Monday, 17 March 2014

SONGSANG - 5 BERITA MENGENAI JENAYAH LIWAT

1) Pelajar trauma diliwat 4 pelajar senior
photo hiasan

KUALA PILAH (16 Mac 2014) - Seorang pelajar berusia 15 tahun trauma selepas diliwat empat pelajar tingkatan lima yang menuntut di sekolah yang sama dekat sini. 

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, penjaga mangsa berusia 34 tahun yang bertugas sebagai pengawal keselamatan hanya mengetahui kejadian itu setelah dimaklumkan pihak sekolah. 

Menurutnya, dia yang terkejut apabila mengetahui anak tirinya diliwat bertindak membuat laporan polis pada 13 Mac jam 3.15 petang. 

“Kejadian liwat itu berlaku sebanyak tiga kali sejak pertengahan Februari dan kali terakhir pada 10 Mac lalu."

Susulan laporan polis yang dibuat penjaga berkenaan, pada 14 Mac, sepasukan polis yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Pilah, Asisten Superintendan Normanshah Din menahan empat suspek pada hari yang sama di sekolah tersebut. 

“Semua suspek tinggal di asrama begitu juga dengan mangsa,” katanya. 

Tambahnya, keempat-empat suspek ditahan reman selama empat hari mulai 15 Mac dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan seks di luar tabii yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun jika sabit kesalahan. 

Azmi menambah, kes liwat merupakan masalah serius yang perlu ditangani dengan segera. 

“Pihak sekolah sepatutnya tidak perlu berselindung berhubung perkara ini sebaliknya terus bertindak melaporkan kepada pihak polis serta ibu bapa mangsa. 

“Walaupun kes ini boleh mencemarkan imej sekolah namun ia perlu dipandang serius dan diharapkan pihak sekolah dapat memberi kerjasama yang baik kerana melibatkan pelajar mereka," katanya. 

Selain itu, peranan ibu bapa juga penting untuk mengetahui aktiviti dan kegiatan anak-anak mereka sama ada di sekolah mahupun di luar rumah.



2) Lelaki liwat anak saudara dicari

Lelaki liwat anak saudara dicari
 
SABAK BERNAM (18 Februari 2014) - Polis melancarkan gerakan memburu seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang tinggal di Sungai Besar bagi membantu siasatan berhubung kes liwat yang dilaporkan berlaku petang Sabtu lalu. 

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, lelaki terbabit yang tidak memiliki pekerjaan tetap amat dikehendaki polis bagi membantu menyelesaikan kes liwat terbabit. 

Menurutnya, lelaki terbabit dipercayai menghilangkan diri sejak laporan polis dibuat dan lelaki itu diminta hadir ke Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam untuk diambil keterangan. 

“Polis masih meneruskan gerakan mengesan lelaki terbabit dan minta kerjasama daripada orang awam yang mengenali lelaki ini supaya tampil memberi maklumat jika terserempak serta mengetahui lokasi lelaki itu bersembunyi,” katanya kepada Sinar Harian. 

Semalam, Sinar Harian melaporkan niat seorang pelajar tingkatan satu menziarahi neneknya yang tinggal berhampiran, bertukar detik hitam apabila dia diliwat bapa saudaranya sendiri di sebuah bilik tingkat atas rumah terbabit, Sabtu lalu. 

Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang itu, remaja lelaki itu dipercayai datang ke rumah neneknya dan apabila tiba di rumah berkenaan, mangsa sempat duduk di ruang tamu rumah berkenaan. 

Bagaimanapun, suspek dipercayai menyuruh mangsa mengambil pengecaj telefon bimbit di bilik atas rumah terbabit dan mengekori mangsa sebelum menutup pintu bilik sebelum bertindak memegang kemaluan serta meliwat mangsa. 

Mangsa kemudiannya sempat menendang suspek hingga terjatuh dan melarikan diri sebelum kejadian itu disedari bapa saudaranya yang lain dan isterinya yang ketika itu berada di ruang tamu rumah. 

Bapa saudara dan isterinya itu yang mengesyaki ada sesuatu telah terjadi kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada ibu mangsa melalui Facebook. 

Kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 377(C) Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabii secara paksa, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau sebat, jika sabit kesalahan.
 


3) Pelajar dakwa diliwat tiga kali
Pelajar dakwa diliwat tiga kali
Ng (dua, kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuat sewaktu ditemui di pejabat MCA Selayang Jaya, kelmarin.

SELAYANG (16 Nov 2013) - Bapa seorang pelajar tingkatan 2 membuat laporan polis selepas mendakwa anaknya diliwat sebanyak tiga kali oleh kenalan barunya  di tiga lokasi berbeza di Kepong sejak Ogos lalu. 

Bapa yang mahu dikenali sebagai Ng, 53, berkata, kejadian hanya diketahui Oktober lalu selepas anak lelakinya mengadu mengalami pendarahan sewaktu membuang air besar. 

Menurutnya, pihak hospital memaklumkan perlu membuat laporan polis sebelum pemeriksaan kesihatan dilakukan. 

“Anak saya takut memaklumkan kejadian kerana telah diberikan amaran dan menerima ugutan akan dicederakan menyebabkan perkara itu hanya didiamkan. 

“Bagaimanapun dia mengadu mengalami pendarahan sewaktu membuang air besar menyebabkan saya dan isteri membawanya untuk pemeriksaan dan ketika itu barulah kami mengetahui isu tersebut,” katanya kepada Sinar Harian. 

Katanya, suspek sehingga kini belum ditahan dan anaknya hampir tiga minggu tidak ke sekolah kerana bimbang keselamatan diri kerana dipercayai suspek berlindung di sebalik kumpulan gengster. 

“Anak berkenalan dengan suspek di kawasan menunggu di sekolah dan memperkenalkan diri dari persatuan wusyu ingin membantunya menjadi kuat kerana anak saya dari kecil menghidap kencing manis serta bergantung dengan ubat-ubatan. 

“Suspek berusia 20-an dan yakin ramai mangsa yang tertipu dengannya serta membuat gangguan seksual di sebalik persatuan wushu,” katanya. 

Katanya, dia berharap pihak yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan supaya suspek dikenakan tindakan sewajarnya. 

Sementara itu, Pengerusi MCA cawangan Selayang Jaya, Jessie Ooi meminta supaya pihak sekolah lebih tegas melarang pihak luar yang tiada urusan daripada masuk ke kawasan sekolah. 

“Pihak sekolah juga diminta untuk mengawal keselamatan pelajar-pelajar termasuk memantau anak-anak yang tiba awal ke sekolah dan pulang lewat. 

“Kejadian berlaku sewaktu mangsa tiba awal ke sekolah dan didatangi suspek iaitu orang luar yang menawarkan latihan wushu secara percuma untuk tujuan pertahankan diri sebaliknya melakukan aktiviti tidak bermoral ke atas pelajar tersebut,” katanya.



4) Tukang kebun direman liwat 7 pelajar lelaki

3 comments:

  1. Zaman sekarang bukan budak pompuan je yang kena jaga diri, budak lelaki pun sama. Yang pompuan boleh le kita tegur2 jangan pakai seksi takut kena rogol tapi kalau budak laki plak camne..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      SETUJU..terutama budak lelaki yang cute-cute tu, tu yang kena jaga, tak kisah lah lembut atau keras perwatakannya, bdk2 macam ni lah yang jadi sasaran. Adakala bagi RM10 pun budak ni boleh serah body, so ibu bapa kena lebih berhati2, jaga, perhati, ambil tahu tentang anak lelaki tu..

      Delete
    2. Ha ha ha memang lawak... -potai-

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST