Friday, 28 March 2014

SANDRA - TUNANG SAYA MENGAKUI DIRINYA BOTTOM....

Seorang pembaca meninggalkan luahan didalam ruang komen didalam entri "AMIR - SAYA PAKSA DIRI BERKAHWIN WALAUPUN GAY" Saya namakan anonymous ini Sandra (bukan nama sebenar) 

photo hanya hiasan

Maaf saya sekadar guna nama anonymous, tapi saya ingin mendapatkan 2nd opinion.

Saya seorang perempuan. Dan baru-baru ni saya kenal dengan seorang lelaki di office saya. Kami berkawan rapat melalui perkenalan dari kawan-kawan. Sepanjang saya mengenali dia, dia mempunyai tingkah yang sangat indah. Seorang yang jujur dan sopan, dia mempunyai ciri-ciri suami yang saya cari selama ini. 

Maka tak nak tunggu lama, saya melamar dia jadi suami saya. Kerana saya ingin bercinta selepas berkahwin. Dan selepas istikharah dia setuju. Kami pun buat perancangan untuk bernikah. 

Oleh kerana taraf economy dia, dan latar belakang keluarganya. Saya hanya letakkan mas kahwin sahaja untuk dia. Tiada hantaran perkahwinan dan tiada majlis sebelah lelaki. Semuanya untuk memudahkan dia, kerana pada saya majlis perkahwinan itu tidak penting. Yang penting ialah penyatuan itu yang utama, dan kehidupan selepas itu bagaimana kami bersama-sama membimbing antara satu sama lain ke jalan yang diredhaiNya.

Tapi tidak lama sebelum bertunang, dia telah berterus terang memberitahu saya bahawa dia adalah seorang gay. Saya terduduk mendengar pengakuan dia. Dan dia bottom. 

Meskipun saya marah dia kerana lewat memberitahu saya, tapi saya tetap hargai kejujuran dia. Saya istikharah lagi dan bermohon petunjuk dari Allah sama ada hendak teruskan perhubungan ini atau tidak. 

Sebagaimana yang saya beritahu, oleh kerana betapa indahnya budi pekerti dia dimata saya dan pengakuan dia yang telah bertahun berubah tidak membuat sebarang hubungan songsang lagi. Keinginan hati saya kuat hendak terus mendampingi dia dan akan cuba membahagiakan dia. Saya tidak kisah kalau dia tidak mampu penuhi saya, saya redha dan penuh percaya itu semua kuasa dan ketentuan Allah.

Doa saya setiap hari mohon pertunjuk dariNya, kalau ini yang terbaik untuk saya, moga Allah rapatkanlah jodoh kami berdua. Tetapi jika tidak saya mohon Allah tabahkan hati saya ini.

Sayabenar-benar ingin tengok dia bahagia lantaran saya tahu dia sudah lama merana menjadi PLU. Kadang-kadang saya terpikir, keterlaluan sangat kah niat saya ini? 


SANDRA~~

 
Sumber Dari ruang Komen diSINI


















Salam,

Tunang saudari telah mengakui dirinya seorang gay, malah memberitahu dirinya seorang bottom. Adalah sangat sukar bagi seorang lelaki gay untuk mendedahkan tentang status diri mereka kepada orang lain apatah lagi kepada tunangnya sendiri. 

Seorang gay sudah tentu boleh berkahwin, dan digalakkan untuk berkahwin, tetapi mereka perlu ada keyakinan, bersedia zahir dan batin untuk menempuh alam perkahwinan. Bagi gay diluar sana nasihat saya jangan berkahwin hanya kerana hendak menutup kelemahan diri. 

Tunang saudari, menerima saudari kerana pada saya dia telah ada keyakinan diri untuk bersama saudari, jika dia tidak yakin untuk berkahwin, pastinya awal-awal lagi dia sudah reject saudari.

Saya rasa sebab tunang saudari memberitahu dirinya seorang gay adalah kerana dia tidak mahu berterusan menyembunyikan kelemahan dirinya selepas berkahwin kelak, ya dia bersikap jujur. Saya rasa ada keikhlasan dalam diri tunang saudari itu.

Mungkin dia mendedahkan dirinya kerana mengharapkan agar saudari boleh menerima dan memahami keadaannya dan boleh membantu dirinya dalam apa jua keadaan selepas berkahwin nanti. Mungkin dia merasakan keinginan songsangnya boleh dikawal setelah mendirikan rumah tangga kelak. 

Apabila saudari telah faham keadaan dirinya, maka selepas berkahwin nanti, misalnya ketika berlaku perhubungan tubuh, sekiranya dia mempunyai sebarang masaalah sudah tentu saudari boleh faham dan yang penting boleh membantu dirinya.

Dan tidak mustahil setelah mendirikan rumahtangga nanti, didalam hatinya akan mula terbit rasa kasih dan sayang dan mula merasai keserasian dan keindahan hidup bersama. 

Contoh melalui pengalamian saya: Sebelum saya disahkan positif HIV, saya pernah menjalin hubungan dengan seorang remaja lelaki, remaja lelaki itu pure bottom. Tapi hubungan kami makin lama makin jauh, malah semakin jauh apabila saya disahkan positif HIV. Kami masih berhubung melalui FB, dan tidak lama kemudian dia memberitahu saya yang dia akan melangsungkan perkahwinan. Mulanya saya terkejut tapi saya tetap bersyukur.

Dan paling menarik apabila dia memberitahu saya bahawa kehidupannya lebih bermakna setelah dia mendirikan perkahwinan. Melalui facebooknya saya lihat betapa akrabnya hubungan mereka suami isteri selepas berkahwin, walaupun dalam hati saya pada mulanya agak sangsi dia boleh mengawal diri, tapi lama kelamaan keyakinan saya berubah dan saya yakin dia tidak terlibat dalam aktiviti songsang lagi. Dan tidak lama kemudian saya mendapat khabar bahawa isterinya telah mengandung. 

Pengajarannya disini, saya yakin tunang saudari boleh berubah sama seperti rakan saya ini, mungkin dia belum merasa kemanisan perhubungan dengan seorang wanita, dan tidak mustahil dia akan menyukai hubungan halal suami isteri itu nanti daripada hubungan sangsang. Nalurinya kepada kaum sejenis mungkin tetap ada tetapi saya pasti dia boleh mengawal diri. 

Seperti mana kata saudari, hendak bercinta selepas berkahwin, samalah dengan keadaan tunang saudari, alhamdulillah kerana dia mempunyai kejujuran, keberanian malah ada keyakinan dan cuba mencari kebahagiaan kehidupan selepas berkahwin, selagi dia tidak tempuhi merasai alam perkahwinan itu maka dia tidak akan tahu apa yang ada disebaliknya. 

Jangan terlalu menekan mengharapkan yang terbaik dari tunang saudari, kerana ini akan membuatkan dirinya stress dan bimbang dan tidak yakin kepada dirinya sendiri nanti. Sebaiknya terus memberi perangsang, bantuan, nasihat seadanya serta yakinkan dirinya boleh berubah mengawal diri dan mampu hidup bahagia selepas berkahwin kelak.

Sekurang-kurangnya apabila saudari telah tahu keadaan naluri sebenar dirinya, maka saudari boleh memantau tingkah lakunya nanti. Dan dia juga akan lebih berhati-hati dengan segala tindakan yang akan dibuat selepas berkahwin kelak.

Dalam keadaan sekarang adalah sangat baik agar saudari terus ikut gerak hati sama ada meneruskan perkahwinan itu atau tidak, dan hanya Allah sahaja tahu apa yang terbaik buat anda berdua. Teruslah berdoa minta petunjuk dariNya. Mudah-mudahan Allah memberi kebahagian kepada anda berdua. - Naj Mi










D

22 comments:

  1. Tunang anda jujur dan ikhlas dlm perhubungan ini. Minta pertolongan Allah bagi menentukan masa depan anda berdua. Jadi berkahwin atau tidak, saya tetap doakan anda berdua terus bahagia di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  2. asslm abg najmi, maaf bertanya, saya tak faham "dan dia bottom" atau abg najmi ada terangkan sebelum ini maksud tu mungkin saya tdk perasan, maaf bertanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Capt Lalok,

      TOP bermaksud lelaki yang meliwat

      BOTTOM bermkasud lelaki yang diliwat

      Kira Top tu tugasnya macam suami, bottom tu tugasnya macam isteri lah....:)

      Delete
    2. ooo, faham, maaf yer bertanya.terima kasih

      Delete
  3. Assalamualaikum en.najmi, maaflah saya menggunakan "anynomous" di ruangan komen ini tapi ada sebabnya. Saya ingin bertanya 1 soalan yg selalu bermain di minda saya sebelum ini. Dan soalan tu saya cuba cari dalam internet tapi tak ada. So mungkin en.najmi ada jawapannya..

    Soalan saya , bagaimana kita nak mengenali seseorang yang sudah lama dijangkiti oleh hiv tapi masih sihat dan tidak ada sebarang tanda2 dijangkiti yg ketara pada mereka , sebagai contoh pesakit hiv yang dijangkiti sudah lebih 2 atau 3 tahun keatas ?

    Saya bertanya soalan ini sebab mungkin ada pesakit hiv yg diluar sana yg ingin berkahwin tapi merahsiakan tentang penyakit ini. Dan semestinya ada pesakit hiv diluar sana yg nampk sihat ini masih menjalankan aktiviti tidak sihat dan selamat bagi menyebarkan penyakit ini.

    Saya harap en.najmi boleh menjawab soalan ini sebab ia sangat2 bermakna pada saya. Terima kasih

    -anynomous-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam anony mous,

      Sangat susah nak kenali pembawa HIV sebab mereka kelihatan sihat sama seperti orang lain. Tapi mungkin saudara boleh perhatikan seseorang yang saudara syaki seperti kawan baik sendiri,

      Jika setiap hari dia akan menelan ubat tepat pada waktu tertentu tanpa pernah mis (itu pun jika dia sudah makan ubatan HAART lah) sebab ramai pembawa HIV diluar sana masih tidak perlumakan ubat sebab kesihatan mereka masih ditahap baik). Ambil nama ubat yang dia makan, dan google cari maklumat mengenai ubat tersebut.

      Bagi sesetengah PLHIV mereka akan mengalami kehilangan lemak diwajah (kes yang dah lama makan ubat maybe lebih 5 tahun) klik disini dilebel bertajuk "LIPOATROPHY dalam blog ini - http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/search/label/lipoatrophy

      Sukar sebenarnya, saya duk fikir tapi tiada jawapan yang tepat bagi membantu menjawab pertanyaan saudari itu. Biasanya mereka yang mempunyai rakan atau seseorang yang selalu bergaul dengan pembawa HIV dan mereka yang faham mengenai HIV/AIDS, mereka ini MUNGKIN, mungkin boleh mengesyaki seseorang lain sebagai pembawa HIV (syak sahaja ya), contohnya seperti doktor yang merawat pesakit HIV.

      Senang kata sangat sukar nak kenal seseorang pembawa HIV melalui luaran mereka, saya sendiri tidak boleh kenal sama ada seseorang itu pembawa HIV atau tidak.....:)

      Delete
    2. Benar..susah nk tahu seseorang itu plhiv atau tidak... sekiranya tidak mengambil ubat....

      Bagi yang tidak mengambil ubt...cuba perhatikan apabila jari atau anggota badsn mereka terluka..berdarah...kalau mereka tidak bagi sesiapa menyentuh atau lap darah tersebut..mungkin ada sesuatu yg tidak kena..tetapi, tidak boleh menjadi ukuran juga sebenarnya....

      Susah sebenarnya....

      Delete
    3. Sudah tentu tidak. Bagi yg dah mulakan rawatan virus hiv sudah tidak ada dlm darah. Ubat yg ada sekarang dapat menghalang virus hiv drpd membuat salinan seterusnya menghapuskannya dlm darah. Tetapi ubat yg ada sekarang tidak dpt masuk ke dalam sel dna T4 untuk menghapuskannya. Oleh itu apabila penghidap hiv berhenti makan ubat maka ia akn kembali aktif dan membuat salinan yg baru.

      Delete
    4. Viral load die yg suprress...kalau nak check bleh pakai pcr

      Delete
  4. Abg najmi... terima kasih atas pandangan abg najmi.. teramat sy hargai.. buat masa ini sy hanya mampu berdoa dan terus berdoa... utk pengetahuan.. sejak kenal dia.. sy terasa semakin rapat pd Allah.. kerana sy sedar.. pd Allah saja sy mampu berserah utk dugaan yg sebegini..
    Sy mulakan balik solat duha, hajat, tahajudd, taubat dan istikharah..yg dah bertahun2 sy tinggalkan.. malah sy cuba cari setiap maksud bacaan solat utk mendpt kan penghayatan.. mendalami tafsir alquran dan.. di hujung solat sy.. xpernah sy tertinggal doa utk dia.. demi kerana sy ingin dia bahagia dan gembira.. sy xpernah rs sedamai ini dan dekat pd Allah dgn ikhlas dan rendah hati.. kalau org ckp menyintai PLU itu derita.. sy rs xbenar pkr itu.. yg nyata.. die bwk byk pkr baik utk diri sy.. dan spjg kenal die.. xpernah sy tersinggung dgn dia.. Alhamdulillah.. tolong doakan kebahagiaan utk kami.. dan kalau ada perkhabaran baik.. akan sy maklumkan di sini.. terima kasih pd yg mendoakan dan memberi sokongan..

    Sandra

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sandra,

      Pertama sekali terima kasih kerana berkongsi kisah ini dalam ruang komen yang lalu. Sebenarnya gerak hati saya kuat menyebelahi tunang Sandra. Jika gerak hari saya kata dia tidak sesuai, saya akan nasihat agar Sandra tinggalkan dia, tapi apabila Sandra beritahu memuji keperibadian tunang Sandra yang sangat baik, saya rasa mungkin dia yang terbaik buat Sandra. Ada kesungguhan, kejujuran, keikhlasan dalam diri tunang Sandra. Itu yang saya faham melalui cerita yang diluahkan diatas.

      Ya sudah semestinya saya akan berdoa yang terbaik buat anda berdua......:)

      Delete
  5. Najmi, macam mana kalau seseorang itu dia boleh jadi top dan bottom..nak panggil apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Kalau kedua-duanya boleh mereka mengelarkan diri mereka "FLEXI"

      Delete
  6. baru saja nak tgk entry, darah muda dah pun naik ke muka.. geram sungguh dgan setengah followers yang otaknya tahap gaban.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko ni sapa? Masuk blog najmi dok maki hamun orang. Daripada ko dok maki hamun org baik pergi baca quran.

      Delete
  7. Abga Najmi..saya ada email abg najmi..kepada xdapat ya..lepas tu suruh saya click tgk link..tp xde link pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam anonymous,

      Cuba lagi maybe ada kesilapan semasa nak send email tu, orang lain boleh aje send email tak ada masaaalah pun....send ke hidupmestiditeruskan@gamil.com

      Atau

      send message kat facebook abang..add abg jadi friend ok...:)

      Delete
  8. aku insan hina, Aku marah BKMB jeee, suka sgt wat tuduhan melulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shahir Amuddin,

      Jangan ambil kisah sangat ya...fikir positif dengan komen orang lain tu, lain kali kalau rasa peringatkan pembaca BKMB, Shahir tinggalkan lah komen dibawah komen BKMB. Jangan tinggalkan komen di tempat lain sehingga orang lain yang membaca komen Shahir boleh salah anggap. Abang sendiri tertanya-tanya Shahir geram pada follower yang mana satu, sebab tiada sebarang komen BKMB pun kat sini.....:) Jangan sedih dan jangan ambil kisah sangat k....:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST