Tuesday, 11 March 2014

SAUNA GAY BERISIKO TINGGI BERLAKUNYA JANGKITAN HIV DAN STD



CHINA - Menurut satu kajian yang dijalankan mendapati lelaki gay di negara China yang mencari pasangan seks di gay sauna mempunyai kelaziman yang lebih tinggi mendapat jangkitan HIV/sifilis berbanding dengan mereka yang mencari pasangan melalui Internet atau di gay bar. 

Penulisan dalam Jurnal Perubatan Seksual, penyelidik dari Sun Yat- sen University, Guangzhou, berkata kempen pendidikan dan kesihatan perlu disasarkan di sauna dengan segera untuk mengurangkan jangkitan HIV dan sifilis di kalangan lelaki gay di China. 

Dalam kertas kajian sebelum itu, mereka ada mencadangkan perlunya ada kajian mengaitkan risiko jangkitan HIV dikalangan lelaki di China yang mempunyai hubungan seks dengan lelaki (MSM - Men who have sex with men) dengan ciri-ciri lokasi (tempat). Walau bagaimanapun, kajian yang mengaitkan secara sistematik mengenai penyakit HIV/penyakit kelamin (STD) yang menjadi kelaziman di kalangan MSM mengikut jenis tempat utama untuk mendapatkan rakan kongsi seks kurang dijalankan.

Oleh kerana itu mereka telah meneliti hubungan diantara jangkitan HIV/sifilis dengan jenis tempat, seperti sauna, taman-taman, kelab-kelab gay dan internet, yang kebanyakannya digunakan untuk mendapatkan pasangan seks lelaki dikalangan MSM di China.

Mereka mendapati bahawa sumber yang paling biasa digunakan untuk mendapatkan rakan-rakan seks lelaki adalah melalui,

1) Internet (59%)

2) Bar gay (18.5 %)

3) Sauna gay (14%) dan

4) Taman-taman (8% ).


Penularan HIV/Sifilis adalah;

1) 10.5 % - 19.4 % di gay sauna,

2) 2 % - 16% di taman,

3) 6 % - 15.5 % rakan-rakan di internet dan 

4) 4 % - 12% di gay bar. 

Risiko berlakunya jangkitan HIV/sifilis adalah lebih tinggi di gay sauna jika dibandingkan dengan beberapa cara lain mencari pasangan seperti internet.


* Mungkin kita boleh anggap peratusan kajian ini juga sama boleh berlaku di semua negara termasuk negara kita, so berhati-hati dan beringat selalu bagi mereka yang gemar mengunjungi sauna-sauna - Najmi.



2 comments:

  1. Saja mau tanya najmi, HIV tak akan berlaku kan kalau kita mandi dalam kolam yang org HIV mandi, betul? sbb dalam gambar najmi tu gambar org mandi dalam kolam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Razi Li ya benar HIV tak berjangkit kalau kita berkongsi kolam yang sama dengan pembawa HIV, jangan risau. Photo yang abg share tu hanya gambaran bagaimana keadaan sauna atau tempat mandi awam di China.

      Beberapa sauna di China tidak jauh beza dengan sauna di Malaysia, terdapat banyak bilik mandi, bilik2 kosong yang dibuat bagi aktiviti seks. Pastinya HIV atau STD hanya boleh berjangkit jika seks tidak selamat dibuat dalam bilik2 tersebut.

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST