Thursday, 3 April 2014

AIMAN AHMAD - APA GUNA WAJAH MENARIK, JAWATAN BAGUS TETAPI TIADA NAFSU KEPADA GIRL

Assalamualaikum Abang Najmi. 

Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri saya, nama saya Aiman Ahmad. Saya berumur pertengahan 20an dan berkerja dalam di bidang profesional itu sebagai seorang peguam. Saya ingin ada beberapa perkara yang amat saya risau berkenaan masa depan saya.
 
Photo hanya hiasan

Terlebih dahulu saya ingin menyatakan bahawa saya adalah seorang gay. Sejak kecil saya suka berkawan dengan semua orang lelaki atau pun perempuan. Saya perasan saya mempunyai naluri sonsang ini sejak usia 5 tahun dimana saya mula suka kepada jiran lelaki saya yang berusia 2 tahun  lebih tua daripada saya semasa kita sama-sama bermain hujan sewaktu kecil.

Perwatakan saya adalah sama seperti lelaki lain, suka aktiviti lasak, masuk hutan dan sebagainya. Alhamdulilah sekarang saya dikelilingi kawan-kawan lelaki yang straight sebab saya memang suka berkawan dengan mereka dan kami memang rapat seperti adik beradik. 

Alhamdulillah saya dikurniakan wajah yang kacak (bukan nak riak) sejak zaman universiti ada classmate atau rakan sekolej yang memuji saya samada lelaki ataupun perempuan. Hingga sekarang ada rakan-rakan kerja samada lelaki atau perempuan yang puji saya wajah saya termasuklah kerani-kerani.

Untuk pengetahuan abang Najmi disebabkan perwatakan normal saya, ada kawan-kawan gay (yang saya kurang rapat) yang tidak dapat mengesan orientation saya dengan menggunakan "gaydar" dia orang. Boleh bayangkan camna perwatakan saya. 

Ok, berbalik kepada apa yang saya hendak dapatkan pandangan sesiapa di luar sana,

Sebelum ni hampir 4 tahun saya mempunyai seorang teman wanita (terus terang saya sukakan dia pada pandangan pertama) dan dia merupakan junior saya. Hampir empat tahun bercinta, memang kami tidak pernah keluar "dating" seperti pasangan yang lain ke pusat-pusat membeli belah, tengok wayang dan sebagainya. Mungkin disebabkan dia perempuan yang baik, dia pernah cakap masa mula-mula saya approach dia, dia kata  tak akan keluar dating dengan saya sebab nak habiskan belajar dahulu. Kami cuma berhubung melalui SMS dan kami hanya keluar makan di sekitar pusat pengajian sahaja (itulah 'dating' kami). 

Dalam tempoh perhubungan selama 4 tahun sudah 2 kali kami "putus cinta". Kali pertama saya yang minta putus, kemudian sambung dan kali kedua dia yang minta (mungkin sebabkan saya tidak mempunyai nafsu dekat perempuan, jadi saya tidak bersungguh-sungguh dalam bercinta, walaupun secara ikhlasnya saya memang hendak memperisterikan dia).

Secara jujur saya memang menyukai perempuan yang mempunyai stail. Saya suka perempuan bertudung yang mempunyai stail. Bekas teman wanita saya ni memang cantik walaupun dia hanya berbaju kurung ke kuliah, sopan dan menutup aurat walaupun tak stailo seperti perempuan-perempuan lain. Kadang-kadang terdetik juga di hati saya nak dia berpakaian seperti  perempuan-perempuan berhijab stailo yang lain. 

Sekarang ini saya tahu bekas teman wanita saya masih sukakan saya, tapi saya tidak tahu samada saya hendak teruskan atau tidak perhubungan ini disebabkan saya tidak ada nafsu dekat perempuan (kawan-kawan saya cakap saya bodoh sebab putuskan hubungan dengan bekas awek saya tu, iaitu pada kali pertama saya minta putus). 

Secara jujurnya walaupun Miss World berbogel depan saya sekali pun, saya yakin saya tidak akan terangsang walaupun sedikit. Namun saya berkeinginan mempunyai anak seperti kawan-kawan saya yang lain. 

Saya pernah terbaca dalam artikel abang Najmi sebelum ini, jangan kahwini wanita kalau tidak ada nafsu, nanti akan menganiayai wanita tersebut. Jadi apakah yang saya lakukan? Saya teringin mempunyai anak-anak macam orang lain, setiap kali saya ke mall apabila ternampak pasangan suami isteri yang membawa anak-anak kecil bersama, saya mempunyai rasa cemburu dan saya juga mempunyai angan-angan untuk memasak bersama-sama isteri saya nanti.

Saya acap kali terfikir bagaimanakah mereka yang senasib dengan saya ingin merasai nikmat seks sedangkan kami diharamkan melakukan seks songsang. Namun untuk berkahwin dan melakukan seks sudah semestinya semakin membuatkan kami lebih menderita kerana itu bukan kenikmatan yang kami inginkan. 

Sejak zaman universiti saya suka tengok kawan-kawan atau kenalan lelaki yang handsome hingga sampai satu tahap ingin mengetahui semua perkara mengenai mereka. Tapi kalau mereka tu perempuan, sudah lama saya approach, tapi malangnya mereka sejantina dengan saya, seksanya ada perasaan ini hanya Allah yang tahu. 

Alhamdulilah, saya tidak pernah terlibat dengan seks sonsang kerana saya dikelilingi kawan-kawan yang straight dan sebab saya tahu Nabi Muhammad S.A.W tidak akan mengaku umat kepada mereka yang melakukan liwat, saya perlukan syafaat Nabi Muhammad nanti. Saya bukan malaikat, jadi saya kerap kali melepaskan keinginan itu dengan melayari laman web gay dan beronani (berdosanya saya).

Abang Najmi,

Adakah saya perlu menjadi pentingkan diri sendiri untuk mendapatkan anak dan berkahwin dengan bekas teman wanita saya? (saya tahu dia masih mempunyai perasaan terhadap saya). Sedangkan saya tidak bernafsu terhadapnya walaupun saya memang suka sikap dia yang sabar dengan perangai saya. Saya memang ikhlas dengannya dan jujur untuk memperisterikannnya, tapi saya takut malam pertama nanti (jika kami ada jodoh) saya punya %@*& tak berfungsi apabila hendak bersama dengannya. 

Namun pada masa yang sama hingga kini saya masih mempunyai nafsu dekat lelaki. Pernah terdetik di hati apa guna mempunyai wajah yang ok, mempunyai pekerjaan yang agak bagus jika tidak mempunyai nafsu dekat perempuan. Saya ingin sekali merasa bagaimanakah perasaan seseorang lelaki yang straight rasa apabila melihat payudara ataupun punggung wanita (maaf menggunakan ayat yang kurang sopan). Bila lepak-lepak dengan kawan lelaki dan bercakap mengenai perempuan saya hanya berpura-pura seolah-olah saya juga merasai apa yang mereka rasa, padahal saya memang tidak rasa apa-apa. 

Sejak dari saya remaja hingga sekarang tidak putus-putus di dalam solat saya, saya panjatkan doa minta Allah bukakanlah nafsu saya untuk perempuan, andaikata Allah tidak mahu membuka nafsu saya untuk perempuan, tutuplah nafsu saya untuk lelaki supaya saya tidak terus melakukan dosa-dosa dengan melihat gay porn. 

Diminta siapa-siapa diluar sana yang mempunyai masalah seperti saya boleh kongsi pengalaman anda. Semoga Allah membalas jasa baik kalian.


AIMAN AHMAD




Salam AIMAN AHMAD,

Persoalan yang utama apabila kita kaitkan seorang gay yang hendak berkahwin, pertama sekali; mampukah lelaki yang mempunyi naluri songsang itu memberi kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada isteri, dan beri nafkah batin. Ini dua pekara yang utama. Ya ada gay yang boleh beri nafkah batin (mereka mungkin bersifat biseksual) tapi masih main luar. Ada gay yang boleh beri kasih sayang tapi tidak boleh memberi nafkah batin. Sebab itu abang selalu kata kahwin apabila kita benar-benar yakin dan mampu memberi kebahagian kepada isteri serta yakin dan mampu kita tidak akan terlibat lagi dengan aktiviti songsang.


Aiman ada keyakinan seperti itu?, fikir betul-betul sebelum ambil keputusan hendak berkahwin. Bayangkan boleh ker Aiman bersama isteri dikatil melakukan persetubuhan nanti? Bagaimana perasaan Aiman apabila siisteri tu nanti mula melondehkan pakaian dan apa perasaan Aiman apabila memaksa diri menanggalkan pakaian nanti? Bolehkah Aiman rangsangkan nafsu diri itu nanti?

Sebenarnya ramai gay yang suka pada perempuan, suka melihat perempuan cantik sambil memuji-muji kecantikan mereka, suka tengok wajah Siti Nurhaliza, suka wajah Che Ta, tak jemu apabila melihat Nelofa. 

Malah suka tengok pelakun wanita didalam video porn yang sedang beraksi. Adakala kita akan fikir aku pun boleh buat seperti aksi-aksi dalam porn itu TAPI hakikat sebenarnya jika pelakun-pelakun porn macam ni berbogel depan kitasekali pun, mungkin kita akan rasa geli geleman. (maaf ayat saya ini sebab ini lah hakikat yang akan dirasai semua gay terutama yang tegar)

Abang rasa Aiman bukan seorang biseksualkan, tapi walaubagaimana pun alhamdulillah sebab Aiman masih tidak pernah terlibat dengan sebarang aktiviti songsang, sebab sekiranya Aiman pernah terlibat pasti susah lagi Aiman nak berubah kawal diri.

Bila seseorang tidak pernah terlibat dalam aktiviti songsang, mungkin ada kelebihan pada diri mereka, sekiranya mereka hendak mendirikan rumah tangga kelak. Mungkin pada permulaan awal perkahwinan Aiman kena paksa diri untuk bersama dengan isteri insyaallah lama kelamaan Aiman mungkin boleh merasai kenikmatan hubungan seksual dengan seorang wanita. Dan tidak mustahil Aiman tidak akan berangan membayangkan kaum sejenis lagi. Itu pandangan abang aje lah.

Dua tiga hari lalu abang ada mimpi abang melangsungkan pernikahan dengan seorang wanita, didalam mimpi tu abang pada mulanya happy tapi berubah jadi takut yang amat sangat sebab apabila bayangkan kena tidur sekatil dengan wanita itu, abang bayangkan sudah tidak dapat lagi tidur sendirian. Apabila abang terjaga dan tahu itu hanya mimpi hati abang terus lega serta merta hehehe...

Siapa yang tak nak kahwin dan siapa yang tidak ingin mempunyai anak, gay juga mempunyai keinginan tersebut (saya juga - klik disini)  Abang pun adakala terfikir hendak berkahwin, TAPI abang tahu abang tidak akan mampu hendak berkahwin, abang tahu tahap kemampuan diri abang. Abang ada terima beberapa kes tentang gay yang telah berkahwin dan biasanya yang abang akan ingat ialah kisah RYAN (klik disini)

Ya benar kahwin itu memang digalakkan, sememang disuruh tetapi jika dengan berkahwin boleh mendatangkan berbagai masaalah, abang rasa sudah jatuh pada tahap tidak perlu. Jika inginkan anak, dengan harapan anak-anak boleh menjaga kita apabila kita tua kelak dan jika berkemampuan boleh aje ambil anak angkat. Ada beberapa orang yang abang kenal (tapi mereka aje yang tak kenal abang lah heee) dikalangan selebriti lelaki misalannya ada yang tidak berkahwin tetapi mereka mengambil anak angkat sejak baby-baby itu baru lahir lagi. Jika anak-anak ni dijaga dengan sempurna insyaallah mereka akan mengenang jasa dan akan menjaga kita apabila kita tua kelak. 

Aiman kena ikut gerak hati, terus berdoa pada ALLAH, lakukan solat istikarah minta petunjukNya. Jika benar Aiman ada keyakinan, abang sememangnya menyokong 100% agar Aiman kembali rapat dengan teman wanita itu, dan wujudkan rasa kasih sayang kepadanya dan jangan tunggu lama-lama lagi untuk terus bernikah, lagi cepat lagi bagus supaya Aiman tidak lagi penat memikirkan masaalah ini.  - Naj Mi





28 comments:

  1. Salam Aiman, u just like me. Pasal nafsu, memang betul kalau cantik mana pun perempuan tu bogel depan saya, saya tak rasa apa pun. Bagi laki straight mungkin pelik tetapi hakikatnya begitulah apa yang kami ( gay ) rasa. Saya juga boleh sayang dan cintakan perempuan tetapi tidak bernafsu. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Sabar lah aiman, mmintak petunjuk dari Allah S.W.T :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Bro saya Aiman....seksa kan ada perasaan ini..Saya mmg jealous dengan mereka yang straight..bersyukur wahai2 mereka yang straight diluar kan..kita x ada peluang nak ada perasaan berahi kepada wanita..sesungghny anda smua insan2 terpilih..

      Delete
  2. hai uols... RYAN kembali bersiaran... kali nih RYAN nak cakap pasal nafsu. ok secara jujur nya nafsu memang susah nak kawal. kadang kala RYAN pon ada terlanjur jugak. Oops.. kantoi sudah...

    Apa yang RYAN buat. RYAN cuba sibuk-sibuk kan diri untuk mengingati detik-detik indah dengan Cik Jans... Hohoho...

    Apa lagi ek.. kisah abg Aiman tuh macam sama Kisah RYAN je.. dulu RYAN pon takot nak kawen. Sbb perkara pertama ialah takot untuk puaskan isteri. Tapi Pada masa yang sama juga keinginan nak kan baby dari benih sendiri tuh memang berkobar kobar.

    Dulu RYAN ada pernah tanya kat abg angkat RYAN. Tanye cam ane main pepet. sorry ek sbb bahasa kurang sopan. Tapi berterus terang lagi bagus. sbb orang mudah paham. So abg angkat RYAN cadangkan pi main pelacor. aiyoh! RYAN tak buat. Sbb RYAN takot.. So RYAN banyak berserah kepada Allah sahaja. Tapi kan, tak sangka pulak jodoh RYAN datang tanpa di duga...

    Malam pertama memang berdebar gile. tatau nak buat apa. Kalu abg aiman nak betol2 anu tu jadi ghairah apabila nampak pepet. RYAN cadangkan kita pi jumpa ustaz nih. Sbb RYAN nak pergi juga. sbb RYAN dulu nafsu tak de sangat... sedih.

    Sekarang alhamdulillah... RYAN mampu penuhi tuntutan nafkah isteri di sebab kan usaha RYAN sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Terus terang kawan saya (bangsa cina) dulu pun ada cadangkan saya "main" dengan pekerja seks dulu sebelum kata nak kahwin, test power. Masaalahnya dengar pun dah "seriau" apatah lagi nak buat...so memang tak pernah terlajak dg pekarja seks lah huhu Tak berani...

      Delete
    2. salam nadzmi, sume kengkawan gay saya yg dah kawin, sumenya "test" dulu slepas confident. sekarang dia orang semua bahagia ngan anak isteri. Saya jugak penah paksa Rizal buat mende tuh untuk buktikan yg dia jugak mampu kawen satu masa nanti, tapi dia hanya mampu menangis..

      buat Aiman yg bjak, petua dpd kengkawan gay saya yg dah kawen, belajarlah menyukai wanita, dan belajarlah untuk menyukai mana2 part tubuh wanita yg dapat menaikkan nafsu, mungkin amik sikit masa. *Lagipun halus dan gebu kulit wanita xkan sama lembut dan halus kulit lelaki. "

      Delete
    3. Najmi, ingat tak sapa perempuan dalam mimpi tu? hehehehe. Missed u Ryan...

      Delete
    4. JAZZLEE

      Pada saya sebab Aiman belum pernah test power (kira masih virgin lah tu) jika pertama kali bersama wanita insyaallah semakin lama Aiman akan dan mampu menyukai wanita, apa tah lagi Aiman pun nampak sangat confident. Tapi ada juga gay ni yang lebih suka pada kulit kasar tak suka kulit gebu huhu...Lain orang lain taste...


      Mak Wardah

      Perempuan dalam mimpi tu memeng ingat...isteri adik lelaki saya hahaha...(adik ipar perempuan) tak tahulah dalam ramai2 yang muncul kelibat dia pulak...

      Delete
    5. Alamak...baru nak gossip...cancelled. Tunggu mimpi lain kali Najmi kahwin dgn sapa lak. Ingat tak perempuan kat pakistan dulu?
      Jazzlee jgn noty2...ingat janji pd akk nak kawen this year.

      Delete
    6. tetap gengam janji atas nama akak...:) smantara masih ada waktu ini nak bermesra ngan akak dan semua yg ada di siini sepuasnya..

      Delete
    7. Nape Jazlee, pas u kawin u x nk jengah blog abg najmi lg k? jgnlah camtu rasa mcm nk hilang kawan plak (wlpun kite x kenal). Mgkin Jazlee boleh share pengalaman pas kawin dgn kami plak..kan mak wardah..
      Pepun tanhiahhhh!.

      Delete
    8. jengah jugak, tapi mungkin sbg silent reader kot.. orang macam kita perlukan sokongan nmoral (blog en nadzmi lah yg banyak memberi kekuatan), lagipun mana leh lupakan ko...:)

      Delete
    9. Jazlee...he he legaaa.. (yup..kita saling sokong myokong kay.)

      Delete
    10. Ryan,bleh bg info sal ustaz tu x?case sy sme mcm aiman, kalu bleh sy x nak menzalimi batin bakal isteri sy nnt..:'(

      Delete
  3. Najmi masih ingat saya Insyirah? alhamdulillah setakat yang saya perhatikan suami saya takde hubungan dengan mana2 lelaki seperti yang saya pernah cerita dulu. Memang dia banyak menghabiskan masa di rumah selain ke tempat kerja dan menyertai program kemsyarakatan. Selain tu, takde tanda-tanda dia menjalinkan hubungan sulit.. henfon letak merata. itu yang menyebabkan saya yakin yang suami saya tidak terlibat dengan kegiatan gay. namun sampai skrg suami saya tak pernah lagi menyentuh saya.. dan saya pulak taklah terlalu tekankan sangat tentang tu.kami hidup macam suami isteri lain cumanya dari segi hubungan batin memang jarang berlaku. suami saya memang bertanggungjawab mencukupkan keperluan zahir saya dan anak. saya juga tak merasa stress tentang hal tu.

    oh ye saya terlupa nak cerita cmn suami saya boleh terkantoi yang dia sukakan lelaki. satu hari tu saya
    tengok hiistory laman web yang dia pergi, kebanyakkannya laman web gay dan banyak browse gambar lelaki. bila saya soal dia sungguh2, akhirnya dia mengaku yang dia mempunyai nafsu kepada lelaki. saya paksa suami saya berjanji untuk mengubah perangainya hingga dia memadam akaun facebook. dan dia cakap pada saya percayalah pada dia yang dia takkan melayan lagi perasaan tersebut.

    soalan saya,kejamkah saya jika tak mengizinkan dan tak meredhakan andainya suami saya ada menyimpan perasaan pada mana2 lelaki? saya kata padanya saya takkan redha kalau suami saya lihat gambar lelaki sm ada bernafsu atau untuk cuci2 mata. dahlah suami saya jarang menyentuh saya dalam masa yang sama saya tak membenarkan lansung dia melayan perasaannya suka pada lelelaki hatta melihat2 gambar lelaki. untuk berkawan biasa bolehlah, saya rasa seperti menyekat nalurinya pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Insyirah,
      (kisah Insyiarah disini kan: http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/2013/09/insyirah-yakin-dan-pasti-suaminya-tidak.html)

      Kisah saudari sama seperti rakan pembaca LISA (kisahnya ada abg siarkan dulu dan akan up dated kisah Lisa tidak lama lagi dalam blog ni) tetapi Lisa bukan sahaja bersuami gay tetapi suaminya juga seorang PLHIV, Lisa juga tidak mendapat nafkah batin lagi, malah kata Lisa dia redha.

      Pada saya Insyiarah tidak kejam, jika tak buat begitu suami tak akan sedar, pada saya mungkin itu cara terbaik yang Insyiarah boleh lakukan, kena tegas, kena ambil tahu apa yang dia buat, kena periksa fon bukan semata-mata untuk kebaikan Isyiarah sahaja tetapi untuk kebaikan suami juga. Mungkin pada permulaan si suami akan rasa sedikit terkongkong, tetapi jika dia benar2 nak berubah kawal diri pasti dia tidak kisah apa yang Insyiarah lakukan kepadanya.

      Benar salah satu langkah bagi mengelakkan suami gay dr terus berkhayal dlm dunia songsang ialah dg cara meninggalkan segala pekara yang berkaitan dengan songsang. Jika hatinya masih rapuh, dia perlu memutuskan hubungan dengan semua rakan2 gay nya yang lain (terutama rakan gay yang jelas boleh menghasut mendorongnya untuk kembali kepada kegiatan songsang). Mengelak dari melihat photo lelaki atau melayan porn.

      Akan tiba pada satu hari nanti suami Insyirah akan berterima kasih kepada Insyiarah, jika bukan didunia insyaallah dia akan berterima kasih di akhirat kelak kerana Insyirah telah membantunya meninggalkan dunia gay, walaupun tidak 100% tapi sekurang2nya dia berjaya mengawal diri dari tidak terlajak lagi, itu pun sudah cukup baik.

      Abang harap suami Insyiarah benar-benar boleh tinggalkan sepenuhnya kegiatan lamanya itu (tidak melakukannya lagi hatta dibelakang tanpa pengetahuan Insyirah). Cuma yang abg sedih apabila dia gagal menunaikan tanggung jawabnya untuk memberi nafkah batin. Semoga Insyirah diberi kekuatan oleh Allah dalam meneruskan kehidupan ini...

      Delete
    2. Setuju!! Insyirah jgn risau.. Tindakan tu betul!! In general mmg ustad2 akan cakap jgn stalker henpon suami.. Itu privacy katanya.. Tapi.. Bagi kes kita ni.. Mmg perlu sangat2 .. Percaya pada instinct. Allah beri isteri2 satu sensor utk tau kalau suami buat hal.. Hehehe..

      Tapi.. Bab nafkah batin tu.. Setabah n sekuat n seredha mana pun.. Pasti akan tercuit sedikit keinginan.. Ianya lebih kepada pasrah sbbrnye kan.. Beruntung la insyirah dah ada anak buat teman.. Apa pun.. Saya doakan yg terbaik buat insyirah n keluarga.. ;)

      Buat aiman.. Syukur aiman masih tak terjebak.. Lawan la nafsu tu dik.. Muda sgt2 lagi tu.. Setiap kali terdetik dlm hati, istigfar byk2... Yang penting, nekad di hati utk bahagian isteri. Akak doakan adik dipertemukan dgn jodoh yang dapat merubah keinginan adik tu :)

      -LiSa-

      Delete
  4. Ryan.. Sy plu yg dh berkahwin.. Ade masa boleh on ade masa tk boleh... Tak boleh naik. Normal kah tu? Awak ade cadang jumpa ustaz. Ustaz mana?

    ReplyDelete
  5. Aiman, saya rasa kan kalau Aiman ada perasaan nak kahwin dengan perempuan dalam umur muda belia macam sekarang ni baik teruskan. Jangan tunggu bila dah masuk 40an baru tergdik2 nak kahwin. Masa tu nanti saya rasa dah terlewat. Saya yakin Aiman akan dapat tunaikan tanggungjawab batin kepada isteri Aiman. Ini semua mainan minda dan bisikan iblis semata2. Jangan menyesal kemudian hari sebab tak kahwin sekarang sudah. BYE.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula...mmg saya nak kawin..tp nak buat camna..tgk prempuan punya tu pun rasa geli..nak buat camna..

      Delete
    2. Kalau mcm tu mmg susah la Aiman. Sbb soal kahwin ni bkn senang sbb takut nanti Aiman akn menginaya isteri Aiman pulak.

      Dulu abg masa kat sekolah rendah mmg ada perasaan kat perempuan. Berchinta bagai. Tetapi bila masuk asrama masa form one first week kat sekolah ada seniour form four (footballer and good looking) ckp kat abg mlm ni siap ko. Masa tu abg tak faham apa maksud dia. Abg ingat dia nak pukul ke apa rupanya dia dtg utk meniduri abg. Lepas tu terus dia buat abg mcm gf dia dan abg lepas tu terus tak berminat kat perempuan. :(

      Kalau boleh diputarkan masa kan abg tak akn masuk sek berasrama. Baik abg sek kat sek yg dekat dgn rumah jer. Memang tak boleh buat apa dah sbb nasi dah jadi bubur.

      Delete
    3. X tau sifir ni betul or x.memandangkn umur da cecah 34, bila tgok mn rakan2 plu seusia yg dl btm da jd top.yg top ms muda mula mngalah jd btm sbb market mkin sempit.ank2 ikan top yg br naik gila nk main dgn abg2.yg nafsu pd girl sikit2 da hilang perasaan tu.ada yg rasa situasi yg sm x?mcm sy sendir ghairah pd wanita seakan2 da pergi dr diri ni.entahlah..

      Delete
  6. To abg najmi and all my kawan-kawan..

    kalu kawan-kawan yg seakatan dan sekapal dengan Ryan dan ada masalah mcm abg aiman dan sama ngan Ryan.. korang leh email terus kat Ryan. sbb Ryan jarang on internet. internet dah kena potong.. so senang lah Ryan nak tolong korang berdasarkan pengalam Ryan..

    abg najmi,, tolong hebahkan ye... orang mintak baru kasi email. nanti Ryan buat email atas nama Ryan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. RYAN

      Insyaallah abg bagi kalau ada yang minta nanti....:)

      Delete
  7. Slm abg najmi. sy amir, silent reader for blog ni for long time alredy..Saya pon mempunyai masalah yg sama.. memang sedih dikurniakan nafsu songsang..sejak umur 5 tahun dream of boy, x mintak pon mimpi lelaki and gersang dengan lelaki...dengan perempuan lgsg xde perasaan, in fact, xpernah suke tengok payudara perempuan. So how can i will get marry? even though i try i to watch str8 porn, but still x terangsang tengok perempuan..

    Now im 26, sudah bekerja. Sometime berpikir seolah2 aku tiada masa depan, parents and adik beradik dah mula tanye pasal awek, mereka mahu aku kahwin awal sbb nanti xde la bile dah tua tp anak masih kecil. Aku mahu saja menjerit bgtau yg aku gay, tp aku sabar. Kadang2 selalu aku menangis sendirian memikirkan pasal ini..Kawan2 aku sudah ramai yg kawin, betapa bahagia nye tgk dyorg upload gmbar kawin kat facebook, tp untuk aku mustahil untuk merasai nikmat itu.
    Sejujurnya, aku xpernah kapel baik dgn lelaki atau perempuan sebelum ini. Sejujurnye bile aku membaca luahan hati gay, ade yg terjerumus dgn gay sejak sekolah and digoda mase sekolah, tp aku bernasib baik tidak pernah lagi mengalami pengalaman digoda. Hurmm aku xde sorg kawan gay pon yg boleh memahami perasaan aku, semuanya aku pendam.
    Kawan2 pon dah mula pelik knp aku masih single, sedangkan aku dah mempunyai pekerjaan sendiri and sejujurnya susah layak untuk berkawin. Even semasa university and tempat keje, ade jugak gadis2 yg memberi hint suka dekat aku, aku boleh merasakan itu semua, and kawan2 ku pon tau, and dyorg sume baik and sangat cantik yg jadi rebutan lelaki2 lain, Tapi perempuan itu suka kan aku, dia kata aku baik (dlm hati aku ingin saja menjerit aku bukn lelaki baik, aku lelaki hina yg penuh perasaan gay). Disebabkan hal itu, aku menjauhkan diri dari wanita2 disebabkn aku takut dyorg crush dgn aku (sory aku x hot, tp ntah la npew permpuan leh sukakan aku)
    Pada masa yg sama, aku nervous dgn lelaki, tmbah2 kalo berhadapan dgn lelaki hensem , dan disebakn aku juga menjauhkn diri dgn lelaki. Therefore, aku end up kekurangan kawan, melainkn kawan tempat kerja aku saja lah kawan2 aku. Kwan2 sosial xde. Aku banyak menghabiskn mase dgn duk umah time cuti, tengok movie, kalo keluar pon keluar sorg2. Walaopun sunyi, aku redha. Mungkin semua ini ade hikmah nye. Tuhan xkan uji manusia kalo manusia itu tak dapat tahan dgn ujian tersebut.

    Setiap hari aku berdoa agar tuhan boleh change naluri aku, tp aku sedar perasaan dari kecil bukn boleh diubah dengan cepat and aku hanye berdoa tuhan permudahkan segala urusan aku di dunia and di akhirat. Kadang2 aku kejam, smpai terlintas kat hati mintak tuhan ambil nyawa aku awal supaya rahsia ku ditutup rapat2 sebelom aku disuruh kahwin.

    Aku sukakan budak2, aku ingin sekali mempunyai anak2 sendiri, tp aku sedar aku tak mampu. Tp aku tak putus asa dgn tuhan, sbb tidak ada satu pon yg mustahil bagi tuhan.

    Sorry kerana komen panjang2..sekadar meluahkn perasaan, Aku xtau nk luahkan perasaan dekat sesape..Sekian sory

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ANONYMOUS,

      Sedikit sebanyak macam abang jugak, abg ni pun memang elak dari rapat dengan wanita dan tidak rapat dengan lelaki, sebab itu sampai sekarang abang hanya selesa bersendirian, kemana2 sahaja sendiri...sehingga hari ini kawan abg yang ramai hanya didalam alam maya sahaja.

      Ramai lelaki songsang pada hari ini sedang mengalami sama seperti yang saudara alami, malah seorang rakan abg (alam maya) seorang gay pada akhir tahun ini TERPAKSA berkahwin atas desakan keluarga. Nak tak nak ia terpaksa terima, abg tahu dia menangis sebab tak ada keyakinan hidup bersama wanita, dia seorang yang baik, tidak sosial, seorang doktor dan sangat hensem. Abang hanya mampu doakan agar kehidupan dia dipermudah serta diberkati Allah

      Apa yang kita boleh buat, terus berdoa pada Allah, insyaallah Allah mendengarnya, minta pada Allah agar dipermudahkan hidup kita, macam saudara kata tidak ada sesuatu pun yang mustahil bagi Allah. Terus bersangka baik padaNYa.

      Abang doakan Allah sentiasa bersama saudara..Terima kasih kerana bercerita..

      Delete
    2. Abang jadikan kisah AMIR sebagai entri dalam blog abg...
      http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/2014/10/amir-tidak-pernah-suka-tengok-payudara.html

      Delete
  8. Abang najmi, ini saya amir..bila sy bace balik sy rase malu..tapi itu la kebenaran nya.im pure gay..itu lah abang najmi kan, bukan senang nak ubah perasaan songsang..kalau la sy bisex, at least sy boleh jugak ada nafsu dengan perempuan...tapi apakan daya, masa sy kecil lagi sy dah mimpi lelaki , sedangkan pada masa itu sy tak tau ape2....sy tumpang simpati dengan kawan abg tu dipaksa kahwin, sy dapat rasakn one day sy juga akan melalui benda yang sama..saya sangat takut...kawan2 pulak asyik cakap sy memilih , demand dengan perempuan, padahal hakikatnye hanya saya yang tau...sekarang, sy berada berbulan kat luar negara atas urusan kerja, sy rasa tenang jauh dari malaysia sebab sy xperlu berhadapan dgn pelbagai soalan...terima abg najmi kerana sudi dengar..semoga abg najmi sentiasa beroleh rahmat dari yg Esa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin3, semoga Amir juga berada didalam keadaan baik sentiasa..

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST