Monday, 7 April 2014

AZLAN - DISAHKAN POSITIF HIV SELEPAS KALI 13 MENDERMA DARAH

Orangnya ramah dan penuh berkeyakinan. Ketika kali pertama bertemu Azlan, 24, (bukan nama sebenar) kelihatan seperti lelaki normal yang lain. Tiada riak kesedihan atau kekecewaan pada wajahnya sebaliknya dia begitu teruja kerana dapat berkongsi pengalaman sebagai penghidap HIV sejak dua tahun lalu.

photo hanya hiasan

Menceritakan bagaimana boleh dijangkiti virus itu jelas Azlan dia sendiri tidak pasti kerana sebelum ini dia tidak pernah melakukan hubungan terlarang atau seks bebas. Cuma beberapa tahun lalu dia pernah dimasukkan ke wad dan menjalani pemindahan darah. Dia sendiri tidak pasti apakah itu puncanya. Namun semuanya bermula apabila dia yang gemar menderma darah dihubungi Pusat Darah Negara untuk datang ke sana.

"Sejak remaja saya memang suka menderma darah dan selepas kali ke-13 menderma, saya dihubungi Pusat Darah Negara meminta saya ke sana untuk pengesahan lanjut. Berdebar dan takut semuanya bermain di fikiran kerana kebiasaannya hanya individu yang menghadapi masalah saja akan dipanggil.

"Saya diminta menjalani ujian darah kali kedua kerana ada sesuatu yang meragukan. Selepas ujian dibuat hasilnya saya didapati dijangkiti virus HIV. Saya tidak percaya dan menganggap ia satu kesilapan. Namun, selepas dirujuk ke hospital hasilnya tetap sama - saya positif HIV.

Ketika itu terasa dunia menjadi gelap gelita. Pelbagai persoalan bermain di fikiran. Mengapa saya harus menerimanya bukan orang lain? Bagaimana masa depan, keluarga, kerjaya dan kematian yang semakin menghampiri," katanya yang mengambil cuti dua minggu untuk menenangkan fikiran.

Tanpa memberitahu sesiapa Azlan mendapatkan maklumat mengenai HIV di Internet dan dari situ dia mula memahami mengenai penyakit ini. Dia juga berkunjung ke Majlis AIDS Malaysia untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan bertemu dengan ramai HIV positif sepertinya. Dari situlah dia membina keyakinan diri dan belajar menjadi lebih positif.

Walaupun sehingga kini keluarga masih tidak mengetahui mengenai status dirinya, namun Azlan akan memberitahu mereka apabila tiba masa yang sesuai. Jika tertekan dia berkongsi masalah dengan rakan serumah serta rakan HIV yang sama.

"Memang tidak ramai yang tahu saya ada HIV termasuk rakan sekerja. Saya tidak mahu mereka ada persepsi negatif terhadap saya. Lagipun saya dapat menjalani kehidupan dan bekerja sama seperti orang lain. Lebih penting virus ini tidak boleh dijangkiti dengan mudah hanya menerusi pergaulan atau perkongsian barang," katanya.

Dia yang menjalani rawatan secara konsisten di Hospital Sungai Buloh mengakui proses rawatan bagi penghidap HIV adalah sangat penting. Ini kerana HIV berkaitan dengan sistem ketahanan badan, jika lemah bermakna penyakit senang dijangkiti melaluinya. Menerusi pengambilan ubat-ubatan secara berkala ia mampu menguatkan sistem antibodi seterusnya meningkatkan sel CD4 iaitu sel darah putih atau limfosit iaitu antara bahagian yang penting dalam sistem kekebalan tubuh manusia.

Azlan juga mengubah gaya hidup menjadi lebih positif secara bersukan dan mengambil makanan berkhasiat. Emosi turut memainkan peranan dalam kesihatan individu HIV positif. Sekiranya sering tertekan dan bersedih, paras CD4 akan menurun. Oleh itu penghidap HIV perlu sentiasa berada dalam keadaan tenang dan ceria.

Bagi Azlan penghidap HIV juga sama seperti orang lain yang boleh menjalani kehidupan normal. Mereka boleh bekerja dan berkeluarga asalkan mendapatkan rawatan dan tahu cara mengelak daripada menjangkiti pasangan dan anak. Apa yang penting adalah kemahuan untuk berubah seterusnya menjalani gaya hidup sihat.

"Jika diikutkan tiada sesiapa yang ingin melaluinya. Namun kita harus berbalik kepada ketentuan, qada dan qadar Tuhan. Mungkin inilah cara kita mendekatkan diri kepada Allah. Jika dulu amalan kita kurang atau langsung tidak pernah melakukan ibadat inilah masanya kita memperbanyakkan amalan solat dan membaca al-Quran.

"Kini saya lebih positif dan langsung tidak merasakan yang saya adalah penghidap HIV. Saya bekerja seperti biasa, bertemu pelanggan, membuat acara atau majlis untuk syarikat. Apa yang penting sentiasa positif dan mendapatkan rawatan berterusan," katanya yang menasihati remaja HIV supaya mendapatkan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai serta menjalani gaya hidup sihat.


Sumber Disini


No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST