Wednesday, 2 April 2014

BHG 4 - 10 SOAL JAWAB BERKAITAN HIV/AIDS



1) Bagaimana kemungkinan terkena HIV bila pasangan saya tidak melakukan penetrasi (tidak masuk) ?

Walaupun kajian mengatakan bahawa kadar HIV yang tinggi kadang boleh dikesan di precum (cecair bening yang keluar dari hujung zakar laki - laki sebelum ejakulasi), sukar untuk menentukan sama ada HIV terdapat dalam jumlah cukup untuk menimbulkan jangkitan. Untuk menjaga agar tidak terjadi kemungkinan terkena HIV atau penyakit berjangkit seksual lain sebaiknya lakukan seks yang selamat.



2) Apakah berciuman merupakan pusat penularan HIV?

Ciuman dalam atau dengan mulut terbuka merupakan aktiviti berisiko rendah dalam hal penularan HIV. HIV terdapat di ludah (air liur) hanya dalam jumlah yang sangat sedikit yang tidak cukup untuk menyebabkan berlakunya jangkitan.

Hanya terdapat satu kes seseorang dijangkiti HIV melalui ciuman, akibat terdedah kepada darah yang mengandungi HIV ketika berciuman. Jika mulut anda atau pasangan anda berdarah, sebaiknya elakkan mencium sampai pendarahan berhenti.



3) Apakah lesbian atau perempuan yang berhubungan seks dengan perempuan lain berisiko terkena HIV?

Lesbian / wanita biseksual tidak berisiko tinggi terkena HIV melalui hubungan seksual antara wanita. Sangat sedikit wanita yang diketahui menularkan HIV ke wanita lain secara seksual, walaupun secara teorinya mungkin apabila cecair faraj yang dijangkiti atau darah dari pasangan dengan HIV positif memasuki faraj wanita lain.



4) Apakah berhubungan seks melalui dubur lebih berisiko terkena HIV berbanding melalui faraj atau seks oral?

Hubungan seksual melalui dubur mempunyai risiko yang lebih tinggi daripada bentuk aktiviti seksual lain. Lapisan usus besar bawah mengandungi sel yang lebih sedikit daripada faraj sehingga boleh rosak dengan mudah, menyebabkan terjadinya pendarahan selama hubungan seksual. Hal ini kemudian boleh menjadi laluan ke aliran darah.



5) Apakah menggunakan jari selama seks berisiko penularan HIV?

Memasukkan jari ke dalam dubur atau faraj seseorang hanya akan berisiko mendapat HIV bila terdapat luka pada jari tersebut dan jika terdapat hubungan langsung dengan darah, cecair faraj atau air mani yang mengandungi HIV dari orang lain. Terdapat pula risiko apabila seseorang yang memasukkan jari mempunyai HIV dan jarinya berdarah.



6) Apakah terdapat hubungan antara HIV dengan penyakit berjangkit seksual lain?

HIV dan penyakit berjangkit seksual lain saling mempengaruhi diantara satu sama lain. Adanya penyakit menular seksual (penyakit kelamin) pada orang yang terkena HIV dapat meningkatkan risiko penularan HIV. Hal ini boleh terjadi melalui luka pada kemaluan yang boleh berdarah atau melalui cecair alat kelamin.

Seseorang dengan HIV negatif yang mempunyai penyakit menular seksual (penyakit kelamin) berisiko lebih tinggi dijangkiti HIV melalui seks. Hal ini boleh terjadi jika penyakit berjangkit seksual tersebut menyebabkan luka pada kulit (contohnya sifilis atau herpes), atau jika merangsang sistem kekebalan / imun pada kawasan kelamin (misal chlamydia atau gonorea). Penularan HIV lebih cenderung terjadi pada penyakit berjangkit seksual dengan luka daripada yang tanpa luka.

Menggunakan kondom selama berhubungan seksual merupakan cara terbaik untuk mencegah penularan penyakit seksual, termasuk HIV.



7) Bolehkah saya terkena HIV melalui hubungan atau aktiviti sosial biasa seperti berjabat tangan, berciuman, berkongsi gunting kuku, kolam renang, pemegang tandas, dan bersin?

Tidak, HIV bukan merupakan virus yang disebarkan melalui udara, air, atau makanan dan tidak dapat bertahan lama di luar tubuh manusia. Kerana itu hubungan sosial biasa seperti mencium , bersalaman , batuk , atau berkongsi alat makan tidak menyebabkan penularan virus dari satu orang ke orang lain .



8) Bolehkah saya terkena HIV dari jarum pada kerusi pawagam?

Banyak cerita yang beredar di internet dan email tentang orang yang terkena HIV dari jarum yang ditinggalkan di kerusi pawagam atau lubang syiling kembalian. Khabar angin ini tidak mempunyai dasar fakta.

Untuk dapat terjadinya jangkitan HIV melalui cara ini pada jarum harus terdapat darah yang mengandungi virus dalam kadar tinggi. Jika seseorang tertusuk jarum yang dijangkiti, ia boleh menjadi dijangkiti, tetapi kemungkinan hanya 0.4 %.

Walaupun jarum bekas boleh menularkan penyakit yang disebarkan melalui darah seperti Hepatitis B, Hepatitis C dan HIV, risiko terjadinya jangkitan dengan cara ini sangatlah rendah.



9) Adakah risiko penularan HIV ketika tatu, tindik atau cukur rambut?

Jika peralatan yang tercemar darah tidak disterilkan maka terdapat risiko penularan HIV. Walaupun demikian, orang yang mengerjakan tindik atau men"tatoo" sebaiknya mengikuti prosedur yang disebut 'kewaspadaan universal' yang dibuat untuk mencegah penularan jangkitan melalui darah seperti HIV dan Hepatitis B.

Pada tempat cukur rambut tidak terdapat risiko jangkitan kecuali bila kulit terluka dan darah yang dijangkiti mengenai luka. Alat cukur yang biasa digunakan tukang cukur sekarang mempunyai mata pisau sekali pakai sehingga mengurangkan risiko jangkitan seperti Hepatitis dan HIV.



10) Apakah pegawai kesihatan berisiko terkena HIV melalui hubungan dengan pesakit HIV positif?

Risiko petugas kesihatan terpapar HIV sangat rendah, terutama bila mereka mengikuti kewasapadaan universal (universal precaution). Risiko terutama melalui kemalangan dari jarum atau benda tajam lain yang mungkin tercemar HIV. (contoh kisah kakitangan tercucuk jaram disini)


Dianggarkan risiko jangkitan dari jarum suntik kurang dari 1%. Di England misalnya, terdapat 5 kes penularan HIV melalui pendedahan saat bekerja di perkhidmatan kesihatan dan 12 kes dugaan. Di AS, terdapat 56 kes penularan HIV ketika bekerja sampai Jun 2000.

Risiko penularan melalui jarum lebih tinggi bila terdapat kecederaan dalam, bila jarumnya berlubang atau bila sumber mempunyai kandungan virus tinggi, atau bila instrumen tajam tercemar darah.


Sumber Disini



4 comments:

  1. Salam najmi
    jari yang kena cecair faraj kalau takde luka tak berjangkitlah ye?
    Mohon pencerahan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jangkit...abg rasa ni mesti kes main raba2 ni kan nasihat abg cuba elak dr melakukannya lagi sebab biasanya mula2 main raba2 nanti bila tak dapat kawal nafsu kita akan melakukan pekara yang lebih teruk lagi

      Delete
    2. Terima kasih najmi...sebenarnya sy curiga dgn teman wanita sy sb dia pernah terlanjur sbelum ni...jujur sy katakan sy tak pernah rosakkan mna2 pempuan sbelum ni tp sy dh raba2 dia cmtu...sy menyesal sgt2 sb ptt nya sy bimbing dia...InsyaAllah sy akan bawa dia utk checkup...sama2 kita doakan dia bebas najmi

      Delete
    3. Yup mudah2an dia juga bebas..amin3

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST