Saturday, 1 March 2014

HEZRY – DIPAKSA BERCERAI KERANA DIANGGAP LELAKI BERNAFSU SONGSANG

PENGAKUAN DUDA

Setiap yang berkahwin pasti inginkan rumahtangga yang dibina bahagia hingga ke akhir hayat. Begitu jugalah dengan impian Hezry sebaik sah bergelar suami. Bagi Hezry, mendirikan rumah tangga menjadi satu kejayaan buatnya dan ia amat bersyukur kerana masih ada wanita yang sudi mengahwininya.


Walaupun mempunyai ramai kenalan wanita, mereka sebenarnya hanya selesa bersama Hezry sebagai kawan, bukan untuk didampingi menjadi teman hidup. Keadaan ini menyukarkan Hezry mencari pasangan sehinggalah ibunya memperkenalkan Hezry dengan Huda.

Sebenarnya pemuda berusia 34 tahun ini begitu istimewa. Dia seorang yang lembut. Bagaimanapun dia tetap mempunyai naluri sebagai seorang lelaki yang ingin menyulam kasih dengan wanita, seterusnya berkahwin dan mempunyai cahaya mata.

Bagaimanapun kelembutannya menghalang wanita menerimanya. Ramai yang beranggapan Hezry bernafsu songsang menyebabkan mereka hanya selesa bersahabat dengan Hezry. Bagi Hezry pula sebaliknya. Dia mahu mendekati para wanita dalam mencari suri hatinya.

Namun kerana asyik menemui kegagalan, dia menyerahkan soal mencari isteri ini kepada ibunya. Dia pasti pilihan ibunya itu tepat. Dalam masa yang sama, dia mahu ibunya menekankan karektar dirinya kerana dia tidak mahu kecewa.

Nyata, perkenalan dengan Huda membuahkan bibit-bibit cinta. Benarlah kata pepatah, tidak kenal maka tidak cinta. Baru lah Huda tahu bahawa kelembuatn Hezry adalah semula jadi dan bukannya dibuat-buat. Huda percaya bahawa Hezry lelaki sejati yang mampu menjadi suami malah jadi bapa kepada zuriatnya nanti.

Keinginan untuk mereka berkahwin disambut baik oleh orang tua kedua-dua belah pihak. Bagaimanapun ia ditentang oleh dua orang abang Huda. Mereka tidak percaya bahawa Hezry yang lembut itu lelaki sejati. Mereka mahu bertentang mat dengan Hezry.

Hezry tidak menolak kerana yakin. Dia kenal dirinya dan pelawaan itu tidak mendatangkan ketakutan kepada Hezry. Bagaimana pun dalam pertemuan itu, mereka mengugut untuk melakukan pekara yang buruk pada Hezry dan keluarganya andai perkahwinan tersebut berlangsung. 

Namun apabila Hezry mengkhabarkannya pada Huda, gadis itu kekal dengan keputusannya untuk meneruskan hasrat berkahwin. Dimata Huda, Hezry lelaki yang baik dan rugi jika dia melepaskan lelaki seperti itu. Tambahan pula usianya telah menginjak keangka 30. Jadi untuk apa dia mengalah kepada permintaan abangnya itu. 

Perangkap abang ipar.

Perkahwinan yang dibina disulam dengan kegembiraan, bagaimana pun ia tidak tahan lama apabila abang-abang Huda tekad dengan usaha mereka. Hezry sering menjadi cemuhan abang-abang iparnya ketika dia berkunjung kerumah mentua. Namun dia berpegang kepada prinsip untuk terus menghormati abang-abang iparnya itu.

Sehinggalah pada suatu hari, Hezry mendapat panggilan telefon daripada abang sulungnya itu meminta dia pulang segera kerumah. Katanya Huda jatuh sakit secara tiba-tiba. Tanpa bertangguh, Hezry pulang kerumahnya.

Walaupun dia berasa musykil kerana setahunya Huda berada dirumah ibubapanya, dia turutkan juga kata abangnya. Fikirannya hanya tertumpu kepada Huda yang ketika itu sedang sarat mengandung lapan bulan. Dalam masa yang sama, bibirnya tersenyum kerana keadaan Huda itu membuktikan bahawa dia lelaki sebenar.


Setibanya dirumah, dia terus kebilik tidurnya. Tiada Huda dibilik. Ketika ingin keluar daripada ruang tersebut, muncul seorang lelaki yang hanya bertuala keluar dari bilik air. Berang seketika dia. Dia menyangka Huda curang kepadanya. 

Perasaan marah membuatkan dia terus bergelut dengan lelaki tersebut. Nyata lelaki tersebut lebih gagah daripadanya. Ketika itu jugalah, pintu bilik dibuka membuatkan pergelutan tersebut terhenti. Hezry melihat Huda dengan riak wajah yang terkejut, namun lebih membuatkan Hezry tergamam apabila melihat ibu bapa mentua dan abang-abang iparnya juga ada dimuka pintu.

Sebaik melepaskan diri daripada lelaki itu, Hezry terus menerpa Huda dengan menanyakan lelaki tersebut. Tanpa jawapan Huda berlari anak menuruni tangga dan Hezry dihalang oleh abang-abang iparnya. Ketika itu juga pipinya ditampar oleh bapa mentua dengan muka yang bengis. Malah dengan suara kasar bapa mentua, meminta Hezry menceraikan anaknya saat itu.

Bukan itu sahaja, Hezry juga dicemuh dengan kata nista. Mereka mengatakan Hezry nernafsu songsang dan mengadakan hubungan sulit dengan lelaki. Barulah dia tahu rupanya kehadiran lelaki itu hanyalah sebagai perangkap untuk dirinya. Puas dia menafikan tetapi apabila kejadian tersebut dijadikan bukti, Hezry tidak lagi mampu bersuara.


Menerima zuriat

Selepas kejadian tersebut, Hezry tidak berpeluang menemui Huda. Melalui khabar dari sepupu Huda yang juga teman sepejabatnya, Huda selamat melahirkan anak lelaki. Dia gembira mendapat berita tersebut tetapi hatinya sayu kerana tidak berpeluang melihat apatah lagi merangkul zuriatnya.

Selang beberapa minggu, Hezry menerima surat daripada Huda yang mahu membuat tuntutan fasakh. Huda masih beranggapan dia masih mempunyai selera kepada lelaki. Hezry meminta bantuan ibunya untuk memujuk tetapi Huda tetap berkeras hati dan nekad. Katanya ibunya, Huda malu dengan sikap Hezry yang memualkan.

Apa dayanya, setelah kes didengar di mahkamah dan Huda nekad dengan keinginannya, Hezry melepaskan Huda. Hanya satu yang diminta selepas perkahwinan mereka dibubarkan iaitu bertemu anaknya saban minggu. Syukurlah permintaan itu dituruti. Bagi Hezry, biarpun mengecap kemanisan seketika cuma, ia sudah memadai kerana ia membuktikan dirinya yang sebenar.


Sumber MAJALAH WANITA (September 2013)

4 comments:

  1. tringat kes sorang kawan yg memang lembut perwatakannya, tapi bukan specis bernafsu songsang, isteri lari pada malam pertama, gempar 1 kampung. kawin kali ke2, bahagia hingga kini dan dapat 4 orang anak. Nasib baik jugak saya berpewatakan kasar dan keras, orang susah nak detect, syukur sangat. Tak kesahlah lembut atau kahag, yg penting mesti ada nafsu kat wanita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jazzlee,

      Betul nasib baik saudara keras, kalau tak hidup mesti lebih sukar kan..benar sekurang-kurangnya bila dah keras orang tak perasan sangat...:)

      Delete
  2. Cerita yg sangat menyentuh perasaan.kuat hezry untuk melalui semua itu.

    ReplyDelete
  3. hanya sumber majalah... kalau lah boleh hubungi Hezry maka boleh diberi nasihat... sebagusnya Hezry berpuasa selama 40 hari dan bangun malam tahajjud dengan bacaan yassin dan meminta pertolongan Allah atas apa yg berlaku... kita memang mudah menyerah pada manusia tapi selalu hilang harapan sedangkan Allah boleh membantu dalam cara yg kita tidak mampu jangka kan....

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST