Wednesday, 2 April 2014

BHG 3 - 10 SOAL JAWAB BERKAITAN HIV/AIDS


1) Apakah gigitan nyamuk membawa risiko dijangkiti HIV?

HIV tidak merebak melalui gigitan nyamuk atau gigitan serangga lain. Bahkan bila virus masuk ke dalam badan nyamuk atau serangga yang menggigit atau menghisap darah, virus tersebut tidak boleh menghasilkan semula dirinya dalam tubuh serangga. Kerana serangga tidak boleh dijangkiti HIV, serangga tidak dapat menularkannya ke tubuh manusia yang digigitnya.



2) Apakah saya perlu bimbang dijangkiti HIV semasa melakukan aktiviti sukan?

Tidak terdapat bukti bahawa HIV boleh disebarkan ketika seseorang melakukan olah raga. 



3) Bolehkah saya terkena HIV dari bersentuhan secara biasa? (berjabat tangan, berpelukan, menggunakan tandas, minum dari gelas yang juga digunakan oleh seseorang yang terkena HIV, atau berada berdekatan dengan seseorang yang dijangkiti yang sedang bersin atau batuk)?

HIV tidak disebarkan oleh hubungan sehari - hari dalam kegiatan sosial, di sekolah, ataupun di tempat kerja. Anda tidak boleh dijangkiti lantaran anda berjabat tangan, berpelukan, menggunakan tandas yang sama atau minum dari gelas yang sama dengan seseorang yang dijangkiti HIV, atau terdedah kepada batuk atau bersin penyandang jangkitan HIV.



4) Apakah HIV hanya menjangkiti kaum homoseksual dan pengguna dadah saja?

Tidak. Setiap orang yang melakukan hubungan seks yang tak dilindungi , berkongsi penggunaan alat suntikan , atau diberi pemindahan dengan darah yang tercemar boleh dijangkiti HIV. Bayi boleh dijangkiti HIV dari ibunya selama masa kehamilan, selama proses persalinan, atau selepas kelahiran melalui pemberian air susu ibu .

Sebanyak 90 % kes HIV merupakan akibat dari penularan seksual dan 60-70 % kes HIV terjadi dikalangan heteroseksual.




5) Apakah kita dapat mengetahui bahawa seseorang terkena HIV hanya dengan melihat dari penampilannya?

Kita tidak dapat mengetahui bahawa seseorang itu pembawa HIV atau AIDS hanya dengan melihat melalui luar penampilan mereka. Seseorang yang dijangkiti HIV boleh saja nampak sihat dan merasa baik - baik saja, namun mereka tetap dapat menularkan virus itu ke anda. Ujian darah merupakan satu - satunya cara untuk mengetahui sama ada seseorang dijangkiti HIV atau tidak.



6) Bolehkah saya dijangkiti lebih daripada satu jangkitan menular seksual (IMS) pada saat yang bersamaan?
*(IMS - Infeksi Menular Seksual atau Sexually Transmitted Disease (STD), Sexually Transmitted Infection (STI) atau Penyakit Kelamin)

Ya. Anda boleh terkena lebih dari satu jangkitan penyakit berjangkit (STD) pada saat yang bersamaan. Masing - masing jangkitan memerlukan rawatan sendiri. Anda tidak boleh menjadi kebal terhadap STD. Anda juga boleh terkena jangkitan yang sama berkali - kali. Banyak lelaki dan wanita yang tidak merasa atau melihat gejala awal apapun ketika mereka pertama kali dijangkiti dengan STD, meskipun mereka masih boleh menjangkiti pasangan seksual.



7) Ketika seseorang sedang menjalani terapi antiretroviral, dapatkan dia menularkan HIV kepada orang lain?

Terapi antiretroviral tidak dapat mencegah penularan virus ke orang lain. Terapi dapat membantu menurunkan jumlah virus ke tahap yang tidak dikesan, namun HIV masih tetap ada dalam tubuh, dan boleh disebarkan ke orang lain melalui hubungan seksual, dengan bergantian memakai peralatan suntikan, atau melalui ibu yang menyusukan bayi.



8) Apakah laluan utama penularan HIV?

Di bawah ini adalah pusat - pusat utama seseorang boleh dijangkiti HIV?

- Seks dengan penetrasi tanpa keselamatan dengan seseorang yang dijangkiti. 

- Suntikan atau pemindahan darah atau produk darah yang tercemar, menderma cecair mani (inseminasi buatan), tandur kulit (skin graft) atau pemindahan organ yang diambil dari seseorang yang dijangkiti.

- Dari seorang ibu yang dijangkiti kepada bayinya , hal ini boleh terjadi selama kehamilan, saat lahir, dan selama masa menyusui.

- Berkongsi alat suntik yang tidak disterilkan yang sebelumnya telah digunakan oleh seseorang yang dijangkiti.



9) Bolehkah saya dijangkiti jika pasangan saya tidak mempunyai HIV?

Tidak. Seperti semua penyakit kelamin, HIV tidak boleh 'dicipta', hanya boleh disebarkan. Jika anda yakin pasangan anda tidak mengidap HIV, maka tidak ada risiko terkena, bahkan jika anda melakukan seks tanpa keselamatan (baik melalui faraj, oral, atau dubur). Walaupun demikian, tetap ada risiko terjadi kehamilan dan penyakit menular seksual yang lain (jika pasangan anda menghidapinya), jadi sebaiknya anda tetap menggunakan kondom atau bentuk KB lain seboleh mungkin.



10) Seberapa amankah (selamatkah) seks oral?

Walaupun ada kemungkinan dijangkiti HIV melalui seks oral, risiko dijangkiti dengan cara ini lebih rendah daripada risiko dijangkiti melalui hubungan seksual tanpa pelindung.

Saat memberikan seks oral pada seorang lelaki (menghisap atau menjilat zakar) seseorang boleh menjadi dijangkiti HIV jika cecair mani yang dijangkiti bersentuhan dengan gusi yang rosak, atau dengan luka yang terdapat di mulut.

Memberikan seks oral pada wanita juga dianggap berisiko relatif rendah. Penularan boleh terjadi bila cecair yang dijangkiti dari wanita masuk ke mulut pasangannya. Kecenderungan jangkitan boleh meningkat bila terdapat darah haid atau bila si wanita dijangkiti penyakit berjangkit seksual lain. Kecenderungan baik lelaki mahupun wanita dijangkiti HIV akibat memberikan seks oral sangatlah rendah, kerana ludah tidak mengandungi jumlah yang boleh menyebabkan berjangkit dari HIV.


Sumber Disini



2 comments:

  1. Salam bang..sy ada buat seks dgn seorang pmpn lps sebulan dia wat oral kat saya..tp skrg ikut bulan yng saya wat seks vaginal dah lbh 3 bln..adakah saya perlu risau lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, buat tanpa kondom? jika buat tanpa kondom saudara perlu lah buat ujian selepas 3 bulan dari tarikh terakhir, skrg dah lebih 3 bulan so saudara boleh lakukannya dan jika result negatif HIV maknya ianya dah tepat

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST