Monday, 3 March 2014

BAHAYA PANAS MELAMPAU - BERIKUTAN CUACA PANAS KERING KETIKA INI

Beberapa hari lalu selepas solat maghrib, saya kekedai mamak berdekatan dengan rumah, bukan nak makanpun sekadar minum segelas air dan duduk beberapa jam melayari internet dari sumber wifi yang percuma disitu. Sebaik tiba saya nampak riuh sekumpulan orang yang mengerumuni sesuatu. Keadaan dalam kedai mamak itu agak penuh dan sesak dengan ramai orang yang datang untuk makan dan minum.

Semakin dekat saya nampak kelibat tubuh kanak-kanak yang mungkin masih bersekolah rendah. Nampak kanak-kanak berkenaan tidak sedarkan diri dan diletakkan diatas meja makan dalam keadaan tidak berpakaian tanpa seurat benang pun. Dari jauh saya perhati mungkin siibu dan sibapa risau memanggil nama kanak-kanak tersebut sambil menampar pelahan pipi kanak-kanak tersebut. 

Dalam masa sama seorang lelaki berbangsa "benggali" (maybe kakitangan perubatan, juga sibuk membantu). Beberapa yang lain mengelap tubuh badan kanak-kanak tersebut dengan mengunakan ketulan ais serta air mengunakan tuala basah. Kanak-kanak tersebut masih tidak sedarkan diri, sekitar setengah jam kemudian kanak-kanak tersebut dipangku menaiki sebuah kereta, sudah pasti menuju ke hospital atau ke klinik terdekat.

Kenapa boleh jadi begitu, kemudian saya terbaca dalam akhbar mengenai bahaya panas melampau, mungkin kanak-kanak itu tiba-tiba tidak sedarkan diri juga ada kaitan dengan masaalah ini, ya lah mungkin disiang hari sehari suntuk kanak-kanak tersebut bermain dibawah pancaran matahari terik, bila tiba malam kesan tu baru muncul sehingga kanak-kanak tersebut tiba-tiba rebah dihadapan meja makan dalam kedai mamak tersebut.

Beberapa minggu lau saya ke bandar, agak lewat balik ke rumah, nak tak nak saya kayuh juga dalam keadaan cuaca panas sekitar pukul 12 tengah hari, walaupun saya telah minum separuh botol air kosong, mulut saya tetap masih terasa rasa kering. Dan saya sudah dapat rasa ada sesuatu yang tidak kena pada diri saya ketika itu, tapi saya gagahkan diri terus mengayuh sehingga sampai kerumah. Alhamdulillah tidak ada apa-apa yang berlaku, cuma alami fobia.

Fobia ni pun maybe disebabkan kerana beberapa minggu sebelum itu ketika saya kayuh diwaktu panas terik juga, ketika hendak balik kerumah dari bandar, tiba-tiba saya alami rasa gementar yang amat sangat, tangan terasa berpeluh, jantung berdebar kencang, badan terasa mula lemah serta terasa tidak cukup menyedut udara. Ketika itu jugalah saya berpatah balik segera kayuh ke arah hospital besar.

Di hospital besar pada mulanya saya ingat nak masuk jumpa doktor diwad kecemasan (sebab ketika itu hari sabtu, klinik luar ditutup, hanya klinik diwad kecemasan sahaja dibuka) tapi saya ambil keputusan rehatkan diri dulu dalam ruang menunggu dibilik kecemasan yang berhawa dingin, beberapa jam saya cuba bertenang dan alhamdulillah ketika hampir pukul 4 petang saya boleh rasa keadaan saya bertambah baik, dan saya segera balik ke rumah yang terletak hampir 10km dari hospital besar.

Dan sejak itu saya tidak berani keluar kemana-mana lagi terutama pada ketika cuaca panas sehingga hari ini. Malah adakala lebih seminggu saya tidak keluar rumah, hanya keluar untuk bersolat Jumaat sahaja itu pun sudah 2 kali jumaat sebelum keluar kemasjid hati mula berdebar-debar kerana pernah sekali ketika saya berada dalam ruang masjid yang dipenuhi dengan ramai jemaah, saya mula rasa tidak selesa sehingga beberapa kali saya cuba tarik nafas yang panjang, mungkin ini yang dikatakan panic atteck atau anxiety disorder.

Seperti semua orang tahu keadaan cuaca hari ini, begitu panas dan kering, sehingga jarak pengelihatan dikawasan rumah saya seolah-olah berjerubu. Gunung yang biasanya jelas kelihatan langsung tidak nampak lagi hari ini.
 

So saya sedar akan kemampuan saya pada hari ini dan kita yang tergolong dalam kelompok PLHIV ni kenalah lebih berwaspada dan berjaga-jaga elak dari berjemur dibawah mata hari terik dan jangan lupa minum banyak air kosong lah ya (nasihat terutama buat diri saya juga ni) - NajMi 


BAHAYA PANAS MELAMPAU

Peningkatan suhu keterlaluan ganggu fungsi badan, boleh sebabkan strok haba 

Cuaca panas di Malaysia satu perkara biasa. Cuma sejak kebelakangan ini bahang kepanasan agak luar biasa hingga orang ramai tidak lepas merungut dengan cuaca panas membuatkan mereka resah gelisah, berpeluh dan kadangkala rasa mahu pitam. 

Walaupun duduk di dalam ruang atau bilik hawa dingin, tekak masih terasa kering dan tidak mengurangkan suhu badan yang terasa panas, termasuk pada waktu malam.

Situasi itu lebih dirasai di sekitar Lembah Klang dengan catatan purata 35 darjah Celcius. Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan, cuaca panas dan kering itu dikaitkan dengan perubahan pola angin dan kesan ribut Mahesan di Teluk Bengal.

Keadaan itu dijangka berubah apabila pola angin stabil dengan peralihan monsun hujung bulan ini yang diramal membawa lebih banyak hujan.  


Badan hilang upaya 

Peningkatan suhu panas yang mendadak dan keterlaluan mengganggu fungsi sistem badan. Haba yang dijana pada badan akan bekerja keras untuk menghilangkan haba.

Biasanya, proses berpeluh dan penyejatan peluh memudahkan penyejukan badan. Namun, dalam suhu ekstrem melebihi 32.2 darjah Celcius, jumlah haba yang dihasilkan melebihi kesan penyejukan penyejatan peluh. 

Begitu juga, jika kelembapan mencapai 100 peratus, penyejatan peluh tidak lagi mungkin berlaku, dan badan kehilangan keupayaan untuk menghilangkan haba. Akhirnya suhu badan meningkat, membawa kepada penyahhidratan yang teruk. 

Oleh itu, cuaca panas ini tidak boleh dipandang ringan dan kesihatan harus dijaga serta sentiasa terpelihara supaya tidak membawa akibat lebih buruk. Antara penyakit yang boleh menyerang akibat cuaca panas ialah sakit kepala, demam, batuk, selesemad an radang kulit seperti ruam.

Kepanasan melampau ini juga sudah pasti akan memberi impak dan menimbulkan masalah kulit, mata, selaran matahari, ruam panas, kekejangan otot, edema haba, sinkope haba, kelesuan haba dan paling serius ialah strok haba yang turut dikenali, sunstroke atau heat stroke.

Justeru, orang ramai dinasihatkan membataskan aktiviti di luar rumah atau bangunan bagi mengelak mereka terkena strok matahari atau haba yang boleh menyebabkan seseorang pengsan. 


Kurangkan aktiviti di luar 

Pastinya, ada yang tertanya-tanya apa sebenarnya strok haba. Mungkin juga ada masih mencari jawapan, apakah kesan mudarat strok haba kepada kesihatan dan risiko yang bakal ditanggung jika individu itu berterusan terdedah cuaca panas ini.

Strok haba sebenarnya ialah sejenis bentuk hipotermia, keadaan suhu badan meningkat lebih dari paras normal. Dalam erti kata lain, strok haba adalah penyakit berkaitan haba. Ia adalah satu kecemasan perubatan yang boleh mengancam nyawa disebabkan kegagalan peraturan suhu badan (thermoregulation) mekanisme.

Tidak seperti penyakit haba yang lain, strok haba dicirikan oleh ketinggian melampau suhu badan (hyperthermia) dan berkaitan pusat disfungsi sistem saraf dan disfungsi organ.

Strok haba tidak sama seperti serangan strok, sebaliknya ‘strok’ adalah istilah umum digunakan untuk menggambarkan aliran oksigen berkurangan kepada kawasan otak.

Dalam keadaan cuaca yang teruk seperti Asia Barat terutama di Oman, badan kita melaksanakan pelbagai jenis fungsi yang kemudian membebaskan radiasi yang disebabkan oleh ‘aktiviti metabolik’ melalui peluh atau pembuangan haba daripada kulit. Ini adalah satu cara badan dapat mengekalkan suhu normal. Ketidakseimbangan dalam suhu badan akan mengakibatkan strok haba yang juga boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera.


Semua berisiko 

Sementara itu, Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr Zainal Ariffin Omar, menjelaskan strok haba adalah keadaan kesihatan atau penyakit berkaitan cuaca panas termasuk keletihan dan kelesuan akibat daripada panas.

Beliau yang juga Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam, berkata setiap individu berisiko menghadapi masalah kesihatan terutama yang berisiko ada penyakit tertentu.

“Malah mereka yang bekerja sebagai buruh, peladang, ahli sukan dan tentera serta kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah mudah diserang strok haba. Begitu juga dengan mereka yang menghidapi penyakit darah tinggi, kencing manis dan kelenjar tiroid, risiko berkali ganda terdedah kepada gejala berkenaan,” katanya.

Dr Zainal berkata, dalam keadaan ini, orang ramai seharusnya elak memakai pakaian tebal dan ketat kerana ia boleh menghalang panas keluar, penyejatan atau pengeringan peluh.

“Masyarakat memang sedar keadaan ini. Biasanya mereka akan mengambil langkah pencegahan awal. Setakat ini, tiada sebarang kes mengenai kejadian ini dilaporkan di negara ini,” katanya yang turut menjelaskan negara lain terjejas termasuk di Asia Barat dan Afrika.

“Strok haba jarang berlaku di negara rantau ini seperti Singapura atau negara serantau lain,” katanya.

Katanya, mencegah baik daripada mengubati terutama kepada mereka yang diklasifikasikan dalam kumpulan berisiko tinggi dan mengambil langkah terbaik.

Apa yang penting, jangan sesekali mendedahkan diri dengan panas melampau, sebaliknya perlu menurunkan suhu badan dengan cepat untuk mengelakkan sawan, kerosakan organ atau kematian, selain mengekalkan pernafasan mencukupi.

Ini boleh dilakukan dengan berada pada persekitaran yang sejuk, tidak berpakaian tebal, kerap mandi. Mungkin anda boleh juga menggunakan pek ais diletakkan pada leher, ketiak dan pangkal paha.

INFO: Amalan mengelak jangkitan penyakit sepanjang musim panas 

Perlu:

 * Banyak minum tanpa mengira tahap aktiviti anda. Jangan tunggu hingga dahaga.

* Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.

* Berada di dalam rumah atau bangunan.

* Hadkan aktiviti luar.

* Berehat dengan kerap.

* Mandi atau buka kipas angin untuk menyejukkan badan.

* Pakai pakaian ringan, berwarna terang dan longgar.

* Sewajarnya pakai pakaian diperbuat daripada 100 peratus kapas.

* Pakai topi atau payung. Ia dapat mengelak mengawal 40 peratus haba pada bahagian kepala 


Jangan/ tidak perlu 

* Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol atau kandungan gula yang tinggi.

* Jangan duduk di dalam kereta yang bertutup tanpa pendingin hawa.

* Bersenam dalam cuaca panas 


Simptom strok haba 

* Muka kemerah-merahan

* Tidak berpeluh

* Suhu badan meningkat ketara

* Sawan

* Sakit kepala

* Denyutan nadi pantas

* Tidak sedarkan diri

* Lesu

* Bingung

* Kulit kering. 


Bagaimana anda merawat mangsa strok haba: 

* Mangsa strok haba mesti menerima rawatan segera untuk mengelakkan kerosakan organ kekal. Pertama sekali, menyejukkan mangsa. Bawa atau alihkan mangsa ke kawasan yang redup, tanggalkan pakaian, sapukan air sejuk atau suam pada kulit.

* Kipas mangsa untuk menggalakkan peluh dan penyejatan. Letakkan pek ais tempat di bawah ketiak dan pangkal paha.

* Jika mangsa mampu untuk minum cecair, berikannya minuman, tetapi pastikan ia tidak mengandungi alkohol atau kafein.

* Pantau suhu badan dengan termometer dan teruskan usaha penyejukan sehingga suhu badan turun ke 38.3 hingga 38.8 darjah celcius.

* Jika keadaan tidak berubah, segera bawa ke klinik atau hospital.


Oleh Nor Hatina Shuib
hatina@bharian.com.my
2013/05/23 

Sumber Disini




No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST