Thursday, 6 March 2014

BERAPA LAMA KUMAN HIV BERTAHAN DILUAR BADAN?


Soalan 

Saya sering mendengar bahawa kuman HIV tidak akan dapat hidup lebih dari beberapa minit di luar tubuh manusia. Namun, saya juga mendengar bahawa kuman HIV akan mati apabila darah mengering. Yang paling jelas, darah perlu lebih daripada beberapa minit untuk mengering. 

Jadi soalan saya : Apakah virus itu masih hidup selama darah itu belum kering? Jika pisau cukurnya terpercik darah, tapi kerana kelembapan udara di bilik mandi, darah itu akan mengambil masa lama untuk kering, apakah perlu kita berasa cemas kerana virus itu sudah di luar tubuh selama beberapa minit? 


Jawapan
 

HIV hanya boleh hidup pada lingkungan tertentu dalam tubuh manusia. Virus ini tidak dapat hidup pada persekitaran di luar tubuh manusia. Ada banyak faktor yang menentukan berapa lama virus itu dapat hidup di luar tubuh.

Hal ini bergantung pada keadaan persekitaran tempat virus itu berada. Kerana keadaan persekitaran boleh berubah-ubah, sehingga membolehkan virus boleh bertahan hidup lebih lama. Itulah sebabnya tidak ada satu ketentuan masa yang sama dalam hal daya tahan hidup HIV di luar tubuh. Tapi secara umum virus itu hanya boleh hidup selama beberapa minit di luar tubuh. 

Salah satu faktor persekitaran yang menentukan lamanya virus itu berlangsung hidup adalah kelembapan di sekitar virus itu. Virus itu tidak boleh hidup di persekitaran yang kering. Jadi bila virus itu berada dalam cecair badan seperti darah atau cecair kelamin yang mengering, virus itu akan mati. 

Namun, walaupun di persekitaran basah (seperti kolam renang, pembuangan sisa dsb) , virus itu tetap tidak dapat bertahan hidup. Jadi persekitaran yang kering hanya merupakan salah satu keadaan persekitaran di mana virus itu tidak boleh hidup. 

Dalam persekitaran yang basah pun, jika persekitaran itu berbeza dari yang ada pada tubuh manusia, virus itu tidak akan mampu bertahan hidup. Ingat, virus itu hanya boleh hidup di kawasan tertentu yang ada di dalam tubuh manusia. Itulah sebabnya HIV tidak boleh hidup di kolam renang atau pembuangan sisa (waste disposal). 

Di luar tubuh, virus itu cepat menjadi lemah dan mati. Semakin lama berada di luar tubuh, semakin kecil kemungkinan penularan akan terjadi. Biasanya, virus akan mati dalam beberapa minit selepas berada di luar tubuh. 

Kesimpulannya, virus hanya boleh bertahan hidup di keadaan persekitaran tertentu yang ada di dalam tubuh manusia. Bila virus itu di luar tubuh, maka ini merupakan persekitaran yang sangat dibencinya dan virus itu tidak dapat bertahan hidup, kecuali bila virus itu masuk ke dalam tubuh orang lain dalam beberapa minit 

Oleh : Rick Sowadsky , MSPH , The Body
 
Sumber DISINI



 

16 comments:

  1. Hi Najmi.

    Saya baru sahaja di diagnos sebagai penghidap HIV last week.

    seboleh boleh saya google dan blog reading setiap hari mencari apa langkah seterusnya yang saya patut lakukan..

    do i have to go to hospital now? saya buat pemeriksaan haritu di klinik swasta. now waiting for western block punye result.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous,

      Ya sebaiknya pergi lah ke hospital terdekat, jangan tunggu lama2 sangat sebab lebih baik jumpa doc dihospital dan abg pasti pihak hospital akan membuat sekali lagi ujian darah bagi memastikan saudara positif HIV. Dan sekiranya benar positif saudara akan disuruh buat ujian bagi mendapat tahu jumlah bilangan CD4 dalam darah saudara hari ini.

      Jika CD4 masih tinggi maka saudara akan diberi nasihat bila saudara kena memulakan HAART dan sebagainya. Jika CD4 saudara rendah mungkin saudara akan dinasihatkan agar segera makan ubatan HAART.

      Bila CD4 rendah nanti kesihatan saudara mudah terganggu dan boleh mendapat macam2 penyakit bahaya seperti Pneumonia, Tibi dan sebagainya yang membahayakan nyawa saudara. Jika CD4 rendah dan dah mulakan HAART insyaallah CD4 akan kembali meningkat.

      Jadi nasihat abg pergi lah kehospital, sebaik saudara terima result dari klinik swasta tersebut (itu pun kalau benar positif) baik buat diri saudara supaya pihak hospital boleh memantau tahap kesihatan saudara hari ini. Jangan risau........:)

      Delete
    2. Tak perlu risau hiv boleh dikawal. Dgn syarat mkn ubat dgn masa yg tepat. Rawatan yg ada sekarang awak boleh jalani kehidupan yg normal.

      Delete
  2. Thank u abang. Saya mesti positif sebab saya ingin hidup lebih lama utk keluarga saya.

    ReplyDelete
  3. Dtg ja walk in kat klinik id hoapital sg buloh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lah Syaz Wani bantu nanti ya...:)

      Delete
  4. terasa apa yg telah terjadi pergaulan sy kepada dunia luar terasa terbatas ap yg sy bt sy rsakan diri cukup utk melakukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Tak faham maksud yang cuba saudara kata kan...:)

      Delete
  5. As salam bang najmi.saya ada mlakukan aktiviti berisiko.tapi sye memakai kondom.cuma yg saya tkut. Saya trsilap hisap puting dia smpai kluar susu. Apa pndapat abg najmi ? Ad saya berisiko ? Tq bang. Saya doakn abg sht seadanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memakai kondom boleh mengelak saudara dr dijangkiti hiv, hisap puting sampai keluar susu, banyak ker susu yg dihisap? Bergantung juga keadaan dalm mulut saudara jika ada luka terbuka, berdarah, risiko mungkin ada tapi pandangan abg saudara bukan hisap sampai kenyang susu tu, mungkin sedut sikit, rasanya masih susah nak dapat jangkitan jika tidak ada sebarang luka dlm mulut, jika ada risiko pun dlm kes saudara mungkin sangat2 rendah. Wallahuallam

      Delete
  6. Tq bang.saya nk g buat ujian darah. Saya da insaf bang.ckup laa saya mcm ni.smua krja saya tak boleh buat. Asyik fikir masa dpn je.2mggu slps tarikh baru bleh buat ujian darah ye bang ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh buat selepas 2 minggu dari tarikh aktiviti berisiko tu TETAPI kena buat juga selepas 3 bulan dari tarikh aktiviti berisiko sebab lepas 3 bulan baru dikatakan tepat result tu

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST