Tuesday, 1 April 2014

BHG 1 - 12 SOAL JAWAB BERKAITAN HIV/AIDS


1) Bagaimana virus Human Immuno Virus (HIV) boleh merebak? 

Virus HIV merebak melalui:
  • hubungan seks yang tidak selamat (tanpa perlindungan) dengan orang yang dijangkiti HIV (sama ada heteroseksual atau homoseksual)
  • menggunakan semula jarum / alat tajam atau picagari yang telah digunakan oleh seseorang yang dijangkiti HIV
  • ibu yang dijangkiti HIV kepada bayinya semasa kehamilan, proses kelahiran atau melalui penyusuan susu ibu



2) Apakah bendalir badan yang boleh merebak virus HIV?

Bendalir badan yang boleh merebakkan virus HIV adalah seperti berikut:
  1. Darah
  2. Cecair seminal/air mani (dan juga air mazi)
  3. Rembesan faraj
  4. Susu



3) Bolehkah virus HIV merebak melalui seks oral?

Ya, boleh. Jika salah seorang daripada individu tersebut telah dijangkiti virus HIV, pasangannya boleh dijangkiti HIV jika ada ulser atau luka pada mulut semasa melakukannya tanpa perlindungan kondom. Jika tidak tahu status pasangan anda, gunakan kondom. Walaubagaimanapun anda masih lagi terdedah kepada jangkitan virus HIV.



4) Bolehkah virus HIV merebak melalui berciuman/berkucupan/bercumbuan?

Berciuman/ berkucupan/ bercumbuan tidak menyebabkan jangkitan HIV melainkan air liur pembawa HIV yang berciuman dengannya bercampur dengan darah (jika terdapat luka atau ulser pada mulut).



5) Adakah virus HIV boleh merebak melalui gigitan nyamuk?

Tidak. Tidak ada bukti saintifik menunjukkkan bahawa gigitan nyamuk boleh merebakkan virus HIV sehingga kini. 



6) Adakah binatang seperti anjing dan kucing boleh menjadi pembawa virus HIV?

Tidak. Virus HIV tidak boleh merebak melalui binatang seperti anjing dan kucing. 



7) Adakah seseorang berisiko dijangkiti virus HIV sekiranya melakukan hubungan seks tanpa menggunakan kondom?

Ya. Hubungan seks tanpa menggunakan kondom boleh menyebabkan jangkitan HIV. Ini berlaku apabila terdapat perpindahan bendalir tubuh seperti darah dan air mani dari pesakit HIV ke darah seorang yang sihat melalui luka atau sebarang ruang yang membolehkan berlakunya perpindahan tersebut. 



8) Apakah ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan jangkitan virus HIV? 

Terdapat dua kaedah ujian untuk mengesan jangkitan virus HIV iaitu:
  1. Ujian HIV rapid test
  2. Ujian Antibodi HIV yang terdapat di mana-mana klinik atau hospital


9) Adakah kaedah ujian HIV rapid test dan ujian Antibodi HIV tepat?

Kedua-dua kaedah ujian ini mempunyai ketepatan sehingga 99.9% dan pengkhususan sehingga 99.8%. 



10) Sekiranya keputusan ujian HIV adalah negatif, adakah saya bebas daripada jangkitan virus HIV? 

Keputusan ujian HIV yang negatif tidak bermakna tidak ada langsung jangkitan HIV kerana ia boleh mengambil masa sehingga 6 bulan untuk virus HIV dikesan (tetingkap masa / window period). Oleh itu, anda dinasihatkan menjalani ujian sekali lagi dalam tempoh 3 – 6 bulan untuk memastikan status kesihatan anda. 



11) Berapa lamakah tempoh tetingkap masa (window period) untuk virus HIV? 

Tempoh tetingkap masa (window period) yang telah diterima pakai oleh WHO (World Health Organisation) adalah antara 3 – 6 bulan. Ini kerana sistem imunisasi badan memerlukan masa antara 3 hingga 6 bulan untuk menghasilkan antibodi kepada virus HIV tersebut. Justeru untuk keselamatan, anda dinasihatkan memakai kondom setiap kali melakukan hubungan seks dan lakukan ujian saringan HIV. Jika keputusan mengesan virus HIV negatif bermakna anda tidak dijangkiti virus HIV. Sekiranya anda masih mempunyai keraguan, sila berjumpa dan berbincang dengan doktor. 



12) Adakah maklumat individu yang melakukan ujian ini dirahsiakan?

Ya, maklumat individu yang melakukan ujian ini akan dirahsiakan.


Sumber DISINI



No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST