Wednesday, 2 April 2014

AIREL +VE HIV - SAYA JADI PENDENDAM APABILA DITINGGALKAN FIQ

Assalamualaikum abang NajMi, 

Saya ingin berkongsi sedikit pasal kehidupan saya sepanjang terjebak dalam dunia gay and akhirnya mendapat virus HIV. 

photo hiasan

Saya AIREL (bukan nama sebenar). Naluri songsang and sukakan kaum sejenis memang ada dalam diri saya sejak kecil lagi, tapi untuk mendapatkannya memang tiada jalan sehinggalah saya membuka laman sosial (face book). Semenjak dari adanya akaun facebook saya menjadi sedikit liar sehinggakan dalam seminggu 3 orang saya bertukar pasangan. Al-maklumlah dilahirkan dengan rupa yang sempurna.

Tetapi setelah mengenali seorang hamba allah nie, sedikit sebanyak saya merubah menjadi seorang yang setia biarpun setia dalam hubungan yang tidak di redhai Allah.

Fiq (bukan nama sebenar) seorang yang amat sempurna di mata sesiapa yang memandangnya baik dari segi percakapan dengan orang sekeliling mahupun dalam bab agama.

Sebulan saya mengenali Fiq, sudah cukup membahagiakan diri saya, tapi ibarat kata pepatah "ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahhari". Setelah sebulan mengenali Fiq akhirnya saya jatuh sakit and telah di masukkan ke hospital. Setelah di rawat selama sebulan doktor ingin meminta kebenaran untuk mengambil ujian darah HIV. Setelah 2 kali darah diambil ternyata saya disahkan positif HIV dan saya terpaksa mula mengambil ubatan HAART.

Dunia seakan kelam setelah saya mendapat tahu keputusan ujian darah tersebut. Pada masa itulah Fiq mula berterus terang yang dia juga mempunyai kuman HIV.

Ubat HAART bukanlah satu ubat untuk mematikan kuman tetapi hanya untuk melemahkan kuman. Tidak semua orang akan sesuai dengan ubat HAART. Keadaan saya menjadi lebih parah apabila ubat HAART pertama dan kedua yang diberi tidak sesuai dengan tubuh saya sehingga mengganggu hati (liver).

Alhamdulillah ubat ketiga sesuai dengan saya. Pada awalnya saya memang tidak dapat terima hakikat kenapa Fiq menganiaya diri saya sedangkan dia tahu yang penyakit itu boleh berjangkit tetapi alasan Fiq sebab dia sayangkan saya and dia berjanji akan tetap menjaga saya sampai bila-bila. Dan dia berjanji tidak akan tinggalkan saya.

Sepanjang di ward Fiq banyak jaga saya sehinggakan keluarga saya sendiri tidak payah susah-susah nak menunggu saya diward hospital sebab Fiq dah minta kebenaran untuk menjaga saya. 

Setelah saya keluar daripada hospital Fiq mendapat tawaran kerja di KL and pada masa itu saya pun sudah sihat untuk kembali berkerja di tempat lama.

Setelah saya and Fiq berjauhan macam-macam yang terjadi diantara kami berdua. Pantang bermesej pasti kami bergaduh. Semakin hari saya semakin makan hati dengan sikap Fiq. Sampai satu hari tu saya mendapat satu mesej yang Fiq mintak maaf sebab tidak dapat menjaga saya lagi kerana dia dah ada orang lain sebagai penganti. Luluh hati ini apabila mendapat tahu Fiq tinggalkan saya kerana orang lain.

Semenjak dari hari itu saya menjadi seorang yang pendendam dengan gay. Setiap kali membuka akaun face book dan apabila ada yang ajak bersama saya tidak akan tolak sebab saya nak semua dapat sama macam yang saya dapat.

Tapi itu dulu. Sekarang ini pun saya sudah mendapat pengganti yang baru and rahsia HIV di dalam darah saya, saya rahsiakan dari pengetahuannya.

Untuk pengetahuan abang Naj Mi "kapel" saya sekarang tunangan orang and menunggu masa untuk mendirikan masjid tapi dalam masa yang sama dia tetap mahukan saya. Rasa bersalah memang ada tapi saya sangat sayangkan dia, saya harap dia tak tinggalkan saya.

Sesekali terfikir betul kata orang "gay semua sama" termasuk saya sendiri. Karma akan kembali kepada kita kembali. Saya akui saya dah tewas di bumi Tuhan and tidak ada apa lagi yang membuatkan saya tenang selain daripada mati..itu pasti..!

Saya akhiri dengan ucapan maaf sekiranya abang Naj Mi kurang faham dengan kisah saya ini. Susah nak bercerita dengan huruf berbanding kata-kata ni. Apa-apa pun saya akhiri dengan ucapan terima qaseh.

(hivdidalamdarahaku) bisakah aku hidup dengan airmata yang tidak henti-henti membasahi pipi ku ini.


AIREL
(bukan nama sebenar)





Salam AIREL,

Hidup mesti diteruskan, walaupun apa yang berlaku dalam hidup kita, kita kena hadapi semua itu dengan bijak. Jangan lakukan sesuatu yang tidak baik, apa tah lagi cuba mengainayakan orang lain.

Abang selalu kata tak perlulah kita nak ber"kapel-kapel" ni kepada sesiapa sahaja yang bertanya pendapat abang mengenai "berkapel", sebab biasanya perhubungan songsang ni selalunya tidak akan bahagia sampai penghujungnya. Sebagai yang beragama Islam kita kena percaya bahawa aktiviti songsang ini adalah salah disisi Nya.

Mempunyai naluri songsang dan mendapat HIV merupakan ujian Allah kepada kita, jadi kita kenalah hadapi dengan berfikiran positif. Pasti ada hikmah disebalik kenapa kita dijadikan gay dan kenapa kita mendapat HIV. Jika kita boleh berfikir dengan baik dan tidak berfikir mengikut perasaan insyaallah, pasti kita akan dapat jawapannya. Pastinya sesuatu yang menguntungkan diri kita disisiNya.

Benar siapa yang tak nak bercinta, semua orang nak ada kekasih tapi biarlah kekasih yang berlainan jenis, berkasih dengan sesama jenis itu sememangnya sangat salah disisiNya. Nasihat abang kepada Airel usah lah berkapel lagi, Airel kena jaga diri sendiri jika nak bercinta, bercintalah pada Allah dan Nabi Muhammad saw. Perbanyakkan berselawat dan membaca buku mengenai kisah hidup rasullullah insyaallah akan terbit rasa kasih sayang kita kepada beliau, sayang kasih kita kepada rasululullah semuanya kerana Allah.

Buat masa ini Airel kena jaga diri baik-baik, jaga kesihatan dan elak dari berhubungan seks dengan berbilang pasangan tanpa perlindungan (tidak selamat), sebab Airel kena elak diri dari mendapat jangkitan HIV kali ke dua. Sebab jika Airel mendapat jangkitan HIV kali ke dua daripada orang lain berkemungkinan kuman HIV pasangan itu apabila bergabung dengan kuman HIV dalam tubuh Airel akan menyebabkan kuman dalam tubuh Airel akan berubah. Dan jika ubatan HAART yang selama ini Airel makan mujarab, apabila mendapat jangkitan kali ke dua boleh menyebabkan ubatan HAART yang dimakan akan menjadi tidak berkesan lagi. Dan bahaya sekiranya Airel terpaksa menukar kepada ubatan diperingkat ke dua dan seterusnya peringkat ke tiga. (ubatan peringkat ke dua dan ke tiga pesakit kena bayar dan keberkesanannya belum tentu berkesan dengan baik).

Mati? Akan bahagiakah kalau kita mati? cukupkah segala amal ibadat dan pahala yang hendak kita bawa bersama kelak? Kena ingat kita sebagai umat Islam tidak dibenarkan berdoa untuk mati. Apatah lagi kalau mengambil nyawa sendiri itu akan membawa kita terus masuk ke lubang neraka. Belum sempat ke neraka kita akan diseksa dulu di alam kubur. Sepatutnya Airel kena perbaiki diri, beramal ibadat semampu mungkin bagi persediaan untuk kesana apabila dijemput kelak. Yang pasti mati tidak akan membuatkan orang seperti kita (pelaku maksiat) berasa tenang, pasti akan lebih mengelupur nanti disana. So sebaiknya apa yang sudah berlaku lupakanlah, usah berdendam lagi.

Mungkin sukar tapi abang berharap Airel tinggalkan lah tunangan orang itu, walaupun sayang walau macam mana sekalipun usahlah mengainaya dia dan bakal isterinya itu. Sebenarnya abang faham apa yang Airel rasai pada hari ini, kehidupan kita tidak jauh bezanya, yang penting Airel kena berfikiran positif dan teruskan kehidupan tanpa berkapel-kapel lagi, kena jaga diri sendiri baik-baik, berusaha dekatkan diri kepadaNya dan juga jaga kesihatan sendiri. - Naj Mi




22 comments:

  1. Salam Ariel. Saya rasa begitu terharu membaca cerita Ariel ni. Kalau Ariel laporkan kepada pihak berkuasa sudah tentu Fiq boleh dipenjaran. Memang bahaya orang mcm tu kerana dia tahu yg dia ada hiv dan masih tidak ambil perlindungan ketika mengadakan hubungan seks. Saya rasa Ariel wajar laporkan kepada pihak berkuasa kerana jika tidak fiq akan terus sebarkan virus hiv kepada orang lain.

    Untuk Ariel pula rasa jgn lihat ke belakang tetapi pandanglah ke hadapan. Jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran berguna dlm hidup Ariel. Satu perkara yg kita sebagai muslim wajib percaya adalah setiap apa yg berlaku kepada Ariel adalah qada dan qadar drpd Allah. Ia telah tertulis sebelum Ariel wujud lagi.

    Saya sangat yakin yang Ariel akn dapat lalui ujian ini. Ariel seorang yg tabah. Jgn sekali2 biarkan virus hiv kawal Ariel sebaliknya Ariel lah yang kawalnya. Jgn sekali2 benarkan hiv menentukan hidup Ariel. Dgn adanya rawatan skrg insya allah Ariel dapat jalani kehidupan seperti insan normal yang lain.

    Bila Ariel sebut yg Ariel terpaksa mkn 3rd line ubat..Alhamdulillah ubat tersebut berkesan. Cuba lihat di Afrika dan negara2 dunia ketiga yg lain jgn kata 3rd line..diaorang 1st line ubat pun takder.

    Saya harap Ariel terus bersifat positif dalam menjalani hidup ini. Ariel kena patuh dgn ubat yg dimakan tu yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Tentu sukar nak lapurkan pada polis, walaupun tindakan tersebut mungkin baik. Mungkin banyak bukti perlu kita sediakan. Nak tuduh orang yang kita sayang pulak tu. Benda telah berlalu ya benar yang penting Airel kena terus positif dan patuh dengan ubat yang makan tu...:)

      Delete
  2. Najmi, biasanya ubat 2nd line jauh lebih baik dan berkesan drpd 1st line. Ubat 3rd line lebih baik, berkesan dan mahal berbanding 2nd line. Tetapi skrg ni kalau kat US atau UK atau negara2 maju yg lain combination ubat mmg byk. Insya allah, kalau yg first bg side effects yg teruk terutamanya pada vital organs doktor akn tukar kpd combination yg lain pulak.

    Yang terbaru saintis menjumpai virus hiv jenis baru di sebuah negara Afrika ni. Sangat agresif. Virus ni cuma ambil masa 5 tahun utk lumpuhkan sistem pertahanan badan seseorang. Sungguhpun begitu ia tetap tunduk kpd rawatan yg ada skrg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous,

      Terima kasih dengan info yang diberi....

      Delete
  3. Kesiannya, xyah lah sampai nak jangkitkan HIV kat orang lain. Kepada gay2 yang belum terjebak di luar sana, jangan mudah termakan janji-janji manis.

    ReplyDelete
  4. Tengah migraine baca ni, MasyaAllah, ariel. Sedihnya...Mungkin senang nak cakap redhalah Ariel tapi mungkin tengah cuba redha sekarang. Moga Ariel tenang...Akak rayu Ariel stop aktiviti berisiko & dengar nasihat abg Najmi. Kalau sudi jom kita berkawan baik....

    ReplyDelete
  5. salam anon, klu ko ckp lapor pd polis tentu settle masalah, tapi x jugak, takut tambah masalah, ko tengok jee aku, tersepit dlm keadaaan ntah apa2. bila exbf (bagi aku) dtg ambil aku smula, aku terpaksa ikut. klu aku ambil tindkan undang2, bukan aku saja yg akan malu, bagaimana ngn family dan kluarga bakal ister, tentu jadi haru biru. jujurnya aku amat sayang dan cinta tunang aku, sai tu aku boleh buang dia. kini aku hanya mampu berdoa dan berserah pada takdir. mungkin ini dilema yg terpaksa dihadapi oleh pasangan jika berniat utk mengambil tindakan undang2 dan akhir terpaksa membiarkan begitu sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JAZZLEE,

      Benar bukan mudah nak report polis, masyarakat kita masih belum terbuka mengenai masaalah ini, silap haribulan kena pulau dikutuk sepanjang hayat kita. Kalau seorang gay dirogol oleh lelaki lain pun susah nak dilapurkan, silap haribulan polis akan kata sikit sebanyak salah kita juga. Apa tah lagi bila ianya berkaitan seks suka sama suka (antara kita dg BF kita kan)

      Tapi sebaiknya buat lapuran. Apa pun bergantung kepada keyakinan kita sama ada mampu melakukannya atau tidak. Kalau saya berada di tempat Airel pun, rasanya akan diam diri juga, takut nanti muka terpapar dalam muka hadapan HARIAN METRO. Tapi jangan lah disebab BF jangkit HIV pada kita, kita nak berdendam dg orang lain pulak, orang lain tak salah.

      Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya....:)

      Delete
    2. Jazlee, saya doakan semoga Allah berikan kekuatan untuk lalui ujian ini. Mmg betul, bukan senang nak tinggalkan orang yang kita sayang.

      Delete
    3. Najmi..buat laa gathering untuk peminat2 setia blog najmi yg melangut kat sini hari2. Hihi. Najmi saya rasa boleh ganti Oprah Winfrey.

      Saya rasa najmi telah berjaya "memanusiakan" hiv/aids dengan berkongsi kisah2 mereka yang diuji dgn virus ini. Kisah2 yg najmi kongsikan membuatkan mereka yg sebelum ini prejudis disebabkan kurang maklumat yg betul ttg hiv/aids mungkin mengubah persrpsi mrk terhadap mrk yg menghidap hiv/aids.

      Blog yg najmi wujudkan ini juga mungkin telah menyelamatkan mereka yg baru dapat tahu yg diri dijangkiti hiv dan krn takut dan panik mungkin bertindak utk membunuh diri ttp apabila mendapat maklumat dan membaca kisah2 yg dikongsi mungkin mrk telah mengubah fikiran.

      Saya doakan agar najmi diberikan kesihatan yg baik oleh Allah swt.

      Delete
    4. Anonymous,

      Hahaha...abg tak berani nak berdepan bersua muka dg orang lain, abg hanya yakin beri nasihat (mana yang abg mampu) hanya disebalik blog ni aje. Kalau gathering nanti mulut jadi kelu heeee...Alhamdulillah kerana mendoakan saya...:)

      Delete
  6. Ariel: Dendam x akn menyelesaikn masalah. Kepuasannya hanya bersifat sementara. Lapangkn hati yg masih marah. Semua kata2 abg Najmi dn teman2 yg lain ada benarnya. Yg penting mulakn 'langkah pertama' , insyaallah langkah seterusnya akn dpermudahkn.

    Jazlee: Jangan berhenti berdoa, sy juga berharap ada jalan keluar atas kesulitan yg saudara hadapi. Aminn.

    Haikal

    ReplyDelete
  7. Plg sedih tgk pt yg muda da kena hiv then kene pulak ngan cerebral toxo & jd bedridden.at least dpt tau awal sebelum kene advanced rvd lg better

    ReplyDelete
  8. Salam saudara
    Harap jangan sebar kan hiv kepada tunangan orang itu atau sesiapa lagi dah
    Andai anda buat juga
    Anda memang manusia tak guna
    Maaf andai kasar bahasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Sebenarnya ada beberapa ayat, kata-kata yang diluahkan oleh saudara Ayien kepada saya yang sekiranya jika saya siarkan boleh mendatangkan kemarahan pembaca kepada Ayien, saya tidak siarkan. Saya harap Ayien boleh terima nasihat yang saya berikan kepadanya melalui message peribadi antara kami berdua.

      Delete
  9. Salam abang najmi
    Ada pernah buat bareback bulan 8 tahin lepas. Saya jadi bottom
    Sejak tu saya sangat takut dapat hiv

    Saya dah buat hiv rapid test bulan 2 dahulu. Negative
    Kemudian saya ulang balik sebulan kemudian. Bulan 3. Juga negatif

    Adakah saya totally bersih dari hiv sebab saya check bulan 2 aritu dah dalam 7 bulan dari tarikh saya buat seks tanpa kondom..

    (Selepas tu tiada langsung hubungan seks mahupun oral dengan sesiapa pun)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous,

      Bareback tu dah lama berlaku 8 tahun, sekiranya saudara telah dijangkiti HIV dan tidak menerima rawatan abg pasti selepas 5 atau 6 tahun kemudian saudara pasti telah alami AIDS, pasti sudah terlantar dihospital sebab akan mengalami beberapa penyakit berkaitan AIDS.

      Selepas 8 tahun saudara masih sihat, malah ujian HIV pada 3 bulan lepas menunjukan negatif,maka SAH lah yang saudara TIDAK ada HIV....Ya saudara bersih, mungkin pasangan yang saudara main dulu juga tidak ada HIV, jika kedua2nya tidak ada HIV maka tidak akan berlaku jangkitan

      Wallahuallam...:)

      Delete
    2. Maaf2.. typo.. guna smart phone.. saya nak cakap bulan ogos tahun lepas...

      Ogos 2013: seks
      February 2014: hiv rapid test negative
      March 2014: hiv rapid test negative

      Adakah ini bermakna saya bebas?

      Delete
    3. Salam,

      Ujian selepas 3 bulan dari akitiviti berisiko itu adalah konkrit dan tepat. Bermakna ujian selepas 6 bulan yang saudara lakukan tu ada lah tepat. Yang penting dalam masa 3 bulan atau dalam masa 6bulan itu saudara tidak ada lagi terlibat dalam sebarang aktiviri berisiko. Jika ada bermakna saudara kena lakukan proses ujian dari mula.

      Delete
    4. Kalau dah buat rapid test dan hasilnya non reactive maksudnya saudara bebas. Mcm abg najmi ckp laa dik kalau pasangan adik takder hiv mcm mana pula ia nak berjangkit. Tapi yg bahayanya bg mrk yg amalkan seks bebas adalah kemungkinan utk dpt hiv adalah tinggi sbbnya kita tak tahu siapa yg jadi pembawa krn mrk kelihatan sihat seperti insan normal yg lain dan mungkin juga mrk sendiri pun tak tahu yg mrk positif hiv.

      Oleh itu jgn amalkan seks bebas. Kalau dah tak mampu nak tahan nafsu sgt cuba berpuasa dan kalau tetap tak mampu juga dan nak main juga tolong laa pakai kondom wpun utk seks oral. Virus hiv ada dlm air mazi/mani penghidap. Tetapi ia tidak ada dlm sperma. Adik kena tahu betul2 mcm mana hiv berjangkit yer.

      Delete
    5. Hmm tapi aritu ada aja pt yg wat rapid test negative but hantar ke lab positive..tp awk da 2 kali negative ...insyaallah tak da apa2

      Delete
  10. Pintu taubat dlm islm sntiasa tbuka.xkira besar mana dosa,brapa kali ia di ulangi..jangan bputus asa dr rahmat Allah..../wahai hamba-hambaku yg telah mlmpaui batas thdap dri mreka sndri,jgn lah kamu berptus asa dengan dr rahmat Allah,ssungguhnya Allah mgampunkan sgala dosa,ssunguhnya Dia lah yg Maha Pengampun lg Maha Mengasihi-surah az zumar ayat 53

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST