Tuesday, 18 March 2014

RUMAH POSHe - DUNIA KANAK-KANAK HIV POSITIF

Rumah POSHe, beri harapan meneruskan kehidupan, optimis mahu menjadi insan cemerlang 


"Masa arwah mak beritahu yang saya HIV Positif, saya tidak pernah menyesal dan menangis. Ini bukan saya salah dan tidak pernah diminta dilahirkan begini.

Yang penting hidup mesti diteruskan dan berfikiran positif untuk meneruskan hidup,” luah Ali Imran 18 (bukan nama sebenar), salah seorang daripada 10 anak yatim piatu, yang menghuni di Positive Shelter Home (POSHe), di Klang, Selangor. 

"Alhamdulillah, semua baik, tidak melawan dan marah. Mereka memahami Mak Wan yang memerlukan kerjasama untuk menjaga mereka. Anak-anak itulah yang menggerakkan hati saya mendaftarkan POSHe," Wan Hava Wan Hussin, Pengasas POSHe

Ali yang sedang menuntut di sebuah kolej kemahiran di ibu negara, kehilangan ibu akibat AIDS ketika dia dan adiknya Sarah, 11, (bukan nama sebenar), dan Alia, 10, (bukan nama sebenar). Bagaimanapun, Sarah lebih bernasib baik kerana disahkan bukan penghidap HIV seperti abangnya.

Walaupun terpaksa berhadapan dengan sedikit masalah semasa mendaftar sebagai pelajar di kolej itu, setahun lalu, Ali tetap tabah dan sentiasa bersemangat demi mencapai cita-citanya.

Bukan saja Ali, malah semua anak yatim piatu lain yang tinggal di rumah berkenaan menjadikan Pengasas POSHe, Wan Hava Wan Hussin atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Wan atau Mama sebagai penguat semangat untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Bagi Ali dan anak lain di situ, Mak Wan itulah ibu dan ayah mereka dan tempat bergantung harap, berlindung, bermanja, meluah rasa dan mengadu sakit pening.

Kuat semangat

Rakannya, Muhamad Ihsan, 14, (bukan nama sebenar) berasal dari Kedah, berkata tiada sekelumit rasa terhina atau terpinggir disebabkan darah HIV positif yang mengalir dalam tubuhnya setiap kali bersama rakan sekelas lain.

“Ada kawan yang tahu saya HIV positif tapi ada juga yang tidak tahu. Kawan yang tahu boleh terima saya, mereka tidak menghebohkan perkara ini. Kami berkawan macam biasa.

“Tiada ibu, ayah dan saudara. POSHe itulah dunia kami. Suka-duka, gelak tawa, gurau senda bersama dengan anak yatim piatu yang senasib dengannya di situ.

“Saya mahu jadi pegawai bomba. Saya mahu belajar bersungguh-sungguh. Saya ada Mak Wan yang selalu memberi semangat dan melihat sakit pening saya,” katanya ketika ditemui FAMILI, di rumah kebajikan itu, baru-baru ini.

Rumah itu ditubuhkan, 9 Januari 2010 atas inisiatif Wan Hava.

Rezeki tidak pernah putus

Sementara itu, Mak Wan berkata tidak pernah menyesal memilih kehidupan bersama 10 penghuni anak yatim piatu yang HIV positif, walaupun banyak cabaran dan dugaannya.

Mak Wan berkata, kos penyelenggaraan, bayaran persekolahan amat tinggi dan semua perbelanjaan itu hasil sumbangan masyarakat setempat.

Menjelang persekolahan ini, nasib anak itu terus terbela apabila ramai yang bermurah hati menyumbang pelbagai kelengkapan serta peralatan sekolah.

“Saya mengucapkan terima kasih menggerakkan hati dermawan datang membantu kami. Setiap hujung tahun mereka akan hubungi dan tanya Mak Wan untuk membantu persiapan persekolahan anak itu. Ada yang datang dan membawa mereka keluar membeli pakaian, kasut dan sekolah,” katanya kos keseluruhan mencecah RM8,000 sehingga RM9,000 sebulan.

Sumbangan pelbagai pihak

Pihaknya juga menerima sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk keperluan asas dan bekalan untuk sarapan setiap pagi daripada seorang individu yang tidak mahu dikenali.

“Sepasang suami isteri pula menjadi penyumbang tetap bekalan susu khas dan lampin pakai buang untuk Mariam yang cacat berkerusi roda,” katanya.

Kementerian Kesihatan juga membekalkan ubat khas secara percuma, selain makanan tambahan untuk kanak-kanak terbabit.

Beliau berharap, ada petugas khas yang tinggal berhampiran POSHe akan menggantikan jururawat sebelum ini bagi menguruskan rawatan dan perubatan mereka.

Pendidikan mereka tidak terabai

Setiap tahun, Mak Wan tidak pernah lupa menyediakan sekurang-kurangnya RM500 sebulan untuk kos pendidikan anak terbabit.

“Yuran, buku belum ada, sebab mereka bertukar sekolah. Nasib baik ada penduduk kampung menawarkan diri membantu menghantar anak ini. Mak Wan harap mereka dapat belajar di sekolah sama seperti di Bandar Tun Razak dulu sebab ada kelas khas untuk Orang Kurang Upaya (OKU),” katanya.

Berdasarkan pemantauan dan pemerhatiannya, Mak Wan melihat pendidikan anaknya terbabit pada tahap sederhana, namun beliau percaya jika mereka gigih berusaha pastinya akan lebih cemerlang.

“Pada awalnya ada yang takut, segan dengan penerimaan kawan. Mereka risau reaksi penuntut lain, tapi Alhamdulillah selepas sesi dialog dengan doktor, pihak sekolah menerima mereka,” katanya.

Sebelum ini, ketika di Bandar Tun Razak, ada beberapa sukarelawan datang membantu beberapa kali setiap minggu untuk mengajar mereka yang tidak tahu membaca.

Beri kasih sayang

Luah Mak Wan, menjaga anak HIV positif ini memerlukan ketabahan dan beliau sering memohon petunjuk daripada Allah SWT untuk meneruskan usahanya selagi termampu, terutama memberi kekuatan, semangat dan dorong anak terbabit untuk meneruskan hidup.

Walaupun bukan darah dagingnya sendiri, Mak Wan sentiasa menumpahkan kasih sayang, perhatian, didikan dan sokongan moral kepada 10 anak itu.

“Alhamdulillah semua baik, tidak melawan, marah malah mereka memahami Mak Wan yang memerlukan kerjasama untuk menjaga mereka. Selagi boleh, Mak Wan suka uruskan mereka sendiri,” katanya tersenyum memandang anak kesayangannya yang beriadah di laman rumah itu.

Mak Wan yang menghidap artritis, berkata anak terbabit adalah anugerah dan amanah Allah kepadanya dan setiap kesukaran dilalui sepanjang menjaga mereka menjadikan ia sangat istimewa.

Apa yang penting bagi Mak Wan, penjagaan ubat-ubatan, rohani, jasmani, spiritual untuk bersedia menghadapi stigma, kesulitan ketika bekerja pada masa akan datang.

Bagi rawatan

Tambah Mak Wan, doktor selalu mengingatkannya supaya memberikan anak terbabit sukatan ubatan dengan betul dan mengikut jadual untuk mengurangkan pembiakan virus dan membantu memanjangkan usia mereka.

“Tanpa ubat anak itu akan mendapat sakit sampingan dan boleh menghidapi AIDS. Pada tahap HIV ini, jangka masa memang lama. Tapi kalau penjagaan tidak bagus dan mengabaikan rawatan mereka boleh menghidap AIDS.

“Setakat ini, mereka hanya pembawa saja. Sebab itu kita tengok mereka sangat aktif. Kalau tidak diberitahu, orang lain juga tidak tahu mereka menghidap HIV. Saya selalu berharap mereka sentiasa tabah,” katanya.

POSHe lahir kerana kasih sayang

Pengalaman sebagai petugas sepenuh masa selama 12 tahun di sebuah pusat penjagaan pesakit HIV dewasa dan kanak-kanak di Rumah Solehah, di Bandar Tun Razak, mendorong Mak Wan meneruskan kerja amal yang cukup sebati dengan jiwanya itu.

“Alhamdulillah, sebelum ini saya pernah bertugas di pusat penjagaan orang-orang HIV, dewasa dan kanak-kanak. Apabila saya bersara, lapan anak anak yatim piatu dari rumah ini, saya bawa bersama untuk tinggal di POSHe.

“Anak-anak itulah yang menggerakkan hati saya mendaftarkan POSHe, pada 2010 kerana berniat meneruskan penjagaan anak HIV ini. Mereka perlu diberikan perhatian sewajarnya dan patut bertanggungjawab menjaga mereka yang kehilangan ibu bapa,” katanya.

Seawal penubuhan POSHe, Mak Wan menjaga lapan kanak-kanak dengan bantuan anak dan menantunya serta seorang pembantu yang sudah lama dikenali.

“Kini 10 orang, lapan lelaki dan dua perempuan, yang berusia antara 11 tahun sehingga 18 tahun. Semua sedang bersekolah kecuali Mariam (bukan nama sebenar), 11, satu-satunya anak yang berkerusi roda. Semua mereka anak yatim piatu. Kalau ada waris, mereka tidak dijaga sepenuh masa,,” katanya.

Kos sewa tinggi

Bagaimanapun, selepas hampir empat tahun di Bandar Tun Razak Cheras, Mak Wan membawa POSHe ke Kampung Bukit Kerayong, Klang apabila mengetahui sebuah rumah hendak diwakafkan kepada anak yatim melalui seorang ahli exco yang terbabit dalam projek penjagaan anak HIV.

Pemindahan itu mengurangkan bebanan perbelanjaan kerana sebelum ini beliau perlu membayar sewa rumah teres dua tingkat, RM2,000 sebulan.

“Sewa rumah bergantung pada sumbangan masyarakat dan mereka inilah banyak membantu saya meneruskan operasi anak ini. Pada 1 November lalu, saya menerima tawaran rumah ini kerana saya tidak dapat bantuan bulanan daripada mana-mana kementerian atau pihak berwajib,” katanya.

Keluarga beri sokongan


Kerja amal Mak Wan mendapat sokongan daripada ahli keluarga dan menantunya.

“Semua petugas tinggal di sini, Mak Wan akan bermalam di sini apabila petugas memohon untuk bercuti. Mereka semua adalah petugas yang dibayar upah. 

Penduduk di kawasan berkenaan juga terbuka menerima kanak-kanak tanpa sebarang masalah dan keraguan.

“Petang-petang mereka berbasikal di sekitar kampung, dan ada penduduk kampung memberi buah-buahan dan makanan,” katanya.


Sumber DISINI




FACEBOOK POSHe

Sumbangan boleh dibuat terus kepada akaun Maybank POSHe @ 564557124750. Sila hubungi Mak Wan di 016-6271883 sekiranya terdapat sebarang pertanyaan. Mohon memaklumkan kepada kami jumlah sumbangan yang diberi setelah memasukkan wang dalam akaun tersebut. Semoga Allah SWT. membalas budi baik tuan / puan. Ameen

Please make donations directly to POSHE's Maybank Account @ 564557124750. Kindly contact Mak Wan at 016-6271883 for further enquiries. We would appreciate if you could inform us on your donation amount upon banking in. May Allah SWT bless you for your kind contribution. Ameen

 

2 comments:

  1. Subhanallah, ganjaran Allah pd mak wan dgn semua yg membantu pasti Allah berikan. Najmi saya dgn penuh rendah diri dan penuh rasa hormat kagum dgn peribadi mak wan, mereka2 yg dgt luhur hatinya. Menitik air mata membaca entry ini dan saya mohon agar rezeki mereka sentiasa bertambah, mereka sentiasa berjaya, sihat dan menjadi insan yg berguna. Sebak membaca dan bagi insan yg bertanggung jawab membantu moga jannah menanti anda semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mak Wardah,

      Saya pun sama, mempunyai perasaan begitu, kagum dengan usaha Mak Wan. (Mak Wardah boleh lihat beberapa image photo hitam putih termasuk image kelibat Mak Wan didalam blog damakimage.wordpress.com)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST