Wednesday, 19 March 2014

SAFI - SAHABAT BAIK SAYA DAN BAYINYA MENINGGAL DUNIA KERANA AIDS

Panggil saya SAFI. 

Saya ada kisah, tentang sahabat baik saya, dia kawan baik saya sejak kami berumur 6 tahun lagi. Dia dan anaknya yang meninggal dunia kerana penyakit AIDS, mungkin waktu tu kami tidak cukup berpengetahuan mengenai HIV/AIDS yang sebenarnya.

Malah saya sendiri tidak pernah tahu tentang adanya ubat yang boleh mengawal kuman HIV ini dan tak tahu ada ubat yang boleh mengelak jangkitan HIV dari pasangan. 

photo hiasan

Dipendekkan cerita,
 
Sahabat saya ini mendapat jangkitan HIV selepas dia berkahwin dengan suaminya yang juga merupakan rakan sekolah kami juga. Selepas berkahwin suaminya terlibat dengan najis dadah dan menjadi penagih tegar, tapi sahabat saya tak pernah memberitahu kepada sesiapa pun mengenai derita yang beliau alami. 

Dia mengadu pada saya pun setelah saya bertanya kenapa tangan dia selalu lebam-lebam, rupa-rupanya baru saya tahu dia selalu kena pukul, dan sahabat saya ni alhamdulillah adalah seorang isteri yang taat pada suami, dan terima apa sahaja yang terjadi pada dirinya dan menganggap semua itu adalah dugaan besar Allah untuk dia.

Ketika dia melahirkan anak dan masih dalam pantang suaminya pernah pukul dia sebab dia menolak untuk melakukan hubungan tubuh. Dia menolak bukan sebab tidak sanggup nak layan suami dia, tetapi sebab dia dalam pantang dan masih dalam nifas. Dan sebagai wanita dalam nifas diharamkan bersetubuh, tetapi suami dia paksa juga dan sebagai isteri dia terpaksa akur. 

Dan dia akhirnya mengandung anak ke tiga sedangkan anak keduanya baru sahaja berumur 2 bulan.

Tidak lama tu saya berpindah ke Johor dan tidak dengar khabar lagi tentang dia.

Dan sudah takdir Allah dan rezeki saya, kebetulan pada hari raya saya balik Terengganu dan saya ke hospital untuk buat rawatan biasa, semasa dihospital saya ternampak kelibat salah seorang ahli keluarganya dan mereka beritahu sahabat saya sedang sakit tenat. 

Terus saya pergi ke wad dan hampir menjerit saya ketika itu kerana tidak percaya tubuh yang terlantar dikatil tidak bermaya itu adalah sahabat baik saya yang satu ketika dulu sangat cantik orangnya. 

Saya lihat mukanya cengkung dan tubuhnya sangat kurus. Saya menghampirinya dan cium dia, kami menangis sama-sama. Saya suap dia makanan, tapi dia muntah sebab tak boleh makan. Hati saya berasa sebak. 

Tidak lama kemudian emak dia datang beritahu saya, yang kawan saya itu menghidap penyakit AIDS. Sememangnya saya amat terkejut dan terus melepaskan tangan dia, tetapi cuma seketika. Saya kembali istiqfar dan saya ingat semua penyakit itu datang dari Allah SWT

Kawan saya tidak minta jadi penghidap AIDS tetapi dia tahu yang Allah telah memilihnya untuk diduga dengan penyakit itu. Dalam waktu yang singkat saya cuba lakukan apa yang terbaik sebagai sahabat, kerana saya perlu balik semula ke Johor pada hari tu juga. Saya tinggalkan sahabat saya dengan hati yang sangat berat. 

Di Johor hati saya tidak tenang kerana saya selalu teringatkan keadaan dia dan tidak berhenti berdoa agar kesihatan dia kembali sembuh. Selepas seminggu kemudian saya dapat panggilan telefon yang memberitahu bahawa sahabat saya sudah kembali kerahmatullah menemui Maha Pencipta. Dia meninggal dunia pada malam yang cukup barokah, iaitu malam Jumaat. Dan arwah dikebumikan pada hari Jumaat juga. 

Ramai yang tengok jenazah sahabat saya ini dan mereka kata keadaan jenazah sangat bersih dan segala urusan mudah diurus. Wajahnya kuning berseri, dia sewajarnya menerima segala kemuliaan itu kerana dia seorang isteri yang taat, seorang yang tetap patuh kepada suami walau suaminya seorang yang bermasaalah dan pesakit AIDS.

Umi saya ada beritahu, sahabat saya tetap menjalankan tanggungjawab yang cukup sempurna sebagai seorang isteri, kerana dia tahu itu yang Allah suruh. Dan urusan suaminya sebagai pesakit AIDS adalah urusan Allah, dia tidak pernah sesekali cerita memburuk-burukkan suaminya, walau kepada saya sahabat baiknya sendiri.

Al Fatihah buat arwah.


SAFI



8 comments:

  1. Sedihnya..nak nangis lah.

    ReplyDelete
  2. al Fatihah syurga blsnya tu nanti

    ReplyDelete
  3. Ni cerita baru dpt dalam 3 hari ni ke bro?

    ReplyDelete
  4. Al Fatihah, semoga Allah tempatkan arwah di dalam syurga.

    ReplyDelete
  5. al fatihan untuk arwah

    ReplyDelete
  6. al fatihan untuk arwah

    ReplyDelete
  7. tronx013

    Ya ...ada pembaca yang share kisah ni....:)

    ReplyDelete
  8. Salam Najmi, lama KA x singgah sini... sejujurnya air mata saya bergenang mmbaca kisah ini.. allahuakbar !

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST