Monday, 24 March 2014

NURUL’AIN – ADAKAH RAKAN LELAKI SAYA INI SEORANG GAY?

photo hiasan

Assalamualaikum wbt 

Semoga abang Najmi berada dalam keadaan sihat sejahtera. Maaf ganggu, saya Nurul’Ain (bukan nama sebenar) berusia 20an, baru sahaja jumpa blog awak semalam, masa tu saya browse tentang gay. 

Saya rapat dengan seorang lelaki dan akhir-akhir ni dia berperangai aneh, dan saya rasa macam sudah tidak kenal dia lagi. Saya cuma nak minta pendapat, adakah segala ciri yang bakal saya ceritakan di bawah ini, menunjukkan ciri-ciri seorang gay?

Okay, saya namakan dia sebagai Rahman (bukan nama sebenar) berumur lewat 20an

- Rahman sememangnya lebih selesa berkawan dengan perempuan. Bila hang out, biasanya akan ada beberapa perempuan dan dia seorang lelaki.

- Sejak akhir-akhir ni Rahman dah tak macam dulu; kalau dulu dia selalu berkongsi masalah dengan saya, cerita macam-macam gossip, tapi sekarang Rahman banyak berahsia. 

- Sekarang (sejak around last year October) Rahman sangat rapat (SANGAT) dengan seorang lelaki yang bujang yg tinggal seorang diri dan tak pernah berkahwin n sekarang umur around lewat 30an atau awal 40an. pada saya, dia nampak tua sikit, membahasakan diri "i you" dengan lelaki itu.

- Rahman kerap bermalam dirumahnya. Lelaki itu sangat menjadi priority untuk Rahman sekarang. Apa-apa pun, Rahman akan lebihkan dia. Rahman sanggup batalkan untuk lepak makan bersama, hanya kerana lelaki itu ajak dia makan. (see… penting sangat)

- SANGAT kerap, apabila kami keluar makan atau hang out (tak kira lah beramai-ramai atau berdua), lelaki itu call dia dan tanya dia kat mana, dan dengan siapa, etc. (Rahman jawab dengan sopan dan lembut dan adakala sedikit manja). Tapi Rahman tak pernah hide phone call itu or lari jauh-jauh untuk bercakap. Dia selamba je jawab walaupun depan orang. 

- Sejak akhir-akhir ni dia selalu kata dia busy on weekends and takde di KL. Bila tanya ke mana, dia akan jawab "ada lah….." Dan seorang kawan kami (saya namakan Rusdi) pernah dengar Rahman jawab call last week (time tu mereka dalam kereta nak pergi makan, Rusdi  tumpang rumah Rahman sebab Rusdi ada interview). Dalam phone conversation tu, Rahman kata kepada orang yang call dia:-

"minggu ni ada kawan la kat rumah (merujuk kepada Rusdi)...kita jumpa next week la.. kalau nak datang, datang la next week..."

Dan Rusdi yakin, suara di hujung talian ialah suara seorang lelaki. Bahkan masa Rahman bercakap dalam telefon tu (conversation dalam phone tu around 1 jam ++ : dari dalam kereta hingga ke kedai makan hingga habis makan..) - Rahman ada bercakap sikit dengan Rusdi pasal tunjuk arah (Rusdi yang drive). Just macam nak kata "belok kiri" or "belok kanan" (sambil phone masih di lekap di telinga), then after that maybe orang dalam talian tu marah or ape, Rahman cakap "ye, tengah dengar ni...nak tunjuk arah je tadi tu...kalau sesat macam mana....) dengan nada memujuk... -..-'' 

- Banyak strangers (for me they are strangers) yang followed him on Instagram ; mostly lelaki yang good looking, badan tough ketul-ketul, lepas tu suka selfieeeee. Bila selfie, yang comment and likes semua LELAKI. Komen-komen semua macam "hensemnyaaa..." , "comelnyaaaa" etc..dan.. Rahman pun ada follow beberapa profile yang macam tu. 

- Lately ni, Rahman susah nak lepaskan perhatian daripada phone dia. Wechat, whatsapp sentiasa ada message masuk. Then selalu sangat browse Instagram sambil senyum2 :(

- Rahman tidak suka bersukan langsung. Even bila ajak pergi jogging, dia tak nak and kata malas. Ajak pergi marathon pun dia kata tak ada stamina. Tapi dalam setahun dua ni dia sangat rajin pergi gym.  So physically, dia memang semakin tough. 

- Rahman suka berwangi-wangian. Saya pernah bagi dia perfume untuk birthday dia. Then dia ada bagitahu yang dia suka pakai perfume tu sebab kawan dia kata wangi. Kawan yang dimaksudkan itu adalah seorang lelaki. 

- Dia kadang-kadang boleh jadi sangat gedik dan mula menggunakan bahasa macam "weols, uols, mak," etc etc. 

- Dia selalu refused bila orang tanya pasal kawin (including his family). Alasannya "malas nak fikir sekarang", "malas nak fikir pasal perempuan", "takde perasaan tu lagi,".

- Dia pernah pakai baju V neck berwarna putih dan fit to his body. 

- Dia suka dengar lagu-lagu Siti Nurhaliza dan sangat obsess kepada Siti.

- Seorang yang sangat pembersih dan teliti dan banyak lagi sebenarnya :( 

Tapi kalau berdasarkan ciri-ciri tu, adakah kemungkinan bahawa Rahman seorang gay? Atau, ada tak perkara lain yang kita perlu consider dan perhatikan lagi sebelum judge Rahman tu gay? 

Please help me :( Sangat sedih sebab saya dah macam tak kenal Rahman. Dia banyak sangat secret sekarang. Tak tahu pun dengan siapa dia berkawan sekarang. Kami sudah jarang sangat jumpa / lepak. Dulu selalu juga borak dalam telefon. Tapi sekarang sudah tak lagi. Dia selalu kata dia busy.

*sorry kalau pening dengan explanation saya. Kalau ada apa2 info yang diperlukan, bagitau saya ya. Thanks

NURUL’AIN



Salam Nurul’Ain,

Kalau diteliti apa yang Nurul’Ain beritahu, pandangan abang Rahman mungkin seorang Gay. Macam itulah sifat seorang gay apabila sudah kemaruk bercinta, semua rakan-rakan disekeliling sudah tak nampak lagi.

Bukan sahaja Instagram tapi kalau diperiksa FB pasti rakan-rakannya kebanyakannya lelaki. Gay ni memang suka pergi gym, sebab ramai lelaki yang hensem berbadan menarik disana yang boleh mereka kenal, selain menjaga badan supaya cantik yang boleh dijadikan daya tarikan dan pastinya buat tatapan pasangan gay mereka.

Apa lagi yang boleh abang kata, Rahman berkemungkinan seorang gay, mungkin Nurul’ Ain ada hati dengan Rahman kan? Sebab itu segala gerak geri tingkah laku, perbualan fon Rahman semuanya Nurul”Ain nak ambil tahukan. Itu normal jika kita ada hati pada seseorang.

Ramai perempuan yang jatuh cinta dengan lelaki gay, malah ada yang berkahwin tetapi kebanyakan cerita yang abang dengar semuanya bermasaalah. Naluri gay tak boleh hilang tapi hanya boleh dikawal. Berjaya mengawal diri itu bergantung kepada kesungguhan seseorang gay itu sama ada mahu berubah atau tak. Jika abg share email Nurul’Ain dalam blog misalnya pasti jawapan pembaca lelaki (gay) akan kata Rahman seorang gay.

Tapi itu pandangan dari mata kasar kita hanya dari luaran. Dalaman hanya Rahman sahaja yang tahu, dan kita hanya tahu kalau Rahman sendiri yang beritahu tentang status naluri dirinya kepada kita kan. Selebihnya kita hanya mampu bersyak wasangka sahaja tentang naluri Rahman....:) - NajMi


photo hiasan

Wsalam wbt abang Najmi.

Ya Allah. Sedihnya. Bila saya baca apa yang abang reply, rasa macam baru dapat result SPM yang semua subjeknya itu fail. SANGAT SEDIH.

Dulu saya tak pernah syak Rahman macam ni. Tapi sejak akhir-akhir ni gerak geri tingkah lakunya memang semakin pelik. Dalam kereta dia ada losyen dan wet tissue. Saya tak nampak apa keperluan losyen kepada seorang lelaki? Sedangkan saya sendiri losyen kat rumah sahaja. Takde pun letak dalam kereta :( 

Kami memang rapat. Sangat rapat. Dan saya sememangnya ada perasaan kepada dia. Dia tahu tentang ini dan dia pernah kata kepada saya, dia nak kahwin ketika umur 30 tahun dan minta saya tunggu dia sampai umur tu. Dia kata, untuk setakat sekarang ni, dia tak nak fikir pasal hubungan mahupun percintaan (dengan perempuan) tapi dia kata dia selesa dengan saya.

Mula-mula saya fikir, mungkin dia nak focus untuk cari rezeki, sebelum membina masjid dan membina keluarga. So saya ok je memandangkan saya bukan jenis yang nak bercintan cintun bagai. Saya lebih selesa kalau berkawan je then lama-lama kalau betul-betul selesa dan apabila sudah kenal betul-betul hati budi masing-masing, barulah terus berkahwin. 

Selama ini apabila kami keluar berdua, dan dia busy dengan handphone, saya ingatkan dia ada perempuan lain. Banyak kali kami bergaduh pasal ni dan dia berkali-kali kata "kawan lelaki". Lama-lama Allah tunjukkan kepada saya, bahawa orang yang dia selalu contact tu memang bukan perempuan tapi lelaki. Sebab semakin kerap berlaku, lelaki call dia dan tanya dia kat mana dan dengan siapa. Dan setiap kali itu, Rahman jawab dengan sangat sopan dan lembut dan penuh hormat, sehinggakan saya terpaksa fikir "mungkin dia cakap dengan pakcik dia," - demi untuk hilangkan sangka wasangka buruk yang bersarang dalam kepala saya masa tu.

Semakin hari, Rahman semakin hilang fokus. Kami ada usahakan bisnes kecil-kecilan. Tapi sampai satu tahap, terlalu banyak kesilapan yang Rahman buat, semuanya dia bagi alasan "tak perasan" atau "terlupa" , dan itu menunjukkan Amar tak fokus.

Sejak tu saya semakin sakit hati, sebab saya tidak tahu apa yang dia buat sampai dia lost focus. Then kerap kali dia bagitahu saya pada weekend dia tak dapat tolong untuk bisnes, sebab dia busy. Dan banyak kali weekend, dia tidur rumah kawan dia dan tidak balik ke rumah sewa dia. 

Saya semakin pelik, kenapa lelaki itu sangat penting kepada Rahman sehingga bisnes yang sebelum ni kami excited usahakan sama-sama, Rahman boleh buat tak endah dan dia seolah-olah dah tidak interested lagi. Dia terlalu busy dengan "kawan" dia tu. 

Baru-baru ni, Rahman ada dapat sebijik kek daripada kawan lelaki dia tu. Saya tergamam. Seorang lelaki, menghadiahkan sebijik kek (bukan hanya satu slice OMG…) kepada seorang lelaki lain, dan bukannya ada birthday or apa-apa. Tiba-tiba sahaja bagi kek (atau mungkin hanya mereka yang tahu kek itu sempena apa). Adakah itu biasa berlaku dikalangan lelaki?? T_T

Bila dah semakin banyak yang terjadi, baru saya sedar. Maybe selama ni Rahman memang anggap saya BFF yang memahami dia sahaja. Dan sebenarnya dia tak ada perasaan pun kepada perempuan. OMG… apakah yang saya buat selama ni. Tunggu dia 5 tahun macam tu je? Saya yakin, kalau betul pun nanti dia nak kahwin dengan saya, pasti hanya sebab nak tutup mata orang lain bahawa dia gay dan just sebagai bukti dia tu normal. Dan selebihnya, mungkin saya yang akan terseksa.

Cuma, saya sebagai orang yang rapat dengan dia, saya tidak sampai hati nak biarkan dia macam ni. Macam abang kata dalam abang punya reply tadi : naluri gay takkan hilang, cuma boleh di kawal. Saya blur sekarang. Saya tak tahu apa saya patut buat. :( 

NURUL'AIN


 
Salam Nurul’Ain,

Abang ada menerima beberapa kisah sama seperti kisah Nurul’Ain mengenai perempuan yang jatuh hati dengan rakan lelaki, seorang lelaki yang nalurinya menjurus kepada songsang seperti kisah Mariah dan kisah Nia Ana. Malah kisah mereka telah abang jadikan entri dalam blog ini, dan abang berilah nasihat mana yang mampu.

Lelaki gay ni ada setengahnya sukar nak di kesan, kalau lembut dan kalau mereka terlibat dalam kerjaya fashion, kecantikan make up atau apa sahaja kerjaya yang berkaitan dengan wanita itu kita faham (agak dan kenal mereka), tetapi kalau lelaki yang lasak, peminat bola sepak, pemain ragbi, doktor, lawyer, macho pasti sukar nak kita kesan kan.

Mungkin itu yang terjadi kepada Nurul’Ain hari ini. Perlukan Nurul’Ain menunggu sehingga 5 tahun lagi untuk berkahwin? Perkahwinan yang jelas mungkin tidak bahagia dan perkahwinan yang mungkin akan membawa kepada masaalah yang lebih besar kepada Nurul’Ain kelak?

Kalau ikut cerita yang Nurul’Ain beritahu, jelas naluri Rahman condong kepada GAY, tapi macam abang kata itu sangkaan luaran yang kita nampak sahaja, dalamannya hanya Amar saja yang tahu.

Nurul’Ain kena ikut kata hati, tanya pada diri sendiri adakah benar Rahman itu sesuai dengan Nurul setelah segala yang meragukan tentang Rahman telah Nurul nampak. Adakah perlu Nurul’Ain menunggu dia untuk mendirikan rumah tangga? Jika rasa hati kuat masih hendakkan dia terpulang pada Nurul’Ain.

Pada abang ada baiknya Nurul’Ain cuba lupakan Rahman, jangan simpan hati lagi terhadap Rahman, insyaallah lama kelamaan hati Nurul”Ain akan tawar kepada Rahman dan dalam masa yang sama Nurul’Ain perlu berkawan dengan lebih ramai lelaki yang lain, insyaallah mungkin ada kawan lelaki lain yang mungkin sesuai dengan Nurul’Ain.

Dalam lain ertikata, Nurul’Ain kena lupa kan Rahman. Ambil tindakan segera supaya hati Nurul’Ain tidak terlalu parah mengharap sesuatu yang boleh membawa kemudaratan dalam hidup Nurul’Ain kelak.

Ya kebanyakan lelaki gay berkahwin hanya nak tutup aib diri, bimbang nanti akan banyak penipuan dalam rumah tangga, selalu out station, overtime, kepenatan dan sebagainya.

Biasalah lelaki gay kalau bercinta, sanggup buat apa, jangan kata kek mereka boleh bertukar-tukar cincin lagi, beri minyak wangi, baju sebab sudah sayang. Perubahan diri Rahman yang semakin ketara itu pada pandangan abang sebab dia sudah mendapat sesuatu kepuasan dari orang yang disayanginya itu.

Terpulang kepada Nurul’Ain sekarang, kalau boleh dirikan selalu solat istikarah minta petunjuk Allah sama ada Rahman ini sesuai dengan Nurul’Ain atau tidak, hanya Allah yang maha mengetahui segala-galanya.

*Kalau seseorang lelaki yang bersifat songsang hendak berkahwin dan mempunyai keazaman berubah mengawal diri, meninggalkan segala aktiviti gay selepas berkahwin, itu abang sangat setuju dan galakkan. Alangkah lebih baik sekiranya siisteri dapat menerima kekurangan suami dan mahu membantu sisuami. Berkahwinlah apabila diri kita itu telah ada keyakinan mampu memberi kebahagian zahir dan batin kepada isteri Tapi abang tidak setuju gay berkahwin semata-mata menutup aib diri malah berterusan aktif dalam aktiviti songsang walaupun sudah berkahwin.- NajMi


photo hiasan

Salam abang Najmi,

Terima kasih atas nasihat abang. Saya sedar ada perasaan terhadap Rahman since umur saya 21 tahun lagi dan pada waktu tu dia 22 tahun. Sejak itu sehinggalah sampai sekarang perasaan itu tetap ada, bertahun berlalu tapi kenapa tiba-tiba sekarang dia berubah macam ni.

Sebelum ni masa saya ingat dia berubah sebab ada "perempuan lain", saya memang buat istikharah untuk mintak petunjuk; kalau betul dia ada orang lain, atau apa sebenarnya punca dia berubah. Mungkin ini memang petunjuk dari Allah swt, Allah Maha Besar, mungkin Dia tak nak saya lebih sengsara andai ditakdirkan saya kahwin dengan Rahman pun. Sebab tu, Allah tunjuk semua ini sekarang.

Oh ya, saya nak cerita kat abang. Sejak akhir-akhir ni Rahman kerap hang out di Pavillion. Sebelum ni kalau kami keluar, tak pernah hayat kami jejak ke sana (memandangkan tempat itu tidak ada potensi untuk kami beli barang apa-apa sebab kami biasa-biasa je. Dan sebelum ni kami suka beli barang di Mydin sahaja sebab disitu ada semua yang kami perlukan dan harga pun berbaloi-baloi.)

Tapi sekarang sangat kerap dia ke sana. Kadang-kadang, lunch pun di restoran Jepun kat Pavillion dengan "kawan" dia. Saya yang sememangnya mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi jadi saya google pasal Pavillion. Saya tak sangka, ada beberapa blog yang menyatakan Pavillion adalah tempat favourite golongan gay hinggakan ia digelar "Gayvillion". 

OKAY. Saya rasa cukup sampai disitu sahaja search saya pasal Pavillion dan saya tak boleh teruskan lagi untuk browse sebab takut untuk tahu apa yang selanjutnya T_T

Sebelum ni, apabila kami keluar, saya noticed dia selalu tengok handphone dan chatting menggunakan satu apps yang sangat tidak familiar pada saya. Tapi saya tak tanya dia pun, saya cuma simpan kepada diri sendiri sahaja. Dalam beberapa hari ni saya banyak google pasal ciri-ciri gay etc, sebab saya nak betul-betul ingin dapatkan kepastian. Salah satu blog ada tulis, gay selalu guna beberapa apps untuk berkenalan dengan gay di sekeliling mereka. Salah satu ialah "Grindr". 

Ya Allah, saya sangat tak sangka, berdasarkan interface dan layout design apps tu, memang apps itu yang saya tengok Rahman chatting selama ni :( Tuhan saja yang tahu perasaan saya apabila sesuatu yang saya sangat curious selama ni, akhirnya telah ditunjukkan.

======

Baru-baru ni, ketika kami sedang lepak makan (dengan beberapa kawan lain) ; Rahman terima satu phone call. Perbualan itu bagi saya, amat pelik. Yang jelas, suara orang dihujung talian ialah suara garau seorang lelaki. Saya ingat dengan jelas butiran kata-kata Amar:-

"Hello, ye, I tengah makan...dengan kawan-kawan...makan kat Cheras je...(silent kejap, maybe orang di talian tengah bercakap)...hmmm berapa harga dia? RM499? Yang tu katil sahaja or katil sekali dengan tilam? Oh...hmm i tak ingat la.. tu kedai mana ek? I tak ingat la kedai mana.. okay..ye...nanti I datang la tolong you...bla bla bla.."

Persoalan saya waktu tu: APESAL LAAHH MAMAT TU SANGAT ANNOYING? NAK BELI KATIL PUN KENA CONSULT RAHMAN?? Hello!! 

T_T sekarang apabila sudah semakin jelas semuanya, baru saya terfikir, adakah Rahman akan pindah ke rumah "kawan" dia tu? Memandangkan kawan dia tu bujang tua yang tinggal keseorangan. Oh tidakkkk! *taknak fikir lebih lanjut. takut*

===================

Untuk pengetahuan abang, kami mengusahakan bisnes pakaian wanita. Semua ini sebenarnya idea dari Rahman. Baru sekarang saya terfikir; kenapa lelaki yang lebih terror fikir pasal dress , tudung semua ni berbanding saya? Kebanyakan idea memang dari dia. Dia yang tahu trend terkini, fesyen yang terbaru etc. Saya cuma tolong execute sahaja. Dan dia juga ada bagi cadangan untuk buat bisnes kuih raya masa musim raya nanti. Tapi beberapa hari lepas dia inform saya, tak jadi nak buat bisnes kuih (tanpa sebab, tapi saya rasa mungkin dia dah ada yang lebih penting untuk dibuat dan dah hilang minat nak run bisnes dengan saya) 

Kalau betul Rahman gay, saya tahu saya perlu move on dan tak perlu tunggu dia lagi. Saya takut dia hanya jadikan saya "simpanan" supaya nanti bila keluarga dia desak suruh kahwin, sekurang-kurangnya nanti dia ada saya yang dia memang selesa; dan kemudian macam abang kata tadi, akan banyak penipuan, out station, keletihan (dua-dua ni pun dah sering berlaku sekarang; alasan yang dia guna jika dia tak dapat tolong untuk settlekan hal business sama-sama).

Ya Allah, saya rasa sangat keji jika betul dia anggap saya macam tu. Pastinya saya perlu selamatkan hati saya, memang saya sayangkan dia tapi kalau naluri dia lebih memerlukan lelaki, saya tak dapat nak compete dah. Sebab tentunya saya tidak ada apa seperti yang ada pada lelaki.

Insyaallah saya akan kuat. Cuma dalam waktu ini saya masih perlukan masa untuk menerima semua perkara yang telah Allah tunjukkan kepada saya dan masih dalam fasa untuk cari kebenaran atas segala prasangka yang bersarang dalam hati saya sekarang.

Saya izinkan abang Najmi jadikan ini sebagai entri blog. Insyaallah semoga ia bermanfaat kepada perempuan lain yang mungkin mengalami perkara macam saya dan saya berbesar hati nak baca pendapat dan nasihat daripada golongan lelaki juga. 

Abang Najmi, terima kasih. Sekurang-kurangnya nasihat abang buat saya kuat :)


NURUL'AIN



Alhamdulillah

Sebenarnya tentang Pavillion itu adalah benar, tentang applikasi Grindr itu juga benar.

Baru beberapa hari lalu abang terima komen dari seorang wanita memberitahu bahawa kawan wanitanya yang sudah beranak dua mempunyai suami GAY, dia dah lama tahu suami nya gay Cuma dia diamkan sahaja tapi lebih terkejut apabila melihat photo suaminya berbogel dalam fon, malah photo bogel itu digunakan sebagai wall dalam laman web mungkin photo itu dijadikan sebagai pic profile dalam applikasi seperti Grindr, sebagai tarikan mencari pasangan.

Ya mungkin Allah nak lindungan Nurul’Ain, sebab itu Allah buka pelahan-pelahan kebenaran tentang Rahman. Bermula hari ini Nurul’Ain kena bijak mengurus hati sendiri (mungkin sukar) tapi abang percaya Nurul’Ain boleh lupakan Rahman perlahan-lahan. Jangan terlalu rapat lagi dengan dia, jangan suka-suka keluar makan, jangan keluar kemana-mana dengannya lagi tanpa alasan kukuh melainkan jika berkaitan dengan perniagaan. Mungkin dengan cara itu boleh menjarakkan hubungan Nurul’Ain dengan Rahman, boleh memudarkan rasa sayang terhadap Rahman dalam hati Nurul”ain.

Percayalah kalau Nurul’Ain tidak ambil tahu pun tentang Rahman, Rahman pun pasti tidak kisah. Dia mungkin akan ambil kisah apabila perhubungan dia dengan lelaki itu menemui kegagalan, mungkin ketika itu dia akan berpaling kepada Nurul’Ain kembali. Pada abang kalau pekara ini berlaku, nasihat abang jangan Nurul’Ain hiraukannya lagi. Jika seseorang itu tidak berusaha bersungguh mahu berubah esok lusa kalau dia jumpa lagi lelaki berdahi licin pasti dia akan tinggalkan Nurul’Ain semula, tidak kisahlah sama ada sebelum atau selepas  (jika ditakdirkan) berkahwin.

Tentang perniagaan itu teruskan seperti biasa, jika berjumpa Rahman cuba control hati itu. Dan abang percaya akan tiba satu hari nanti Rahman sudah tidak wujud lagi dalam hati Nurul’Ain, pada ketika itu perhubungan antara anda berdua hanya sekadar rakan biasa sahaja.

Berkawanlah dengan lelaki lain insyaallah abang doakan agar hati Nurul’Ain akan terbuka menerima lelaki lain yang pastinya lelaki yang lebih baik dari Rahman. Allah sudah sediakan jodoh terbaik buat Nurul’Ain diluar sana, hanya menunggu masa dipertemukan sahaja. - NajMi



24 comments:

  1. bila baca part " dia pernah pakai baju V neck berwarna putih"

    there goes everyone in one direction....

    be strong Nurul AIn, tapi jangan la disebabkan luaran kita menilai dalaman seseorang.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum,

    lama dah tak komen di blog abg najmi...entry kali ini menarik....terpanggil untuk memberi pendapat....

    adik ain, maaf kalau terasa ya... apa yang abg najmi bagitahu tu semua betol,...apa yang adik ain perhatikan...ciri2 tu semua betol.... ini berdasarkan pengalaman bella sendiri.... berdasarkan pemerhatian bella sendiri....

    Allah memberi petunjuk menyelamatkan adik ain.... apps di telefon tu, bermacam macam sebenarnya.... bella pernah kantoikan apps di hset didi.... betol, khas untuk golongan mereka.... gambar usah kata la....

    lupakan rahman dik.... bak kata abg najmi, naluri itu susah di ubah...kecuali mereka yang betul2 ingin berubah..mempunyai azam yang tinggi... itu pun tidak menjamin 100%....

    sebelum adik kecewa lebih teruk.... lupakan la...bella bukan nak kata semua golongan ini teruk..jahat or else... tetapi nanti sakitnya tak tertanggung dik....

    bella pun ada berkawan dengan golongan ini.ada yang sangt baik... ikhlas berkawan..tetapi sekadar kawan... kadang2 mereka bercerita pada bella... cuma, kisah bella mereka tidak tahu... suami bella pun mereka tidak kenal...sebab bella tahu...kalau mereka jumpa, mereka tahu siapa dia....tidak mustahil mereka akan terkejut..hanya golongan mereka dapat kenal dengan cepat mereka ini..itu yang mereka pernah bagitahu bella... setegap mana pun lelaki, bagi golongan ini..mereka tahu lelaki itu straight atau tidak.....bella berkawan dengan mereka setelah semua kejadian ini berlaku dlm hidup bella..untuk bella lebih mengenali suami bella... sebelum bella mengambil keputusan penting dlm hidup....

    ini sekadar pendapat bella... betol atau tidak....wallahuallam.... bertabahlah dik

    ReplyDelete
  3. salam sumo
    wat nurul, cari jeee yg lain, btol kata bella
    sumo ciri2 tu ada pada saya juga, GF hanyalah utk mengaburi mata umum
    biarlah kecewa sekarang itu lebih baik dari kecewa kemdian hari.
    benda bsuk elok macam mana pun disorok, lambat laun berbau jugak.
    sebagai gay yang baru berjinak, nak berpatah balik memang sukar, tak tau pulak bagi yang dah lama terbabit.
    sebab itu bila tgk tekad bro jazzle, saya sendiri makin keliru, tambahan sekarang dgr cite, dia dah pun balik kat BF dia dan makin aktif berkomen diblog2 gay hingga saya sendiri mula berminat terhadap dia. dunia gay memang gila. harap nurul pun jangan jadi gila sblum terlambat.




    ReplyDelete
    Replies
    1. budak kampung masuk bandar, naif betul ko, minat kat aku? tlg pastikan income ko x <RM8000 klu tringin sgt nak berdiri disisi salah saorang "the pearl man of stage". kalau stuju kita bleh berurus niaga, aku cuma takut apa yg ada dibadan ko tak mampu bayar waima sebelah kasut aku pun.

      Ko dah lupa ko kata dunia songsang kita dunia gila, memang gila pun, ko tak perlu keliru ttg aku, nanti bila ko dah nampak "jalan pulang" ko akan faham segalanya. bukan senang nk sedarkan orang gila yg dia tak gila. Apa yg aku buatpun utk kepentingan dan demi menyelamatkan diri sendiri saja. dan salah seorang pasti menjadi korban, dan aku pasti aku xkan menjadi korban. FAHAM. ko memang naif,

      Delete
    2. Maaf bukan nak masuk campur. Cuma saya harap saudara Jazlee dan BKMB menghormati tuan punya blog ni. BKMB carilah orang lain yang boleh membahagiakan diri saudara sekaligus dapat membimbing saudara dengan lebih baik lagi. Saudara Jazlee jika kebendaan itu menjadi keutamaan, teruskanlah. Masing2 mumpunyai keinginan sendiri. Maaf abang Najmi kerana saya menyelit disini.

      Haikal.

      Delete
    3. berlagak? ntah aku rasa biasa jeee, hanya dlm situasi dan orang tertentu sahaja yg akan buat aku jadi begitu, takut ulat bulu naik badan , klau ngan ko aku pasti mesra alam, kena tgk apa niat sesaorang tuh, klau baik, kita pun baik, kalau sebaliknya ... pecah muka dia,,, :(

      Delete
    4. Anonymous, ang nape, hangin semacam jeee,,
      bro lee, aku baru jee keje, gaji tak sampai rm3ribu pun, kalau serius,
      aku taruh separuh gaji aku kat bro, bro cakap aje dimana, aku datang area penang.

      Delete
    5. sbgai silent reader, mintak sangat2 kat pemilik blog untuk mnyekat atau delete mana2 komen yg tidak berkaitan dengan tema entry, yg menyrang privicy peribd atau yg memalukan follower lain. BKMB anda memang teruk dan tak beerbudi pekerti, adakah patut anda offer begitu, padanlah harga diri anda dibandingkan dgn sbelah kasut, sehina2 glongan kita ttp juga ada harga diri. dan awak anon@haikal, rendahnya mertabat pemikiran awak, membuat tuduhan melulu tanpa berfikir, 2x5 juga ngan MKMB. harap cik jazzle tidak patah hati utk terus berkomen, komen awak amat dinanti.

      Delete
    6. Sekadar memberi nasihat dan pandangan cetek yg x seberapa dari diriku yg hina ini. Terpulang nk terima atau tak. Sy x terasa hati pun.
      Shahir: wah peminat saudara Jazlee ke? Sy pun...:-P

      Haikal

      Delete
    7. Shahir, rasanya tak payah laa awak dok sibuk hal org. Rasanya jazzleee tu tahu laa nak defend diri dia. Dia bkn budak2 lagi. Dah besar panjang pun. Baik awak pi baca quran drpd awak dok menyibuk hal orang. Saya hairan apa special sgt jazzlee ni sampai ramai org dok tergilakan dia ni? Ada yg sanggup nak bg gaji separuh dan sebagainya. Artis antarabangsa kah dia?

      Delete
    8. Aku mnat tegar komen cik jazzle, en Tronk, HmTuah dan Mfadzli,
      Lagpun aku thap kelabu asap mana layak nk ada hati kat cik jazzle
      Kan, kan, kan.,,,tapi setakat kawan maya OK kot.. kita stop kat sini saja k, maaf

      Delete
  4. Tak baik berperasangka buruk kepada kawan sediri Nurul. Jangan jadi mcm setengah orang yang membuka aib suami kepada semua orang. Kalau suami tu dah tahu jahat dan diri terseksa dalam perkahwinan kenapa tidak tuntut fasakh di mahkamah syariah? Islam tunjukkan cara yang boleh dibuat. Ini tidak dah tahu suami tidak baik dan diri sendiri diperlakukan seperti tidak penting tetapi masih tetap mahu berada dalam perkahwinan tersebut. Pelik betul. Ingatlah, mereka yang suka membuka aib suami akan menerima azab yang pedih di akhirat kelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan membuka aib.. bahkan si penulis,si isteri dan juga wanita2 yang terjebak dalam kes seperti sudah merahsiakan nama mereka. Dan segala cerita ini disiarkan agar menjadi panduan dan iktibar buat kita semua. Sbgai contoh.. allah turunkan bala kat kaum luth agar manusia zaman sekarang dan seteusnya jadikan ini sebagai iktibar... ambil dari sudut positif biarpun bnda ni pahit untuk ditelan

      Delete
    2. bagi pendpt sy, isteri2 ini bukn membuka aib. mungkin melalui penulisan di blog2 dapat membuat mereka lega. betul apa anon ckp, islam menunjukkan cara. fasakh dan lain2. bercakap mungkin mudah sebab tidak berada di tempat mereka. mereka membuat pilihan, kita boleh menasihati, memberi pandangan. kita sendiri tidak tahu mereka itu siapa. macam anon, kenapa menggunakan anon? sama seperti mereka juga. tidak mahu dikenali tetapi itu menjadi medan mereka melepaskan apa terbuku di hati.mungkin mereka memilih untuk teruskan perkahwinan kerana ada sebab2 tertentu yg kita tidak ketahui.

      ada yg memikirkan ank2..sekiranya isteri tersebut tidak bekerja, mcm mana? siapa kita untuk berckp pasal blsn di akhirat kelak?

      ini pendapat sy, maaf kalau sesiapa terasa.

      ida

      Delete
    3. Betul. Tak salah membuat luahan rasa tentang apa yg isteri2 ini alami. Kita mmg simpati. Tetapi yg tak faham bukak blog citer keburukan suami dan sebagainya. Ko dah tahu suami ko mcm tu ko masih tunggu dlm perkahwinan tu knp?

      Delete
    4. Salam,

      Saya juga berpandangan sama, tak kan kisah2 seperti ini nak didiamkan sahaja, kalau tak diberitahu (diceritakan) kepada orang lain, tentu orang tak akan tahukan. Ya nama sipolan, tempat dan sebagainya semuanya dah dirahsiakan, kita pun tak tahu siapa yang meluahkan cerita seperti kisah diatas ini. Saya sendiri tidak mengenali mereka2 yang berkongsi kisah ni.

      Lain lah kalau seorang isteri atau suami atau sesiapa sahaja memburuk2kan pasangan mereka kepada orang yang sememangnya kenal dengan pasangannya itu,itu memang salah.

      Begitu juga kalau kita buka aib diri sendiri, kita heboh segala perbuatan buruk yang kita lakukan kepada orang lain dengan niat berbangga, itu pun salah tu, tapi jika diri kita sememangnya tidak dikenali sesiapa dan kita cerita kisah silam kita dengan niat baik, boleh memberi pengajaran buat orang lain, itu pada saya okey.

      Kalau tak ada cerita2 luahan sebegini disiarkan maka orang tak akan tahu.

      Tahukah anda saya juga ada menerima kisah dari seorang rakan mengenai bagaimana seorang isteri kepada seorang lelaki tabligh yang melayan isterinya dengan teruk, sehingga pernah sisuami cuba membogelkan isterinya dihadapan rakan2 tablighnya yang lain dan mengugut nak meliwat anak lelakinya sendiri dihadapan isterinya.

      Pasti anda tak menyangka kisah macam ini pun boleh berlakukan, kalau tak diceritakan pasti anda semua tak tahu. Sayang sekali disebabkan dari awal tidak dibenarkan berkongsi kisah, maka saya tak dapat cerita kisah mereka dengan detail dalam blog ini.

      Bacalah, dengarlah dan renunglah mengenai luahan kisah orang lain, dan mana yang baik kita contohi, mana yang buruk kita jadikan pengajaran teladan...:)



      Delete
    5. Tau tak bile da dpt title janda org mesti akan pandang serong & usually akan salah kan isteri..salah or berdosa tu tak dpt nak bg comment sebab bkn nya arif bab 2 agama nih...baik tanya yg pakar.. i guess diorg sendiri da rasa serabut dlm hati & tak berani nak consult face2face dgn org lain sebab malu & takut org tau...dgn ada website camni at least diorg can express rasa sedih & serabut tanpa org lain bleh kenal...

      Delete
  5. Salam Ms Bella, dah lama x nampak komen, ari nih baru nampak, terubat jugak rindu dihati.

    Buat Nurul Ain, sedapnya nama, pandangan saya juga senada ngan En Nadzmi, cari ajeee yang lain. Sebagai seorang bisek pun, saya rasa amat susah nak buang tabiat buruk nih dan hingga sekarang pun masih lagi berjuang, inikan pulak kalau gay sepenuhnya. Insyaalah akan ada lelaki yg baik untuk Nurul.

    ReplyDelete
  6. I think he is a gay..dr ciri2 yg awk bgtau tu ..if u realy2 like him..just tell her about ur feeling..but i'm not sure he can accept u..just try firts..if dia x dpt accept awk..move onlh..x yah sedih..find another guy yg straight yg bleh accept who u are..anyway jgn blame or judge people like that..x yah rasa cam dia tu disgusting n emberessemed bg awk..just pray agar dia x myimpang jauh dr landasan seorg islam..

    ReplyDelete
  7. Salam... erm... tumpang simpati dgn nasib ain.. mmg betul naluri gay ni susah nk hilang... same juga dgn lesbian.. walaupn saye dri golongan mcm ni, tp saye memahami jiwa perempuan n cepat simpati dgn perempuan.. perwatakan saye kalau org tgk, org akn ckp sye ni pengkid, walhal sye mmg lelaki.. skrg ni mmg dh byk lelaki yg str8 act.. tetapi diorg adalah gay dibelakang anda.. jdi kene hati2...

    ReplyDelete
  8. Apa nak jadi dengan Malaysia ni..ramai sangat gay dan bisex...:(

    Kenapa kebanyakan gay/bisek ni good looking dan belajar pandai ek? sayang kannnn...

    ReplyDelete
  9. Abg Najmi...kantoi nama sebenar Rahman tu...cer edit balik...

    Nurul Ain...jelas dan terang dia gay...carilah yang lain. anggap dia sebagai partner bisnes sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Haha terimakasih abang jumpa 2 nama yang belum ditukar, tak pa abang rasa nama asal tu pun bukan nama sebenar...Kalau ada jumpa lagi nama tu beritahu ya...sebab walaupun dah ulang2 check pun mungkin masih ada yang terlepas pandang...:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST