Thursday, 6 March 2014

HARI JUMAAT MEREKA BERJEMAAH DALAM JAMBAN

Lanjutan kisah dari dalam entri "GOLONGAN HAPRAK INI BEROMEN DALAM JAMBAN"


Anda sudah baca formula Joe bagaimana nak basmi pembuangan bayi yang disiarkan bulan lalu. Macam mana, anda semua setuju? Atau mungkin bibir anda menjuih panjang, geli gelemen dengan wawasan Joe itu. Terpulang. 

Tapi kisah ini belum habis. Baru-baru ini, Joe hubungi Mastika lagi. Dia mendedahkan satu port untuk dihendap. Beritahu Joe, lokasi itu rancak jadi tempat kaum Nabi Lut buat “projek”. Walaupun sama sepsis, tapi Joe begang. Sebab segelintir warga Joe disitu tidak bertamadun. Memalukan, jijik! 

“I menyampahlah. Golongan macam tu lah yang menjatuhkan maruah spesies kami ni. Ada ke buat “projek” kat tempat macam tu. Low class!” cemuh Joe.

Yang buat Joe bengang, mereka selamba badak lampias nafsu semasa kaum Adam lain sibuk di masjid solat Jumaat. 

Huh! Patut lah Joe bengang. Kan Joe dah kata, spesiesnya tetap menjaga amal ibadat. Tapi jenis macam ini kasi hancur standard golongan Joe. Apa kisah spesies low class ni? 

Jom ikut wartawan Khairul Anwar pergi “mengintai”

Ceh, tak guna punya Joe! Tak pasal-pasal saya disuruh buat siasatan. Pergi intai spesiesnya buat “projek”. Eiii…gelilah!!! Saya cadangkan nama wartawan Ali Atan atau Mohd. Hafiz yang pergi, tapi Nita tak nak. Kata Nita, muka Ali dan Hafiz susah nak “jual”.

“Muka engkau jambu sikit. Kalau spesies Joe tengok mesti senang nak buat kerja. Yang penting bawa balik story!” Aduh saya tak boleh elak dah. Nak tak nak, saya kena pergi. Tak fasal-fasal muka saya dijadikan umpan. 

Memang “hampeh” punya Joe. @#%*&! 

Berat tugasan ni, Nita. Maklumlah selama ini saya belajar ilmu memikat perempuan saja, bab-bab nak memikat kaum sejenis saya tak tahu. Nak kena buat apa? Bersiul? Kenyit mata? Phewwiittt ke? Arghhh, apa nak buat? Kalau terdedah penyamaran, lagi naya! 

Lokasi yang dicanangkan oleh Joe ialah sebuah hentian rehat di Highway Seri Kembangan menghala ke tol Puchong Selatan di Selangor. Tandas lelaki disitu dikatakan jadi port spesies cikai melepaskan nafsu. 

Majoritinya sudah tentu melayu. Muka pecah rumah dan sudah tarikh luput, kerap datang buat projek ditandas hentian tersebut. Ada yang datang berpasangan, ada secara solo. Tapi yang buat Joe bengang, bila aktiviti itu dilakukan pada hari Jumaat ketika umat Islam sedang berjemaah dimasjid. 

“Dahlah projek kat tempat kotor, time pulak masa orang Islam beribadat. Buat malu kaum saja,” kata Joe marah-marah. 

Atas dasar itu lah, Joe minta kami dedahkan. 

Benarkah dakwaan Joe tadi? Entah-entah Joe saja nak kami tulis cerita spesiesnya supaya mereka sentiasa diingati. Tak apa kita lihat nanti. Sebelum pergi, saya tanya Joe apa clue bila sudah ada disana? Apa yang perlu saya buat? Kata Joe, kami hanya perlu berlagak seperti biasa macam nak gunakan tandas. 

Jika ada spesiesnya disitu, petanda awal, kami akan melihat mereka bersidai diluar pintu. Dan apabila masuk kedalam, biasanya golongan haprak ini akan ikut masuk sama. Mereka akan menjeling dan melemparkan senyuman bagi mendapatkan reaksi. Adakalanya, mereka akan kenyit mata. Jika individu itu membalas, bermakna itu spesies mereka juga. Seterusnya bermulalah proses pikat memikat untuk mengawan!. 


Berdasarkan maklumat itu, pada hari Jumaat saya bersama rakan sekerja, Farid pergi ke lokasi dimaksudkan. Saspens pulak pergi seorang diri. Mahu hilang teruna nanti. 

Lebih kurang pukul 1.00 tengah hari, kami tiba dihentian rehat yang terletak berdekatan sebuah stesen minyak itu. Kereta kami pakir di lokasi yang dirasakan sesuai. Sebelum memulakan penyiasatan, saya beri sedikit arahan kepada Farid, minta dia bersedia didalam kereta untuk merakam gambar.

Suasana disitu sunyi sepi. Deretan lot kedai semuanya tutup. Berdasarkan keadaan, ia seperti sudah lama tidak beroperasi. Kedudukan tandas dibahagian hujung dan sedikit tersorok, berdekatan dengan surau. 

Ketika melalui lorong ke tandas, tiga orang lelaki saya lihat sedang bersidai ditepi lorong sambil membelek telefon. Ketiga-tiganya orang melayu. Melalui hujung mata, saya lihat mereka memandang dari awal kemunculan sehingga saya masuk kedalam tandas. 

Adakah mereka spesies Joe? Saya belum pasti. Tapi dari reaksi awal dan cara pandangan mereka yang seperti teruja, saya yakin mereka pun kaum Nabi Lut juga. 

Sebaik masuk kedalam tandas, mata saya disajikan dengan dua lelaki yang berdiri dalam keadaan berhimpit. Lagak mereka macam kambing kesejukan lepas jatuh kolam. 

Adegan panas “kambing-kambing jantan” ini terhenti selepas melihat saya masuk. Lelaki pertama yang usianya lingkungan 40an berjalan ke singki. Seorang lagi yang usianya 30an, berdiri didepan mangkuk tandas dinding. Jelas kelihatan seluar yang disarung oleh lelaki 30an itu basah bertompok pada bahagian depannya. 

Saya cuba relek, berlagak seperti biasa dan berjalan kesalah satu tandas disitu. Pada masa sama lelaki berseluar basah yang berdiri didepan mangkuk tandas dinding tadi tajam merenung saya. Gayanya macam kambing jantan yang terliur tengok ponggong kambing betina. Seram. 

Walaupun berdebar, saya buat selamba dan masuk kedalam tandas. Tapi bila saya berpusing hendak menutup pintu, tiba-tiba lelaki yang basah seluarnya tadi, menjengah mukanya sambil menyengih. Opocot, hampir gugur ginjal saya dibuatnya.

Ini tak boleh jadi. Rasa nak terkencing sebelumnya terus terbantut. Urin yang sebelumnya bertakung dalam pundi seperti disedut kedalam perut. 

Tanpa sempat menutup pintu, saya batalkan hajat dan terus bergegas keluar menuju singki. Saya cuba-cuba buat cool dengan membasuh muka. 

Waktu itu saya terfikir yang saya perlu keluar dari tandas demi keselamatan. Lagi pun saya teringat kata Joe, spesies haprak itu buat “projek” dalam jamban. Mereka tutup pintu, lepaskan air paip supaya bunyi-bunyian ek ok ek ok tak kedengaran dari luar. Selesai “projek” baru mereka keluar.

Eee….ngeri! Apa pun jadi, saya nak keluar dari situ. Kalau kena marah dengan Nita tak dapat story pun tak apalah. Saya sanggup. Daripada jadi mangsa rogol sejenis, dalam jamban pulak tu, memang tak sanggup oiii!



Diluar tandas, tiga orang lelaki melayu yang bersidai dikaki lima lorong masih tercegat disitu. Tapi kali ini ada pertambahan ahli baru. Pun melayu jugak. Jumlah semuanya lima orang. Masing-masing membelek telefon. Apa yang dibeleknya saya tak tahu. 

Lelaki berseluar tompok mengekori saya keluar sambil tersengih macam kerang busuk. Saya membalas senyumannya. Memang sah dia pun spesies kaum Sodom. Yang seorang lagi hilang entah kemana. 

Saya terus bergegas kekereta. Bila lelaki yang mengekori saya melintasi saya, dia berpaling sambil tersenyum. Kemudian dia mengangkat kedua-dua belah keningnya. Saya pun angkat kening.

Melihat respon saya, dia mengenyit mata pula. Sekali lagi saya membalas – kenyitkan mata. Kemudian lelaki tersebut masuk kedalam sebuah kereta Mercedes miliknya berwarna kelabu. Dia hanya duduk dalam keretanya dan tiada tanda akan beredar. 

Ketika azan di masjid sedang berkumandang, saya dan Farid keluar dari kereta dan berjalan semual ke tandas. Melihat saya keluar, lelaki tadi juga keluar dari keretanya dan mengekori dari belakang. 

Sampai ditandas, Farid masuk kedalam. Saya pula bersidai di gazebo yang terletak lebih kurang 8 meter dari pintu tandas. Waktu itu saya lihat lelaki tadi mundar mandir tanpa arah. Sekejap dia masuk ke tandas sekejap keluar. 

Dia seperti hilang arah, Gayanya tampak gelisah. Setiap kali lalu depan saya, dia pasti melemparkan senyuman. Lagaknya sepeti nak pikat awek. Merenyam macam merpati jantan memanggil betina. Walaupun meluat dan geli geleman, saya terpaksa tahan. Saya layan kan sahaja. Senyumannya saya balas.



Pukul 1.30, ketika khatib dimasjid sedang membaca kuthbah memberi nasihat mengajak umat Islam kearah kebaiakan, sekali lagi lelaki yang menaiki Mercedes itu melintas depan saya. Nampaknya saya kena mainkan game ini dulu. Kalau tidak sampai petang lah lelaki ini akan mundar mandir di situ. Tak dapat lah story seperti Nita mahukan. 

Melihat dia hendak berjalan kearah kereta, saya menggamit tangan memanggilnya. Respon saya itu berbalas. 

“You nak sekarang ker?” tanyanya sebaik sampai depan saya.

Nak sekarang? Gulp! Rasa nak terkucil saya dengar soalanya itu. Jantung saya dup dap dup dap. Dahi berpeluh. Perghhh…ini lagi takut dari jabat tangan tok kadi. Aduh

“Err…you duduk dulu. Kita tak kenal lagi,” jawab saya selamba. Farid pulak lihat sedang tersengih dari jauh melihat saya yang sedang berlakun menjadi umpan. 

Dia melabuhkan punggungnya disebelah saya. Orangnya putih, sedikit berjambang dan berkacamata. Tingginya sekitar 160cm. Beratnya mungkin lebih 80kg dan berperut sedikit boyot. 

“Selamat ke “buat” disini?, tanya saya.

“Entah. Tapi hari ini I tengok orang ramai pulak. Risau kalau-kalau yang datang tu polis,” jawabnya tersengih bagai kerang busuk. Malu-malu tapi mahu. 

Saya cuba melayannya bersembang. Kononnya saya pun teruja walaupun hakikatnya geli gleeman. Sudah lah buat pekara terkutuk, tempat pulak didalam jamban. Mungkin aroma najis dan urin disitu mampu menambahkan syeikh kot. Uweeekkk….. 

“You ni jenis apa?” tanyanya membuatkan saya tergamam. Apa jawapan yang harus saya bagi? 

Dalam keadaan tersengih-sengih itu, saya teringat pengalaman interview seorang gay dulu. Lelaki itu mengaku dia jenis bottom sebelum menemui hidayah. 

“I bottom,” jawab saya pantas. Tak mahu dia berasa ragu kemudian saya bertanya lagi 

“You pulak?” 

“I ni tak kisah. Apa pun i boleh. Semua terpulang pada you. Kalau you pandai layan i, you pun akan dapat nikmat. Yang penting, macam mana nak naikkan nafsu i. Kalau ok layanan, you akan puas,” dia memberi kuthbah songsang pada saya ketika khatib di masjid memberi nasihat berguna.

Mendengar jawapannya, saya senyum kambing. Selepas agak mesra dan mula percaya kononnya saya sama jenis, baru saya tanya namanya. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Zul. Melihat dia sudah mula percaya, saya mula bertanya macam-macam soalan. 

Cerita Zul, sudah hampir 6 kali dia berkunjung ketandas hentian itu. Biasanya dia akan singgah sekiranya mempunyai urusan yang memaksanya melalui jalan tersebut. Kiranya disitu bukan lah port wajibnya.

“Macam hari ini, I nak jumpa member pukul 2 nanti. Alang-alang lalu singgah dulu,” katanya tersengih. 

“Macam mana tadi dapat tak,” saya tanya soalan perangkap.

“Dapat seorang. Dia k****l punya. Tapi tak sedap. Tak puas,” ceritanya selamba. Bagai hendak keluar isi perut saya mendengar cerita adegan panas Zul dengan pasanganya itu. Alah lelaki yang saya jumpa masa awal-awal masuk ke tandas tadi.

“You kenal ke orang yang buat dengan you tadi? Lagi satu macam mana I nak kenal orang lain? I ni first time datang sini. Tak tahu sangat,” tanya saya lagi.

“I pun tak kenal dengan siapa I buat tadi. Nama pun tak tahu. Macam I dengan siap pun boleh. Asalkan hati I berkenan,” katanya lagi.

“Itu hah, semua nak puaskan nafsu,” sambung Zul sambil menjuih mulut kearah tandas.

Dia maksudkan semua lelaki melayu yang bersidai tadi. Rata-rata mereka usianya anggaran 30an. Mungkin mereka sedang menunggu mangsa, sama seperti Zul. 

Kemudian Zul memberi tip pada saya bagaimana nak kenal seseorang itu adalah bangsanya. Mereka akan buat seperti mana cara dia memikat saya tadi. Jika berbalas, mereka akan terus masuk kedalam tandas. 

Kata Zul, hubungan ini dibuat atas dasar suka sama suka. Taka da sebarang bayaran. Semuanya sekadar untuk memuaskan nafsu songsang mereka. Jamban pun boleh jadi “syurga” 

“You datang dengan siapa,” tiba-tiba Zul bertanya.

“Tu couple i. Tapi dia ak kisah I nak buat dengan siapa pun. Dia pun nak cari orang lain gak,” jawab saya sambil menjuih muka kearah Farid. Waktu itu perut saya semakin memulas tegang bila mengenangkan jawapan lakonan saya itu. 

“Oooo….tapi I betul-betul nak dengan you. But pukul dua I nak kena jumpa member. Ada hal penting. Boleh tak kita buat dalam pukul dua lebih?” katanya memberi cadangan. 

Mendengarnya, saya cepat-cepat bersetuju. Dalam hati, saya mengucap syukur kerana Allah memberi jalan untuk saya melepaskan diri. 

“Okey. You setelkan kerja you dulu. You tak perlu tergesa-gesa. Pukul tiga you datang sini. I tunggu,” jawab saya memberi harapan padanya. 

Mendengar kata saya, dia tersengih gembira. Macam pengantin baru menunggu malam pertama. Menyampah pula saya melihatnya. 

“Okey jumpa nanti,” jawab Zul berlalu meninggalkan saya.

Sudah pukul 2.05 minit petang, saya mahu cepat pulang. Risau kalau Zul muncul semula dan meminta saya mengotakan janji memberikan nafkah batinnya. Tidak!! Jika saya lambat, alamatnya diri saya terjerat. Mungkin saya atau Farid terkorban.

Daripada elok kentut kami berbunyi, boleh rosak urat kentut akibat dikerjakan oleh Zul dan rakan-rakannya ditandas itu. 

Sebelum balik saya bertanya Farida pa dia nampak bila masuk tandas tadi? Farid tersengih. Beritahu Farid dia tengok seorang lelaki sedang beraksi ‘solo’ depan mangkuk tandas dinding.

Mungkin dah puas ke hulu ke hilir, tiada siapa yang mahu ‘bersamanya’. Last sekali seperti selfservice. Kah! Kah! Kesian. 



Semasa berjalan ke kereta, ada seorang lelaki berbadan besar dan berbaju putih agak terselindung disebalik tiang. 

Psssstt…dia memanggil saya dengan bunyi bisikan. Bila saya memandang dia membuat isyarat dengan menjuihkan mulut, mengajak saya masuk kedalam tandas. 

Saya menolak ajakannya sambil menunjukkan tangan kearah Farid, tanda saya sudah ada teman. Nampak ‘dinosaur’ itu hanya mengangguk dengan riak sedikit kecewa. 

Ketika dalam perjalanan pulang, saya mengurut dada. Rasa selamat. Bagai keluar dari medan perang. Bila difikirkan semula, sedih melihat spesies jamban itu. Tak kala umat Islam sedang menghambakan diri kepada Allah, mereka pulak sedang berjemaah di tandas itu berimamkan iblis. Huh!!.. 


Sumber Mastika (Mac 2014)


14 comments:

  1. Replies
    1. Macam tu lah kalau nafsu dah tak dapat dikawal, mudah2an kita semua tak terikut2.....

      Delete
  2. Naj Mi kat sebuah kolej ni pun (nama kolej dirahsiakan) ada jugak. bukan nak menghina atau apa, tapi puak2 ni memang sangat melampau dan tidak menghormati. kes di mana senior "menjaja" cerita masalah songsangnya dgn budak2 junior. saya ada masa tu jadi saya tahulah sbb saya junior tpi yg dijaja ceritanya itu junior saya. maksudnya saya ni golongan pertengahan, contohnya tahun kedua. menagih simpati junior dgn memjaja cerita songsangnya. tak malu dan tidak bermaruah, saya sangat malu dgn cara mereka.

    apabila junior ni dah masuk perangkap kerana kesian dgn "abang- abang" nya yang manja ini dan mulalah adegan2, di tandaslah dalam biliklah. mula2 saya tak tahu tapi bila saya pun dah terkena nasib baik iman dikuatkan oleh Allah. lagipun, saya masa tu bukannya junior sangat, maksudnya bukannya setahun jagung boleh ditipu sewenangnya dalam hati saya mengucap sahaja dengan mereka2 ini dan berdoa semoga ditemukan hidayah. kira macam diorang ni dah sangap sangat dengan barang lelaki, maaf bahasa saya agak biadap disitiu tetapi itulah hakikatnya. hampir setiap tahun golongan2 ini menanti muka2 baru, jambu junior untuk menagih simpati. ini realiti bukan saya reka cerita. sedih~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam2 cerita berbagai2 cara masaalah ini berlaku..itu memang tidak dinafikan...cuma kisah seperti yang Aslan beritahu itu mungkin ramai yang tak tahu berlaku...

      Delete
  3. Saya dah terkena lama dulu masa saya kat sana. nasib baik saya tak buat dan saya betul2 bersyukur kepada Tuhan kerana telah menyelamatkan saya. saya tak lakukannya sebab saya SAYANG Allah more than anything, no one can replace Him for me. but if you DO want to make "true" relationship, to me no intercourse or whatsoever take place, i can accept it and it will be much better. nasib baik saya juga mempunyai naluri terhadap perempuan kalau saya "tulen" alamatnya memang habis saya kerjakan, abang

    Tapikan Abang Naj Mi, saya musykil disitu kerana andai kata mereka suka perbuatan terkutuk ini, jadi adakah masa2 sebelum ini mereka pun begitu juga? adakah tiada nilai atau ada rasa "maruah" disitu? tiadakah ada rasa seperti binatang ataupun alat permainan untuk dirodok oleh jantan2 sesuka hati untuk sekian2 hari? golongan2 ini semakin melampau dan sekiranya tidak dibanteras, ianya kan membiak kepada yang lebih serius. mereka bukan sahaja telah merosakkan kesejatian lelaki tetapi memupuk dan menanam benih2 kesongsangan dalam masyarakat. mereka2 ini mahukan b*tang lelaki sahaja. agak kasar tetapi saya rasa jijik! maafkan saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi umat Islam yang songsang perlu ada iman dan takwa bagi mengawal diri dari terjebak, jika tiada iman dan takwa dan tidak berusaha cuba mendekatkan diri kepadaNya maka pastinya mereka akan gagal mengawal diri. Bila dah tak dapat kawal diri semua itu akan dipandang seronok dan sedap aje...

      Ya perlu benteras masaalah ini, bukan sahaja usaha benteras terletak dibahu pihak berwajib malah usaha membenteras juga terletak kepada setiap, seluruh umat islam termasuk diri kita. Kita tak boleh hanya menunding jari kepada pihak berwajib, kita juga kena bantu mereka dengan cara kita. Mungkin bagi kita, kita boleh membantu benteras gejala ini dikalangan orang terdekat dengan kita dulu, seperti kawan dan ahli keluarga kita...

      Bukan senang nak benteras sebab pengaruh aktiviti ini sangat meluas terutama di dalam internet, tapi yang penting ada usaha berterusan dilakukan...Entahlah.....:(

      Delete
  4. bang najmi, bleh visit my blog kalau rajin membaca hidup saya plak.

    saya rasa lebih tenang kalau blogging.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Helmi Abu,

      Insyaallah nanti abg sekodeng2...:)

      Delete
  5. Abang naj mi adakah penyakit Aids boleh membuatkan tubuh badan berkudis dan berulat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      AIDS boleh buat tubuh berkudis dan berulat? Berkudis mungkin boleh tetapi berulat wallahuallam (ni mesti tengok drama TV yang memberi salah faham tentang gambaran seorang pesakit AIDS kan)

      Berkudis mungkin boleh tapi bergantunglah kepada seseorang itu, penyakit apa yang menyerang dia ketka dia mengalami AIDS, tapi setahu abang banyak kes pesakit AIDS yang tidak mengalami sebarang simptom berkudis, abang dulu pernah tergolong dalam golongan yang diketogerikan dalam AIDS (sebab CD4 abang rendah 12), abang hanya alami penumonia (masaalah paru-paru) tubuh menjadi sangat kurus tetapi tidak langsung mengalami sebarang kudis apatah lagi berulat.

      Malah banyak kisah yang abang dengar pesakit AIDS yang meninggal dunia tidak mengalami sebarang masaalah kudis.

      Wallahuallam...:)

      Delete
  6. port lain mungkin glamor gitu kat R&R JEJANTAS SUNGAI BULOH di kedua-dua hala...kat shower room lelaki...tempat tu memang superb lubang2 yang ada pada dinding untuk skodeng jejaka macho tgh mandi tapi kekadang jejaka macho ni pun saja je biar diri di'skodeng' pastu minta tolong suruh hisapkan batang diaorg...aktiviti sex seperti biase sehingga yg str8 pun klu nampak malas nak tegur ada yg minta suruh hisap batang dia org lagi ada la...abang2 driver lori yang hensem2 slalu je minta suruh batang mereka dihisap...experience sebenar yang dialami sendiri oleh saya...srry abg najmi agak melucah disini tapi tolong sebarkan kepada pihak yang boleh ambil tindakan sewajarnya....kerana di sini bermula segala-galanya sehingga saya disahkan +ve :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Gejala ini memang tak boleh nak dinafikan, abg pasti semua (kebanyakan gay) pasti pernah terlibat dalam aktiviti ini ditempat yang sama. Hampir semua tandas yang agak sunyi pasti boleh dijadikan port, bukan saja berlaku dalam negara kita tapi semua negara didunia ini tandas awam atau tempay mandi awam merupakan antara tempat aktiviti seks songsang boleh berlaku. Nak sahaja abg paparkan tandas2 awam sekitar pusat bandar ditengah2 KL yang menjadi tumpuan gay tapi...biar lah rahsia, abg pasti golongan gay tahu lokasi dimana tandas2 tu berada kan...

      Ya kena lah berhati2 sebab peluang dapat jangkitan HIV atau STD tetap tinggi jika melakukan dg berbilang pasangan dan tanpa perlindungan serta yang kita tak tahu akan status kesihatan diri mereka..

      Delete
  7. terkenang zaman sengkek dulu2 masa remaja beberapa taun lepas, bab sakit mati memang tak terfikir langsung, nak cari pasangan pi jaaa kat mana2 tandas awam maupun shoping kompleks, grenti dapat,. bila fikir balik rasa malu pulak. semua yang pi tandas tu memang jenis sengkek la gamaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shahir Amuddin,

      Ya lah kut, kalau paling sengket ke tandas awam, kalau ada duit sikit tu ke sauna, kalau yang lebih class dan berkemampuan ke gym yang yang yuran bulanannya beratus ringgit. Tapi skrg melalui laman sosial kalau yang ada keyakinan boleh aje buat temu janji...mudah jugak kan..Hmmm difikir2 balik sengket ke tak sengket kalau dah gay tu pasti nak skodeng2 jugak ke tandas awam heeeee......tapi kalau nak kena HIV tu kat mana2 pun boleh dapat, so selagi dikatakan aktiviti berisiko bertukar-tukar pasangan selagi tu risiko dapat HIV tetap tinggi tak kira dimana huhuhu.....

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST