Jika kita gagal buktikannya mungkin agak sukar untuk mendapatkan rawatan ini. Al maklumlah ubatan HAART ni sangat mahal harganya, bukan mudah nak diberikan tanpa bukti yang kukuh.

Malah jika tidak silap saya pembaca yang nak dapatkan rawatan PEP ni setelah saya baca kisahnya pun saya boleh anggap aktiviti yang di lakukannya bersama pekerja seks terbabit risiko dijangkiti pun sangat rendah untuk mendapat HIV.

Akibat kurang pengetahuan mengenai HIV AIDS ada pembaca yang takut dan bimbang malah ada yang beranggapan diri mereka boleh dijangkiti hanya setelah melakukan seks tanpa penembusan dan hanya mengunakan tangan serta menghisap buah dada pekerja seks tersebut sahaja.

Maksud saya disini bolehkah rawatan PEP diberi kepada golongan gay atau mereka yang melakukan dengan pekerja seks tanpa pelindungan sehingga berisiko dijangkiti HIV atau disebabkan berlakunya keadaan kondom pecah tanpa sengaja dihospital kerajaan? Mungkin mereka boleh buat rawatan PEP di klinik atau hospital swasta, tapi itu kena tanya lah pada pihak hospital berkenaan terlebih dulu. Jika negara barat seperti kisah dalam photo diatas rawatan PEP sememangnya boleh didapati tanpa sebarang masaalah.

Malah negara Singapura juga ada menyediakan rawatan PEP ini dibeberapa klinik swasta dengan kata lain ianya mudah didapati tetapi dengan syarat anda perlu menyediakan sejumlah kos yang tinggi. Bekalan ubatan untuk sebulan bagi rawatan ini paling rendah di klinik Dr Tan and Partner ialah S$1800 dan jumlah keseluruhan ialah S$2166.50 dengan GST.

Kos ini dikatakan paling rendah. Malah lain-lain klinik swasta dinegara tersebut mengenakan bayaran diantara S$2800 dan S$3500 untuk rawatan PEP mereka. Jika rawatan PEP ini boleh didapati di klinik atau hospital swasta dinegara kita mungkin jumlah kosnya pun tidak jauh beza dengan yang ada di Singapura ini.

Mampukah kita? Itu dalam Singapore dollar tau, kalau dalam Malaysia Ringgit dah berapa tu. 

Kalau agak-agak tak mampu sebaiknya elak diri daripada melakukan seks bebas terutama dengan berbilang pasangan, walaupun dengan menggunakan kondom tidak kiralah sama ada dengan kaum sejenis atau dengan pekerja seks. Sebab sekiranya kita selama ini tak pernah ambil tahu dan faham bagaimana cara HIV berjangkit, nanti apabila selesai aktiviti tersebut walaupun telah menyarung berlapis-lapis kondom sekalipun mungkin boleh muncul perasaan bimbang dan takut dijangkiti HIV. Ragu-ragu sampai boleh menjejaskan kehidupan seharian.

Kena ingat rawatan PEP hanya boleh diguna pakai dalam masa 72 jam selepas aktiviti berisiko, lebih daripada tu dah tidak berkesan. So kalau sudah lepas 72 jam maka kenalah melalui prosedur biasa, terpaksalah tunggu selepas 3-4 minggu dari tarikh berisiko. Boleh buat ujian HIV percuma di mana-mana klinik luar hospital kerajaan bagi mengesahkan status anda. Atau beli aje HIV Test Kit dan buat ujian sendiri....:)

Hindar dari melakukan seks luar nikah itu yang lebih baik. NajMi


6 comments:

  1. Sepatutnya ada Najmi. Sbb kajian menbuktikan mrk yg baru terdedah kpd virus hiv dan diberikan rawatan haart yg extensive virus berjaya dikeluarkan drpd bdn. Sbbnya ia belum sempat masuk ke dlm sel dna darah putih.

    Utk suami Lisa jika tidak dapatkan rawatan secepat myngkin akn menyebabkan dormant tempat virus hiv bersembunyi akn menjadi bertambah besar dan ia akn melumpukan sistem pertahanan badan sedikit demi sedikit. Kesannya nanti cd4 akn jatuh dgn teruk dan apabila mulakan rawatan ia akn ambil masa yg sangat lama utk cd4 naik disebabkan reservoir virus begitu besar.

    Rawatan awal sgt penting. Hiv ini seperti kanser. Jika ia dikesan pada peringkat awal insya allah peluang utk kembali kpd kehidupan yg normal adalah tinggi.

    Jgn lupa juga yg virus hiv akan masuk ke dalam bone marrow dan otak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Tu lah kalau nurse atau doktor yang bekerja di hospital tercucuk jarum yang ada darah HIV atau polis yang kena cucuk carum suntikan semasa menjalankan tugas membenteras penagih dadah, mereka ni memang akan segera diberi rawatan PEP ni.

      Masaalahnya kita yang orang biasa ni, pi main pekerja seks kemudian kondom bocor boleh ker kita segera kehospital beritahu diri kita dah berisiko dijangkiti HIV, atau pasangan gay yang duk rajin henjut dalam sauna dengan pasangan tak dikenali tahu2 kena henjut tanpa kondom dalam bilik gelap pulak tu, mudah ker dia nak pi kehospital minta rawatan PEP ni tentu susahkan.

      Lain lah kalau pasangan suami isteri yang salah seorangnya ada HIV (ada rekod kesihatan kat hospital) mereka ni boleh segera jumpa doktor kalau berlaku risiko jangkitan HIV tanpa sengaja seperti kondom pecah.

      Masaalahnya macam kita, orang biasa ni rasanya susah sikit nak dapat rawatan PEP (kalau adalah di hospital kerajaan) sebab tentu nak kena bukti kukuh kan. Tapi kalau rawatan PEP ni ada kat hospital swasta bagus lah tapi kosnya pulak sangat mahalkan.

      Hmm tentang suami Lisa nanti saya copy dan paste komen saudara ni masuk kedalam ruang komen entri tentang Lisa heeee terima kasih kerana bantu beri pandangan nasihat...:)

      Delete
    2. Ubatan haart sebatutnya di jual di pharmacy dan pihak kkm boleh keluarkan garis panduan pengambilan ubatan tersebut. Sapa yg rasa diri mrk terdedah boleh kuarkan duit dan beli. Kan Najmi kan.

      Apapun Islam dah bg garis panduan 'prevention is better than cure'. Bg mrreka yg tak mampu nak melawan nafsu tolong laa pakai kondom bila main dan bagi yg bottom tolong laa ckp kat partner jgn pancut dalam. Begitu juga dgn seks oral. Virus hiv ada dlm air mani dan juga air mazi bg mrk. Jadi tolong la fahami bagaimana hiv berjangkit.

      Delete
    3. Salam,

      Mungkin itu cadangan yang baik, tetapi sebelum boleh dijual di farmasi2 kena ada kajian kesan buruk dan baik dari penjualan secara terbuka tu. Tiba2 terfikir kalau dinegara luar ada jual HAART difarmasi2 terbuka seperti dishopping komplex ker hhmmmmm kena google lah cari jap lagi ...:)

      Delete
  2. Awalnya Najmi bangun tahajjud..ops.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST