Tuesday, 11 March 2014

PUAN LATIFAH - SUAMI GAY DAN +VE HIV, SAYA BIMBANG ANAK LELAKI MENJADI SEPERTI AYAHNYA

Puan Latifah (bukan nama sebenar) mengirim email bertanya pendapat, kerana bimbang anak lelakinya apabila besar kelak boleh mengikut jejak langkah sama seperti ayahnya seorang yang bernaluri songsang.


Assalamualaikum saudara Najmi.

Saya baru mula membaca blog saudara sehari dua ni. Sebenarnya saya adalah seorang isteri kepada lelaki gay yang juga hiv positif. Saya mula-mula dapat tahu mengenai suami ketika saya mengandungkan anak sulung saya. Hancur luluh hati saya. Saya hanya mampu berdoa dia akan berubah.

Suami saya mengaku dia sudah lama tinggalkan aktiviti luarnya sebelum kami kawin lagi. Dia pada saya seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab. Dia juga sentiasa mendekatkan diri dengan Allah, tapi saya pasti  syaitan sentiasa berbisik padanya dan menggodanya untuk kembali ke kehidupan lama.

Sebagai seorang isteri yang mengharapkan cinta dari suaminya, saya rasa itu amat mustahil. Dia pernah mengaku dia tidak mampu menyukai dan menyayangi saya sebagaimana dia sukakan kaum sejenisnya. Allah sahaja yang tahu perasaan saya.

Saya ingin membantu suami kembali ke jalan yang betul. Tapi saya begitu asing dengan perasaan dan dunia seorang lelaki gay, apatah lagi gay yang berkahwin.

Saya ingin sekali pendapat pandangan saudara Najmi bagaimana caranya untuk saya membantu suami agar tidak lagi terpesong dan insyaallallah, benar-benar berubah. Kerana sesungguhnya saya teramat risaukan masa depan anak lelaki saya. Saya risau kalau-kalau dia terikut-terikut gaya ayahnya dan mengalami kecelaruan identiti atau seksual orientation bila anak saya dewasa kelak. Saya sentiasa berdoa agar anak saya dilindungi Allah dan menjadi lelaki sejati.

Bantulah saya agar saya nampak cara atau jalan untuk bantu suami. Terima kasih.



PUAN LATIFAH 




Salam Puan,

Puan hanya boleh membantu suami berubah mengawal diri, jika sisuami itu benar-benar mahu berubah. Perubahan mengawal naluri terletak dibahu suami bukan dibahu puan.

Seperti yang puan beritahu suami puan seorang yang bertanggung jawab dan sentiasa berusaha mendekatkan diri dengan Allah, alhamdulillah saya berharap suami puan masih boleh mengawal diri dari tidak melakukan sebarang aktiviti seks sejenis lagi.

Pandangan saya naluri seks sejenis memang tidak boleh dihapuskan sama sekali sepanjang hayat TETAPI naluri itu boleh dikawal. Dengan cara mendekatkan diri kepada Allah, insyaallah suami puan boleh mengawal diri (klik disini). Tetapi macam saya kata semuanya terletak dibahu suami pun untuk berubah, puan hanya boleh membantu sikit-sikit sahaja. Kesan kejayaan bantuan dari puan lebih mudah sekiranya sisuami benar-benar berusaha mengubah diri, tetapi jika suami sendiri tidak berusaha mengawal diri maka segala bantuan puan pastinya tidak bermakna.

Pada saya suami puan tak boleh berkata, yang
dia tidak mampu menyukai dan menyayangi puan sebagaimana dia sukakan kaum sejenisnya selepas berkahwin. Apa tujuan sebenarnya dia berkahwin dengan puan? Adakah semata-mata sekadar menutup aib diri kerana mempunyai naluri songsang? Saya tak pasti bila suami puan mendapat HIV, sebelum atau selepas berkahwin?  Mungkin selepas berkahwin, bermakna suami puan gagal mengawal nafsu walaupun cuba mendekatkan dirinya pada Allah.

Apa yang puan mampu lakukan sekarang terus berdoa, agar Allah membantu suami puan berubah dan sekali sekala terus menasihati semampu yang boleh. Pastinya puan tak boleh nak tarik tangan suami ke masjid mendengar kuliah agama, pastinya sukar nak ajak suami berdoa bangun setiap malam melakukan solat sunat tahajud, pastinya puan tak boleh nak kawal setiap saat pegerakan kemana suami puan pergi serta apa yang dia buat dan pastinya puan tak boleh mengunci naluri suami puan. Perubahan mengawal diri semuanya terletak dibahu suami puan. Mudah-mudahan dia mampu berubah.

Mengenai anak lelaki, ya kemungkinan besar dia boleh mengikut jejak langkah bapanya TETAPI puan masih boleh menghindarkan anak itu dari terikut jejak langkah bapanya dengan memberi didikan yang baik dan sempurna.

Saya pernah mendengar nasihat seorang ustaz dulu, kerana saya juga pernah terfikir dan bertanya adakah semua keturunan Nabi Muhammad SAW pada hari ini semuanya menjadi orang-orang yang alim, adakah semuanya menjadi orang yang bertakwa beriman, adakah semua keturunan Nabi Muhammad SAW semuanya menjadi manusia yang baik-baik sehingga hari ini? Adakah imam disemua masjid tu atau mereka yang fasih menbaca dan menghafal Al Quran atau mereka yang tidak lekang hadir ke masjid  bersolat jemaah itu juga berkait dengan keturunan dari Nabi Muhammad atau keturunan Nabi dan Rasul yang lain?

Jawaban dari ustaz tu kata tak benar, malah ada keturunan Nabi dan Rasul pada hari ini juga terpesong melakukan perbuatan mungkar. 


Tatkala kita menyangka bahawa kita beriman lantaran berimannya ibu bapa, datuk dan nenek kita, sedarkah kita bahawa bahawa iman tidak boleh diwarisi dan dipusakai daripada nasab dan keturunan. Malah sejarah telah membuktikan para Nabi dan Rasul sendiripun ada yang ditentang oleh anak atau isteri mereka sendiri. Perkara ini digambarkan dalam kisah Nabi Allah Nuh AS. Firman Allah:

وَنَادَىٰ نُوحٌۭ رَّبَّهُ، فَقَالَ رَبِّ إِنَّ ٱبْنِى مِنْ أَهْلِى وَإِنَّ وَعْدَكَ ٱلْحَقُّ وَأَنتَ أَحْكَمُ ٱلْحَـٰكِمِينَ ﴿٤٥﴾ قَالَ يَـٰنُوحُ إِنَّهُۥ لَيْسَ مِنْ أَهْلِكَ ۖ إِنَّهُۥ عَمَلٌ غَيْرُ صَـٰلِحٍۢ ۖ فَلَا تَسْـَٔلْنِ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِۦ عِلْمٌ ۖ إِنِّىٓ أَعِظُكَ أَن تَكُونَ مِنَ ٱلْجَـٰهِلِينَ ﴿٤٧﴾


“Dan Nuh berseru kepada Tuhannya sambil berkata: “Ya Tuhanku, sesungguhnya anakku, termasuk keluargaku, dan sesungguhnya janji Engkau itu benar. Dan Engkau adalah hakim seadil-adilnya.” Allah berfirman bermaksud: “Wahai Nuh, sesungguhnya dia bukan termasuk keluargamu (yang dijanjikan selamat), sesungguhnya perbuatannya tidak baik. Sebab itu janganlah kamu memohon kepada-Ku sesuatu yang kamu tidak mengetahui (hakikatnya). Sesungguhnya Aku memperingatkan kepadamu agar kamu jangan termasuk orang yang tidak berpengetahuan.” (Surah Hud, ayat 45-46). 

Allah menegur Nabi Nuh agar jangan menganggap anaknya yang condong memilih kekufuran daripada iman sebagai ahli keluarga yang akan bersamanya di dunia dan di akhirat. Bahkan Allah melarang Nabi Nuh memanjatkan doa yang mencerminkan seolah-olah dia sebagai seorang yang tidak berpengetahuan dalam persoalan akidah. Beliau seolah-olah keliru mengenai hubungannya sebagai nabi dan pengikut setia, yang hakikatnya lebih kuat berbanding hubungan antara anak dan ayah.

Nabi Muhammad SAW dengan tegas memperingatkan kepada keturunannya agar jangan menganggap bahawa keturunan sebagai lesen untuk mendapatkan keistimewaan berbanding dengan orang lain. Tidak semestinya seseorang yang menjadi sebahagian daripada ahlul bait akan memasuki syurga dan memperoleh syafaat Nabi Muhammad SAW jika akhlaknya tidak langsung mewarisi akhlak Nabi Muhammad saw. 

Bermakna disini kalau ibu bapa kita beriman dan sangat taat kepada Allah SWT tidak semestinya anak-anak keturunan mereka juga akan menjadi seperti ibubapa mereka yang beriman dan bertakwa, malah ada kalangan anak-anak mereka juga yang terpesong dan terus melakukan perbuatan mungkar. 

Kita jadikan ayat diatas sebagai panduan; Jadi tidak bermakna seorang ayah yang bernaluri songsang, maka anak puan juga akan menjadi songsang, itu tidak benar. Malah ada ramai ibu bapa yang tidak songsang tetapi mempunyai anak-anak yang songsang. Samalah seperti dalam kes sekiranya ibu bapa kita yang mengalami penyakit kanser, orang kata peluang anak-anak mendapat kanser juga tinggi tetapi jika kita menyedari lebih awal akan kemungkinan itu dan mengambil tindakan awal mengawasi kesihatan kita, menjaga makanan, sentiasa membuat pemeriksaan dihospital maka insyaallah kita dapat menghindarkan diri dari mendapat penyakit itu. 

Yang penting bagaimana puan mendidik anak puan. Berilah anak puan secukup ilmu agama, beri kasih sayang, pantau tingkah lakunya dan jika ada yang tak kena segera alihkan kembali dia kejalan yang betul, minta bantuan dari mereka yang boleh dipercayai dalam mendidik anak dan saya percaya suami puan juga pasti tidak mahu anak lelaki beliau mengikut jejak langkah sama seperti dia. Pada saya yang paling penting ialah sentiasa berdoa kepada Allah kerana doa seorang ibu kepada anak mereka, doa yang baik buat anak adalah sangat mustajab, pasti Allah akan makbulkannya. 

Untuk pengetahuan puan saya bukan bijak dalam memberi nasihat, apa yang saya tulis ini hanya berpandukan pada apa yang saya ingat pada ketika menulis ini. Pasti ada yang salah ada yang kurang dalam memberi pandangan dan pendapat. Tapi sekurang-kurangnya saya berharap puan akan lebih berasa lega. Semoga Allah mempermudahkan kehidupan puan - NajMi





No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST