Saturday, 1 March 2014

STRAIN BARU HIV YANG LEBIH AGRESIF DITEMUI

STOCKHOLM - Ilmuwan Sweden berjaya mengenal pasti strain baru Human Immunodeficiency Virus (HIV) yang jauh lebih agresif daripada kebanyakan jenis virus yang sebelumnya dikenal pasti. Strain yang dikenali sebagai A3/02 adalah kacukan diantara dua jenis HIV yang dikenal pasti sebelumnya. 


Menulis dalam Journal of Infectious Diseases, penyelidik Lund University mengatakan bahawa strain ini berubah dari HIV menjadi AIDS dalam masa kira-kira lima tahun, hampir dua hingga dua setengah tahun lebih cepat dari kebanyakan strain yang dikenali sebelum ini. 

Sejauh ini jangkitan strain baru itu seolah-olah terhad hanya di Afrika Barat. Namun para pakar perubatan bimbang bahawa gabungan dua jenis strain ini boleh merebak secara global, terutama diwilayah-wilayah dengan pegerakan (perpindahan) penduduknya yang tinggi seperti Eropah dan Amerika Syarikat. 

Para penyelidik mengatakan gabungan dua strain ini berkembang lebih cepat daripada yang lalu. Masih ada khabar gembiranya, kata mereka, strain terbaru ini masih 'tunduk' pada rawatan yang selama ini digunakan. 

Perubahan diagnosis dari HIV menjadi AIDS adalah pada saat jumlah sel darah putih seseorang itu di bawah 200. Phalguni Gupta, seorang profesor program siswazah perubatan di University of Pittsburgh mengatakan bahawa sebahagian besar doktor juga mempertimbangkan diagnosis AIDS ketika seseorang dengan HIV mula memperlihatkan jangkitan serius (pada tubuh mereka) seperti pneumonia, kanser, atau sindrom yang dikaitkan dengan penurunan berat badan, cirit-birit, dan demam tinggi.  

Di daerah-daerah yang lebih miskin seperti Afrika Barat, tuberkolusis adalah penyebab utama kematian di antara orang-orang yang menghidap HIV.

Namun Gupta berkata adalah tidak benar untuk mengatakan bahawa strain baru ini adalah bentuk yang paling agresif dari HIV/AIDS. "Kerana ada beberapa jenis HIV di Amerika Syarikat yang perlu masa sekurang-kurangnya dua tahun untuk berkembang menjadi AIDS, " katanya. 

Gupta berpendapat perlunya strain HIV Afrika Barat ini dipantau untuk melihat apakah ianya boleh menular lebih mudah daripada jenis lain dari HIV. "Ini adalah persoalan para penyelidik yang belum ditemui, " katanya. 

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia dianggarkan 34 juta orang di seluruh dunia telah didiagnosis dengan HIV. Sejak wabak itu bermula lebih 30 tahun yang lalu, jangkitan ini telah meragut lebih dari 33 juta nyawa.


Sumber Disini


No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST