Monday, 28 April 2014

LATIPAH - DOKTOR KATA WALAU DIGORENG SEKALIPUN KUMAN HIV TIDAK AKAN MATI

LATIPAH (bukan nama sebenar) menghantar message melalui facebook kepada saya.

photo hiasan www.dailymail.co.uk

LATIPAH - As salam, saya nak tanya beberapa soalan, bila saya baca blog saudara saya jadi takut, saya terfikir 3 tahun lepas saya ada penyakit gastrik, doktor ambil darah saya, bila saya baca HIV boleh berjangkit melalui jaum saya jadi takut. Tapi masa gastrik tu doktor bagi ubat gastrik and saya balik.

Saya ni selalu berfikiran bukan-bukan dan apabila saya baca blog saudara saya terfikir pasal jarum tu. Saya tak ada demam or cirit birit, kalau demam pun sehari Sakit perut tu hari-hari selepas makan ketika mula start kerja, sebab saya jarang makan pagi. Bila saya makan saya set akan sakit perut tiap kali makan. Kebetulan saya ada jangkitan kulat gatal-gatal kat paha, macam kulat. Saya makan ubat kat farmasi ok sekejap. Dua bulan lagi gatal balik, macam kurap ada kaitan (dengan HIV) ke?

Saya berdebar sangat sebelum ni saya pernah baca blog saudara, sebenarnya tindakan saya baca bersebab, sebab saya amat takut baru-baru ni pada jumaat lepas, saya pergi beli kuih keria macam donut, tapi diadun dengan keledek. Saya beli and saya makan, masa saya kunyah saya rasa ada sesuatu didalam mulut, saya terjumpa handyplus (Hansaplast - pembalut luka). Saya kunyah lama, saya jadi takut la handyplus kut-kut  ada darah kotor (ada HIV) siapa-siapa. Lagi satu saya jadi confuse handyplus tu ada dalam keledek or dalam plastik makanan tu. Handyplus tu dalam bentuk bergulung and bersih, nampak ubi keledek. Saya makan bersama-bersama ubi keledek. Saya takut la sebab kebetulan kawasan gusi saya selalu berdarah. Saya stress tak lalu makan tiga hari.

Saya jumpa doktor semalam, doktor hanya cakap gitu-gitu aje (sambil lewa), “Awak tak telan kan handyplus tak bahaya". Dia cakap lagi,  "kalau awak nak check pun boleh tapi kena tunggu 3 bulan". 

Saya rasa tetap confius, bila saya baca blog saudara, saya tertengok jarum saya teringat pulak jarum tiga tahun setengah yang lepas. Mulalah saya nak ingat hari tu saya demam ke tak, setahu saya, saya  demam sehari je kot tahun lepas, tapi sakit perut memang hari-hari sampai tahun ke empat. Saya ada gastrik and suka makan pedas, tapi yang jangkitan kulit tu menghantui saya, ada kat paha aje. Saya risau la sebab banyak impian saya nak buat.

Untuk maklumam tuan seumur hidup saya hanya dua kali saya amik darah, itu pun masa umur 25 tahun dihujung jari and umur 25 tahun yang gastrik tu. Saya ni mabuk darah, nak tunggu 3 bulan tu lama. Saya nak tanya kalau orang tu perempuan and dia terkena (HIV) masa jarum tu, dan sekarang masa tahun ke 4 adakah dia akan sihat macam orang normal, sebab masa 4 tahun ni berat saya dari 63kg menjadi 70kg.

Saya takut dah 4 hari saya menangis, sebab saya rasa saya terasa nak berkeluarga, saya tidak pernah bersosial dengan mana-mana lelaki, cuma saya takut pasal jarum dan handyplus tu sangat-sangat. Saya takut.  

NAJMI - Latipah semua jarum suntikan yang digunakan di hospital hanya digunakan sekali sahaja, sekali untuk seorang pesakit aje, kemudian akan dibuang. Kuman HIV akan mati apabila terdedah pada ruang udara, so kalau ada kuman kat handyplus tu pun semua kuman dah lama mati. Jangan risau Tipah tidak akan dijangkit HIV dengan cara yang Tipah katakan tu.



LATIPAH -  Wsalam, saya baru jumpa doktor,  dia cakap virus tu tetap ada. Dua orang doktor cakap macam tu. Dia cakap darah tu ambil masa 4 hari untuk mati. Dan semalam saya buat test rapid tu,  masih lagi negative. Doktor cakap buat 3 bulan lagi,  dia cakap virus tu tetap aktif walaupun digoreng ke or terkunyah handyplus tu. Saya jumpa seorang  doktor dan seorang pegawai perubatan di klinik  di Cheras. Kadang-kadang saya susah hati and berharap semua keadaan selamat. Doakan saya. 

NAJMI - Laaaaa doktor apa yang Tipah jumpa tu atau Tipa yang silap dengar. Kuman akan mati bila terdedah pada ruang udara, itu yang abang tahu. Tetapi kalau Tipah nak percaya doktor tu terus lah buat ujian HIV sebaiknya selepas 3-4 minggu selepas risiko telah dijangkiti. Kemudian ulang pada 3 bulan selepas itu. Bila dah dapat result selepas 3 bulan tu STOP jangan fikir dah kerana result tu ada dikatakan sudah tepat. Pandangan abang Tipah tidak ada HIV, HIV tidak boleh jangkit melalui cara seperti mana yang Tipah cerita itu, jangan penatkan hati, jangan stress bukan-bukan ya. 



LATIPAH - Terimkasih abang Najmi. Saya nak tanya satu lagi, kalau adik saya ada kudis-kudis dekat tangan dia dan kadang-kadang ada luka, adakah dia berisiko dijangkiti kalau dia mengendalikan darah di mana-mana LAB? Untuk pengetahuan adik saya student di Lab jurusan biomedic. Apakah nasihat abang Najmi? 

NAJMI - Biasanya kalau kerja di LAB terpaksa patuhi prosedur keselamatan yang telah ditetapkan. Mereka akan jaga keselamatan diri, akan guna cecair pembunuh kuman akan pakai sarung tangan dan sebagainya, usah risau tentang tu. 



LATIPAH - Terimakasih abang Najmi atas nasihat and pandangan, saya pun confius dengan pndangan dua orang doktor tu, seorang doktor senior di klinik Bandar Tun Razak Cheras, dia orang ketawa apabila saya tanya ada potensi tak kuman HIV akan mati diudara. Dia cakap kuman tu lain, tak da mati-mati bila kena goreng ke ape, ambil masa 4 hari, sebab itu dia syor saya buat rapid test.

Berlainan pulak doktor di HUKM Cheras pandangan dia (doktor) sama dengan abang Najmi dia nasihat jangan fikir bukan-bukan takut nanti saya lagi stress. Boleh saya tahu abang Najmi umur berapa? Saya doakan abang sentiasa diberkati Allah dan dikelilingi orang-orang yang disayangi. 

NAJMI - Nak aje abang share apa yang Tipah beritahu ni kat blog abang ok tak??? mesti ramai yang ketawa doktor tu.. Mungkin abang nak share apa yang Tipah kata buat pengetahuan pembaca lain sebab masih ada orang yang tidak faham tentang HIV ni, Tipah boleh google cari maklumat berapa lama kuman ni boleh berada dalam udara, apa tah lagi kalau kuman tu ada kat handy plus tu huhu, abang share tapi tidak letak nama sebenar ok. 



LATIPAH - Boleh, tapi confirm ke pandangan doktor tu salah? sebab dia kan belajar (berpendidikan) hihihi

NAJMI - Salah, lain lah kalau kuman tu ada dalam tabung uji kedap udara, kalau yang dah terdedah tu kuman akan mati dengan cepat. 



LATIPAH - Mungkin kebetulan saya kena tekanan darah yang agak tinggi, so saya mengalami kebas-kebas, sakit kepala seminggu lebih. Apabila doktor syor kena buat rapid test saya memang mengigil. bila -ve saya beranggapan maybe tak dapat kasan kuman tu lagi, sebab doktor tu bersungguh menerang pasal kuman tu masih aktif.

Seorang doktor dan seorang pegawai perubatan umur 29 tahun (kut). Mula-mula saya ingat pegawai perubatan tu tersilap dan saya tanya senior didepannya. Kebetulan patient dia baru beredar, saya agak dia doktor (berumur) dalam 45 tahun. Bila dia terang and nasihat buat rapid test dia terus nak buat. Kebetulan saya mabuk darah, saya tidak boleh tengok darah, sebab tu bila nak buat rapid tu saya jadi stress, sebab simptom kebas and sakit kepala tu ada. 

Doktor perempuan di HUKM ok la, dia cakap, “Awak nak buat test sekarang pun kalau tak nak pun boleh sebab baru lagi. Ambil masa 3 bulan tapi peluang awak nak kena tu tipis, kuman tak aktif, jangan fikir-fikir nanti awak lagi lesu”.

Sebab saya tak perasan masa kunyah handyplus tu, kebetulan saya ni selalu gusi berdarah, tu yang saya risau yang teramat. Kadang-kadang saya anggap itu merupakan satu peringatan Allah nak bagi kat saya, dari situ saya terbaca blog and saya baca banyak cerita cara-cara dijangkiti, memang saya terfikir pun ramai yang terdedah dengan HIV terutama kepada remaja-remaja. 

NAJMI - Tu lah jangan risau lagi, kalau tanya abang Tipah tidak ada risiko dijangkiti HIV  



LATIPAH - Dan dari situ saya baca banyak perasaan takut kita sebagai seorang manusia, ni maybe peringatan untuk saya, mungkin untuk saya dekatkan diri lebih lagi dengan Allah. Blog abang Najmi banyak mnginsafkan saya, agar saya tidak tersilap langkah. Sekarang-sekarang saya dapat selami perasaan takut atas dosa-dosa saya yang lain juga. Alhamdulillah setakat ini saya tidak bersosial dengan mana-mana lelaki. Sekarang saya dapat belajar banyak pekara blog abg Najmi. Thanks abang Najmi, as salam. 

NAJMI - Alhamdulillah, sekarang jangan risau-risau lagi k.

 

Saturday, 26 April 2014

POSITIF HIV - KEBIMBANGAN DUA WANITA MENJELANG PERNIKAHAN

Salam, 

Saya nak minta sedikit pendapat. Saya baru sahaja disahkan HIV positif masa ujian pengantin hari tu. Adakah saya harus meneruskan perkahwinan kerana pasangn saya bebas dari jangkitan? Harap membantu. 

ANONYMOUS
(seorang wanita)
Fri, April 18, 2014
at 12:13 PM
 



Salam Anonymous,

Terus atau tidak bergantung kepada saudari, sebaiknya beritahu kepada bakal suami. Sekiranya bakal suami tu boleh menerima saudari alhamdulillah. Apabila sudah berkahwin saudari perlu dan kena faham bagaimana cara hendak elakkan HIV berjangkit, agar sisuami tidak dijangkiti HIV nanti.

Jika suami telah tahu dan boleh menerima saudari sudah tentu saudari boleh berkahwin, tiada masaalah. Kalau nak rahsiakan dari pengetahuan ibu bapa, mak mertua pun bergantung kepada perbincangan antara saudari dengan bakal suami.

Perlu dapatkan rawatan, pemantauan di hospital. Doktor akan menerangkan segalanya nanti kepada saudari.

Usah bimbang, sekiranya bakal suami tidak dapat terima saudari, jangan risau teruskan kehidupan seperti biasa anggap sudah tiada jodoh, insyaallah akan ada lelaki lain yang sudi mernerima saudari dimasa depan. Abang ada tengok beberapa PLHIV yang hidup bahagian berkahwin dengan pasangan mereka yang positif HIV.

Berbincang dengan bakal suami, jangan rahsiakan daripadanya. Kemudian pergi lah buat rawatan di hospital berdekatan...:) - NajMi

Check kat sini - Baby Free


Salam bro Najmi,

Saya terbaca blog awak pasal HIV. Saya nak tanya pendapat awak, saya baru sahaja bertunang dengan tunang saya atas pilihan keluarga saya, tidak sampai sebulan kami bertunang dia disahkan HIV positif. HIV stage 1 and 2. Tapi saya sebenarnya kurang pasti pasal HIV positif ni.

Rasa-rasa di hospital ada tak mendedahan pasal HIV ni? Hospital kerajaan ada sediakan tak kaunseling?

Saya dan tunang saya akan tetap nak teruskan perkahwinan ni. Family saya tak tahu lagi pasal benda ni, saya takut benda ni diaorang tak boleh terima. Saya dah nekad untuk teruskan hubungan pertunangan ni kerana apa yang Allah tulis terbaik untuk setiap hambanya. Tapi saya redha jugak jikalau saya tiada jodoh dengan tunang saya. 

Saya nak tanya, dan nak research jugak pasal HIV ni. Sampai stage berapa HIV sehingga boleh jadi AIDS.

ANONYMOUS 



Teruskan alhamdulillah.

Tidak pasti pulak adanya stage dalam HIV ni, seingat saya cuma ada 2 peringkat iaitu HIV dan AIDS. Kalau kita buat ujian CD4 bagi menentukan jumlah Sel T, kalau CD4 lebih 200 seseorang tu didalam golongan pembawa HIV. Pembawa HIV ni kira sistem imun badan masih kuat, biasanya tidak perlu makan ubatan HAART lagi.

Jika CD4 dah kurang daripada 200 maka dia dipanggil pesakit AIDS, sebab bila CD4 dah rendah dia mudah mendapat jangkitan penyakit oportunis (yang menyebabkan berlakunya AIDS) seperti jangkitan kuman pada otak, kaposi sarcoma (kanser) pneumonia, TB dan sebagainya.

Kalau tunang saudari mempunyai jumlah CD4nya sekitar 300 pun sekarang doktor akan sarankan untuk start makan ubat HAART. Lebih awal makan lebih baik sebab CD4 akan kembali cepat meningkat.

Buat rawatan di hospital kerajaan semuanya FREE, ujian CD4 ujian Virol Load (yang kira jumlah kuman) serta semua ujian kesihatan dan lain-lain juga semuanya FREE. Kalau ke hospital swasta ujian CD4 kosnya sekitar RM180 dan ujian Virol Load RM330.

Bekalan ubatan untuk sebulan kalau di hospital swasta pun mahal bayangkan bekalan ubat sebulan boleh mencecah sehingga lebih RM500 sebulan bagi seorang pesakit. Tapi kita dapat Free di hospital kerajaan. 

Berkenaan dengan ubatan HAART setahu saya ada beberapa peringkat; 

Peringkat pertama ubatan diberi FREE

Peringkat ke dua kos ubatan kena share 50-50 diantara pesakit dengan hospital, sebulan sekitar RM300 kita kena bayar, hospital bayar RM300

Peringkat ke tiga pula semua kos ubatan, pesakit kena bayar 100%, jumlah kos sekitar RM1000 sebulan.

Tiada peringkat ke 4,

Bermakna kita kena jaga makan ubatan peringkat pertama betul-betul jika peringkat pertama tidak berkesan baru ditukar ke ubatan peringkat ke 2 dan seterusnya ke 3. Kalau ke 3 tidak berkesan bermakna berserahlah nasih pada Allah sebab setahu saya tiada ubatan lain lagi selepas itu.

Ya boleh berbincang dengan doktor tentang masaalah saudari, mereka boleh bantu, ada setengah tempat memang disediakan kauseling, mungkin saudari boleh check didalam entri di SINI 

Teruskan perkahwinan itu baik, yang penting saudari dan bakal suami kena faham tentang HIV/AIDS agar pasangan tidak dijangkit apabila perhubungan dilakukan nanti selepas berkahwin. - NajMi




BARU DISAHKAN HIV POSITIF - SEDIH, TAKUT TETAPI KAMI REDHA

Salam abang Najmi,

Saya baru dapat tahu saya ada HIV ni sejak januari 2014. Kelam kejap. Lepas di diagnosis malam tu saya slow talk dengan parents bagitahu yang saya ada HIV sambil tunjuk result. Malam tu mak tidak boleh tidur. Ayah redha je.. :( 

Kemudian kena lak alergik ubat sebab makan ubat antibiotik. Habis badan saya berparut sampai sekarang. Sejak dapat tahu saya ada HIV, blog abang jadi tempat rujukan saya.

Saya stay dengan family. So kena la berlakon kuat semangat tapi dalam hati ni Tuhan je yang tahu. Saya distract pemikiran supaya tidak fikirkan sangat dengan sibukkan diri. Luckily saya ada seorang kawan yang membantu saya.

Saya mintak tolong dengan dia supaya saya tidak fikirkan sangat benda ni. Kalau tak nanti saya sangat down. Alhamdulillah kawan saya membantu dan beri sokongan. Minggu depan hari kamis CD4 count test result akan keluar.

Saya sangat takut dan tidak bersedia untuk start rawatan HAART. Saya sangat berharap saya tidak perlu start lagi rawatan tu. Boleh minta pandangan dan pertolongan abang?

ANONYMOUS 
19 April 2014



Salam,

Pandangan abang adalah normal bagi semua orang yang baru disahkan ada HIV merasa bimbang tertekan dan sebagainya, pekara ni akan berlarutan dan mengambil masa, mungkin bertahun. Seperti abang dulu jugak, perasaan bimbang yang abang alami sampai hampir 2 tahun. Setiap kali nak ambil darah, nak jumpa doktor nak ke hospital mesti bimbang. Tu belum lagi bila baca banyak kisah tentang HIV dalam akhbar-akhbar, memang takut.

Tapi abang rasa insyaallah akan mengambil masa sikit untuk saudara dapat menerima keadaan diri dengan lebih baik dan tenang. Akan sampai satu hari nanti saudara dah tak rasa diri tu ada HIV, tak takut dan tak bimbang dah.

Macam abang pada hari ni alhamdulillah dah tak rasa apa-apa, seolah-olah abang tidak ada HIV, makan-makan jugak ubat dan tahu ubata tu ubat hiv tapi dah terbiasa.

Kalau doktor nasihat makan ubat, saudara jangan takut, makanlah sebab dengan makan ubat tu akan membantu saudara dapat jalani kehidupan dengan lebih baik. Biasanya kalau CD4 dah sekitar 300 doktor akan suruh start makan, makan ubat pada ketika CD4 masih tinggi banyak kelebihannya, bila dah makan nanti CD4 akan cepat naik. Tidak macam abang dulu, start makan semasa CD4 abang hanya 12, so sekarag baru 218, peningkatan sikit-sikit aje.

Jangan risau, jika dah sampai waktu kena makan ubat, saudara makanlah, usah bimbang. Dalam dua tiga hari ini terdapat 2 orang rakan abang kat FB yang beritahu mereka baru sahaja mula makan ubat.

Makanlah jangan risau, semua itu untuk kebaikan saudara jugakkan, kalau tak makan nanti bila CD4 jatuh senang dapat penyakit berkaitan AIDS, nanti mak ayah saudara akan bertambah risau pulak.

Lagi satu ada juga PLHIV yang dah bertahun masih tak makan ubat sebab CD4 mereka masih tinggi. Petua utama yang abang tahu ialah jangan stress, kena excersice. Apa pun abang harap CD4 saudara masih tetap tinggi dan tidak perlu makan ubat lagi tapi kalau rendah abang harap saudara dengar nasihat doktor tu ya. - Naj Mi 


Semoga awak tenang, Remy baru ja mula HAART 3 Mac 2014 yang lalu, diagnosed pada Nov 2013.alhamdulillah keyakinan untuk terus hidup semakin tinggi. Sekarang ni tak nampak yang saya sakit. RVD ni saya anggap macam teman yang setia sampai hujung nyawa. Positifkan diri, benda lepas usah di kenang kita bina bersama masa depan yer. - Remy Care


KISAH ANONYMOUS DIATAS BOLEH DIBACA DENGAN LEBIH DETAIL DIDALAM ENTRI YANG BERTAJUK, "EFF - MY HIV STORY"



Salam,

Saya kena gagahkan diri jumpe infectious specialist kat UMMC. Saya pun positive. Baru nak plan jumpa esok. Baru dapat tahu tadi bila buat medical check up for employment. Rasa sedih sangat. Tapi saya redha.

ANONYMOUS
(seorang lelaki)
17 April 2014
7.55 PM



Ok usah risau dan jangan sedih, ok tak ada apanya. Walaupun positif kita masih boleh jalani hidup macam orang lain. Ok aje.

Kalau ada apa-apa boleh tanya abang. Yang mana abang tahu abang akan jawab. Yang penting saudara jangan risau. Beza antara kita dengan mereka yang sihat tu, kita positif ni kenalah lebih sikit mengambil berat dalam hal penjagaan kesihatan dan kena biasakan diri selalu buat rawatan di hospital. Jumpa doktor. Ambil darah. Kalau keadaan kita baik. Maybe jumpa doktor setahun sekali aje.

Apa-apa tinggalkan message. Jangan risau k - NajMi




LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (58) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST