Saturday, 26 April 2014

BARU DISAHKAN HIV POSITIF - SEDIH, TAKUT TETAPI KAMI REDHA

Salam abang Najmi,

Saya baru dapat tahu saya ada HIV ni sejak januari 2014. Kelam kejap. Lepas di diagnosis malam tu saya slow talk dengan parents bagitahu yang saya ada HIV sambil tunjuk result. Malam tu mak tidak boleh tidur. Ayah redha je.. :( 

Kemudian kena lak alergik ubat sebab makan ubat antibiotik. Habis badan saya berparut sampai sekarang. Sejak dapat tahu saya ada HIV, blog abang jadi tempat rujukan saya.

Saya stay dengan family. So kena la berlakon kuat semangat tapi dalam hati ni Tuhan je yang tahu. Saya distract pemikiran supaya tidak fikirkan sangat dengan sibukkan diri. Luckily saya ada seorang kawan yang membantu saya.

Saya mintak tolong dengan dia supaya saya tidak fikirkan sangat benda ni. Kalau tak nanti saya sangat down. Alhamdulillah kawan saya membantu dan beri sokongan. Minggu depan hari kamis CD4 count test result akan keluar.

Saya sangat takut dan tidak bersedia untuk start rawatan HAART. Saya sangat berharap saya tidak perlu start lagi rawatan tu. Boleh minta pandangan dan pertolongan abang?

ANONYMOUS 
19 April 2014



Salam,

Pandangan abang adalah normal bagi semua orang yang baru disahkan ada HIV merasa bimbang tertekan dan sebagainya, pekara ni akan berlarutan dan mengambil masa, mungkin bertahun. Seperti abang dulu jugak, perasaan bimbang yang abang alami sampai hampir 2 tahun. Setiap kali nak ambil darah, nak jumpa doktor nak ke hospital mesti bimbang. Tu belum lagi bila baca banyak kisah tentang HIV dalam akhbar-akhbar, memang takut.

Tapi abang rasa insyaallah akan mengambil masa sikit untuk saudara dapat menerima keadaan diri dengan lebih baik dan tenang. Akan sampai satu hari nanti saudara dah tak rasa diri tu ada HIV, tak takut dan tak bimbang dah.

Macam abang pada hari ni alhamdulillah dah tak rasa apa-apa, seolah-olah abang tidak ada HIV, makan-makan jugak ubat dan tahu ubata tu ubat hiv tapi dah terbiasa.

Kalau doktor nasihat makan ubat, saudara jangan takut, makanlah sebab dengan makan ubat tu akan membantu saudara dapat jalani kehidupan dengan lebih baik. Biasanya kalau CD4 dah sekitar 300 doktor akan suruh start makan, makan ubat pada ketika CD4 masih tinggi banyak kelebihannya, bila dah makan nanti CD4 akan cepat naik. Tidak macam abang dulu, start makan semasa CD4 abang hanya 12, so sekarag baru 218, peningkatan sikit-sikit aje.

Jangan risau, jika dah sampai waktu kena makan ubat, saudara makanlah, usah bimbang. Dalam dua tiga hari ini terdapat 2 orang rakan abang kat FB yang beritahu mereka baru sahaja mula makan ubat.

Makanlah jangan risau, semua itu untuk kebaikan saudara jugakkan, kalau tak makan nanti bila CD4 jatuh senang dapat penyakit berkaitan AIDS, nanti mak ayah saudara akan bertambah risau pulak.

Lagi satu ada juga PLHIV yang dah bertahun masih tak makan ubat sebab CD4 mereka masih tinggi. Petua utama yang abang tahu ialah jangan stress, kena excersice. Apa pun abang harap CD4 saudara masih tetap tinggi dan tidak perlu makan ubat lagi tapi kalau rendah abang harap saudara dengar nasihat doktor tu ya. - Naj Mi 


Semoga awak tenang, Remy baru ja mula HAART 3 Mac 2014 yang lalu, diagnosed pada Nov 2013.alhamdulillah keyakinan untuk terus hidup semakin tinggi. Sekarang ni tak nampak yang saya sakit. RVD ni saya anggap macam teman yang setia sampai hujung nyawa. Positifkan diri, benda lepas usah di kenang kita bina bersama masa depan yer. - Remy Care


KISAH ANONYMOUS DIATAS BOLEH DIBACA DENGAN LEBIH DETAIL DIDALAM ENTRI YANG BERTAJUK, "EFF - MY HIV STORY"



Salam,

Saya kena gagahkan diri jumpe infectious specialist kat UMMC. Saya pun positive. Baru nak plan jumpa esok. Baru dapat tahu tadi bila buat medical check up for employment. Rasa sedih sangat. Tapi saya redha.

ANONYMOUS
(seorang lelaki)
17 April 2014
7.55 PM



Ok usah risau dan jangan sedih, ok tak ada apanya. Walaupun positif kita masih boleh jalani hidup macam orang lain. Ok aje.

Kalau ada apa-apa boleh tanya abang. Yang mana abang tahu abang akan jawab. Yang penting saudara jangan risau. Beza antara kita dengan mereka yang sihat tu, kita positif ni kenalah lebih sikit mengambil berat dalam hal penjagaan kesihatan dan kena biasakan diri selalu buat rawatan di hospital. Jumpa doktor. Ambil darah. Kalau keadaan kita baik. Maybe jumpa doktor setahun sekali aje.

Apa-apa tinggalkan message. Jangan risau k - NajMi




No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST