Monday, 17 March 2014

ISKANDAR - "ANU" TAK BOLEH NAIK, KERANA DIGANGGU MAKHLUK HALUS?


Assalamualaikum saudara Najmi,

Maaf atas kehadiran email ni. Tujuan saya hantar email ni sebab nak share, minta pandangan tentang masalah yang saya hadapi ini.

Untuk pengetahuan Najmi, saya merupakan seorang PLU yang telah berkahwin dalam setahun yang lalu. Sebelum berkahwin, saya mempunyai seorang BF yang amat saya sayangi. Mungkin keputusan yang saya ambil untuk berkahwin bukan lah sebab cinta pada isteri. Tetapi sebab atas ikatan perjanjian dan juga sampai bila hendak berada dalam dunia songsang ini, menjadikan saya kuat untuk berkahwin.

Pada awal perkenalan dengan isteri, ya semangat untuk berkahwin berkobar-kobar tetapi lama kelamaan benda tu semakin hilang. Semakin dekat dengan hari perkahwinan saya sedar, cinta dan sayang saya pada BF mengatasi segalanya. Mungkin sebab naluri. Tapi perkahwinan tetap berjalan dan BF saya berkahwin tidak lama selepas tu.

Sewaktu awal perkahwinan dulu, ketika untuk bersama isteri, saya ada masalah untuk melakukan hubungan sex. Bukan tak boleh naik tapi bila hendak memulakan "anu" terus layu serta merta. Tapi seminggu selepas tu saya mampu melakukannya. Dalam masa yang sama, hubungan dengan BF masih berjalan dan ada kalanya terlanjur juga. Tapi hubungan songsang itu hanya dengan BF sahajalah. 

Bercerita pasal masalah batin ni, untuk dapat buat kira macam on off lah. Boleh tegang tapi ketika hendak memasukkan, anu akan terkulai layu. Saya cuba bayangkan lelaki tetapi benda itu tak dapat menolong. Tentang saya dengan BF, dah lama kami tak melakukan perbuatan itu. Mungkin hendak menumpukan perhatian pada isteri masing masing. 

Dalam sebulan ni, kami tidak mampu untuk bersama disebabkan masalah saya. Dalam pada itu saya ada berkenalan dengan seseorang melalui we chat. Kami pernah bersama (oral sex) dan saya akui saya sayang dan cinta kan dia walaupun saya tahu saya salah. Saya sedar, mungkin sebab jiwa saya kosong, saya mencari sesuatu. Tapi bagi saya, bukan untuk sex. Sekadar bermesej dan berborak untuk menghilangkan sunyi di hati. 

Saya sedar saya salah dan saya takut terkena jangkitan HIV dan sebagainya. Saya buang perasaan suka pada orang yang baru saya kenal supaya benda ni tak jadi lagi teruk lagi. Dia pula cemburukan isteri saya.

Saya cuba dapatkan rawatan melalui kaedah Islam. Feedback yang saya dapat, saya di ganggu oleh makhluk halus. Begitu juga isteri. Apa yang memeningkan saya, saya tak dapat bersama adakah sebab makhluk halus atau naluri sebenarnya. Untuk pengetahuan Najmi, saya tak perlu membayang orang lain untuk tegang. Cukup isteri saya di sebelah. Tapi apabila hendak memasukkan zakar, dia akan layu. Ini yang merisaukan saya.

Saya bingung samada ini adalah gangguan atau naluri sebenarnya. Bantu lah saya Najmi.

Terima kasih. Wasalam


ISKANDAR
(bukan nama sebenar)





Salam Iskandar, 

Pada abang semuanya bergantung pada mainan minda dalam kepala saudara, saudara sebelum berkahwin sudah ada BF dan ada melakukan aktiviti songsang, maka untuk menghilangkan atau mengawal semua itu agak sukar. Mungkin peratusan naluri saudara kepada lelaki lebih tinggi daripada naluri suka kepada perempuan.

Dalam blog abang ada seorang rakan lelaki biseksual, ia pernah melakukan seks songsang dengan rakan karib, ia juga bercerita kisah sewaktu remaja dengan sekumpulan rakan serumah. Tetapi peratusan naluri dia kepada perempuan lebih tinggi daripada peratusan naluri kepada lelaki, apabila dia berkahwin baru-baru ini tidak perlu tunggu lama "anu"nya boleh naik ketika bersama isteri dimalam pertama lagi.

Nasihat abang apabila Iskandar sudah berkahwin ni, jangan sesekali melayari mana-mana laman web gay. Jangan tengok photo lelaki bogel. Jangan join mana-mana group PLU dalam FB dan apa sahaja berkaitan dengan PLU jangan libatkan diri lagi. Jangan berkenalan dengan mana-mana lelaki lagi. Untuk pengetahuan Iskandar ramai pembawa HIV diluar sana yang menjadi pembawa HIV tetapi tidak menyedari diri mereka ada HIV. Sukar hendak mengenali seseorang pembawa HIV ni sebab dari luar mereka kelihatan cukup sihat.

Walaupun anu sukar naik apabila nak bersama isteri, pada abang mungkin sementara sahaja. Yang penting apabila saudara sudah "bersih" dan tidak libatkan diri dengan mana-mana sumber kaitan dengan GAY dan jangan onani membayangkan gay lagi insyaallah akan tiba masa anu saudara boleh naik apabila bersama isteri.

Cuba selalu bayangkan susuk tubuh wanita, mungkin ianya boleh bantu saudara ketika hendak bersama isteri nanti. 

Dalam blog abang ada kisah seorang lelaki bernama RYAN (klik disini), dia kata dia seorang gay tegar yang hanya suka kepada lelaki, tetapi dia paksa diri untuk berkahwin. Dia juga mengalami masaalah anu tidak boleh naik apabila hendak bersama isteri, TETAPI apa yang dia beritahu abang dia berdoa kepada Allah minta mempermudahkan untuk dia bersama isteri, alhamdulillah doanya dimakbulkan dan dia sudah boleh dan mudah apabila hendak bersama isteri, dan alhamdulillah isterinya mengandung dan pada hari ini sudah ada anak perempuan yang comel. 

Makluk halus? Adakah sebab perbuatan BF Iskandar? Mungkin itu yang Iskandar fikirkan sebab Iskandar kata BF cemburukan isteri Iskandar. Tapi kena ingat masaalah "layu" ni Iskandar alami sejak setahun lalu, kira on off kan, bermakna masaalah disebabkan oleh diri Iskandar sendiri.  

Abang tidak beberapa nak percaya dengan makhlus halus ini, abang harap Iskandar boleh perbanyakkan berdoa kepada Allah insyaallah Allah akan bantu saudara. - NajMi


 

10 comments:

  1. Iskandar..ia bukan disebabkan makhluk halus tetapi naluri yg ada pada diri saudara. Ini yg berlaku kepada rakan saya. 2 tahun pertama okay. Boleh naik dan dpt anak tetapi bila masuk tahun ketiga langsung tak boleh naik. Skrg mrk dah 10 tahun kahwin. Nampaknya isteri beliau redha slps tahu suaminya gay (bottom..yg ni isteri dia mungkin tak tau. Bottom susah sket nak main dgn perempuan. Top mungkin ok sket. I think.).

    ReplyDelete
  2. Erk...kesian isteri dia...kat sini byk da kes isteri dpt hiv gara suami...takut isteri dia tu dpt plak penyakit2 std nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syaz Wani,

      Abg baru dapat cerita dari seorang insan beritahu rakan baiknya juga seorang isteri dapat HIV dari suaminya...sedih kisahnya..nanti abg share kisah tu dalam blog. Benar bilangan wanita dapat HIV melalui suami memang banyak, kalau tak HIV risiko dapat STD pun tinggi kalau suami masih aktif main luar.

      Delete
    2. Abang Najmi nak tumpang tanya. Banyak gak kisah saya baca isteri yang bersuami songsang ni. Agak2 abang Najmilah berapa peratus lelaki kat malaysia ni yang bernafsu songsang? Maaf kalau soklan ni agak mengarut.

      Delete
    3. Salam Anonymous,

      Abang masih menerima keluhan ramai isteri2 yang bersuami gay didalam ruang komen didalam entri yang lalu, dan yang terbaru seorang rakan kepada seorang isteri yang bersuamikan gay meninggalkan komen begini:

      "assalam...saya ingin bertanya pendapat...saya ada seorg kwn yg mengalami nasib yg sama bersuamikan gay..mempunyai 2 org cahaya mata..kawan saya ni dah lama tahu suami dia gay..tetapi dia cuba tabahkan hati dan sentiasa berdoa agar suaminya kembali kepangkal jalan..tapi lama kelamaan tetap xde perubahan apa2...dan baru2 ni dia ada tgk telefon suami dia dan terjumpa gambar bogel suaminya..rupanya suaminya buat wall gambar bogel tu kat laman web gay...

      Ya Allah saya terkejut bila kawan saya mengadu hal suaminya tu..dan saya sangat kesian kt kwn saya dia dh jadi down skrg ni..pikir nak lari keadaan ni..saya cuma boleh nasihatkan dia supaya banyak bersabar n dekatkan diri dengan Allah..saya juga ada menyuruh dia pergi ke pejabat agama dan mintak nasihat(tp belum pergi lagi)..pada pandangan saudara apa yang perlu dilakukan oleh kawan saya tu..sama ada bercerai atau sebaliknya??umur kwn saya tu dalam lingkungan akhir 20an..tolonglah bantu.. " (14 Mac 2014)

      So pandangan abang memang ramai, maybe lebih daripada 50% kut. Itu termasuk jugalah gay yang berjaya kawal diri selepas berkahwin...Wallahuallam pandangan abang aje huhu...

      Delete
    4. 50 peratus byk tu najmi..sian kat para isteri. Semoga Allah balas jer syurka kpd isteri yg terinaya tetapi mrk sabar menghadapi ujian ini.

      Kepada suami2 yg gay/bisex di luar sana kalau anda tak mampu nak menahan nafsu drpd mencari kaum sejenis tolong laa pakai kondom atau minta partner anda pakai kondom bila main. Kasihan isteri di rumah. Bimbang takut2 anda pindahkan pelbagai penyakit kpd isteri di rumah.

      Delete
    5. Anonymous,

      Itu pandangan saya sahaja, maybe salah tu. Tadi baru saya berbual dg rakan FB budak yang nak ambil result STPM esok pun ada bangkitkan masaalah ini, dia kata ada suami orang yang ajak dia tuttttt.......Suami orang yang gay ni susah nak kita tangkap, mereka pandai simpan rahsia mereka.

      Ya betul, kalau suami2 ni nak main luar tu kena pakai kondom sebab bimbang mereka bawa penyakit kelamin dan jangkitkan kat isteri pulakkan..huhuhu...

      Delete
    6. Awalnya najmi bangun. Kagum.

      Delete
    7. Awal bangun hahaha...susah nak tidor, bergolek-golek kat katil tapi tak leh lelap baik buka blog dan jawab pertanyaan pembaca lebih baik...

      Delete
  3. Kuatkn smngt iskandar..sy tahu anda blh..lupakan hal brkaitan dgn dunia gay..tumpukn pd khdpn suami isteri..anda msti blh lakukan..kasihani si isteri..

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST