Wednesday, 2 April 2014

BHG 5 - 11 SOAL JAWAB BERKAITAN HIV/AIDS


1) Apakah saya berisiko terkena HIV ketika pergi ke doktor atau doktor gigi?

Penularan HIV di tempat perkhidmatan kesihatan sangat jarang. Semua tenaga kesihatan diwajibkan mengikuti prosedur kawalan jangkitan ketika merawat pesakit. Prosedur ini dinamakan kewaspadaan universal untuk pengendalian jangkitan, yang dibuat untuk melindungi baik pesakit dan petugas kesihatan dari penularan penyakit melalui darah.



2) Jika mata saya terpercik darah atau terkena darah di mulut saya, bolehkah saya dijangkiti HIV?

Kajian menunjukkan bahawa risiko jangkitan HIV melalui cara ini sangat kecil. Sejumlah kecil orang - biasanya di tempat perkhidmatan kesihatan - dijangkiti HIV akibat percikan darah ke mata.

Darah pada mulut mempunyai risiko lebih rendah. Lapisan mulut sangat protektif sehingga satu - satunya cara HIV boleh masuk aliran darah hanya apabila pesakit mempunyai luka terbuka atau daerah yang meradang di mulut atau tekak (bila darah ditelan). Walaupun jika seseorang terkena darah segar dalam jumlah yang cukup ketara (contohnya jumlah yang dapat dilihat jelas atau terasa) langsung ke kawasan luka untuk adanya risiko. HIV dicairkan oleh ludah dan mudah terbunuh oleh asid lambung ketika darah ditelan.



3) Bolehkah saya terkena HIV melalui gigitan?

Jangkitan HIV melalui cara ini tidak biasa berlaku. Hanya terdapat beberapa kes yang didokumenkan tentang penularan HIV akibat gigitan. Pada kes ini, mengoyak dan kerosakan rangkaian yang berat dilaporkan selain adanya darah.



4) Bolehkah saya dijangkiti HIV melalui hubungan dengan binatang seperti anjing dan kucing?

Tidak. HIV adalah Human Immunodeficiency Virus (virus yang menyerang kekebalan tubuh manusia). Virus ini hanya mengenai manusia. Ada jenis virus lain yang secara khusus mengenai kucing atau primat lain, iaitu Feline Immunodeficiency Virus (FIV) dan Simian Immunodeficiency Virus (SIV). Virus ini tidak berisiko pada manusia.

Adanya kebimbangan dari beberapa orang boleh dijangkiti bila dicakar binatang yang sebelumnya mencakar orang dengan HIV positif. Hal ini sepertinya tidak boleh dan tidak terdapat kes penularan dengan cara demikian.



5) Bolehkah HIV disebarkan di rumah?

HIV banyak disebarkan melalui hubungan seksual, melalui penggunaan ubat suntik, melalui pemindahan darah, dan dari ibu ke anak semasa kehamilan, persalinan, dan menyusui. HIV tidak disebarkan melalui hubungan sosial sehari - hari.

Suatu kes di Australia akhir tahun 90 - an melibatkan dua saudara perempuan. Keduanya diuji positif dalam masa satu bulan satu sama lain. Risiko pendedahan pada kakak yang telah dikenalpasti melalui adanya hubungan seksual dengan seorang lelaki Rusia. Adiknya tidak mempunyai risiko pendedahan dan penyelidikan menyimpulkan satu - satunya risiko pendedahan yang mungkin adalah berkongsi pisau cukur untuk mencukur kaki. Analisis lebih lanjut menunjukkan bahawa mereka mempunyai strain virus Rusia yang sama, yang tidak biasa ditemui di Australia.

Kes lain melibatkan seorang ibu dan anak laki - lakinya, juga di Australia, yang keduanya diuji positif HIV. Anaknya mempunyai risiko pendedahan di Thailand beberapa tahun sebelumnya, sedangkan sang ibu tidak dapat mengenalpasti pendedahan yang mungkin. Anaknya mempunyai kelainan kulit psoriasis dan pemberian krim pada kulit anaknya dikenalpasti sebagai satu - satunya laluan yang mungkin. Analisis menunjukkan bahawa kedua-duanya mempunyai strain yang sama, dijumpai di Thailand dan tidak biasa di Asutralia.

Walaupun penularan HIV antara ahli keluarga dan ahli yang tinggal di rumah yang sama mungkin berlaku, jumlahnya sangat kecil dan kes yang didokumenkan sangatlah jarang.



6) Bolehkah saya dijangkiti HIV bila saya menyuntik dadah dan berkongsi jarum dengan orang lain, tanpa mensterilisasi (sterilizing) jarum tersebut?

Terdapat suatu kemungkinan menjadi dijangkiti dengan HIV jika anda berkongsi peralatan suntik yang sama dengan seseorang yang mempunyai virus. Jika darah yang dijangkiti HIV menetap di dalam jarum atau syringe dan seseorang kemudian menggunakannya untuk menyuntik diri mereka sendiri, darah mereka boleh terdorong masuk ke aliran darah. Berkongsi jarum boleh memindahkan virus. Menyucihamakan peralatan dapat mengurangkan kemungkinan penularan, namun tidak menghilangkan.



7) Bolehkah saya menularkan HIV ke bayi saya selama hamil atau menyusui?

Wanita hamil yang dijangkiti HIV boleh menghantar virus ke bayinya yang belum lahir baik sebelum atau selama persalinan. HIV boleh pula disebarkan selama menyusui. Jika seorang wanita mengetahui bahawa ia dijangkiti HIV, maka ada ubat - ubatan yang boleh diambil untuk mengurangkan kemungkinan anaknya menjadi dijangkiti. Cara lain untuk menurunkan risiko meliputi pemilihan persalinan melalui caesar dan tidak menyusui.



8) Apakah mendermakan darah atau mendapatkan pemindahan darah bermakna saya meletakkan diri pada risiko terkena HIV?

Beberapa orang telah dijangkiti melalui tansfusi darah yang dijangkiti. Dikebanyakan negara semua darah yang digunakan untuk pemindahan sekarang akan diuji HIV terlebih dahulu. Di negara yang darahnya sudah diuji, jangkitan HIV melalui pemindahan darah kini amat jarang berlaku. Produk darah seperti yang digunakan pesakit hemofilia sekarang dipanaskan agar selamat.

Mendermakan darah pada pusat penderma darah tidak membawa risiko kerana semua alat harus steril dan jarum untuk mengambil darah tidak digunakan kembali.



9) Bolehkah HIV disebarkan di luar tubuh?

Walaupun HIV boleh hidup dalam masa singkat di luar tubuh, penularan HIV belum pernah dilaporkan sebagai akibat hubungan dengan percikan atau bekas darah, cecair mani atau cecair tubuh lain. Hal ini sebahagian kerana HIV mati cukup cepat begitu terpapar ke udara dan juga kerana cecair yang teciprat harus masuk ke aliran darah untuk menyebabkan jangkitan.

Para saintis bersetuju bahawa HIV tidak berlangsung baik di persekitaran luar sehingga jauh kemungkinan adanya penularan melalui persekitaran. Untuk mendapatkan data ketahanan HIV, kajian di makmal biasanya menggunakan kepekatan tinggi virus yang dibangunkan di lab. Walaupun kadar HIV ini boleh hidup selama berhari - hari atau bahkan mingguan di bawah pengawasan, kajian menunjukkan bahawa mengeringkan kepekatan HIV yang tinggi mengurangkan jumlah virus berjangkit sebanyak 90-99 % selama beberapa jam.

Kerana kepekatan HIV yang digunakan di kajian makmal lebih tinggi daripada yang sebenarnya ditemui di darah atau spesimen lain , risiko jangkitan HIV dari cecair tubuh yang kering mungkin mendekati sifar.



10) Apakah sunat melindungi dari HIV?

Terdapat bukti yang kuat menunjukkan bahawa lelaki yang disunat mengurangkan risiko setengah dari risiko lelaki yang tidak bersunat untuk mendapatkan HIV melalui hubungan seks beda jenis kelamin. Bagaimana pun juga, sunat tidak membuat seorang lelaki kebal terhadap jangkitan HIV, hanya bermakna lebih kecil kemungkinannya.



11) Jika saya minum ubat antiretrovirus dan mempunyai beban virus (virol load) yang tidak dikesan, apakah saya masih menular?

Bahkan jika ujian anda menunjukkan kadar HIV sangat rendah dalam darah anda, virus tersebut tidak akan hilang seluruhnya dan anda akan tetap boleh menjangkiti orang lain. Ubat - ubatan tertentu tidak menembusi kelamin dengan baik sehingga tidak dapat melumpuhkan HIV sama efektifnya dengan di darah. Hal ini bermakna bahawa walaupun anda mempunyai sedikit virus aktif yang kelihatan di dalam darah, masih ada sejumlah kuman HIV pada cecair mani atau faraj. Kemungkinan penularan adalah lebih rendah jika anda mempunyai jumlah virus rendah, namun tetap berisiko, sebaiknya anda perlu lebih kewaspadaan.



Sumber Disini



2 comments:

  1. Walaupon kucing & kita dkategorikn mamalia, ttpi dna kucing & kita berlainan iaitu susunan amino acid dlm rantaian dna yg mnyebabkan hiv xdpt tiru @ copy & replicate virus ysebut kerana dna hiv mgikut susunan dna manusia iaitu susunan amino acid yg dpt btindak bls dgn dna kita. Sbb tu ia dinmekn HUMAN immunodeficiency VIRUS. Byk lg haiwan yg ade immunodeficiency virus mereka sndri. Ilmu Allah swt amat lh luas. Ilmu yg Allah swt berikn kpd sy hanya 1 per million. Wallahuaklam.

    ReplyDelete
  2. Assalam ...sy ingin bertanya adakah virus HIV dapat berjangkit melalui geseran antara zakar dan faraj tetapi dlm keadaan berlapik (ada pakaian luar)

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST