Tuesday, 1 April 2014

BHG 2 - 12 SOAL JAWAB BERKAITAN HIV/AIDS

 
1) Apakah yang harus dilakukan sekiranya individu tersebut telah disahkan mengidap HIV?

Sekiranya ujian antibodi HIV menunjukkan keputusan positif, kaunselor atau doktor akan memberi nasihat daripada aspek:
  1. Psikologi – bertujuan supaya pesakit tidak mengalami tekanan mental
  2. Rawatan – pesakit perlu mendapatkan rawatan yang diperlukan dengan segera. Dia harus bekerjasama dan patuh mengikut arahan doktor.



2) Apakah tanda dan gejala seseorang itu dijangkiti virus HIV?

Jangkitan virus HIV tidak mempunyai tanda dan gejala yang khusus diperingkat awal. Oleh itu, seseorang yang dijangkiti virus HIV tidak mengetahui dia telah dijangkiti virus ini. Walaubagaimana pun pada peringkat ini, individu ini masih boleh merebakkan virus HIV kepada orang lain.
Tanda dan gejala akan kelihatan apabila sistem pertahanan tubuh telah dilumpuhkan oleh Virus HIV. Tanda dan gejalanya adalah seperti berikut:
  • Terlalu lemah dan lesu.
  • Penurunan berat badan yang mendadak
  • Demam panas yang kerap.
  • Peluh malam.
  • Kelenjar limfa membengkak
  • Ruam kulit dan ulser pada permukaan mukosa. Contoh : lapisan dalam mulut
  • Cirit-birit yang kronik.
  • Batuk kronik.
  • Hilang ingatan



3) Bolehkah virus HIV merebak melalui perkongsian peralatan/perkakasan kebersihan diri seperti pisau cukur dan berus gigi?

Boleh. Virus HIV boleh merebak melalui perkongsian peralatan perkakasan kebersihan diri seperti berus gigi dan pencukur. 



4) Bolehkah virus HIV merebak melalui sentuhan kasual dan aktiviti harian (di tempat kerja, sekolah atau kemudahan sosial) seperti bersalaman, makan bersama, bersukan, memegang tombol pintu, menggunakan kemudahan awam seperti tandas atau telefon, memegang binatang peliharaan dan sebagainya?

Tidak. Virus HIV tidak boleh dijangkiti melalui sentuhan kasual dan aktiviti harian (ditempat kerja, sekolah atau kemudahan sosial) seperti bersalaman, makan bersama, bersukan, memegang tombol pintu, menggunakan kemudahan awam seperti tandas atau telefon, memegang binatang peliharaan dan sebagainya. 



5) Bolehkah virus HIV merebak melalui hubungan seks luar tabii?

Boleh. Virus HIV boleh merebak melalui hubungan seks luar tabii. 



6) Bagaimanakah jangkitan virus HIV boleh dicegah?

Jangkitan virus HIV boleh dicegah melalui langkah seperti berikut:
  • tidak berkongsi peralatan peribadi yang boleh memindahkan darah seperti jarum, picaragi, peralatan perubatan, berus gigi dan pisau cukur.
  • tidak melakukan hubungan seks dengan individu  yang tidak diketahui  dan diragui latar belakang dan status kesihatannya.
  • tidak melakukan hubungan seks dengan berbilang pasangan atau dengan individu yang mempunyai banyak pasangan. Ini termasuklah pelacur lelaki dan wanita.
  • tidak melakukan hubungan seks dengan individu yang disyaki pesakit ataupun pembawa virus HIV.
  • menggunakan kondom jika hubungan seks tidak dapat dielakkan (seperti pasangan suami isteri yang dijangkiti virus HIV). Penggunaan kondom boleh menurunkan risiko untuk mendapat jangkitan virus HIV.
  • Tidak membuat tatu (tattoo) dan bertindik (body piercing).



7) Adakah penyakit HIV/AIDS boleh dirawat?

Ya, penyakit HIV /AIDS boleh dirawat dengan ubat anti HIV. Penggunaan ubat anti HIV (Highly Active Antiretroviral Therapy –HAART) boleh memastikan pesakit HIV/AIDS hidup berkualiti dan boleh berfungsi seperti biasa. Akan tetapi, tidak ada pemulihan untuk Penyakit HIV sehingga sekarang, justeru itu, perawatan HAART semestinya sepanjang hayat dan tidak boleh diberhentikan. 



8) Berapa lamakah tempoh hayat maksimum bagi penghidap HIV/AIDS?

Jangka hayat penghidap HIV/AIDS bergantung kepada kepatuhan pesakit kepada rawatan mengikut dos ubat yang diarahkan. Sekiranya tidak mendapat rawatan, gejala AIDS akan muncul dalam tempoh 8 hingga 10 tahun kemudian. Walaupun demikian, dalam masa 2 tahun, pesakit HIV/AIDS masih berkemungkinan mendapat jangkitan kuman yang teruk, susut berat badan dan menjadi lemah. 



9) Adakah pengendalian jenazah/mayat pesakit AIDS dilakukan secara berasingan?

Ya. Pengendalian jenazah/mayat pesakit AIDS perlu dilakukan secara berasingan. (klik disini) 



10) Adakah pengendalian jenazah/mayat hanya dilakukan oleh doktor sahaja?

Tidak. Pengendalian jenazah/mayat boleh dilakukan oleh mereka yang terlatih. Bagi pesakit AIDS yang meninggal di hospital, jenazah/mayatnya akan diurus oleh pihak Hospital. Manakala untuk pesakit AIDS yang meninggal di rumah, waris perlu melapor kematian ke Klinik Kesihatan berhampiran. Pihak Klinik Kesihatan akan melapor ke Pejabat Kesihatan Daerah untuk bantuan pengurusan jenazah. 



11) Bolehkah pesakit HIV/AIDS berkahwin, mengandung dan melahirkan anak?

Boleh. Pembawa HIV boleh berkahwin, mengandung dan melahirkan anak. Walaupun demikian, sebaik-baiknya dapatkan kaunseling terlebih dahulu. Bagi ibu yang telah dijangkiti HIV dan ingin mengandung, rawatan antiretroviral akan diberikan. Selain itu, penjagaan khusus akan diberikan kepada ibu yang dijangkiti HIV semasa mengandung, penjagaan antenatal, semasa kelahiran dan juga selepas bersalin. Penjagaan khusus juga diberikan kepada bayi. 



12) Adakah ibu yang telah dijangkiti virus HIV boleh merebakkan virus HIV kepada bayinya?

Boleh. Virus HIV boleh direbakkan kepada bayi ketika dalam kandungan, ketika melahirkan atau sewaktu memberi susu badan.
Status kesihatan bayi yang baru dilahirkan boleh diketahui melalui ujian HIV PCR dan bayi baru lahir tersebut akan menjalani rawatan susulan setiap 3 bulan sehingga 6 bulan untuk mengenal pastikan status jangkitan HIV.


Sumber DISINI



15 comments:

  1. salam bang, saya nak tanya apakah hiv boleh berjangkit sekiranya darah tercemar itu dimasukan dalam minuman dan diminum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous,

      HIV tak akan berjangkit kalau tercemar atau dimasukan dalam minuman, kuman akan cepat mati bila terdedah kepada ruang udara. Kalau darah yang ada HIV masuk dalam minuman tu ia pasti akan mati cepat. Kalau awak minum pun tak akan berjangkit...:)

      Delete
    2. Bahaya minum darah. Nanti jadi raja bersiung.

      Delete
  2. salam bang, boleh kah HIV berjangkit melalui oral seks,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Anonymous cuba klik dan baca soal jawab mengenai HIV AIDS ni BHG 1, ada soal jawab tentang oral seks ni...:)

      Delete
  3. Anon 4:43, hiv boleh berjangkit melalui seks oral sekiranya dalam mulut ada luka dan hiv boleh tersebar masuk dlm luka tersebut melalui air mazi/mani yg dicemari hiv.

    Untuk cegah drpd jangkitan baik jgn buat langsung krn hukumnya HARAM. Tetapi kalau iman senipis kulit bawang dan tidak rakut hazab Allah tolong gunakan condom wpun untuk seks oral dan jgn bertukar2 pasangan krn kita tak tahu status kesihatan seseorang itu.

    ReplyDelete
  4. Salam admin. Sy nk tya, jika lakukan hubungan seks dgn pelacur dan menggunakan kondon akan tetapi di bahagian berhampiran pangkal zakar yg tidak dilindungi kondom ada sedikit luka kesan melecet akibat menggaru, bleh ke dijangkiti hiv tu jika pelacur tu ada hiv?

    ReplyDelete
  5. Saya pernah berkongsi berus gigi dgn roomate sy. Sy tidak tahu status kesihatan beliau. Adakah sy berisiko?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jangkit hiv tapi kalau dpt jangkitan lain mungkin hep penyakit mulut lain mungkin. wallahuallam

      Delete
  6. Assalam bang...sy nak tanya adakah virus HIV dpt dipindahkan melalui geseran antara zakar dan faraj tapi dlm keadaan berlapik ( ada pakaian luar)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika zakar tak ada luka terbuka dan zakar tak kena bendalir faraj yang ada HIV, maka tak berjangkit...saudara kena hati2 sebaiknya amalkan seks selamat, guna kondom atau sebaiknya elak dr melakukan seks dg pasangan yang kita tak tahu status kesihatan mereka

      Delete
  7. Salam..sy nk tnya sy dlu pnh lakukan hbgan sex dh tdak buat lg prkara tu sy ade wat ujian hiv dan tiada hiv..skrg dh 6 bulan sy x buat sex dgn mne2 org..bleh ke sy dpt hiv? Atau ujian hiv kena check tiap2 bulan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ada, ada atau tidak hiv kena buat ujian hiv selepas 3 bulan dari tarikh akhir aktiviti seks yg dilakukan. Jika kalau lepas 3 bulan awak buat ujian dan didapati negatif, bermakna keputusan tu dah tepat

      Delete
  8. kalau rase kaki mencucuk2 dan sakit sendi adakah petanda hiv?

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST